25 Aug 2011

Sape yang korang akan rindu?

Owh tidak.Hari nie saya tersangkut dengan jammed.Dari depan umah lagi memang da tersangkut giles lah..Hujan lebat sangat.Ramai yang naik motor terpaksa la naik keta.So keta banyak la atas jalan.Tapi bile tengok bos pon sampai lambat..hehe..nasib baik tul..ade geng..

Topik pagi d Hot FM pagi tadi..Sape yang akan korang rindu raya nih?Adus..macam sedih je kan..?Tapi serius la..saya bersyukur saya belum merasakan kehilangan sesapa pon lagi dalam keluarga terdekat saya. Cuma saya penah rasa kehilangan nenek 3 tahun lepas.Rutin beraya di kampung mula bertukar beraya di rumah sendiri. Tapi petang raya mesti nak g ziarah kubur.

Bila saya dengar kat Hot FM tadi saya tak fikirkan tentang saya.Tapi saya terfikirkan tentang mereka yang pernah kehilangan.Paling saya teringat,kawan maya saya yang baru kehilangan putri.mesti raya ni lain bagi dia.Macam tu jugak orang lain yang kehilangan indan yang mereka sayang.Saya tumpang bersimpati.Semoga mereka tabah dengan segalanya yang Allah tetapkan.Amin.


24 Aug 2011

Edit blog

Korang..saya teringin nak dapatkan blog yang cantik macam korang.Tapi saya tak berkesempatan nak godek2.Hwa..camna nak cantikkan?balik umah da sibuk ngan Najah dan Zahin yang keletah tu..

Spek Baru

Tadi baru je g amik spek baru.Masa try nampak ok.Bila da dapat..pakai..aiseymen..apsal buruk benor???Tak dapat tima la..tak caya?sok la upload..takde mood la..srooooooottttttt..

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul

Petang semalam tgh sibuk2 nak balik..saya sempat menggodek2 blog kengkawan yang lain.Satu berita yang membuatkan saya tersentak..naluri keibuan rasa sungguh menyentap hati dan kalbu..Sungguh saya rasa sungguh kerdil diberikan ujian yang tak seberapa pon berbanding seorang insan ini..Kehilangan anak kecil yang berusia 2 tahun 7 bulan akibat leukimia.

Ya Allah..beratnya rasa mata ni memandang..tentulah berat lagi bahunya yang memikul.Saya cuba meletakkan diri untuk berada di tempatnya.Tapi sungguh saya takkan mampu berada di tempat dia yang penuh ketabahan tu.Kuat sungguh dia..macam2 dugaan yang dia alami.Dahla suami dia main kayu 3.Diceraikan..Pas tu anak perempuannya juga baru mengadap Ilahi petang Isnin lepas.

Kalau difikirkan secara waras memangla terasa azab sangat.Tapi saya yakin Allah memang sayangkan dia dan beri dia kekuatan yang kuat untuk dia tempuh hidup yang mendatang.Walaupun saya tak kenal dia..secara detail mahupun secara rawak sekalipon..Tapi saya bersedia untuk mendoakan supaya dia kuat dan tabah dengan dugaan hidup yang dia tempuh.

Bila saya termenung sejenak..saya rasa teringat sangat kat Zahin dan Najah.Sesungguhnya saya bersyukur dengan kurniaan Allah memberikan saya 2 zuriat yang sangat comel.Saya selalu mendoakan semoga zuriat kurniaan Ilahi ini sentiasa sihat sempurna fizikal dan mental.Semoga dorang menjadi orang yang berguna kelak.Saya harap sangat anak2 saya menjadi anak yang baik.Semua ibu mengharap perkara yang sama kan???

Buat Leen(kawan yang saya baru nak kenal) saya harap sangat awan mendung yang berada di atas langit yang awak dongak..akan berlalu pergi.Semoga pelangi yang berwarna warni akan menghiasi kehidupan awak di masa akan datang.Buat arwah Dania...semoga tenang di sana..menanti kehadiran ibu kelak.Dekat dengan Pencipta yang sangat penyayang.tenanglah di sana sayang...

23 Aug 2011

Rancangan Raya

Eh baru saya perasan..tahun ni takde gaduh2 pon pasal raya ngan hubby.Selalu mesti ade gaduh manja sikit kan..Barula sweet kalo gaduh.Kalo tak gaduh bukan mesra lah namanya.Selalunya bukan gaduh sebab ape.Tapi more pada berapa hari kat Penang,berapa hari kat K.Pilah.Tahun nie da plan awal2 so macam tak bertembung lah plan saya ngan plan hubby.

Tahun ni turn beraya di Penang.Then raya kedua malam tu akan bertolak ke K.Pilah.Selalunya memang kitorang beraya macam tu.Dua-dua nak balik.Walaupun kadang2 terasa jauh.Tapi biarlah dua-dua rasa beraya di kampung masing2.

Biasanya macam2 menu mak saya masak tau.Macam2 ada.Lemang,ketupat,rendang ayam,rendang daging..bihun sup.kadang2 ada nasi daging,nasi ayam..oh macam2 ada..Tapi siap atur menu la.Takde la raya pertama semua ada.

Tema baju raya tahun ni..serba biru.Tak lah semuanya serba biru.Ada kombinasi lain warna juga.Ada purple..hijau dan oren.Raya kelima saya akan menghadiri kenduri kawan sekuliah..Hehe..akhirnya Rahimah Ishak bertemu jugak dengan jodohnya.Tak sabar nak tengok dia bersanding atas pelamin.

Tahun jugak buat pertama kali dalam hidup saya selama bekerja,saya bercuti panjang selama 2 minggu.Yelah..nak bahagi dari Penang,K.Pilah..then S.Alam..pas tu balik ke Penang balik.Petang sebelum raya,saya memang tak ambil cuti..Masih lagi ada kat ofis. Yelah..bagi chan dorang cuti.Tahun depan saya pulak yang cuti ok.

Setakat ni persiapan tuk saya masih belom settle.Biarlah..tunggu hubby balik baru runner g shopping.Tuk anak-anak macam da settle.Untuk hubby je kena cari shirt warna oren.Yang lain da settle kot.Kuah raya tuk mak kedua-dua pihak pon ada yang da dapat.Ada yang belum.Takpe lah..Alamak,baru perasan..langsir umah mak belum bertukar lagi..Owh..sempat lagi rasanya nih.Bukan ape tension time nak cucuk besi je.Maklumlah..banyak sangat tingkap umah mak abah saya tu..

Rumah saya kat S.Alam tak lah prepare apa sangat.Sebab baru setahun lebih pindah.Banyak barang dan perabot yang baru lagi.Takkan nak tukar semua perabot ye tak?Jenuh la kalau nak tukar semua..Membazir je.Pakai je langsir tu dulu.Cuma rasanya kalau lah boleh..kalau lah...

Tapi..boleh ke???

Kalau boleh...kalau boleh la...

Minggu kedua raya tu..macam tak nak terima tetamu je..hahahahahha..boleh ke?Yelah..nak spend time ngan hubby dan anak2 je.Kalau boleh nak beraya umah orang je..atau tak nak orang datang beraya umah saya.Sebab..hahahahha..

ish boleh ke macam nih?

hehe sebab saya malas la buang masa saya ngan hubby..

Eh..boleh ke..macam keterlaluan je..Ops sory..tapi tu lah penangan PJJ(perkahwinan jarak jauh)..

Suasana Raya

Sekejap je masa berlalu..Sedar tak sedar kita da masuk minggu ketiga berpose..Persiapan raya tahun ni lebih kepada anak2..Saya biasa2 je..Baru beli baju mini kurung sehelai..Tudung,kerongsang,kasut ke..apa pon tak beli.Ntah..macam tak rasa nak beraya tahun nie..

Nape ntah rasa macam tu?Selalunya saya selalu nak beli yag sedondon ngan hubby dan anak2.Tapi tahun ni..dorang bertiga je yang sedondon.Kat ofis nie,hari2 berkumandang lagu raya.Ada yang rajin tolong runner ke bank tuk tukar duit lagi.Kueh raya yang ditempah dah mula bertukar tangan.Tapi..saya macam ni je?Hwa...nape saya macam nie?

Minggu lepas saya sempat balik berbuka puasa dengan keluarga mertua di K.Pilah.Sempat la saya mengemas rumah mertua.Tukar langsir,tukar cadar.Ubah posisi perabot..Tapi..hati saya sama jer..tak rasa macam nak raya jugak..pelik bin ajaib sangat kan..Nape yer..?

Tapi saya tak nak semua tu berlalu..Saya nak juga rasa suasana raya yang bakal menjelma..Tengahari ni kena keluar jugak cari apa2 yang patut..paling tak pon kerongsang ngan tudung baru.jom join..

16 Aug 2011

Rumah Baru..

Taraaaaaaaaaaa...

Baru dalam pembinaan..


Separuh sebelah kanan da siap..tak snap pulok..

Kat atas nie gambar umah yang baru dalam proses pembinaan.Nie lah umah baru family saya..Hadiah kami adik-beradik mengumpul duit untuk pembinaannya.Mesti korang terkejut..aik..takkan baru nak buat umah..?Panjang citernya..biarlah rahsia..hahahhahahha..

15 Aug 2011

Rakan Baik???

Pernah tak korang tersermpak atau terjumpa dengan seseorang yang sangat mengambil berat tentang korang..?Yang terlalu mengambil tahu sehinggakan ke arah yang tak sepatutnya..?Yang korang rasa bahawa dia sangat mengambil berat..sedangkan bila korang bercerita..dia mendengar dengan cara endah tak endah..?

Kadang-kadang kita dapat merasakan bahawa dialah seorang teman yang sangat mengambil berat..yang memahami segala kesulitan..yang sangat memahami setiap kepayahan hidup..setiap onak duri jalanan yang berliku...

Tapi...kita lupa...bila dia mendengar..perhatian yang diberikan adalah tak sepenuhnya..Dia terlalu mengambil berat sehinggakan kita berasakan dia menyingkap kain yang kita pakai..dia mendengar segala rintihan hati kita tetapi bertujuan untuk mengaibkan kita di hadapan rakan-rakan yang lain..DUSS...


Cerita hujung minggu

Dua hari bercuti rasa macam seronok sangat.Tambahan a.chaq yang stay kat S.alam pon balik hujung minggu lepas untuk berkumpul bersama berbuka puasa.Yang takde cuma adik bongsu dan hubby je.

Seronok kan bila berkumpul nie.Macam-macam cerita yang melucukan,menggembirakan dapat mengeratkan silaturrahim antara kita sekeluarga.Mak masak macam-macam menu untuk juadah berbuka.Yang pastinya semua juadah tu sedap sangat dan takde pembaziran selepas berbuka tu.

Zahin langsung tak bersuara mengadu penat ke..letih ke..Yelah sebab ramai sepupu yang sebaya dengan dia.Dan dorang semua berpuasa.Makan pun tak lah lambat sangat macam selalu..Cuma Sahur tadi bila semua sepupu dia takde barulah dia buat perangai balik..Tak lalulah..tak sedaplah..tapi kira ok gakla..sebab da15 hari dia berpuasa..Dasyatla bagi saya ngan hubby sebab tahun lepas cuma dapat 15 hari je.

Sabtu lepas juga saya diuji dengan sedikit dugaan..Keta hubby terbabas sebab kerosakan teknikal pada keta.Tapi Alhamdulillah dia selamat dan keta mengalami kerosakan kecil tapi memerlukan belanja yang agak banyak.Tapi saya bersyukur sekurangnya dia selamat.Wah..memang sendu gile lah masa dapat tau kejadian tu..Macam2 saya fikir..hmm..pompuan kan..memang suka fikir yang bukan-bukan. Harap sangat takde lah kejadian yang buruk lagi..Tapi kita yang merancang..Allah jua yang menentukan..

12 Aug 2011

Kerenah anak2..

Saya balik keje semalam Zahin(gambar bawah) merengek nak buka puasa..dia kata nak pengsan sakit perut..Tapi bila tengok jam da kul 6.00 petang..rasanya macam sayang sangat nak bagi dia buka..saya pujuk suh dia tidur..Dia merajuk tak nak tidur..Katanya tak mengantuk..Yang Najah pulak..ade je tak kena..Nak tu.Nak ni..sengaja cari pasal nak bagi saya marah..Saya paksa jugak dorang tidur.Dua-dua tak nak..alih-alih..tetiba je saya cari diorang dah takde..Dalam hati saya berkata mesti diorang merajuk..Tengok2..Zahin ngan Najah da terbongkang tertidur atas kusyen kat dapur...

Zahin yang kepenatan..ZZzzzZZZZZzzzzzzzzzzzzz

Najah yang mengantuk..penat main..tertidor jugak.ZZZzzzzZZ

Sian tengok anak-anak yang keletihan..Bersyukur sangat2 bila tengok dorang rasa lega..Da besar dah anak2 ummie..

11 Aug 2011

Rutin Harian

Tempat keje korang jauh tak dari umah?Tempat keje saya jauh jugak..(bagi saya la)Perjalanan ke tempat keje mengambil masa hampir 1 jam..Saya masuk 7.30 pagi balik kul 4.30 petang..Tapi drive1 jam nie memang kena struggle memandu la..kalau bersopan santun di jalan raya..mau ambik masa 2,3 jam..Hwaaa..

Dulu..cewah..mengimbas pulak zaman dulu2..sebelum nie tempat keje saya makan masa setengah jam aje..tu pon saya da merungut kat hubby jauh kena drive..Padahal takde jammed pon jalan tu..siap boleh tengok permandangan kampung2 lagi..ye lah..saya mengajar pon kat Kampung Pendamar..Sekarang tidak lagi..ofis saya tersergam indah di Pulau Pinang nih..Berdekatan ngan laut lagi..naik jambatan Pulau Pinang boleh..naik feri pon boleh..Tapi saya memilih naik jambatan sebab tak larat nak menunggu feri..Ramai sangat nek feri..walaupun tambangnya RM7.70..(eh ye ke RM 7.70?). Kalu naik Jambatan sepatutnya RM7.00 tapi sebab saya keje di Pulau maka tambangnya ialah RM 5.60.So jimat sikit ok.

Tiap hari saya drive ke tempat keje dengan bergilir ngan Nurul.Seminggu keta Nurul..seminggu keta saya.Perjalanan dalam 42 km dari depan umah mak abah saya..Jalan raya tak yah cakap..jammed gila..kadang-kadang rasa tension sesangat..

Nie kat atas nih gambar atas jambatan..tapi mungkin hari nie kitorang kuar awal sikit so..cam lengang jugakla..kalau tak..hmm jangan harapla dpt snap gambar..kalau snap mesti nampak muncung saya je..hahahha..Bergelut tau pagi tadi nak kuar kul 6.35pagi..konon nak elak jammed..

Ha..nampak tak..kuar awal pon jammed jugak..Ni lah yang saya stress sangat..Macammana la orang lain?tak stress ke?G keje stress..balik keje pon stress..aduyaii..

10 Aug 2011

Tudung

Sekarang nie kat ofis macam-macam jenis tudung,skarf orang pakai..Cantik je saya tengok..Sebagai seorang perempuan..of courselah saya pon teringin nak merasa pakai tudung-tudung macam tu kan..Macam-macam kaler ada..batu sana..bunga sini..teringin sesangat..tapi...

Yang menyedihkan..saya tak sesuai untuk pakai semua jenis tudung-tudung tu.hmm hubby kata tak lawa langsung..Tapi memang realitinya tak sesuai dengan bentuk muka saya yang bulat..nampak cam matang(hehe..malu nak sebut tua)..

Tambahan pula..hati saya memang tersentuh bila ada orang cakap"eh orang dah tak pakai tudung bawal nie..old fashion.."aduh..tersentap tau tak?tapi nak buat macammana..old fashion pon old fashion lah..saya nie dah la tak cantik pakai tudung2 macam tu..bukan saya tak mau pakai..teringin..tapi tu lah..bila pakai ada orang kata ok..tapi saya sendiri nampak tak ok..Takpe lah..nanti kalau saya jumpa tudung lain yang sesuai dengan muka saya yang bulat macam bulan nie..saya akan pakai ye..(pujuk hati sendiri)

9 Aug 2011

Hujung minggu lepas

Jumaat saya balik s.alam..hmm naik muak korang baca entry saya kan?Nak buat macammana..memang tu la rutin saya..Sampai semua orang kat bus stand pon da kenal saya..Kalau nak balik S.alam ke,Penang ke..just call ok..dorang akan booking tiket tuk saya..


Tulah 1st time saya buka puasa pose atas bas..sorang pulak tu..Sedih tul..mak bekalkan saya kueh cucur badak..Mak lupa saya nak naik bas hari tu..Dengan air masak je..Bas tu tak benti kat mana2 pun tuk beli makanan..Sambil jalan kitorang berbuka..Tak taulah driver tu buka pose camana..Sebelah tangan pegang stereng..sebelah lagi makan kot..(Nanti saya upload gambar kueh cucur badak yg sedap tu ye)


Bila sampai sana barulah saya perasan..Hmm sedihnya tengok hubby..hahahhaaha..macam orang bujang je..serabut je tengok dia..Tu jumpa seminggu sekali..kalau jumpa 2minggu sekali macammana la kan..???Umah memang nampak kemas..tapi dalam bilik baju sebakul..selalunya hubby lipat sendiri..mungkin dia sibuk..so saya buatla..Sedih tau korang,,ekkekekek..pinggan kat sink ada satu je..mug pon satu..memang sedih giles lah..nampak sangat dia makan sorang2..


Sabtu tu 1st time la kitorang berbuka berdua..Hubby ajak g Stadium S.Alam..ada bazaar ramadhan..best sangat tau..siap jalan pegang tangan lagi..hehehehhe..Rasa macam bercinta je sebab selama ni ada 2 budak comel yang ikut kan..macam2 ada dijual kat bazaar tu.Tapi saya ngan hubby pilih makanan yang jarang kita makan je..Tapi sory..memang tak snap gambar sebab memang tak bawa turun hp..rugi je kan..?


Tapi yang sedihnya..dalam kegembiraan kitorang tu..kitorang dapat tau bapa mertua saya sakit..Mula2 semput pas tu da kena serangan kencing manis..Tpi Alhamdulillah..keadaannya beransur pulih..Saya ingat nak balik ziarah minggu nie..tapi saya tak boleh ambik cuti pulak..minggu depan seminggu saya ade meeting yang berbeza..Hmm..



3 Aug 2011

Hmm..kalut sungguh

Lepas sahur pagi tadi memang saya baring-baring tapi tak lelap sangat sebab fikir baju tak ion lagi..aduyai kemalasan yang amat sangat sebab apa ntah..hmm..selalunya memang da ion banyak-banyak..


Time kalut pagi-pagi tadi..time tu lah berebut pulak bilik air ngan ju(adik ipar)hahahaha..ingatkan jazi yang mandi..saya da jerit-jerit suh dia cepat sikit tapi tak juga dia menyahut..bengang la saya..orang nak mandi dia pon nak mandi...kali ketiga saya jerit barulah dengar pintu bilik air dibuka.Tengok-tengok alahai..si jue..nampak je dia keluar terus terpacul kat mulut..
 
"Laaaaaaaaaaaaaaa...jue ke?ingat Jazi.."
hehe..malunya..tapi jue ok je..dia tak dengar kot saya jerit tadi..hehe

Masa nak pakai tudung tetiba dengar bunyi loceng umah..ting tong..alamak lagila saya kalut..tengok-tengok asni yang da sampai..selama ni saya yang tunggu dia...kali ni dia pulak tunggu saya..Siap cepat-cepat terus keluar..Masa buka handbag nak amik kunci keta baru perasan kunci keta takde..eh..mana pulak kunci keta ni?adui..tensennya..dah la lewat dah nie..saya kalut sorang masa tu..asni pon cuak jugak rasanya..


Dalam duk kalut saya dengar Najah panggil.
"Ummi..buatla cucu adik cat.."(Ummi buatla susu adik sat)
"alamak adik suh mak tok buat..ummi da lambat nie...Adik nampak kunci keta ummi tak?"
"Tadi adik nampak." (Dalam hati saya fikir,oh mungkin maksud dia malam tadi)
"Adik nampak kat mana..tunjuk kat ummi."
Dia pun pegang jari saya dan mengheret saya ke dalam bilik.
"Adik letak kat sini tadi." (Sambil menunjukkan kotak mainan)
Kelam kabut saya punggahkan mainan dia sambil dia pandang je saya.
"Ya Allah kenapa adik letak kat sini,kan ummi da cakap jangan usik barang ummi."
"Ummi,nape ummi sepah-sepah nie?"
"Adik kemas kejap.Ummi tak sempat."
"Adik tak nak,adik penat."(Mulut da muncung)
"Biarlah..nanti ummi balik ummi kemas."
Sambil saya berlari tinggalkan dia yang macam bengang je tengok saya.hehe..Sory Najah..


Tak pasal-pasal saya kena drive sampai ke ofis arie nie.Sepatutnya time Nurul bawak keta.Tapi takpe lah..hwa...Bila dalam keta ngan asni,sama-sama tergelak sebab macam-macam hal di pagi hari..Kalut sungguh la kalau dengan kerenah anak-anak nie..hmm alahai..


Bila dah lambat..keta pon makin banyak.Patutnya saya punch card kul 7.30..samapi kat ofis dah 7.45..Merah lagi...nak letak alasan ape ye?hmm..

2 Aug 2011

Najah yang pelat

Najah da masuk 3 tahun setengah da pun..Tapi saya risau sangat dengan pelat dia.Kadang-kadang memangla macam kelakar gila dengar dia bercakap..Lucu sangat bila apa yang dia nak sampaikan tu tak sampai..pendek kata memang tak sama dengan apa yang dia maksudkan..


Malam tadi abah saya sempat mengajuk najah..Dia mintak air tapi sebutannya ah heer..sebuatan yang ada s dia tukar jadi c..contoh
                                   susu = cucu.
                                  suka = cuka
                                      paip = pah hip
                                    oren = oh hen

Dalam duk gelak tu saya ngan hubby risaula takut pelat dia berlanjutan sampai ke besar..alamak,dahla pompuan..pelat pulak..hmm boleh kurang duit hantaran nih..


Camana ye nak buat???
 Najah oh Najah..sayang anak ummi nie..

1 Aug 2011

Airmata seorang ayah..

Pagi tadi seorang pak cik datang ke ofis untuk memohon rayuan bagi pihak anaknya yang telah disyaki berkhalwat dan kes telah dibawa ke Mahkamah untuk mention case..Pak cik ni nak memohon agar anak dia tak dibawa ke Mahkamah memandangkan anaknya baru sahaja menikah dengan seorang lelaki lain.Tapi malangnya peraturan telah menetapkan bahawa anaknya perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan tanpa boleh menggugurkan kes tersebut.


Kat atas ni adalah satu kes yang boleh kita jadikan teladan memandangkan ramai orang yang melakukan kesilapan.Saya tak kata saya sendiri tak pernah melakukan kesilapan,tapi sebagai seorang anak kita perlu menjaga batas-batas pergaulan supaya airmata ibubapa kita tak mengalir sebab kita.Saya terharu dan rasa sebak sikit la sebab anak pak cik tu tak seperti orang yang kesal dengan kesilapan yang dia penah buat.Pak cik tersebut hanya mampu mengalirkan airmata kerana anak yang dirasakan baik itu sebenarnya dah menconteng arang kat muka dia..


Korang rasa berapa ramai ibubapa yang sayangkan anak-anak..?Da tentu ramai kan?Tapi berapa ramai pulak anak yang mengecewakan hati ibubapa dorang..??????Hmm..sebenarnya lagi ramai..Nauzubillah..(ni sekadar perkongsian ok..becoz sharing is caring)

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS. An Nuur : 2)

Selamat Berpuasa

Hari ni first day pose...Alhamdulillah pagi tadi dapat bersahur ngan hubby bersama family saya..Hubby rasa berat hati nak balik malam tadi..yelah..kalau balik malam tadi dia kena sahur reramai atas bas..hehehehhe..


Zahin orang yang paling semangat nak berpuasa..Tahun lepas dia dapat 14 hari je puasa..Harap-harap tahun nie dapatlah berpuasa penuh..Saya da janji ngan Zahin..kalau dia puasa penuh..ganjarannya ialah satu hari satu RM1...Harap-harap dia kuat semangat..Tapi tengok dia makin hari makin matang..Hubby kata kena jugak paksa dia puasa bagi cukup..tapi saya tak sampai hati sangat..sian tengok dia..tambah-tambah bila dia pon jenis tak makan sangat..Tapi harap-harap dia ok la..Sekarang ni dia rajin sangat bersolat..Kadang-kadang nak gelak sebab beriya dia sembahyang  dan baca doa lepas sembahyang..Najah pon sama..


Puasa tahun nie berbeza sangat..Selalunya kami sekeluarga mantai(sambut puasa bahasa N9) kat K.Pilah..tak penah miss lah..mesti balik Pilah..Sbab kat K.Pilah selalu samnut puasa dengan bakar lemang..macam nak raya je kan..Kadang-kadang sedih je..yelah..tak dapat sambut puasa ngan family sendiri..tapi nak buat camana..da kawen ngan orang jauh..hehe..So tahun ni kami mantai kat Penang pulak..Petang semalam kami pergi makan kat Tanjung Dawai,Kedah..Makan ikan bakar yang sangat fresh..Macam-macam menu ada..nak update kat sini..tapi tak syok pulak..nanti ada pulak yang terliur..hehe..Tapi memang best sangat..orang pon ramai..memang meriah..Makanan dah la fresh..sedap pulak tu..


Najah pon beriya nak makan banyak..sebab nak puasa macam abang Zahin..Seronok tengok dia makan macam-macam..Mungkin selera tengah tajam.yelah,abah dia ada.Beriya jugak abah dia melayan kerenah si kecik tu..


Baju raya kitorang tak prepare pun lagi..cuma ada sehelai dua yang sempat beli masa sale ari tu..konon-konon nak pakaikan Zahin ngan Najah tuk jenjalan..tapi tak sempat pun nak g jenjalan..so buat pakai raya.Nantilah bila ada kesempatan balik s.alam baru nak g shopping ngan hubby..boleh jalan jauh sikit..kalau bawa Zahin,sian dia sebab dia puasa..nanti letih..langsung nak buka puasa pulak..


So..di hari pertama puasa ini..saya ingin sesangat mengucapkan selamat berpuasa kat semua..sama-samalah kita berpuasa dengan penuh keinsafan.Saya harap sangat ramadhan ini akan membawa keberkatan kepada kita semua..SELAMAT BERPUASA...