27 Apr 2012

Jom p Kelantan

Assalamualaikum..

Saya dan family akan bertolak ke Kelantan Ahad pagi. Tak sabar nak jenjalan ke Kelantan sebab lama dah saya tak pegi sana. Makanan kat sana sedap-sedap kan.Cuma masih berfikir nak cari Homestay atau nak sewa bilik. Kalau campur mak abah, kakak, abang cik dan keluarga saya ada 4 keluarga yang nak ke sana tu. Ingat nak bermalam 2 hari. Ada tak cadangan dari kawan-kawan? Yang murah dan selesa dah semestinyalah kan.. Kalau ikut hubby dia suka redah aje..

Kota Bharu

Harap-harap dapat makan nasi kerabu yang terbaeekk!

Nak rembat tudung bawal

Kena cari sehelai dua sutera untuk pakai hari Khamis

Nyum nyum...sedapnya kopok lekor..

Hehe...Jom..macam best je berangan..Harap-harap selamat sampai dan selamat menikmati percutian kat Kelantan tu..Yang penting semua orang happy..lalalallalaallla...amin..Kawan-kawan yang bagi komen maaf saya betul-betul tak sempat nak reply..Nanti saya try reply sekaligus kat entry lain ye..Terima kasih sudi baca dan sudi komen. Yang pasti kawan-kawan mengisi ruang kesunyian hati saya..hwa...hehehe..

26 Apr 2012

Sunyinya wahai hati

Assalamualaikum...

Dari pagi tadi saya rasa sunyi. Rasa tepu. Rasa sebu. Kat ofis ni dari pagi tadi saya mengadap lappy nie. Dulu ada Nurul saya boleh berkongsi banyak benda dengan dia. Tapi bila dia tak ada, hati saya bertambah sunyi. Fiza pun tak ada hari ni. Pegi Mahkamah. Dan saya kat sini melayan rasa sunyi. Hubby pun tak call. Sibuk agaknya. Nak makan tak boleh..Puasa.


Teringat masa study dulu. Macam tak ada masalah je kan. asyik ketawa, bergelak sakan. Tak pernah fikir masalah yang besar-besar pun. Tambah pulak saya tak ada boyfriend. So tak ada la rasa sakit hati ke apa ke. Bila rasa nak keluar ke bandar. terus keluar. Tak cukup duit. Mintak kat abah atau abang-abang. Tak pernah tahu susahnya abah nak manage duit sampai hujung bulan. Bila exam baru nak struggle. Huhu..

Eh kenapa pulak lari topik ni???

Memang rasa sunyi...saya tak boleh hidup saya sunyi tanpa kawan..Kena ada kawan. Dulu hubby je lah kawan saya. Tapi sekarang hubby dah jauh.. Tambah-tambah sejak duduk jauh dengan hubby nie susahnya berkomunikasi. Tak sama kalau skype, video call atau sms. Saya sunyi sebab saya dah biasa sibuk. Sibuk bercakap..huhu

Sunyi nie buat saya sedih. Saya akan menangis. Tapi saya tau. Tu cuma cara saya meluahkan perasaan. Tapi saya tak mahu tunjukkan kesedihan saya pada orang lain. Saya nak semua orang anggap saya kuat. Saya tak mahu juga mak abah syak tentang rasa sedih yang saya rasa. Argh....kalaulah boleh menjerit sekuat hati..


P/S : Jangan layan sedih saya ye..Ini cumalah layanan perasaan saya je...Saya tak boleh hidup kalau tak ada kawan-kawan disekeliling saya. Ke saya yang sibuk sangat melayan emosi ni..Hmm entahlah..Hubby tolonglah faham perasaan saya.. Saya rindu abang..



Tarikh Terima17/04/2012
StatusPermohonan anda telah diterima dan sedang diproses


~Tambah sunyi bila check kat SPA tadi permohonan saya sedang diproses...Kenapa lah lambat sangat dah 2 bulan saya tunggu..Cepatlah sikit..Saya pun ada masalah lah.Tolonglah empati...~

Petua

Assalamualaikum..

Jom share tentang Petua dari Imam Asy-Syafi'e

4 PERKARA MENGUATKAN BADAN
  • Makan daging
  • Memakai haruman
  • Kerap mandi
  • Berpakaian dari kapas

4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN
  • Banyak bersetubuh
  • Selalu cemas
  • Banyak minum air
  • Banyak makan makanan yang masam

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA
  • Duduk mengadap KIBLAT
  • Bercelak sebelum tidur
  • Memandang yang hijau
  • Berpakaian bersih

4 PERKARA MEROSAKKAN MATA
  • Memandang najis
  • Melihat orang dibunuh
  • Melihat kemaluan
  • Membelakangi KIBLAT

4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
  • Tidak banyak berbual kosong
  • Rajin bersugi (gosok gigi)
  • Bercakap dengan orang SOLEH
  • Bergaul dengan para ULAMA'


P/S : Terima Kasih Azam : salam kenal juga. Nazayiena : Salam kenal juga kak Nurul. Marya : Hehe..awak pun ada pengalaman mengajar..hehe..mesti tersengih sorang-sorang bila ingat kan..saya saja je mengaku lemah lembut..saja nak tengok reaksi awak..kekekekkekek. kak cik : Pengalaman tu banyak yang masin,manis dan pahit. Kak Zakie : Ye ke kak zakie..best la kalau Hari Guru mesti dapat hadiah mahal kan..? Preetywrite : Haah tetiba je dah hilang..sabar je lah tau...okay juga dorang ilang sebab dorang bukan mandi pagi..bucuk..hehe..K.lynn keje di bahagian Pendakwaan dan k.lynn bawah unit Gubalan Undang-Undang, Belum pernah bawa kes lagi setakat nie. Kunang-Kunang : Betul kak..Lynn rasa lynn lebih sabar dan faham kerenah budak-budak.Intan Berlian & lelamaisara : Tu lah kenangan yang paling berharga untuk saya.Hadiah yang student bagi pun semuanya masih ada.  Cik Farizam : Salam kenal juga..nanti saya singgah teratak awak juga ye.. Cinnamon : Title guru tu dah tinggal kenangan kak..hehe..Tu cikgu yang rajin tambah pendapatan tu. Syira Qaihara : Tugas seorang Guru tu memang berat sebab tu saya kita patut hargai mereka kecuali mereka yang buat tugas cincai .Zie : Hmm aku ingat aku akan bergelar pendidik selamanya..Tapi Allah tu lebih tahu perjalanan hidup kita kan.. LYAfrina : Memang lama sebab penat tunggu diserap terus beralih arah ke bidang tugas sekarang yang lebih terjamin..Masha Meister : Hehe..darah keturunan kot..tu yang lama.. Tq singgah sini..salam kenal jugak k..saya dah tepuk tangan dah..hehehehhe...(saje gurau).Masha..saya tak dapat detect blog awak..


24 Apr 2012

Imbas Kenangan

Assalamualaikum..


Teringat saya kenangan lalu..Hehe..Sebenarnya entry ni dah lama sangat kat draf.
Kan saya pernah publish tentang ucapan Hari Guru kan..Dulu saya pun pernah bergelar GURU selama lebih 6 tahun. Masa saya mengajar dulu..saya bukanlah seorang guru yang mempunyai sijil perguruan yang diikhtiraf oleh Jabatan Pendidikan.  Asalnya cuma Guru Ganti bagi Guru yang bersalin. Tak ada pengalaman yang cukup. Tambah-tambah pulak sekolah pertama yang saya lapor diri untuk bertugas sebagai Guru Ganti ialah Sekolah Menengah Dato; Hamzah, Pelabuhan Klang. Sekolah lelaki pulak tu...Terkejut beruk sangat-sangat..Mau tak terkejut..Dah la Sekolah Menengah..Sekolah Lelaki pulak tu..huhu..Seram...

Hari pertama lapor diri dengan keadaan diri yang tak berapa sihat (saya mengandung anak sulung 3 bulan)..Saya buat muka selamba..buat muka pandai la konon..Tengok-tengok saya kena jadi guru kelas tingkatan 2 apa ntah..Yang saya ingat kelas tu kelas kedua dari belakang..Perempuan tak sampai 5 orang..Ada budak Melayu, India dan selebihnya budak cina 5 orang..Huh..memang azabla jugak bila dapat tahu.Tapi dah tak ada pilihan..redah sahaja la..

Bukan apa..rupanya kelas tu paling ramai budak bermasalah..budak nakal..dan sebagainya..Saya pulak dikenali sebagai seorang yang lemah lembut..hahahaha..ayat masuk bakul angkat sendiri..

Tapi walaupun tiada ilmu yang cukup di dada...Cuma berbekal darah guru yang mengalir..cewah..hehe (Darah mak abah,abang-abang saya bertugas sebagai guru..) Kuteruskan juga usaha untuk menjadi Guru..hehe

Masa mula-mula saya memang agak gementar.Takut..risau..Tapi saya mengajarlah jugak sedaya upaya saya. Memang buat research habis la untuk menjadi seorang Guru yang berdedikasi nie. Lama-kelamaan saya terus minat.. Saya suka membaca buku-buku mengenai cara mengajar yang berkesan. Cara handle budak-budak nakal. RPH yang saya buat pun mendapat pujian dari Guru Besar..Nak kata saya kreatif..tak lah jugak..Tapi mungkin sebab rasa minat..rasa bertanggungjawab..Tu yang buat saya bertahan kat sekolah lelaki tu..

Paling saya tak lupa masa sekolah tu buat program apa ntah.. Saya hilang ingatan la program apa..sory lah ye..Tapi memang terasa best sebab guru-guru kat sana tak anggap saya nie macam Guru Ganti.Diorang layan saya macam biasa je. Takde pulak eksen pelbagai..

Dugaan kat sana pun ada jugak. Kan tadi saya bagitau dalam kelas saya ada 5 orang budak cina tu kan.. Diorang tu memangla tak kacau saya.Tapi bila saya dah nak keluar dari sekolah tu baru saya tau..Salah seorang student dalam kelas tu adalah anak kepada SAMSENG kat area Pandamaran..Hah..Biar betul..

Tapi alhamdulillah.. Dia tak pernah kacau saya langsung..Cuit pun tidak..Cuma bila pandang ke papan hitam walaupun sekejap.. Bila toleh ke belakang (ke arah anak murid)..Tengok-tengok budak 5 ekor tu dah tak ada..Hilang terus dari kelas.

Lagi la lega..tak payah menghadap pelajar yang nakal..biarlah tak nampak terus kan..

Tapi selepas satu demi satu sekolah kat Selangor tu saya masuk.. Saya terus jatuh hati dengan bidang Perguruan.. Itulah yang menguatkan saya menyambung pengajian ke bidang tersebut.Walaupun belum posting kemana-mana.. Tapi saya rasa ilmu ni sangat bermanfaat untuk saya aplikasikan kepada anak-anak. Saya tak menyesal dengan ilmu ini..Mungkin juga belum sampai waktu saya berkongsi ilmu perguruan yang saya ada tapi saya masih boleh memanfaatkan Ilmu Perundangan Syariah yang saya ada sekarang nie.





Telefon rosak dan Hilang

Assalamualaikum..

Dah dua hari telefon saya Nokia  C7-00 yang saya beli setahun setengah yang lalu..rosak. Tak tau rosak kat mana. Bila charge tak masuk. Semalam baru saya duk survey handphone baru kat KOMTAR. Konon nak beli Samsung Galaxy W. Sebab ramai kata handphone tu je yang paling murah tapi full spec. Macam-macam ada. Gambar pun terang. Ukur di badan sendiri lah kan..Tak mampu nak beli yang lebih canggih tu ha..huhu

Untuk sementara waktu saya gunalah handphone Nokia yang fesyen lama dan saya tak ingat apa nombor kod dia. Yang saya tau memang function dia untuk call dan mesej je yang boleh. hehehe..oh..lupa pulak..boleh gak dengar radio. Terlupa sudah..

Semalam lagi saya dah pujuk hubby belikan handphone baru..Tapi dia suruh sabar. Dia kata nanti dia balik baru pegi survey sama-sama. Saya macam biasalah..memang dah terketar-ketar la nak handphone baru. Memang tak reti nak sabar..

Pagi tadi masa nak punch card, hubby called. Then saya cakap kat dia jap lagi lah called balik saya nak punch card dulu. Pas punch card terus naik atas simpan barang dan turun balik semula dengan kawan-kawan ofis untuk sarapan. Lepas sarapan terus naik atas balik baru perasan handphone saya tak ada..Alahai..terus rasa lain macam. Bukan sebab apa..sayang sebab simcard tu dah lama saya pakai. Memang sayang gila lah.. Pas tu rasa malu jugak nak tanya orang bawah kot ternampak handphone saya tu sebab handphone tak up to date lah katakan..hahahahaha..Malu...

So nak tak tak terpaksa call sorang staff kat bawah. Mintak tolong dia tanyakan kot ada ternampak handphone yang tercicir. Tup-tup dia called balik bagitau ada kat seorang staff lelaki. Staff tu kata nanti dia bagi phone tu sebab dia keluar makan. Alahai..malunya..satu sebab handphone tu murah macam yang saya cakap tadi tu..kedua..risau dia baca mesej saya yang ntah apa-apa kat dalam tu..Hwa.....patut ke saya rasa malu..????Hmm alahai....


23 Apr 2012

Salam Pagi

Assalamualaikum..

Sangat sibuk dihujung minggu start dari hari Khamis petang sampai la petang semalam. Abah saya dah beransur pulih..Dah operate..dan dah pun balik rumah. Alhamdulillah..Sempatlah saya tidur kat Hospital temankan abah masa malam kena operate tu.

Jumaat memang tak masuk ofis dah..Petang Jumaat terus ke Hydro Hotel, Batu Feringgi sampailah petang semalam baru balik. Pelik tapi benar bila bekerja di hari cuti..hehe..so masuk keje hari Isnin nie rasa macam blur je.

Kita sambung nanti k..Nak stabilkan diri sekejap..


19 Apr 2012

Sambungan termengah-mengah

...Assalamualaikum

Tak sempat nak jenguk blog nie tadi..Lepas sarapan tadi tak angkat dah kepala nie..hahahaha..sibuk sangatlah katakan..sibuk tidur kat surau sebenarnya. Rasa tak sihat sangat. Badan saya nie pun bukan baik betul lepas turun darah hari tu.

Sebenarnya malam tadi saya sibuk uruskan abah. abah saya dah 5hari tak bangun sebab demam. puas kami adik beradik pujuk abah untuk bawa ke klinik. Tapi dia tak mau pulak. Petang semalam kakak pujuk lagi, baru dia nak pegi.

Selain dari demam, abah saya kata dia sakit sangat kat bawah peha. jadi semalam lepas bawa ke klinik, doktor kata abah kena masuk ke Hospital sebab panas sangat dan dia pun dah lemah. Dan doktor kata kat bawah peha dia tu kena operate tak tau lah kenapa. Doktor kata macam ada ketumbuhan. Kena operate dan buang tumbuhan tu. Jadi saya pun bawa ke Hospital terdekat la. Hospital kepala Batas. Sampai kat sana memang lama sangat menunggu. Biasalah..mestilah keutamaan diberi untuk kes kecemasan. macam abah nie kes biasa lah kot sebab demam. Check punya check doktor suruh abah pegi ke Hospital Seberang Jaya. Tak tau lah kenapa. 

Saya pun terus lah bawak abah ke Hospital Seberang Jaya pulak. Nasib baik kakak ikut. Abang cik memang tak ada masa tu, dia ada kelas sampai 10.00 malam. Nak tunggu dia hantar dia pun demam jugak. Jadi saya sorang lah yang boleh drive dan boleh bawak abah ke Hospital. Kalau nak tunggu abang cik habis kelas takut nanti abah berubah fikiran pulak tak nak pegi Hospital.

Sampai kat Hospital abah pun kena lah check lagi sekali. Puas jugaklah saya dan Najah menunggu. Najah pun sibuk sangat nak ikut. Dia memang tak boleh berenggang ngan ummi dia nie.

Puas menunggu kakak yang tengah teman abah bagitau abah kena admit ke wad pulak. So kakak uruskan sebab saya dah tak boleh masuk dah. saya ngan Najah tunggu kat luar sampai Najah tertidur.

Settle semua dalam pukul 1.00 pagi jugak lah saya, kakak dan Najah balik. sampai rumah terus sembahyang dan bum..ZZZZZZzzzzz

Pagi tadi on the way ke Office singgah sekejap kat Hopspital Seberang Jaya. Hantar kain pelekat abah dan beberapa kelengkapan. Tengok abah terbaring dengan drip untuk bagi dia tenaga sedih la jugak. abah memang la dah berusia 71 tahun tapi selama nie dia sihat dan jarang sakit. Sempat sekejap je terus masuk office. Sampai kat Jambatan Pulau Pinang..jammed pulak..hmm..tu yang lambat sampai tu..Baru je punch card..terserempak pulak dengan Pengarah..Hmm..bruruklah namaku..hehe

Terus naik office..naik tangga tau..tak ada lift..hehe..sebab tu lah malas nak turun bawah untuk beli makanan kecuali lapar sangat baru turun. Termengah-mengah sampai kat atas terus tukar dari heel ke sandal. Sakitnya kaki ni semalam mawak abah ke Hospital saya tak perasan saya pakai heel. kelam kabut sungguh..Tu yang betis terasa berdenyut tu..tu la..control ayu lah konon.

Petang nie baru ingat nak singgah sekejap tengok abah. tadi abang cik called dia kata abah nampak lemah sebab dari pagi tadi disuruh berpuasa sebab nak operate ketumbuhan tu. Tak taulah ketumbuhan apa. Nak kata bisul tak ada mata kata Doktor kat klinik tu.

Adik ipar saya pun kena cuci hari nie sebab keguguran hari tu. Sian jugak la dekat dia.. Yelah..dah gugur beberapa hari baru nak cuci. Tapi mungkin tu prosedur kot. Harap-harap dia ok..



Penat sampai termengah-mengah

Assalamualaikum...

Punch card merah sepanjang minggu nie selepas Tsunami....Ramai yang tak berani naik Feri dan diorang memilih Jambatan Pulau Pinang yang tersohor lagi sesak di awal-awal pagi tu..Saya baru masuk ofis..9.00am..Baru sampai sangat2..Terus buka heel pakai sandal..On the way datang office tadi sempat singgah sekejap kat Hospital Seberang Jaya..Buat ape?Tunggu ye..saya sarapan sekejap..Termengah-mengah naik tangga ofis..Huhu..sian takde lift..

18 Apr 2012

Mari Berkongsi..

Assalamualaikum...

Terima Kasih lelamaisara...Kalau Jabatan sendiri yang anjurkan kira okayla sebab tak la jadi macam kera masuk kampung..hehe..LYAfrina..agak best nanti saya share sikit kay..Kak Fieda...Tq..ye ke kak..cam biasa je..kadang tak sempat nak belek2...Acik Erna..Haah semalam memang ramai jugakla staff dari Jabatan lynn...Cik Ina Do Do Cheng...Mama Ema...tak ngantuk cik Ina, Mama Ema sebab penceramah best jugak,pandai dia handle program....Zie..oh Tok Wan meninggal..Salam Takziah...

Untuk yang mendoakan saya dalam entry "Hadir Tanpa Diduga"..Acik Erna : Izan mama Mia : Kakcik : Lelamaisara : Marya : Tihara : Mama Akid : Prettywrite : Cinnamon.com : Eeiyss :Zie : Cik Ina do do cheng :  MamaEma : Syira Qahira : terima kasih..Insyaallah saya kuat..Mungkin sebab baru..jadi tak terasa sangat..Tapi kadang-kadang memang ada rasa suatu kehilangan. tapi saya sibukkan diri jugak-jugak..Berita yang baru diterima semalam..adik ipar saya juga gugur..Tapi dia kena cuci sebab kandungan dah berusia 3 bulan..Innalillah...

Saya nak share sikit tentang apa yang saya dapat masa Program Syarahan Perdana semalam. Tajuknya ialah Qurratul Ain yang ku cari..

Qurratul Ain nie maksudnya penyejuk mata (dari kalangan Isteri dan Zuriat). Penceramah tu pulak dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Masa mula-mula tengok tajuk..macam biasa-biasa je. Tapi bila dia dah start mengupas tentang topik nie..Saya rasa sangat menarik..Bagi yang berumahtangga atau yang masih belum.

Antara yang ditegaskan semalam ialah...

  • Bagi yang belum berumahtangga perlu berdoa untuk mendapat jodoh yang baik.
  • Bagi yang telah berumahtangga, jagalah rumahtangga dengan baik
  • Jangan sesekali bergaduh diantara suami dan isteri dihadapan anak-anak
  • Selalulah bersentuhan diantara Suami dan Isteri sebab sentuhan akan menghilangkan stress(cam saya nie sentuh sekali sekala je..huhu)
  • Sebelum tidur pastikan memohon maaf terhadap pasangan masing-masing.
  • Jangan sesekali jatuhkan air muka suami atau isteri
  • Bila bercakap dengan pasangan atau anak-anak pastikan memandang anak mata dan muka mereka
  • Peluka anak setiap hari dan usaplah ubun-ubun anak sebab Nabi selalu berbuat demikian untuk menunjukkan kasih sayang
  • Untuk suami jangan sesekali menunjukkan contoh tauladan yang tak baik terhadap anak-anak termasuk menghisap rokok di hadapan mereka.
  • Persekolahan anak perlulah dititikberatkan jangan biarkan isteri sahaja yang memantau persekolahan anak
  • Jangan berlaku zalim terhadap isteri dengan melakukan kekerasan kerana isteri dijadikan dari tulung rusuk suami untuk dijadikan teman.
  • Isteri perlu mengambil berat tentang layanan terhadap suami ( faham-faham lah ye)
  • Bertolak ansurlah selalu dengan pasangan, jangan simpan di dalam hati jika ada perkara yang membuatkan hati terluka..Jika ingin sampaikan pada suami..perlulah berterus terang dengan cara yang berhemah
  • Jangan mengungkit tentang duit dengan pasangan.
  • Panggil suami atau isteri dengan panggilan yang hormat..Jika suami tak kisah isteri memanggil dengan gelaran nama..tak apa..tapi jika suami tak redha...hmm..tak aman rumahtangga..hehe..macam lawak pulak bila teringat memek muka penceramah tu semalam..

Dalam apa yang dikupas semalam, beliau ada juga meyertakan statistik mengenai penceraian yang berlaku di Malaysia.Jangan tak tahu berlaku penceraian setiap 18 minit sekali di Malaysia nie. Tapi kata beliau..kalau dah dapat suami yang tak sepatutnya..adalah lebih baik juga berpisah. Tak la kena sabar je dengan suami yang jahat tu..Tapi beliau galakkan juga sebagai isteri..kena tahu sedikit sebanyak tentang hah-hak sebagai seorang isteri samaada yang masih bergelar isteri atau bekas isteri.

Sebenarnya banyak lagi yang disampaikan..Tapi saya cuma share apa yang agak best je tau..Terima Kasih sebab sudi membaca dan saya na share sesuatu yang ditinggalkan oleh penceramah tu semalam..

" Allah akan sentiasa menguji antum pada titik kelemahan antum, orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan pangkat dan wanita, orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah , seseorang yang sentiasa lambat dalam dakwah kerana alasan isteri mertua, tetamu akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu , mentua datang, tetamu datang bersilih ganti, yang akan terus menundakannya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya"
- K.H Rahmat Abdullah (Cinta Sang Murabbi)

16 Apr 2012

Program Jabatan

Assalamualaikum..

Oh..esok saya ada program di Dewan Millenium Kepala batas...

Jadi saya tak masuk ofis lah esok ye...

Bubye...Harap-harap bestla program tu..

Hadir tanpa diduga

Assalamualaikum..

Jutaan terima kasih untuk Kak Zakie : LYAfrina : Zie : Lelamaisara : Cik Rose Cute : Tihara : Ummufathi : Balada rindu : 9n0L4.. Kata-kata anda semangat yang menyuntik kekuatan saya..Terima Kasih..


Semalam saya dapat berita yang saya "gugur" ketika kandungan berusia beberapa minggu..Saya pun tak pasti sebenarnya yang saya telah mengandung. Memang tak sangaka..Tapi masa saya dapat tau saya "berisi"..saya terima seadanya rezeki tu walaupun saya takut sangat sebab saya nie kalau mengandung memang tak lari dari alahan 5bulan. Alahai..nak menghadapi alahan tu yang buat saya seram sejuk tu..

Masa turun darah dan saya terus bagitau hubby, dia suruh terus pegi check doktor untuk kepastian. Selepas check doktor bagitau tak ada rezeki...Hmm..tak apa lah..memang ada rasa sedikit perasaan sedih.. Tapi saya redha..Mungkin baby tu tahu ummi dia macammana kalau mengandung tanpa abah di sisi..hehehe..Alhamdulillah juga kandungan belum membesar sepenuhnya. Kalau tak..sudah tentu saya akan lebih bersedih kan..

13 Apr 2012

Perlukan Ketabahan

Assalamualaikum..

Petang semalam Zahin berkata.."Ummi...abah dah tak kisahkan kita ke..?"
Saya terkejut dan menyoal.."Kenapa pulak abang cakap macam tu...?"
Dia membalas...."Kita dah lama kat sini....abah tak bawa kita balik sana pun...abang nak sekolah kat Shah Alam.."(Mungkin dia ingat abah dia tinggalkan dia kat kampung untuk cuti kot)
Saya rasa nak tergelak besar...tapi tiba-tiba Najah menyampuk...
"Ummi...abah dah lama tak bawa kita makan kat jauh-jauh...(makan luar)"
"Adik nak makan apa kat jauh-jauh?Nak makan kat mana?"
"Adik nak makan nasi lemak kat Shah Alam yang dekat belakang rumah kita tu..."

Hmm...Anak-anak rindukan abah diorang lah nie...Macam lah lama sangat tak berjumpa..hehehe..Kalau abang dengar nie...dan baca nie...mesti abang sedih kan...?Tapi tak pe...Saya akan cuba berusaha supaya dapat bertukar ke sana balik secepat mungkin.

Bila hubby called malam tadi pun..Najah sampai sebak dan tersedu-sedan bercakap...Bila saya tanya "Nape adik nangis..?"
Lagilah kuat suara tangis dia..Siap cakap lagi.."Adik rindu abah.."

Semalam sebenarnya saya dah called ke ke SUK lagi. Saya tak taulah macammana nak percepatkan proses pertukaran nie. Rasa bimbang kalau-kalau tempat di Mahkamah Tinggi sana terisi dengan staff lain. Risau kalau bukan rezeki saya kat sana. Oh Pulau Pinang..bukan saya tak nak berkhidmat di sini... 

Bukannya saya tak mau bersabar dengan semua nie. Tapi kesian dengan anak-anak. Kesian juga hubby kat sana. Kalau saya nak berhenti kerja..mungkin boleh..Tapi saya dah penat belajar. Saya baru nak bagi mak abah rasa duit yang tak seberapa nie.

Alamak..tadi anak yang teremosional..Ni saya pulak..mengada-ngada lah hai..

~Sory kalau jemu dengan tulisan saya nie..Saya pun dah jemu nak meluahkan rasa..~

12 Apr 2012

Happy Birthday

Assalamualaikum..

Ya Allah saya bukan terlupa..tapi saya tak ingat..Alahai..merajuk la bucuk saya..hehehe

Happy Birthday Hubby...semoga abang sihat selalu..panjang umur...murah rezeki...sentiasa dalam lindungan Allah...Semoga abang sentiasa diberi ketetapan Iman....Kami sayang abang....

Kalau nak hadiah...kena lah balik sini...tak kuasa tau nak pos ke pelbagai...hehehe...Tapi...bila dah macam nie...rasa macam nak balik Shah Alam pulak esok...Hmm...Kalau balik sana...mesti nak kena ambik cuti...Eh jangan...bulan 5 nak cuti lagi..Kan hari tu dah ambik cuti..Tak pe..Sabar...Sabar....

Allahuakbar

Assalamualaikum..

Kejadian gempa bumi yang berlaku semalam memang mengejutkan. Masa tu saya baru lepas makan tengahari...baru je bersiap nak pagi Maybank, hubby pulak call.. Sempatlah borak sekejap, terus saya keluar. Masa keluar tu tiba-tiba rasa pening dan nak muntah. Terus saya termuntah. Dalam hati terdetik.."kenapa pulak tetiba rasa pening nak muntah nie...?"

Saya terus masuk dalam kereta. Masa panaskan enjin kereta jiran saya memanggil sambil memegang telefon. Dia kata anaknya yang bekerja kat Penang called bagitahu kat Penang ( Pulau) berlaku gempa bumi kuat dan semua orang keluar dari bangunan.

Patutla saya rasa pening tadi. Balik rumah bagitau abah..abah kata memang abah rasa gempa tadi selama 2 minit jugak la. Mak yang baru lepas sembahyang bagitau tak rasa apa-apa.

Sambil dengar berita petang tu abah bagitau dunia nie dah dekat sangat dengan kiamat. Kalau siapa yang sedar, dia akan beringat..Allah dah tunjuk sikit demi sikit kekuasaannya.

Saya nak share juga tentang Tanda-tanda kiamat supaya kita semua dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku sekarang nie sebenarnya ada sesuatu di sebaliknya.

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

  • Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]

  • Zina bermaharajalela
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”

  • Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”

  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

  • Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”

  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”

  • Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”

  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”

  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”

  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”

  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnyapenyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara..
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”

  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”

  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”

  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”

  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]

  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.


~Dirujuk dan boleh lihat di sini Tanda-Tanda Besar Kiamat saya akan publish nanti ye..sebab ada kerja menanti..Terima Kasih sudi membaca..~Jumpa lagi..

10 Apr 2012

Setia pada pasangan?

Assalamualaikum..

Saya tertarik dengan status FB seorang rakan saya yang baru saya baca tadi..Status yang bertulis rayuan supaya semua yang mempunyai pasangan perlulah setia dan sayang pada pasangan masing-masing.

Pengalaman sendiri memang ada juga lah yang bersangkut paut dengan topik kat atas nie.Hmm..korang rasa topik ni perlu diberi perhatian ke tak..?

Kadang-kadang mungkin kita tak perasan yang kita ni tak setia pada pasangan..Tapi takkan tak perasan pulak kot..Kalau pengalaman saya..memang pernah la melihat, mendengar sendiri seorang lelaki yang dah berkahwin, berlagak macho dan romantik kepada seorang perempuan yang dah pun berkahwin...Saya memangla terasa janggal bila berada di tengah-tengah mereka..tambah pulak duk dengar diorang bersembang..

Mula-mula saya buat pekak la jugak..Tapi bila lama-lama mendengar usikan dan gurauan..ditambah pulak "caring" terlebih si lelaki ni tadi..alamak..geli pulak saya rasa..naik meluat pun ada..Maafla..

Kalau boleh..jangan la romantik sangat dengan isteri orang ok..Yang si perempuan..janganla manja sangat sehingga menggoda lelaki orang tu tadi..Kalau saya sebagai isteri lelaki tadi..dah tentula saya rasa geram dan menyampah..Huhu...

Kalau saya..saya nak manja dan gediks dengan hubby saja..(kalau boleh tak moh la manja-manja dengan suami orang..)

Ada juga pernah saya terdengar yang perempuan ni...sibuk sangat bertanya pada si lelaki tentang urusan rumahtangga lelaki tu..Contohnya menyoal siapa yang ion baju bila isteri tak ada..(lelaki ni PJJ-Perkahwinan jarak jauh)

Yang lelaki nie pulak ada jugak tanpa segan silu menceritakan masalah rumahtangga contohnya isterinya tak masak..isteri tak jaga kebersihan..isteri malas...
Ala...janganla ceritakan kelemahan isteri tu kan..Apa salahnya sebagai suami..cuba membimbing isteri tu supaya menjadi Isteri Solehah..Baru la sejk rumahtangga tu..hihihi..

Perempuan pun...janganlah membuka setiap pekung di dada.. Simpanlah maruah suami..Betul tak..?

Hmm..kenapa pulak saya terlebih emosi nie..hehehehe..Soryla..dah macam membebel pulak kat sini..Pot pet pot pet...

Oleh itu..hargailah pasangan anda..betul kan...Saya sayang pasangan saya...Luv u hubby..wah....

Main masak-masak

Assalamualaikum..

Malam tadi...mak tanya "nak makan apa malam nie..lauk dah habis..?" 
Saya cakap..."mak...dah lama tak makan nasi goreng mak..."(sesuka hati je kan request cam tu)
Mak pun buatlah nasi goreng..Sedap sangat..menyelerakan...Zahin tambah 2kali..Najah tambah 4kali..(dalam kuantiti yang kecil la)
Tiba-tiba Zahin bersuara..."Ummi...boleh tak hari Sabtu nie ummi buat Nasi Goreng Hailam..?"(Saya pun tak tahu camna rupa nasi goreng tu..hehe)
Alamak..anak pulak request..kena masak lah jugak nie..

Bila direnung-renungkan....
Wuish....
Lama jugak saya tak masuk dapur sepenuh masa.
Setakat separuh masa tu ada lagi la...
(Eh,,teringat pulak dapur saya kat S.Alam tu..)


(Gambar gelap..lampu terbakar pulak..hahahaha)


(Keadaan dapur yang tak berubah apa-apa pun..sepanjang peninggalan saya..maknanya Hubby memang tak masuk dapur la tu..hehe)


Tapi...tu la...sejak saya kat Penang nie...memang saya asyik makan air tangan mak..
Kadang-kadang..pegi rumah kakak kat sebelah..makan pula air tangan kakak...
Bukan saya tak nak masak...feel tak datang la..
Cuma, kalau balik S.Alam..atau hubby balik sini...baru saya masak sikit-sikit apa yang dia request tu saya usahakan la..
Tapi..kadang-kadang...
Beriya-iya saya dan hubby pergi pasar beli lauk...
Balik rumah...mak pulak yang offer diri...
"Nak masak apa lauk nie..?".
Saya cakap..."Tak payah la mak..dik nor masak nanti.."
Mak saya kata.."Mak je lah yang masak.."
Takkan saya nak gaduh dengan mak pulak..kan..kan....?
Sudahnya........
makan lah air tangan mak juga...
hehehehehhehehe

Tapi hubby pandai...
Bila balik Negeri Sembilan...
Pagi-pagi sesudah subuh dia dah ajak ke Pasar..
Pas tu dia pandai-pandai dah cakap kat mak dia..
"Mak..hari ni lynn masak.."
Hmm..okay lah...masak jer...

9 Apr 2012

Salah Siapa?

Assalamualaikum..


Bila saya diam...membisu...orang kata saya sombong..
Bila saya bercakap...beramah mesra dengan orang...orang menjeling..
Bila saya merendah diri...orang kata saya menipu..
Bila saya berkongsi sesuatu..orang kata saya riak..
Bila saya senyum..orang kata saya gatal..
Bila saya serius...orang kata saya tunjukkan kuasa veto..


Macammana lagi saya nak buat untuk memuaskan hati semua pihak...? Manusia tu tak semuanya perfect di mata manusia..Tapi sekurangnya sebagai manusia biasa kita perlu consider untuk memuaskan hati semua orang. Jika saya di sini cuba untuk meletakkan empati di pihak orang, kenapa orang tak meletakkan empati di tempat saya..? 

~Tak ada kaitan dengan sesiapa di sini..cuma melepaskan geram kat segelintir manusia yang sombong tapi tak perasan dia yang sebenarnya
SOMBONG, BONGKAK..
Tapi..saya dah ok dah..hehe..biarlah dia..terjun dengan labu-labunya..Saya tak kacau hidup dia selama ni..tapi mungkin dia yang tak menyenangi kehadiran saya kot. Biarlah apa yang dia sampaikan pada orang lain..Saya tahu saya tak cukup baik..sekurangnya saya masih menjaga perhubungan saya dengan manusia seagama atau bukan seagama yang lain. Sekurangnya ada orang bijak yang menilai saya di sini..Bukan sebab apa pun..
Tapi sebab saya adalah saya..
Bukan mudah untuk memuaskan hati orang~

Sebak tak jika diaju..?

Assalamualaikum..
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
»Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. Fikir-fikirkanlah
Dipetik dari Ayat-Ayat Terindah

8 Apr 2012

Nak bagitau...

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua..Minggu nie ramai orang sibuk dengan aktiviti hujung minggu masing-masing. Masa ni lah masa yang paling sesuai untuk semua anggota keluarga berkumpul walaupun cuti hujung minggu yang tak lama. kat rumah abah dan mak ni, dari Jumaat hari tu abang sulung saya balik bercuti dengan semua anggota keluarganya. Kakak dan anak-anaknya memang sebelah rumah je. Abang cik pun ada..Adik lelaki saya pun ada. Yang tak ada cuma hubby dan adik bongsu yang bekerja di K.L.

Bila ramai-ramai berkumpul..Memang seronok sangat. Macam-macam cerita keluar. Bukan selalu kita dapat berkumpul macam ni. Time raya pun tak semua dapat berkumpul sekaligus. Tambah seronok bila time makan lah kan..Semua duduk makan beradab...Dengan suami dan isteri masing-masing..

Tapi dalam seronok-seronok tu.........................

Saya...duduk seorang...Hmm..macam sedih je..ada suami..tapi tak balik..hahahahaha..(Kenapa la diorang ni balik mengejut, kalau tak mesti saya paksa hubby balik juga minggu nie..)




6 Apr 2012

Takut nak pakai contact lense

Assalamualaikum..

Gambar Google

Petang semalam masa nak balik keje..Asni berlari ke arah saya sambil menangis. Terkejut saya sebab dia tak pernah menangis macam tu. Rupanya Asni bagitau mata dia rasa sakit..pedih..masa dia nak sembahyang asar. Bila dia nak remove lense..dia kata lense tu melekat kat anak mata hitam..Tak boleh nak keluarkan..

Asni cuba jugak keluarkan tapi tetap tak boleh. Bila asni suruh saya tengok..Memang lense tu masih kat anak mata dia..Mata putih Asni dah berdarah sebab mungkin terkena jari atau kuku masa Asni try keluarkan lense tu..

Cepat-cepat saya suruh dia masuk kereta..dan terus drive laju-laju untuk refer ke klinik. Tapi masa tengah drive tu pun saya dah panik tak tahu klinik mana nak bawa. Saya bukan biasa sangat Penang ni. So saya terus bawak dia ke klinik Sg Dua, Butterworth. Nama klinik tu Klinik Dr Wan Noor..

Sampai kat klinik Doktor pulak tak ada..10 minit menunggu baru doktor sampai..Bila doktor tengok mata Asni yang dah membengkak tu, doktor bagi ubat titis dan ubat tahan sakit..Tapi doktor suruh juga Asni pegi Hospital Mata. Doktor tu bagi lah dua klinik terbaik yang dia kenal.

Memandangkan Asni kata suami dia nak hantar dia pegi hospital, saya terus hantar Asni balik rumah dia dulu. Tengah malam tadi Asni bagitau doktor pakar tu cakap lense tu dah remove tapi mata dia terkena jangkitan kuman. So doktor bagi MC dulu dan Sabtu (esok) Asni kena refer sekali lagi untuk pastikan mata Asni ok.

Seram sangat..Takut bila tengok sendiri kejadian tu depan mata. Mata dia membengkak macam kena tumbuk. Yang paling seram bila mata dia dah berdarah. Harap-harap tak ada apa-apa. kesian dia. Asni kata dia dah lama pakai lense tak pernah jadi macam tu. Lense tu pulak belum lagi expired. Baru sangat tukar..


Takut sangat kan.. Tengok la gambar-gambar kat atas nie. Memangla mata Asni tak teruk macam kat atas nie..Tapi berhati-hatilah sebelum terjadi kat kita kan..

Gambar Asni selepas berjumpa Pakar malam tadi.

5 Apr 2012

Percaya @ tidak?

Assalamualaikum..

Balik dari kerja petang semalam saya singgah dulu kat Klinik Bersatu di area rumah mak tu. Hajat hati cuma nak ambil ubat untuk Zahin. Zahin ada masalah allergic yang saya dan doktor sendiri tak pasti allergic tentang apa sebenar-benarnya. Antara simptom-simptomnya ialah..Mata Zahin selalu gatal..berair..dan bila digosok berulang kali mata dia akan membengkak dan bertahi. Kalau dia tidur, boleh nampak dan bau air yang keluar dari mata dia seakan air bisa..(Entry nie mengingatkan saya tentang Iman..Anak Marya Yusof)

Seingat saya Zahin memang seorang anak yang sihat masa saya lahirkan dia dulu. Dengan berat dia 3.15 kg..Orang tak sangka saya boleh bersalin normal memandangkan saya mabuk teruk dan keadaan fizikal perut yang kecil selain pengsan beberapa jam sebelum melahirkan dia. Tapi saya bersyukur dapat lahirkan dia secara normal walaupun saya tumpah darah yang banyak. dua pain darah ditambah dan bergelen-gelen air dimasukkan. Saya tak pernah sangka juga saya akan demam teruk semasa dalam pantang sehingga tak sedar sehari semalam.(Hmm malas nak cerita..cerita tu dah lama)

Ok balik cerita pasal allergic Zahin tu..Masa tu Zahin berumur 5tahun. Dia pun baru saja start masuk Tadika. Baru seminggu masuk Tadika, saya dan hubby perasan mata putih  Zahin dah tak kelihatan putih kebiruan..sebaliknya bertukar menjadi putih kekuningan. Kami rujuk pada klinik dan klinik suggest untuk pemeriksaan sampel darah. Masa tu doktor bagi hint seolah Zahin ada masalah pada hati..dan mungkin juga ada masalah Hepatitis B. Tapi dia suruh check dengan pakar dulu.

Bila rujuk kat DEMC, Shah Alam..Darah Zahin diambil sebanyak dua kali. Tapi bila dapat keputusan Alhamdulillah..Zahin tak ada masalah langsung..samaada Hepatitis B atau masalah lain.

Puas jugak kami berubat ke merata tempat..Ke hospital kerajaan..ke hospital swasta...Hospital mata pun ada..Yang pasti bukan sedikit wang yang diperuntukkan. Masa tu saya dan hubby cuma ingat kalau boleh detect cepat, mungkin akan menyelamatkan nyawa Zahin..Saya dan airmata tak payah cakaplah..memang bestfriend masa tu.hihi..

Tambah membebankan masa tu saya hanya bekerja sebagai GSTT manalah saya ada sejumlah wang yang besar. Tambahan pula saya masih belajar masa tu...Tapi saya dan hubby berusaha sedaya upaya mengumpul duit dan kekuatan untuk Zahin. Bukan senang tau nak terima hakikat anak yang kita lahirkan sihat walafiat tiba-tiba dikatakan ada penyakit. Jenuh jugak saya bertahan..Tapi semangat hubby yang kuat yang buat saya lebih kuat seperti Catwoman..hahahahahha..Ada lah beberapa kali mata putih Zahin seakan tersembul keluar seakan membengkak seperti bebola jernih. Berkejar saya bawa dia ke klinik..Tapi sampai ke klinik..mata dia dah tak tersembul lagi dah. Yang nampak mata dia berair je dan berwarna kekuningan berbau air bisa. Pelik kan..?Kuasa Allah siapalah yang tahu..

Teringat masa Zahin Tadika tu..dia asyik ponteng sekolah je. Kejap pegi..kejap tak pegi..Ye lah..keadaan dia agak teruk jugak masa tu. Tapi zahin tak pernah merungut. Dia baik sangat. macam tu jugak cikgu dia.. baik sangat. Nama dia Cikgu Ilah..Zahin pun Alhamdulillah kategori budak yang cerdik kat sekolah Tadika tu.. Jadi tak ada masalah sangat kalau dia asyik ponteng sekolah. Masa tu dia dah pandai membaca dan mengira.

Sehinggalah suatu hari Pakar Kanak Kanak kat KPJ bagitahu Zahin ada masalah allergic. Tapi dia tak pasti puncanya apa..Mungkin makanan,minuman, persekitaran atau apa sahaja. Tapi yang nampak ketara Zahin tak boleh pakai shampoo, sabun, bedak,minyak rambut ikut suka hati..tak boleh kena asap..ubat nyamuk..air kolam..air laut..Tu yang kami nampak la,...Kalau terkena semua tu..mata dia akan keluarkan simptom-simptom yang saya sebut tadi.

Bila dah penat berubat secara moden..Seorang kawan di Sekolah yang sama dengan saya mencadangkan supaya berubat secara kampung dengan seorang ustaz di Sijangkang.Klang. Saya ingat lagi nama Ustaz tu. Nama dia Ustaz Mahin. Mula-mula pergi sana..kami memang tak tahu kat mana letaknya Sijangkang..Tapi hubby redah je dan akhirnya jumpa dengan rumah Ustaz Mahin tu..Bukan Maher Zain ok..hehe..

Masuk dalam rumah Ustaz..Ustaz tu dah pandang tepat ke arah Zahin. padahal saya dan hubby serta kebetulan mak abah saya pun ada belum membuka mulut pun lagi. Bila abah saya cerita tentang mata Zahin tu..Ustaz Mahin menganggukkan kepala. Dia panggil Zahin dan dia ambil limau purut dibelah dua. Dia ambil limau purut yang dibelah dua tadi tu..dia suruh Zahin pejam mata dan duduk tegak. Dalam posisi zahin didepan..dan Ustaz tu kat belakang, dia letakkan limau tu dikedua-dua belah mata dan menarik dari mata keluar ke arah belakang kepala serta ke leher.

Masa proses rawatan tu saya dengar Ustaz tu menyebut Allahuakbar..sambil badannya bergetar..
Rasa agak seram sebab bulu roma meremang..Tapi saya buat tak kisah sebab abah ada. Abahkan orang lama. Kalau apa-apa jadi..abah kena standby la..

Ustaz tu kata..Ada benda yang ada kat Zahin..Benda tu dah beranak..Mungkin Zahin ada terlanggar sesuatu. Benda tu jugak ada kat belakang leher Zahin tu yang effect kat mata tu..Saya ngan Hubby diam saja. Memang kitorang perasan ramai orang Jawa (Jiran saya) kata mungkin Zahin terlanggar sesuatu.

Masa balik..saya tanya abah.."Abah percaya ke apa Ustaz tu kata..?
". Abah kata "Percaya lah kot sebab bulu roma pun meremang tadi, pas tu badan Ustaz tu pun bergetar macam bertarung ja.."

Saya ngan hubby pun tak tahu nak komen apa..Tapi seingat saya..Zahin memang selalu cakap tentang "sesuatu" yang dia nampak masa dia kecil-kecil dulu. kadang-kadang dia nampak atas lampu..atas bumbung..kat luar kereta..Tapi bila dia meningkat besar..dia jarang bagitau "sesuatu" yang dia nampak tu..sebaliknya dia menjadi seorang yang penakut. nak pergi toilet takut..Nak masuk bilik sendiri pun takut..Sehingga lah sekarang..Kadang-kadang rasa geram sebab semua benda dia takut. Bila tanya dia "Kenapa abang takut sangat..?".. Dia akan jawab.."Ummi..abang selalu rasa ada benda ikut abang.."


Saya tak tahulah apaebenarnya yang berlaku. Tapi sebagai seorang Muslim kita kena berusaha sedaya-upaya menyembuhkan dia dengan apa cara sekali pun.Buat masa sekarang kami memang berjaga-jaga. Sejak saya kat Penang..Banyak perubahan pada mata dia berbanding masa kat S.Alam dulu..Nak kata baik dan sembuh seperti sediakala..tak juga..tapi kadang-kadang akan jadi la..

Lagi satu yang saya rasa macam ada kaitan ialah masa Najah dilahirkan..Dia selalu sangat menangis. menangis macam budak terkena sawan tangis. Penat sangat nak jaga Najah. Tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang. Tapi bila dia berusia 3 tahun..Najah dah tak kuat menangis lagi..Lagi satu..Najah seorang yang sangat berani..Bila abang dia takut nak masuk ke tempat gelap..atau bilik tersorok..Najah akan temankan dia..

Saya pernah juga cakap kat hubby..Mungkin Zahin betul-betul boleh nampak sesuatu..Sebab tu masa kecil dulu Najah pun selalu menangis..Bila besar, Najah dah tak nampak lagi..sebab tu Najah jadi seorang yang berani..Tapi tak tahu lah sejauhmana kebenaran pendapat dan pemikiran kami ini..hehe

{Teringat masa saya tanya Zahin.."macammana keadaan "sesuatu" yang dia nampak tu..?" Dia kata "Mata merah..baju putih..rambut panjang..abang tak nak tengok lama-lama..Takut.."}


Zahin masa 3 tahun..( Mata dia tak ada masalah lagi)


Najah yang suka sangat melalak tanpa sebab sehingga umur dia 2 tahun baru tak melalak sangat..


Perasan tak mata Zahin membengkak..dan sebenarnya merah kekuningan..

P/S : Marya Yusof...Entah-entah Iman dan Zahin ada Six-sense tak..?


4 Apr 2012

Aneka Ragam

Assalamualaikum..

Sebenarnya saya terlupa pulak nak share kat sini..Masa saya balik dari Shah Alam hari tu, bas saya sampai awal pulak kat Penang Sentral..Dah bagitau abah suruh ambil pukul 9.30 malam..Tapi pukul 8.30 malam saya dah berdiri kat tepi jalan. Nak tak nak..terpaksalah singgah kat gerai tepi bus stand tu. Kalau nak duduk semata-mata nak tunggu abah datang ambik..memangla saya kena halau agaknya. So tak mau kena halau..saya orderlah Milo suam..Hehe..nak duduk lama nie..sejam..Dah la saya tengok tauke kedai tu lain macam je garangnya,huhu..

Sambil tunggu Milo suam saya sampai..mata saya asyikla memandang keadaan sekeliling..Macam-macam kerenah orang ada..Ada yang berkepit lelaki dan perempuan..ada yang mengendong anak kecil..ada yang duduk termenung..ada jugak yang memandang saya..Eh..kenapa pulak dia pandang saya ni..Agaknya dia pun macam saya..memerhatikan gelagat orang..hehe

Masa Milo suam saya sampai..saya terperasan ada seorang lelaki yang umurnya dalam lingkungan 40 an..misai dia lentik..macam Sarjan hassan dalam cerita polis Yusof Haslam tu..(lupa pulak tajuk drama tu)..Dia berjalan sambil mengendong baby yang saya agak macam baru sebulan lebih..tak sampai 2 bulan la kiranya..Dia terus ke arah seorang perempuan berbadan besar sebesar Syanie..(ala anak produser filem jugak)..Lingkungan umur dalam awal 30 an..Mungkin jugak baru 20 an..Rasa saya tu isteri dia la..dan rasa saya jugak..perempuan tu anak tauke kedai yang saya minum tu..(Boleh rasa-rasa pulak)..

Lelaki tadi dengan berhati-hati..macam kekok  meletakkan baby tadi keatas meja tanpa melapik kepala dengan sebarang bantal pun..Jangan kata bantal..kain alas langsung tak ada. Masa tu saya dah terkeluar.."Ish.."..Tapi tak pe..saya relaks lagi..Biarlah..anak orang kan..

Tapi bila perempuan tadi menggoncang botol susu dan meletakkan botol tu atas meja..Saya jadi kusyuk pulak duk tengok gelagat dorang nie..Yang lelaki tu kata kat isteri dia.."Ala..bukannya dia nangis, tak payah bagi la lagi susu tu.." Dan Isteri dia pulak jawab.." Alah..biarlah.."

Pas tu perempuan tu dia balikkan baby yang sedang terbaring menelentang atas meja tanpa sebarang lapik tu dan mengiringkan baby tu ke arah dia..(Faham tak ayat pening nie?)
Pa tu terus sumbat botol susu tu kat baby dan letakkan kain alas (napkin) kat dada baby tu sebab tak nak pegang botol tu lah tu..Baby tu minum je..dan mak dia berborak dengan orang lain kat kedai tu..Korang geram tak bila bayangkan cerita ni..?Saya yang bercerita nie pulak yang geram..hehe..

Pas tu saya perasan budak tu tercungap-cungap mungkin sebab susu tu mengalir laju kot..Bila baby tu tercungap-cungap, tangan dia pun tertolak botol tu dan jatuh..Si mak dia tadi boleh pulak dengan selamba ambil botol susu dan terus sumbat balik ke mulut baby tu..Macam geram je saya tengok..Dah la botol tu kotor dia boleh pulak sumbat ke mulut anak dia..Dah tu malas nak pegang pulak. Tapi baby tu baik sangat..tak berbunyi pun dia..

Agak lama saya tengok keadaan tu..Bila dah menyusu macam tu dia tak pulak sendawakan baby tu. Dia biarkan saja baby tu terbaring sehinggalah ada seorang mak cik (rasa mak dia) tegur.."oi..susu penuh meleleh hang tak lap..bodo..".. Lagila saya terkesima..

Ish ish..pelik la tengok keluarga nie...Yang Tauke kedai..garang semacam..bini tauke kedai...asyik cakap bodo..bodo..kat pembantu kedai tu termasuk anak dia sendiri..Yang ayah si baby..macam orang tak cerdik..Mak baby tu pulak..pun macam tak cerdik..

Tak tahu ke diorang nie sekarang nie ramai yang kematian anak kat Taska dan Nursery sebab tercekik susu..Tak faham la saya..Bukan nak ajar atau tegur orang..tapi belajarlah untuk menjadi seorang yang terbaik sedaya upaya kita..Saya nak tegur pun serba salah..dah la keluarga diorang tu semacam dan garang..Sudahnya saya tinggalkan milo suam tu macam tu je..sebab tak nak tengok insiden yang lebih dasyat..(kalau berlaku la..)



Pesanan Untuk Isteri


Assalamualaikum..

Jom kita renung-renungkan....

1. Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.

2. Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.

3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.

4. Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.

5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.

6. Sederhana dalam berpenampilan. umumnya lelaki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.

7. Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

8. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur.

  • Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri.


  • Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri.

10. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

11. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

12. Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.

P/S : Yang baik kita ambil sebagai tauladan..Yang buruk jadikan sempadan..Thanks a lot untuk kawan-kawan yang wish semalam..Tq..

3 Apr 2012

8th Anniversary

Assalamualaikum..


Allahuakbar...Allah itu Maha Besar..
Hari ini saya terlupa tentang satu tarikh yang sangat memberi erti dalam hidup saya dan hubby..Sehinggalah subuh tadi hubby call dan ucapkan "Happy Anniversary sayang..Yang ke-8".Rupanya hari ini ialah Hari Ulangtahun yang ke-8 pernikahan kami..Macammana saya boleh terlupa sedangkan saya beriya-iya menunggu tarikh nie..

Mungkin semalam sampai dari Shah Alam..terus melayan kerenah Zahin dan Najah sampai kami bertiga tertidur bertiga atas katil. Selalunya Zahin tidur atas katil yang lain.

Bila teringat tarikh ini 8 tahun yang lalu..Mana mungkin (apsal cam word Indo nie) saya lupa saat-saat kami diijabkabulkan. 
Saya dan hubby tak pernah sangka kami akan berkahwin dalam usia yang sangat muda bagi kami....Masa hubby datang merisik, keluarga dia ada membawa sebentuk cincin..tapi bukan cincin belah rotan..cincin tak belah pun..hik hik..Masa tu abah cuma ambil cincin tu dan suruh mak simpan selama 4bulan tanpa memberikan kata putus tentang keputusan yang dicapai..Samaada setuju atau tak di atas perhubungan kami. Saya pun tak fikir sangat sebab saya tahu abah tak berapa setuju perhubungan kami diteruskan memandangkan jarak yang jauh..utara ke selatan. Tapi hubby masih bersabar sehinggalah dia bawa keluarga dia ke Penang..(Eh..kenapa bahasa ni jadi formal ni..?)

Saya ingat lagi hubby bagitau, kalau berterusan macam ni tanpa sebarang kata putus..hubby nak bawa sendiri keluarga dia ke Penang untuk bertanya dan dapat kata putus. Masa tu saya memang risau dan takut sangat..Ye lah,,macam cinta terhalang pun ada. Tapi masa tu saya tak lah mengharap sangat..sebab saya tau keputusan abah adalah muktamad. jadi saya dah bersedia..kalau dia bukan jodoh saya..maka bukanlah..

Awal bulan 12 tahun 2003, Hubby dan family dia ke Penang.. Hajat Hubby dia nak buat tarikh pertunangan 7/12/2003 sempena 7hb tu jatuh birthday saya..dan bulan 12hb tu jatuh birthday hubby..

Tapi..petang tu hubby call saya yang masa tu ada kat Shah Alam..Dia bagitau abah tak setuju kami bertunang..sebaliknya abah tetapkan tarikh pernikahan dan sekaligus kenduri kahwin pada 3/4/2004.

Rasa terkejut beruk lah masa tu..Beruk pun tak terkejut macam saya tau..hahahaha..Biar betul..Masa tu baru saya fikir..Betul ke ni saya nak kahwin dengan Shahrizan Bin Addenan..?Betul ke saya akan bergelar isteri pada 3/4/2004..? Saya tak buat Degree pun lagi..Alahai..bersedia ke saya nak hidup dengan orang yang saya tak kenal sangat..?

Tapi hubby seorang yang kuat semangat..dan semangat dia lah yang saya tumpang sehingga ke hari ni..Alhamdulillah..walaupun saya kahwin tak segah orang lain..Tapi saya bangga sebab kawan-kawan saya ramai yang datang..Kenduri saya sangat meriah..

Malam sebelum bernikah..saya sempat juga mesej hubby bagitau saya tak sedia nak kahwin lagi..Tapi hubby kata dia dah on the way ke Penang..so..kalau rasa tak sedia..bagitahu sendiri kat abah saya..(Nak mati kalau nak bagitau macam tu..Tak mau lah..saya nak dia yang bagitau). Tapi dia tak nak bagitau..Esok pagi selepas kami dinikahkan..Masa dia datang ke arah saya untuk memakaikan rantai tangan dan sebentuk cincin sebagai tanda (pertunangan).. Tiba-tiba dia cakap kat saya.."Kita dah nikah pun..apsal tak bagitau abah tak nak kahwin..?) Terus kitorang tergelak..hehehe....

Sekarang dah hampir 8 tahun..orang kata masih mentah..ada juga yang kata selamat ujian pertama (6 tahun pertama rumahtangga akan bergolak).. 
Walau tak sebanyak mana pengalaman hidup bersama selama 8 tahun ni..Tapi saya bersyukur dikurniakan insan sebaik Hubby.. Saya terima segala kelebihan dan segala kekurangan dia..Sesungguhnya kelebihan dan kekurangan dia yang banyak melengkapkan hidup saya.

Untuk Abang..Suamiku..( hik..cam gedik pulak)
" Terima kasih sebab menjadi seorang sahabat..kawan..abang..suami...bapa..musuh..hehe..Abang sangat baik..sebab tu abang ditakdirkan untuk lynn (seorang yang baik juga..hahahahha)..
Semoga rumahtangga kita kekal bahagia sehingga ke akhir hayat kita..dikurniakan anak-anak yang bijak..baik..dan sihat sempurna tubuh dan akal fikiran...
Semoga setiap ujian yang kita hadapi..membuatkan kita lebih menghargai diantara satu sama lain..Terima kasih juga sebab sudi melayan kerenah isteri abang yang tak matang nie..yang kuat merajuk..sensitif....tapi manja dan baik hati..(Eh ter..puji diri sendiri pulak..)
Happy Anniversary yang ke-8 tahun..I luv u soooooooooo much..muah..

{Tolong jangan muntah atau pengsan.. Bukan selalu saya jadi seorang yang romantik ok...}


Jauh lagi perjalan kita.......


Anak-anak yang menjadi amanah dan tanggungjawab bersama...



Dah lama tak makan kek sempena anniversary..kita celebrate kat Gambang nanti nak..?


 Jauh lagi perjalanan kita....................Nampak tak bengkang bengkok tu..


Mama Ema...Ye..tak semua bernasib baik dalam hidup nie..
Marya...(Marya suka memuji..dalam gambar tu banyak yang terselindung..hehe..pasal jamu tu..saya ikut kakak je..tapi bila dah meningkat umur nie risau jugak kalau tak jaga..hehe)..asam garam rumahtangga nie ada yang manis..masin..masam..pahit..hehehe
Zie..syukur ada suami..hehe
Cik Ina..betul cik ina..sama-sama melengkapkan rumahtangga..tambah mana yang kurang..kena belajar dengan cik ina nie..
Lya..Betul Lya..apa Lya tulis tu..
Acik Erna..Banyak lynn kena belajar dengan acik nie...rugi,mesti acik banyak ilmu..
Cinnamon..betul kak..kadang-kadang kita pun kena muhasabah diri sendiri jugakkan..
Tihara...haah..ramai jugak yang nama Lynn nie..jangan tertukar..pening dan pengsan ye..


Terima kasih sebab sudi membaca...Jumpa lagi di lain rancangan..hehe


1 Apr 2012

Suami Malas

Assalamualaikum..

Semalam hubby tiba-tiba dapat on call. So terpaksa la dia meninggalkan isterinya ini untuk beberapa jam. Daripada keboringan seorang diri kat rumah mengahadap astro tanpa anak-anak, so lebih baik saya buat sesuatu kan..?

Saya try call seorang kawan yang agak rapat. Ana(bukan nama sebenar). Dia sekarang bertugas di sebuah Jabatan . Lama dah saya tak jumpa Ana(bukan nama sebenar) nie. Agaknya hampir setahun sejak saya bertukar ke penang. Ana (bukan nama sebenar) bagitau dia ada di tempat kerjanya kerana bertugas sebagai urusetia Kaunseling Keluarga anjuran Jabatan tersebut. Dia suruh saya datang jugak ke sana untuk jumpa dia. Mula-mula rasa macam tak nak lah pegi sana mengganggu kerja orang. Tapi dia beriya nak jumpa..Saya pun memang teringin sangat nak jumpa dia.

Lepas hantar hubby ke tempat kerja...(saja je nak suruh orang hantar ek..nak manja la tu..hehe) Saya terus ke tempat kerja dia..Rindu terubat dapat jumpa dia. Banyak perubahan bila tengok dia. Walaupun baru sangat divorce dengan suaminya, tapi Ana (bukan nama sebenar) nampak tabah sangat. Tak sangka dalam usia yang masih muda dia akan melalui kehidupan sebagai ibu tunggal beranak dua. Dia yang sebelum nie kurus macam saya..dah nampak berisi sedikit. Wajah yang dulu suram..bertambah manis dan ceria.Agaknya hidup dia lebih tenang sekarang. Alhamdulillah..

Sebenarnya bukan nak cerita pasal Ana (bukan nama sebenar).. Cuma ketika menunggu program kursus kahwin tersebut tamat, saya sempatla dengar penceramah kaunseling keluarga tu menyampaikan ceramah. Tajuknya kalau tak silap suami malas..(suami-suami jangan terasa ye)..


Antara intipati ceramahnya tu ialah sikap malas suami ini bukan hanya untuk diceritakan apatah lagi ditangisi oleh para isteri. Sikap malas suami perlu ditangani. Saya akui memang payah nak ubah sikap suami apatah lagi oleh seorang isteri. Menyuruh suami berubah sikap memang akan dikatakan isteri bersikap kurang ajar. Walau rumit keadaannya, bukan bererti masalah ini tidak boleh ditangani dan untuk menanganinya, isteri perlu tabahkan hati, kuatkan tekad dan semangat dan ubah sikap menjadi seorang yang agak keras hati. Kenapa perubahan sikap ini perlu? Kerana dengan perubahan sikap anda sahajalah, anda mampu mengubah sikap suami anda, insyaAllah.


Setelah anda mengubah sikap anda, ubahlah pula cara anda berhadapan dengan suami yang malas. Perlu diingat, suami boleh menjadi malas kerana sikap isteri sendiri. Ada isteri yang terlalu memberi muka kepada suami. Suami nak kerja lebih masa tak diizinkan dengan alasan risau suami beralih kasih. Bimbang dimadukan, ada isteri yang sanggup melakukan dua hingga tiga kerja untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga. Memanglah satu hasrat dan kerja murni tetapi secara tidak langsung, sikap isteri ini menyebabkan suami akan rasa isterinya mampu memegang tanggungjawab mencari nafkah keluarga lebih baik daripada dirinya. Kalau dah begitu keadaannya, tak perlu lagilah suami bekerja. Bagi mengelakkan sikap begini berleluasa, isteri perlu lebih tegas dan berhati-hati ketika membuat keputusan. Sebagai suami yang pastinya seorang lelaki dan terkenal dengan segala kekuatannya, biarlah suami yang bekerja lebih teruk dan kuat daripada anda. Jangan kusutkan fikiran dengan kebimbangan kasih suami beralih arah. Percayalah, jika suami anda merasa betapa perit dan sakitnya menanggung seorang isteri, dia akan berfikir seribu kali untuk mempunyai isteri lagi.


Satu lagi sikap isteri yang perlu diubah bagi mengubah sikap suami ialah, jangan berikan duit belanja kepada suami walaupun suami memaksa. Perlu diingat, hasil pendapatan anda adalah hak anda sepenuhnya. Walaupun suami mengizinkan anda bekerja, ianya bukan tiket atau alasan untuk suami anda memeras duit anda. Jika suami mengambil atau menggunakan wang hasil titik peluh anda, ianya adalah hutang yang perlu dibayar oleh suami walaupun isteri tidak menuntutnya, lainlah kalau isteri anda menghalalkannya dan perlu diingat juga, halal daripada pihak isteri adalah halal dengan rela dan sepenuh hati bukan terpaksa. Saya faham, ada kes isteri terpaksa memberikan wang kepada suami kerana suami menggunakan kekerasan. Kalau isteri tak nak berikan duit, isteri akan ditempeleng dan disepak terajang. Jika kes penderaan seperti ini berlaku, jangan fikir panjang lagi, cepat-cepat adukan kepada pihak yang berkuasa. Tidak ada celanya jika isteri berbuat demikian. Kenapa nak simpati pada insan yang langsung tak berperikemanusiaan kepada anda?


Satu perkara lagi yang boleh dilakukan oleh isteri ialah, kenalpasti punca dan sebab suami enggan bekerja kerana tidak semua kes suami tidak bekerja disebabkan malas. Jika suami tidak sesuai dengan kerja yang ada, berikan dorongan dan semangat kepada suami untuk mencari kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwanya. Namun, sebelum menyarankan perkara ini kepada suami, kenalpasti dulu apakah kerja yang suami anda suka dan tidak bosan melakukannya. Perkara suka dan gemar ini juga perlu ditangani dengan berhati-hati. Jika yang disukai suami adalah pekerjaan yang tidak menambah pendapatan keluarga, jangan biarkan suami dengan keseronokan sendiri. Ingatkan suami dengan tanggungjawabnya sebagai suami, mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Peringatan secara halus dan berhikmah.


Jika agak payah, biarkan suami dengan keseronokkannya sementara tetapi anda perlu berubah sikap. Jika selama ini anda menyediakan hidangan di rumah untuk anda, anak-anak dan suami, ubahlah pula pendekatan anda. Jangan beli barang-barang dapur. Biarkan dapur anda kosong tak berasap. Ajaklah anak-anak makan di luar. Jika suami bising tiada makanan, cakap saja makanan tak dapat disediakan kerana suami tak berikan wang belanja. Memang seperti menyerah diri untuk disakiti tetapi jika anda rasakan keselamatan anda tergugat, seperti yang saya tegaskan sejak awal, anda mampu cari jalan keluar.


Ingatlah wahai wanita, betapa besar dan tingginya kasih sayang anda kepada suami, jangan sampai anda menjadi hamba suami. Anda sepatutnya disara, dijaga makan minum, pakai dan lain-lain kemudahan untuk hidup di dunia ini, anda juga sepatutnya dilindungi… jika semua ini gagal anda perolehi daripada suami, apa gunanya lagi status sebagai isteri. Fikirkanlah….

Terdiam saya mendengar ceramah tersebut..Cuma kita bolehla ambil ikhtibar ye.. Yang baik dijadikan tauladan..yang buruk dijadikan sempadan..

P/S..Bersyukur seadanya dengan suami yang kita ada..Tak semua orang beruntung mempunyai suami yang baik..yang rajin..Yang tahu erti tanggungjawab..Ni sekadar renungan dan panduan untuk mereka yang buntu di luar sana..