25 Dec 2011

Zahin muntah2

Saya kat DEMC sekarang..Zahin muntah pagi tadi tak berhenti-henti sampai saya naik risau.Terus drive ke klinik panel.Doktor sarankan supaya dia ditahan di hospital dan dimasukkan air.

Sampai ke malam dia masih muntah campur dengan berak cirit birit.Malam nie hubby akan monitor dia kat sini dan saya bawak Najah balik rumah.Sebab risau Najah terkena jangkitan juga..Penat..usah dikenang.Tapi risaukan anak mengatasi segalanya..Tolong doakan anak saya ye...Saya harap sangat..tq banyak2..

19 Dec 2011

2011 VS 2012

19/12/11...Lagi 12 hari akan menginjak ke tahun baru 2012..

Kenapa entry nie yang menjadi pilihan?Kerana sudah satahun dan 5 hari saya di Penang...Dan kerana terlau banyak kenangan pahit manis di tahun 2011 yang saya akan kenang dan saya tak ingin untuk mengingatnya langsung..

Harap-harap tahun 2012 akan lebih membahagiakan..Kerana 2011 terlalu banyak perkara yang tak berapa manis yang dialami..

Oh..saya dah dapat buyer untuk rumah di Kota Kemuning yang akan dijual.Cuma belum lagi berurusan secara rasmi memandangkan belum ada masa yang sesuai lagi..Saya dah mula rasa berat hati.Tapi saya kena kuatkan semangat.Kalau boleh rumah di Penang nie pun saya nak designkan kabinet dapur sebiji macam kabinet dapur di Shah Alam sana.Kalau la boleh...Saya sayangkan rumah tu..Saya mesti akan rindukan rakan,jiran saya di situ..SOFEA..anak2 dia..ICHA..RAIHANA...hubby kata separuh barang-barang akan disedekahkan kat sesapa yang berminat..

Pasal keje hubby..saya dan hubby dah mula edarkan resume.Tapi hubby kata dia tak kisah keje apapun sementara dia dapat keje yang sesuai.Takpelah..gaji saya insyaallah cukup untuk menampung dua kereta..lagipun menumpang rumah abah sementara rumah baru siap jadi tak ada kos untuk rumah kira ok la...hehe..kenala berjimat cermat.Tapi harap-harap hubby dapatlah keje dengan G**** tu..amin..

Saya juga dah malas nak berhubung dengan rakan saya H****...Walaupun selalu je dia mesej bagitahu perkembangan tentang dirinya..familynya...saya tak mahu disakiti lagi..Saya pun dah dapat menerima kenyataan apa yang dia perkatakan,cuma belum masanya untuk saya dan dia macam dulu balik..Terkesan tau dengan apa yang dia perkatakan..bukan dendam..saya dah maafkan..tapi untuk baik macam dulu..susah..(eh apahal macam budak kecik pulak nie?)

Kalau boleh...tahun depan 2012..

Saya harap..

1)Hubby dapat KERJA YANG SESUAI dengan dia di sini..dekat dengan rumah..senang dia nak berulang alik..gaji yang sesuai..sabtu dan ahad off tak payah kerja macam sekarang..

2)Kerja saya di Jabatan nie jugak makin baik..Tak mahu ada GANGGUAN-GANGGUAN PERASAAAN yang mengganggu..Saya nak tunujukkan prestasi terbaik dalam hidup..Saya nak jadi wanita yang berkerjaya yang berjaya...

3)RUMAHTANGGA SAYA DAN HUBBY BAHAGIA..Saya harap setahun yang hilang tu diganti dengan tahun-tahun yang bahagia.saya cuma nak bahagia dengan hubby dan anak-anak saya yang comel tu..Saya juga harap prestasi pelajaran Zahin bertambah baik dan cemerlang.Saya harap hubby,saya,anak-anak dan mak abah sihat selalu..amin..

4)kalau boleh saya nak SAMBUNG BELAJAR lagi..mungkin hujung-hujung tahun lah kot..harap saya kuat semangat..hehe..boleh lah..insyaalah..

5)Saya nak cepat-cepat SETTLEKAN HUTANG PIUTANG..walaupun sikit-sikit..semua hutang..termasuk hutang BELAJAR..ouch..

6)DISAHKAN dalam jawatan

7)Saya nak kehidupan yang STABIL DARI SEMUA ASPEK..amin.
EH..apahal macam azam tahun baru pulak nie?Takpe lah..bolehlah tu..saya tak nak minta banyak..biarlah bersederhana..sebab saya memang seorang yang sangat bersederhana...(ops..termasuk dalam bakul dan terangkat sendiri pulak..)


Lega..

Alhamdulillah..rasa lega bila abang ipar dan adik ipar menghadiahkan Zahin beberapa barang kelengkapan sekolah.Riang di hati Zahin..berbunga indah bila pak longnya menghadiahkan kasut,stokin,2 pasang baju..mak lang nya pulak belikan kasut,stokin dan beg sekolah...Ummi lagi la tersengih..memang nak belikan 3 pasang kasut dan stokin yang banyak sebab i'm career woman right..?hehe..

So malam nie nak kuar ngan hubby pegi shopping apa yang patut.Senarai barang pun tak de lagi maknanya kena lah buat secepat mungkin supaya takde barang yang tercicir.Hmm gabra tau..kalau setakat tadika..takpe..Dahla ummi Zahin ni sibuk sangat..tambah-tambah abah takde...Malas nak keluar..risau kalau tiba-tiba barang tak cukup..alahai..mesti menggelabah..

Serius..saya tak tau nak beli apa selain kasut sekolah dan baju sekolah.Nasib baik hubby ada..at least dia tau barang keperluan seorang budak lelaki.Kalau barang keperluan budak perempuan saya rasa saya mestilah terror kan?Hmm..kena selit buat list barang Zahin...time ni la nak pow hubby..hehehe...

16 Dec 2011

Plan untuk esok

Esok saya kena drive ke Ipoh pagi-pagi buta sebab saya dah janji ngan hubby nak jumpa kat Ipoh.Then nak bawa anak-anak pegi Tambun Waterpark..Harap-harap esok adalah hari yang menggembirakan untuk kami sekeluarga.Saya pun tak pernah drive sejauh tu tanpa hubby..tapi rasanya boleh..Lagipun abah ngan mak pun tak cakap apa-apa.Nasib baik dorang ok..sebab abah ngan mak susah sikit kalau nak bagi saya drive jauh-jauh.

Harap-harap anak-anak saya happy.Saya sanggup buat apa saja untuk anak-anak..

15 Dec 2011

Harapan Baru..

Malam tadi saya mimpi..entah mimpi apa..yang saya sedar..terjaga dalam keadaan airmata berjujuran.dan terasa sangat sedih..Tapi bila bangun pagi tadi..dah tak ingat mimpi apa yang saya mimpikan tu..Yang pastinya..bangun dalam keadaan stress..rasa sakit pada leher...Dan kesudahannya..sampai je kat ofis...terus letak kepala atas meja..dan...zzzzzzZZZzzzzzz 10minit.

Hubby memang dah bersungguh nak jual rumah kami di Kota Kemuning tu...Lagipun rumah kami di Penang pun hampir siap dalam pembinaan...Walaupun hajat asal menghadiahkan rumah tu kat mak abah..tapi buat sementara waktu mak abah ajak tinggal bersama sebab dah tak de sesapa kat rumah tu..Adik-adik saya masing-masing dah ada rumah sendiri..Macam tu jugak kakak dan abang-abang.Bolehla kami temankan mak abah..Rumah tu pun agak besar...Bilik pun banyak yang kosong..Saya tak bercadang nak menetap lama di rumah tu.Biarlah kami membeli rumah baru supaya lebih privacy.

Setakat nie hubby masih mencari buyer..ada juga seorang dua kawan yang bersuara berminat.Saya masih tak ada rasa apa sangat lagi.Mungkin bila dah ada orang yang interested nak beli baru akan terasa kesan kesedihannya.Resume hubby pun saya dah submit pada auntie dia.Manalah tahu ada rezekinya di sini..Di sinilah tempat kami mencari rezeki.Maka di sinilah juga kami akan memulakan kehidupan baru..Saya masih tak dapat bayangkan.Yang saya tau hubby memperuntukkan masa 3 bulan untuk cuba menyelesaikan semua.Tapi mungkin juga akan mengambil masa yang lama atau lebih singkat dari masa yang kami anggarkan..

Saya harap hidup saya tak sesedih mimpi semalam...Yang memerlukan saya mengeluarkan airmata..hehe..Mungkin inilah hijrah hidup kami sekeluarga.. Inilah harapan baru..harapan yang sangat tinggi..


14 Dec 2011

Al-Jabbar

Assalamualaikum..

Hari ni baru masuk ofis.Hari Isnin saya Cuti Rehat..dan semalam saya EL..
Malam tadi saya sampai ke Butterworth dalam pukul 8.30malam.Sampai rumah jenguk dapur mak masak gulai ketam campur nenas..fuh sedap sangat...memang sedaplah..terangkat tau..

Elok2 habis makan..mak bagitau nak gi try rawatan Al-Jabbar..thrapyjism nama rawatan tu.Alah yang sekarang nie agak famous tu..Saya pun tak sure sangat pasal rawatan nie..Bila mak ajak..terus saya agree nak ikut.Kat sana kita kena duduk atas kerusi then duduk selama 1jam..
Ni info yang saya dapat tentang thrapy tu ye..

"Dr Jism bukanlah nama asing. Produk yang telah berada lebih sepuluh tahun ini sebenarnya telah banyak membantu masyarakat Malaysia dalam menjaga kesihatan kita. Keupayaannya melancarkan peredaran darah melalui getaran elektrostatik yang memperbetulkan kembali saluran darah dalam badan kita dan membersihkannya agar tiada lagi darah tersumbat didalam saraf. Antara penyakit yang mampu disembuhkan melalui penggunaan Dr Jism ialah darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain. Oleh itu, anda tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan bagi merawat penyakit anda yang mencecah ribuan ringgit sebulan. Pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh mesin terapi ini membantu anda dengan menjalani rawatan dirumah sahaja."

Fungsi:
High Voltage
Bagi menggalakkan penyembuhan tulang dan mengurangkan hakisan kalsium tulang serta meningkatkan ion kalsium dalam badan.


Negative Voltage
Membantu menambahkan ion negatif dan juga tenaga biologi dalam badan serta membuang mambran sel yang tidak sihat.


Low Voltage
Berfungsi melancarkan korteks celeral, sistem saraf dan juga fungsi endokrin, mengurangkan ketegangan stress serta mempercepatkan pemecahan gula dalam darah.


Negative Ionizer
Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga meningkatkan potassium dalam darah.


Light Wave Energy
Membantu memecahkan lemak dalam badan dan mengurangkan berat badan

Sekali rawatan (duduk atas kerusi sambil tengok TV) kena bayar RM5.
Setakat nie saya cam tak rasa apa-apa je..Mungkin sebab baru kali pertamaTapi mak ngan kakak bagitau banyak kebaikan yang dorang rasa.Mak kata mak rasa badan dia ringan dan mudah lelapkan mata selepas 3 hari pegi situ..Kakak pulak bagitau dia rasa lawas bila membuang air besar dan rasa sakit tengkuk berkurangan..Hmm..saya mungkin baru lagi kot..tu pasal tak rasa apa-apa kan..

So..tunggu ye nanti saya update pasa entry nie..

9 Dec 2011

Sekadar mencoret

Korang buat apa tu?Kat ofis nie sunyi sepi.Ramai yang menghabiskan cuti hujung tahun.Tinggallah beberapa orang jer..Bila sunyi macam ni mulalah rasa macam tak best je kan.Keje pun saya dah siapkan awal-awal lagi..Hehe maklumlah saya nak cuti isnin ni.Hubby kata nak balik kampung dia kebetulan kawan baik dia baru nak kawin..Ish siannya dah tua baru nak kawin.Hehe..nampaknya nie lah masa yang terbaik untuk saya jemput Zahin untuk balik.Dah rindu sangat kat anak bujang saya tu.Ntah apa khabarlah dia kan?Saya segan nak call berulang kali.Tak sabar nak peluk anak lelaki sorang tu.

Kat umah mak abah,anak a.chaq pun dah sampai petang semalam.Hmm biasalah budak bandar.Bila cuti sekolah dorang kena pos ke kampung.So umah mak tersangatlah meriahnya.jam dah menunjukkan 11.45.Lagi 1/2 jam boleh la rest.nak pegi mana ye hari nie.Ingat nak pegi KOMTAR jenjalan.Nak cuci mata..Nak makan apa ye?Tak pe lah ikut je Fiza ngan Nurul nak makan apa..

Najah makin rindukan Zahin.Bila semalam Adli (anak a.chaq) sampai..Najah terus tak nampak saya lagi dah.Asyik sangat dia main dengan Adli.mungkin dia gantikan Zahin dengan Adli.Nak makan dengan Adli..Minum..Tidur..Hatta nak mandi pun dengan Adli..Ops..yang tu tak boleh.Adli dah darjah 3.Najah baru 3 tahun.Budak sekarang nie bukannya boleh sangat.Kena asingkan ok.Kalau nak mandi sesama..make sure pakai baju ke..pakai seluar..Teringat masa Zahin mula-mula dapat Najah dulu..Zahin tanya..

"Ummi..sape potong bird adik?"
Zupp..terkejut beruk..Budak sekarang..berfikir dengan sangat pantas.




8 Dec 2011

Tanpa tajuk

Tak sabar saya nak balik S.Alam esok malam.Bas saya bertolak jam 12.30 malam.agak lewat kerana saya ada program selepas waktu ofis.Saya tak sabar nak tengok wajah hubby.Ntah macammana lah agaknya muka dia selepas menghadapi saat-saat sukar dianiaya.Malam tadi saya sempat pesan supaya dia bercukur untuk mengelakkan ofismate mengetahui yang dia bersedih dengan kejadian tersebut.Dah tentulah orang tersebut akan bertepuk tangan..

Saya rasa saya bersedia dengan segala kemungkinan.Walaupun gerak hati saya menyatakan bahawa saya tak kuat untuk menempuh dugaan berat.Tapi saya kena kuat kerana saya dikelilingi ahli keluarga yang sangat menyayangi saya.jika hubby benar-benar ingin berhenti kerja di sana..Saya terima dia untuk bekerja di sini..Meskipun saya tahu gaji yang ditawarkan nanti dah tentulah rendah kan..Maklumlah..S.Alam dan Penang atau kedah..Dah tentu gaji rendah.Takpe..saya kan ada gaji sendiri..saya akan cuba memujuk hati sendiri.

Tak sabar nak dengar cerita sebenar dari mulut hubby...

Terjumpa nie..

Situasi 1

Suami : Ayang, wat air milo..
Isteri : Ok. Milo ais ke panas?
Suami : Milo ais la.. Isteri : Ok..

**************************
Isteri : Abg, baby nk minum susu yg abg buat la..
Suami : Alaaaaa.. Ngade2 btul la.. Bknnya xleh wat
Isteri : Iye la.. Iye la.. Xyah la..
Setelah beberapa minit…
Suami : Nah air nih..
Isteri : Hehehe.. terima kasih..

**************************
Moral of d story – Bini x mengeluh pun.. haishh..

Situasi 2

Suami : Ayang, kuku dh panjang.. (Sambil hulur ketip kuku)
Isteri : X nyempat.. Ni kan dh mlm, esok kan keje.. Bak sini ketip kuku tu.. (terus buat walaupun membebel..

**************************
Isteri : Abg, jom gi MidValley..
Suami : Ala.. nk wat ape.. bukan ade ape2 nk beli pun.. Tgk la minggu2 depan ke.. (minggu depannya x bawak jgk pn..)

**************************
Moral of the story – Bini membebel pun buat, laki belom tentu..

Situasi 3

Isteri – Blk keje, kutip bj kotor, letak dlm washing machine, sental yang mn perlu.. Amik bj nk pki gi keje sok, iron siap2 pastu br wat ape yg perlu lagi.. Sblm tido, lipat kain yg dh kering lagi tu..

Suami – Kain dlm washing machine dh siap, tggl nk jemur jer.. “Ala.. Gi la jemur sdr.. Asyik abg jer.. Bosan la..”

Tau ape jawapan sang isteri “A’ah.. Iye la tu.. Kalo bosan lain kali kita wat separate! Bj sy, sy settle, bj awk pandai2 la nk basuh, jemur, lipat n iron!”

“Ok la.. Ok la..” Bls sang suami.. Hahaha.. Tau takut..

**************************
Moral of the story – kuasa mmg di tangan isteri! :-P


Hehe..saya tak berani la nak samakan kisah nie ngan kehidupan saya yang hampir 8 tahun berumahtangga..rasanya hubby memang  memuaskan hati..(elleh kalau dia baca nie mesti kembang)

6 Dec 2011

Saya tak tahu

Saya tak tau macammana nak buat..tak tau macammana nak mulakan..tak tahu macammana nak tolong hubby cari keje baru secepat mungkin..Tak tau ...

Padahal bukannya saya tak pernah berada dalam situasi mencari pekerjaan..Dulu masa berhenti kerja di Nuree Enterprise..saya sendiri bertungkus-lumus mencari kerja..Tapi bila saya cuba untuk membantu hubby..saya tak reti nak mulakan dari mana..

Buat resume?Hantar ke mana?Bukankah iklan pekerjaan sekarang online?Ada ke kekosongan jawatan?Ish..serabut..tapi saya akan try perlahan-lahan..Saya kuat..Saya tau saya kuat..

5 Dec 2011

Buntu..

Saya buntu...tak tahu apa yang patut saya buat..Tapi panggilan dari hubby tadi saya tau..dia makin tenang di kampung..Saya cuba cari..jenguk kot-kot ada kekosongan jawatan di area Penang..Walaupun hubby tak cakap confirm nak berhenti keje di sana..Tapi dia seolah mahu bersedia dengan segala kemungkinan yang akan datang..

Memang..saya akui dugaan ini tak sebesar mana...tapi kepala saya berat memikirkannya...jika hubby berhenti keje...siapa yang nak bayar rumah?dua kereta?saya..?saya sendiri tak mampu untuk menanggung semua tu..saya sendiri ada tanggungjawab terhadap rumah yang kami adik-beradik bina untuk abah dan mak...

"Ya Allah...janganlah Kau ragut apa yang kami ada Ya Allah..Tapi jika itu kehendakMu...aku redha..Walaupun susah untuk menerimanya Ya Allah.."

Oh..perempuan suka sangat memikirkan yang bukan-bukan.Terlalu terpengaruh dengan emosi...biarlah saya melayan emosi nie..sekurangnya cara ini lebih mendekatkan saya dengan Dia..

Diduga lagi..

Saya dan hubby telah diduga dan diuji...

Saya tak pasti samaada mahu meluahkan di sini atau tidak..Yang pasti saya dan hubby dalam keadaan agak tertekan..Tapi saya pasti hubby tidak bersalah dalam hal ini.Dia telah dianiaya..seperti juga tahun lepas...dia telah mengalami perkara yang hampir sama.Tapi kali ini..dia makin kuat mungkin setelah diduga untuk kali kedua..

Saya tak tahu apa yang orang tersebut amarahkan..mungkin hubby ada menyinggung perasaannya..mungkin juga tidak..hubby sendiri tak pasti..Apa yang pasti hubby memang tak pernah bertegur sapa lagi dengan orang tersebut sejak peristiwa tahun lepas...

Kawan-kawan..jika suami kita susah...sedih..tentulah kita sebagai isteri perlu membantunya..Tapi saya tak dapat membantu apa-apa pun..Saya di sini..dan dia di sana..Saya cuma mampu menelefon..tapi saya tak berani untuk selalu call bertanya keadaannya..saya risau jika dia makin resah..

Apa yang saya boleh lakukan..cuma berdoa..solat hajat untuknya..

Saya tak tau apa keputusan hubby..saya biarkan dia di kampungnya bersama Zahin..Dia mungkin perlukan ketenangan untuk menimbang keputusan untuk berhenti kerja di sana..Dan menetap bersama saya di sini.Tapi bukan mudah untuk membuat keputusan tu..Kami perlu menjual rumah kami di sana.Rumah yang sangat kami sayang...Rumah yang penuh kenangan indah..Dan bukan mudah untuk memohon pekerjaan baru pada masa ini kan..Sementelah hubby telah berkhidmat di sana lebih dari 11 tahun..Bukan mudah...

Hubby pernah berkata..Di situ dia bertemu dengan saya...di situ dia dikurniakan 2 orang anak..di situ dia membeli kereta..dan rumah...Di situ lah pintu rezekinya....

1 Dec 2011

Jalan-Jalan Malaysia..

Helo..helo...Selamat pagi(aiseh....leka sangat kat ofis nie..baru perasan da dekat tengahari la)..heheh..

Pagi nie mood ok..sebab cuti lama kan..Boss saya pun masih bercuti so tune saya tersangatlah baik..bahik cangat...

So nak citer lah sikit kisah cuti-cuti malaysia nie..Tak lah menarik sangat..tapi sebab nak juga ada kenangan so saya citer just nak kongsi ok..

Hari tu saya dah citer online yang saya balik kampung hubby kat kuala pilah kan..so isnin malam tu..hubby beriya-iya nak tengok bola pulak..Padahal dia yang plan kitorang akan balik ke s.alam malam tu..Tapi saya tengok dia cam penat semacam je sebab dia pun menolong la jugak masa kenduri..So saya dengan bahik hati bagitau tak pe lah..pagi esok je lah balik S.Alam..siap berkait jari kelingking tau..

Pagi sok (selasa)..Tetiba rasa macam nak jenjalan pulak..saja je saya suggest kat hubby..nak gi mandi laut kat P.D..Tetiba dia bersetuju.so ajak lah sama bapa mertua,mak mertua dan adik ipar..Seronok lah Najah ngan Zahin..dah lama tak mandi laut kan lepas balik Tioman pertengahan tahun ri tu..

Sampai sana baru perasan kamera takde..ala..tak best la tak dapat tangkap gambar langsung..handphone saya ngan hubby masing-masing da weak..tak bawa balik charger...hmm..sedihnya..Takpe la..simpan dalam hati je lah kenangan tu..

Lama jugak hubby ngan bapa mertua serta anak-anak saya mandi laut..Saya layan perasaan kat atas sambil makan rojak.Mak mertua saya pun layan perasaan dia la kot..sambil menghadap angin laut yang sepoi-sepoi bahasa gitu..hahahahaha..

Pas mandi tu..baru jer nak makan burger yang mak mertua saya belanja..tetiba nampak langit makin gelap..aiseymen...nak hujan pulak..

Cepat-cepat kitorang kemas apa yang patut..terus masuk keta dan beredar dari situ.Masa singgah untuk makan kat sebuah kedai tepi jalan..kitorang perasan ramai pelangggan tengah menunggu makanan dorang..tengah que punya lah ramai..maknanya mesti la surve lambat kan..?So saya saja je cakap kat hubby..."teringin la nak makan asam pedas Melaka..jom pegi Melaka nak tak?" (cam ala2 gedik jugak la soalan tu..)

Tetiba je hubby kata.."betul ke nie?teringin nak makan ek?"
"Haah..kita ikut jalan dalam nak..?"
"Hmm..boleh jugak..jom.."

Mula-mula bapa mertua saya macam tak larat nak drive..tapi saya bincang ngan hubby saya boleh drice keta dia.Hubby kena drive keta bapa mertua la..Nak tinggal keta kat PD rasa risau kalau balik nanti tak ikut jalan tu..lagi lah naya kan?

So keputusannya..mak mertua temankan saya dan anak-anak drive keta hubby,Hubby ngan bapa mertua serta adik ipar naik satu lagi keta..

Hmm..cam tak best je kan..ada suami tapi naik keta asing-asing..Hahahahhahaha..nak jalan Melaka lah katakan...

Sampai Melaka..berpusing-pusing saya kat Bandar Melaka tu..Asyik tak perasan keta bapa mertua.Hubby tak lah bawa laju sangat..tapi apsal ntah asyik terputus hubungan jer..

Park je kat sana..terus gi makan dulu ok..lapar asam pedas...nyum nyum sedap sangat makan asam pedas kat situ.Kalau korang nak tau kedai tu dekat depan kapal besar..ala..bertentangan jalan tau..nama kedai pulak..alamak..lupa siot..lupa gila..Tapi memang asam pedas mak cik tu sedap..tiap kali pegi Melaka mesti saya gi makan kedai dia punya lah..

Balik dari Melaka dah malam.Ingat nak berpisah ngan bapa mertua ngan mak mertua kat Seremban.Kitorang terus balik S.Alam.Tapi hubby tetiba tanya..

"sayang teringin tak nak makan satay tulang kat Senawang tu..?"
Gila ko tak teringin..teringin la..terus saya jawab..
"Eh nak..nak..jom la..."
Terus dia cakap.."Abang nak happykan sayang nie..kita enjoy ye.."
Hik hik..ye la tu..dia yang teringin nak makan..

Kitorang pun teruslah menjelajah dari Melaka ke Senawang..makan satay tulang yang kak Jem (virus padu) mention tu la..Sory la..takde gambar..memang sedap sangat satay tulang tu..harga RM1.00 secucuk..tapi memang sedap..10 cucuk..saya ngan hubby je makan..Najah nak rasa tap saya bagitau dia..ada banyak tulang..adik makan satay yang biasa je lah ek..Hoho..buruk betol la perangai ummi nie..Tapi memang banyk tulang..takut dia tercekik la...

Malam tu pas makan..terus balik ke S.Alam..sampai umah..terus tido(hehe)...


bersambung...