31 May 2012

Hari Menjenguk Kawan-Kawan

Assalamualaikum..

Jam di dinding 3.05 petang..Saya baru sampai ofis..Kang kul 4.30 petang dah nak balik.So saya buat keputusan hari ni tiada entry..Hari nie hari menjenguk kawan-kawan..

Cepat sediakan minum petang saya nak sampai dah nie..

30 May 2012

Kelakar pulak jom cuci mata..

PERBEZAAN WANITA SINGLE DAN COUPLE





Hahahhaha..kelakar la pulak kan..saya jumpa nie kat blog kaio dot my..

29 May 2012

Tahniah My Friend..

Assalamualaikum...

TAHNIAH untuk kawan saya Zie yang selamat melahirkan baby boy tengahari semalam.Zie dapat baby boy dengan berat 4.3kg. Dia sihat dan bersalin di Hospital Kulim.Seronok dengar suara Zie semalam. Yelah..anak pertama dan kedua perempuan. Bila dapat baby boy..mestilah seronok kan..
Anyway tahniah sekali lagi..

Bila cerita pasal baby nie..malam tadi masa nak tidur, saya cakap kat Najah..

"Adik lepas ni Ummi dah tak boleh panggil adik lagi..Ummi kena panggil kakak sebab adik dah besar.."

"Hah..kenapa pulak..Tapi adik tak nak.."

"Eh mana boleh..dah 4 tahun..kenalah panggil kakak."

"Tapi..adik nak jadi adik selama-lamanya..."(Suara dah jadi sebak..terus dia nangis..)

"Ye lah..ye lah..adik jadi adik selama-lamanya.."(Ummi malas dah nak layan..)


ZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZz


28 May 2012

Angin Meroyan

Assalamualaikum..

Pernah dengar tak orang duk sebut gila meroyan..?
Masa saya kecik-kecik dulu..ada seorang jiran kat area rumah nenek saya kat Kedah nu..Orang panggil dia Tuk Meriyan..Ingatkan nama dia Mariam..Rupanya..tekaanku salah belaka..
Orang panggil dia Tuk Meriyan sebab dia kena penyakit "gila meroyan"..

Masa tu kecik lagi..Bila lalu sebelah umah dia..Selalu rasa takut..Sebab dia memang garang. Pas tu orang kata dia tak berapa betul sangat..Kalau dia nampak kitorang lalu sebelah rumah dia..Nanti mesti dia akan jerit menghalau sampai kitorang sepupu sepapat lari lintang pukang..
Tapi..dia tak ada dah la..dah meninggal..

Eh..bukan nak cerita pasal Tuk Meriyan..Tapi nak cerita pasal penyakit nie..
Secara peribadi..saya memang tak pernah lah ambil tahu sangat..Ta[i bila berlaku ke atas salah seorang ahli keluarga terdekat...Barulah saya buka mata..Sebenarnya penyakit ni bahaya tau..Janganla duk buat main-main..

Ciri-ciri penyakit angin meroyan yang harus di kenalpasti oleh mereka disekeliling wanita tersebut adalah :

~wanita tersebut nampak murung dan kelihatan terlalu tertekan
~sentiada keletihan dan kelihatan tidak bermaya
~bersikap rendah diri dan sering memencilkan diri
~sentiasa berasa runsing dan terlalu pendiam
~hilang semangat dan tidak ceria, sebaliknya sentiasa bersedih
~sensitif, cepat tegang dan cepat marah
~tidak memperdulikan penampilan diri dan kelihatan tidak terurus
~sukar tidur walaupun pada waktu malam
~putus asa
~hilang selera makan
~mempunyai perasaan hipokondria iaitu perasaan terlalu risau tentang kesihatan walaupun tidak sakit
~bersikap dingin sama ada terhadap bayi, suami dan ahli keluarga
~menunjukkan perlakuan seperti orang hilang akal.

Antara punca berlakunya penyakit meroyan adalah seperti :

~perubahan hormon di dalam badan wanita tersebut
~menghadapi tekanan hebat ketika melahirkan anak dan tekanan itu berterusan sehingga selepas melahirkan anak
~faktor persekitaran yang mengganggu emosi seperti tidak bersedia menjadi ibu atau terpaksa menerima kelahiran bayi secara terpaksa
~tiada sokongan insan tersayang seperti suami dan keluarga
~terlalu tertekan fizikalnya seperti penat menjaga bayi kecil dan anak-anaknya yang lain dan tidak cukup berehat kerana terpaksa berjaga malam
~keadaan menjadi bertambah rumit jika terpaksa menguruskan rumahtangga tanpa mendapat bantuan dari suami dan ahli keluarga yang lain
~sikap suami yang tidak memahami situasi wanita dalam pantang dan selalu mendesak serta enggan membantu dalam hal menguruskan anak-anak dan rumahtangga
~fikiran yang selalu berserabut dan tertekan

Kalau orang tua-tua dulu diorang kata punca terkena penyakit ni sebab tak jaga diri sebaik-baiknya ketika dalam pantang.
Sebab tu orang-orang tua dulu menekankan pantang-larang ketika selepas bersalin.
Kesian tau saya tengok sendiri keadaan saudara terdekat saya tu.
Boleh dikatakan semua jari anaknya yang masih baby tu digigit-gigit.
Kadang-kadang dia seakan terdengar bisikan supaya mencederakan anaknya..


25 May 2012

Doa mohon petunjuk di saat sulit

Assalamualaikum..

Kadang-kadang kita akan rasa buntu bila berdepan dengan sesuatu masalah kan. Kadang-kadang kita rasa masalah tu kecik je..Tapi orang nampak masalah tu besar dan berat untuk kita hadapi..Tapi, adakalanya jugak kita rasa masalah tu besar sangat..Tapi orang nampak masalah tu remeh..biasa-biasa jer..

So kalau kita ada masalah..Janganlah lupakan DIA..Dekatkan diri kita dengan dia. Selain tu kita berdoa dengan harapan DIA akan membantu kita walaupun kita tak pasti pertolongan tu akan datang dalam masa terdekat atau tak. Yang penting kena yakin yang DIA akan membantu..

Doa nie boleh dibaca di kala kita berada dalam kesulitan..

Ya Allah..aku memohon kepadaMu, curahkanlah Rahmat dari sisiMu, yang dengannya hati mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat segala yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek..Amin..

P/S : Walau dalam apa bahasa pun yang kita lafaz...Allah pasti mendengar setiap doa yang kita tuturkan..
Terima Kasih yang sudi membaca dan memberi komen..

24 May 2012

Tumpang simpati kat Cik Ina Do Do Cheng

Assalamualaikum...

Petang semalam masa ziarah blog cik ina nie...saya tengok takde ruangan untuk komen..Puas cari..eh..tak de..ilang mana pulak ye..?

Puas menelek.....baru tau rupanya cik ina kita tu telah diserang oleh orang yang tak suka dengan blog dia. So orang tu beri komen yang mengguris hati cik ina..Lastly..cik ina buat keputusan remove ruangan komen..

Hmm..kenapalah org tu dengki pulak kan cik ina tu..Rasanya kalau kita tak suka blog orang tu..tak payahlah baca kan..? Tapi..dia baca jugak..pas tu tinggalkan komen yang pelik bin ajaib..

Macam-macam perangai orang nie..manusia...manusia...


23 May 2012

Jiwa kacau..

Assalamualaikum..

Petang nie baru perasan apa kenalah saya hari nie? Dari pagi tadi serba tak kena..
Awal pagi lagi saya dah terbangun lambat. Puncanya semalam saya puasa dan hari sebelum puasa tu pulak tak makan nasi..Bila tak makan nasi (saya ada masalah anemia@kurang darah)..tak bangun sahur pulak.
Sudahnya semalam saya penat sangat. Lepas buka puasa saya terus tidur sampaikan terbabas Isyak. 

Buka mata tengok2 dah jam 6.oo pagi. Menggeletarlah badan..Saya bangun dan terus siap dalam keadaan kelam-kabut. 6.30 dah kena keluar rumah. Mana nak mandi, sembahyang, ion baju..make up sikit (letak bedak baby jer..hehe)..

Sampai depan ofis..kelam kabut sebab punch card jam 7.30 pagi. Terus kunci kereta dan baru je melangkah setapak dua..terperasan..Ya Allah..kasut sebelah hitam, sebelah lagi coklat..Aduyai..(memang tak pakai kasut kalau driving..
Sudahnya patah balik dan terus tukar kasut. kenapalah dua pasang kasut tu saya letak di tempat yang sama?

Dah punch card, hubby call..saya angkat sambil punch card. Cakap kat dia nanti saya call balik dan terus selambanya saya letak phone kat tepi meja punch card tu...Terus naik atas..Sampai kat tangga baru teringat..dah kena turun balik ambil phone tu..Adui..penat...

Tengahari nak pergi surau....Dah pegang beg kain telekung..Tapi on the way ke surau..sorang dua menegur. Ada pulak yang jual kerongsang..Tak benti nanti orang kata saya berlagak..hehe
Yang pasti saya sampai kat surau tanpa beg telekung..Aik..mana pulak beg telekung nie..? Tudung dah buka dalam surau..Kena pakai balik tudung...pergi cari telekung dulu sebab dalam beg telekung ada macam-macam. Takut pulak orang yang tak diigini terjumpa..(cer teka apa ada dalam beg telekung tu..?hehehehhe)

Sudahnya...saya penat tau..Kenapalah hari nie serba tak kena..Tu belum masuk hal kerja lagi..Penat sangat kot sampai otak tak boleh tapis maklumat..huwa.............


22 May 2012

Lagu masa bercinta dolu-dolu..hehe

Assalamualaikum..

Masa dengar lagu nie teringat..Eh eh..lagu nie masa tengah nak kahwin..suka sangat dengar lagu nie sampaikan saya print dan bagi kat Hubby..hwa..hahahaha....Ni masa nak kawen dah..dekat sangat dah dengan kenduri..

Tau tak lagu sape..?Lagu Ezlyn..Bersamamu..

Dan engkau masih menyintaiku
Aku terharu sejuta rasa
Kerana usia mudaku membara
Hingga pernah buat kau kecewa

Dan engkau masih memberi harapan
Aku terlalu nilai buatmu
Akan ku balas dengan setia
Cinta remaja yang bahagia

Belum tentu lagi cintaku terbeli
Kasih sayang murni yang telah kau bagi
Fikir-fikir ini terbaik buatku
Aku sanggup bersamamu

Duniaku kini penuh bunga cinta
Warna-warni dalam kilauan asmara
Satu-satu jiwa terbaik buatku
Untuk hidup bersamamu

Dan engkau masih tulus menanti
Aku dipanah rasa bersalah
Telah kupadamkan sejarah semalam
Untuk aku tenang bersamamu

Dan engkau masih menyintaiku
Aku terlalu nilai buatmu
Telah kau padamkan sejarah semalam
Untuk aku tenang bersamamu

Korang semua lagu apa yang suka dengar masa hampir-hampir nak kawen dulu..?Share lah..mesti tersengih-sengih kan..hehehe

Camna nak putihkan baju sekolah?

Assalamualaikum..

Saya ada masalah tentang baju sekolah Zahin..
Biasalah..budak darjah 1 kan..
Tapi tension sangat tak larat dah nak sental..

Tiap-tiap hari tukar baju..
Dulu masa Tadika tak de pulak comot sangat.
Tak tahu nak pakai sabun cap apa lagi dah..?

Nak letak clorox takut nama dia (name tag)turun warna pulak dah..
Tolong ye kawan-kawan..Takkan kena rendam 2 hari 2 malam..hehehe

Terima Kasih...

Hati Orang Jahil Berada Di Mulut

Assalamualaikum...

Salam 1 Rejab semua..Mesti ramai yang berpuasa kan..?Saya Insyaallah..akan bertahan sehingga waktu berbuka..(bagi semangat kat diri sendiri sebab semalam seharian tak makan nasi)

Kadang-kadang tindakan kita sendiri akan menyakiti hati orang lain tanpa kita sedar kan.. So hari nie saya nak try kurangkan bercakap..just jadi pendengar je..

Bukan apa..sebab kadang-kadang bila kita banyak bercakap, kita tak guna penapis dah.. Tengok-tengok ada pulak insan yang berkecil hati..

Semalam saya dapat tahu..(sebenarnya dah lama saya tahu..tapi buat pekak)..
Seseorang yang telah menumpang kereta saya untuk ke tempat kerja selama hampir setahun..(Bukan Asni or Nurul ok)..telah berkata-kata sesuatu tentang saya..
Oh..memang saya agak terasa sebab saya ingatkan dia seorang mak cik yang amat baik dan sopan santun..

Selama nie saya tak pernah dengar dia berterus-terang apa-apa pun selama perjalanan ke tempat kerja yang memakan masa hampir 1 jam ditambah jalan sesak tu..

Rupa-rupanya dia telah bersuara yang bayaran saya kenakan mahal..Dan dia sebenarnya menumpang saya sebab kesiankan saya yang drive seorang selepas Nurul bertukar ke daerah..

OMG...memang saya terkejut beruk..
Perjalanan ke tempat kerja memang agak jauh..Jadi masa saya dengan Nurul dulu lagi memang saya amalkan kaedah CARPOOL..saya tak ambil duit lebih pun..upah ke..tak de..Yang saya kenakan ialah :
Minyak seminggu RM 70 (kereta GEN 2 Auto)
dan 
Bayaran Tol Jambatan Pulau Pinang RM 5.60 x 5 hari..(sepatutnya RM 7.00 kalau takde Touch n go)

Jadi saya tambah kesemuanya dan bahagi 3..

Cukup-cukup je minyak tu..tak ada lebih pun..kalau nak keluar lunch tengahari memang saya tambah duit sendiri je..Sesapa yang kerja di Penang tahu tentang keadaan Jambatan dan jalanraya ketika waktu puncak..

So bila saya dengar perkara nie..saya pekakkan telinga..sehinggalah perkara nie tercanang ke seluruh pelosok Jabatan...Dan saya rasa saya dah diaibkan..So..saya buat keputusan..Saya tak ambil dia lagi seperti biasa...MUKTAMAD..

Apa yang saya tahu..kalau tak ada kenderaan untuk ke tempat kerja..kenalah naik feri..Dari rumah ke Feri..pas tu panjat Feri..Turun Feri kena menapak 500 meter ketempat kerja kalau ada van bolehlah naik(van tu kenakan bayaran la..)

Saya tak nak bergaduh atau berterus-terang dengan dia sebab saya lebih kenal orang tu jika saya berterus-terang.
Lebih baik saya diam ok..
Takpe..Kereta saya..Minyak saya..Tol pun saya..
Yang penting Asni ada menemani saya pergi dan pulang kerja..

Tak patut saya meluahkan sebegini..tapi just untuk berkongsi..
Buat baik berpada-pada..Buat jahat jangan sekali..
Jika boleh..kita sama-sama kawal pertuturan kita takut menyinggung hati orang lain.

Manusia ni pula..bila sampaikan cerita itu ini..kadang-kadang suka menambah perasa supaya lebih sedap..
Jadi..saya nak cuba muhasabah diri...Tak nak bercakap banyak..bimbang saya akan menyinggung orang lain..

"Sesungguhnya hati orang jahil berada di mulut.."


Kuatkan hati saya sebab saya tak nak bergaduh dengan orang dan tak boleh terima pergaduhan..


21 May 2012

Bukan nak kedekut tapi tu lah..

Assalamualaikum..

Teringat masa mula-mula saya bertugas di Jabatan nie..Hampir 3 bulan saya pergi dan balik kerja dengan tangisan berambu ramba di pipi yang tak berapa gebu nie..Ish ish..memang murah sangat airmata saya nie..tak kena bayaran pun...Sepanjang jalan duk drive tu..alahai...merah-merah hidung...mata pun merah..airmata campur dengan air hidung tak payah cakaplah..memang bercampur baur..huhuhu....

Pas tu  bila kat ofis pulak..tak ada keje..langsung tak ada..menganga saya dalam bilik sorang-sorang..Siap shopping majalah dan paper je. Tiap hari saya duk study je lah kejenya...kalau tak study..duk mengadap lappy la pulak...Punyalah boring..tak reti nak cakap apa..Yang pelik..balik rumah penat macam baru abis keje ladang..Pelik sungguh..Mungkin sebelum tu saya dah biasa mengajar, duduk dalam kelas mana ada aircond..Bila masuk ofis...aircond memang sejuk gila sampi ke tulang rasa sejuk tu..Pas tu kena drive dalam lalulintas yang amatla sangat sesak..tu yang penat kot...

Alhamdulillah... sekarang ni saya dah tak lemah lagi kot..hehehe..ye ke..?Ye..saya makin kuat..makin matang..makin berani...

Macam-macam saya dah alami untuk dapatkan kekuatan nie..Macam-macam..

Tapi betullah..Allah takkan uji kita kalau kita tak kuat. Patutnya kita bersyukur sebab Allah akan beri ujian pada orang yang tertentu sahaja..orang yang Dia sayang...Orang yang dia pilih...
Setiap ujian yang kita tempuh tu..kita akan lebih dekat dengan Dia sebab kita akan selalu mengadu dengan Dia..

Allah berfirman yang bermaksud..
Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah..Dan apabila dia beroleh kesenangan,  dia sangat bakhil dan kedekut. Melainkan orang-orang yang tetap mengerjakan solat..

{Surah Al-Maarij Ayat 19-22}

Suka saya mengajak kawan-kawan...
Biar siapapun kita...Buruk macammana pun..cantik macammana pun...Susah....Senang...Tunaikanlah solat 5 waktu tu..Mungkin kita terutamanya saya..kurang dalam amalan sunat..Tapi Rukun Islam yang 5..Rukun Iman yang 6...kita tahu dan kita cuba buat untuk dijadikan pegangan...Sibuk macammana pun..solat..puasa...itu yang utama...(Bukan nak berlagak ustazah..tapi sebagai seorang hamba yang kerdil lagi dhaif..yang memohon petunjuk dari-Nya...Jom sama-sama berpesan2)

Padang Kota Lama yang telah berubah..

Assalamualaikum...

Syukur sangat-sangat Program Wacana Santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Sham Kamikaze dan Ali xpdc telah tamat..

Saya pun tak pasti berapa ramai orang yang membanjiri Padang Kota Lama..Tapi yang saya tahu..dan lebih menyakinkan saya bersyukur ialah..ramai umat Islam berkumpul dalam program keagamaan macam nie...Paling seronok melihat sendiri orang ramai menunaikan Solat bejemaah di tengah-tengah padang...Jom tengok gambar yang saya ambil di sini




Orang ramai memenuhi padang di Padang Kota Lama untuk Solat Maghrib diimamkan oleh Imam Muda..Asyraf







Rasa syahdu sangat....Alhamdulillah..

Saya sebagai seorang insan biasa...amat berharap semua umat Islam bersatu-padu tak kira apa pun pegangan dan fahaman...Amin...

P/S : Gambar kami urusetia belakang tabir..nanti ye..Jutaan Terima Kasih untuk Sham Kamikaze dan Ali xpdc yang senang dalam memberikan kerjasama ketika saya berhubung dengan mereka..Tarima Kasih..

18 May 2012

Program Santai Anak Muda 2012

Assalamualaikum...

Tak sempat nak jenguk blog kawan-kawan lagi..Dah macam alasan pulak kan..?Tapi tu lah realiti..sampaikan telefon hubby pun tak berdering nie sebab saya sibuk bebenor dengan perancangan Program Santai Anak Muda 2012 esok bersama Ustaz Azhar Idrus, Sham Kamikaze, Ali XPDC dan Bob Lukman..di Padang Kota Lama..Dari Jam 7.30 - 11.00 malam.

Kalau sesiapa ada berdekatan..Jemputlah datang ye..Bubye..semput dah i ni tau...Seronok bila terlibat dengan Program nie tapi nak pecah kepala jugak la bila jadi urusetia...

17 May 2012

Pisang Dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.
 Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.
 Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. 
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. 
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. 
 Inilah permainannya.
Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahuCikgu Maryam.
 Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . 
Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.
 Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.
 Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.
 Permainan sudah tamat.
 Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sanake mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanyaserentak mengatakan mereka benci permainan itu. 
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi,terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TVdengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaanbenci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu
akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke manasaja kita pergi. 

Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjanghidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yangterbaik.Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Selamat Hari Guru 2012

Assalamualaikum...

Semalam terlupa la pulak nak wish...Selamat Hari Guru untuk semua Guru-Guru yang pernah mendidik saya dari Tadika sehinggalah menjejakkan kaki ke Menara Gading...

Selamat hari Guru untuk abah, mak, abang chaq dan abang chik..(macam la depa semua nie baca)..

Kepada semua kawan-kawan seperjuangan yang sama-sama di Fakulti Perguruan..Bangi..

Kepada semua Kawan-Kawan yang pernah sama-sama mengajar...di semua sekolah yang saya pernah jejaki..

Untuk semua Guru-Guru Zahin...Terima Kasih kerana mendidik Zahin...Oh..semalam Zahin telah "mengepow" abahnya untuk belikan hadiah Hari Guru untuk 10 orang guru yang paling dia suka...Zahin suh belikan hadiah yang berlainan untuk setiap seorang guru tu..Tapi saya ngan hubby buat keputusan belikan coklat CADBURY je..Balik rumah balut..hari ni lah tu dia nak bagi tu..harap-harap tak cair lah ye..



Najah pun suruh belikan hadiah jugak..Dia pun sibuk nak bagi kat sapa ntah..Tahu-tahu je..balik rumah dah buka "hadiah" tu dan makan sendiri..


16 May 2012

21 Cara Berkesan Memotivasikan Diri Anda


Assalamualaikum semua...

Terbaca tentang satu artikel motivasi. Artikel motivasi ini memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak berdaya, atau putus asa melanda diri anda!
  1. Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya. (Ingatlah bahawa orang-orang yang berjaya pernah melalui suasana kemurungan dan kebuntuan sebelum mereka mencapai kejayaan.)
  2. Tulis artikel motivasi.
  3. Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
  4. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
  5. Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
  6. Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
  7. Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
  8. Tatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
  9. Meditasi.
  10. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan mendapat semula tenaga anda. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
  11. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.
  12. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
  13. Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  14. Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
  15. Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
  16. Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
  17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
  18. Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga - satu tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit - exercise, elakkan daripada terlalu meneliti barangan-barangan yang dijual - takut nanti tambah penat otak.
  19. Ikuti seminar motivasi.
  20. Adakan kenduri doa selamat.
  21. Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.
Pilihlah mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, semangat dan mood diri anda akan berkembang dan segar kuat semula.

P/S  : Kalau tak sesuai...cari cara lain..hehe
Maaf kawan-kawan..saya baru masuk ofis hari nie..keje bertimbun..nanti saya ziarah kawan-kawan semua ye...

11 May 2012

Suara ketabahan ke nie?

Assalamualaikum..

Oh..banyak perkara yang membingungkan hati sejak akhir-akhir nie..Tapi Insyaallah....kekuatan dan semangat tu masih ada..Alhamdulillah...Alhamdulillah juga..Audit ISO berjalan lancar..Tahniah untuk semua warga Jabatan.

Malam nie saya dan anak-anak akan bertolak ke Shah Alam..Dah sarat sangat rindu di hati jadi saya terus buat keputusan untuk bawa diorang balik sana sehinggalah hari Selasa. Hari Selasa hubby akan hantar saya dan anak-anak balik ke sini dan dia akan patah balik ke Shah Alam balik lepas tu. Zahin akan ponteng sekolah untuk 2 hari. Mulanya abah tak setuju tapi saya berkeras sebab kesiankan Zahin yang selalu ditinggalkan sejak dia bersekolah ni. Ha baru teringat..nak kena buat surat untuk cikgu Zahin.

Anak-anak happy bila saya bagitau nak bawa diorang balik sana. Besar kekuasaan Allah tu sehingga saya berada di tempat ni dengan kekuatan yang saya tumpang dari anak-anak. Semoga Nur Mu Ya Allah menghiasi hati saya dan seluruh anggota keluarga..

Saya nak share tentang puisi yang saya baca di di sini ...

Ada senyum di wajah yang tulus terukir
Menelusuri rahsia hati sepasang hamba dan Khaliq-nya
Ada air mata di pipi yang mulus mengalir
Kala suaranya menyulam kalam Tuhan menyentuh jiwa
Saat bibirku berbisik ‘Amin‘ pada tiap bait doanya hiba
Hadirku tanpa disedarinya

Dalam jauh yang amat dekat..
Hakikat jalan berliku menuju akhirat..

Terkadang terhenti kaki yang lelah berlari
Moga antara Safa dan Marwah ini
Kita bertemu, dengan izin-Nya, pasti*

~NH
Wangsa Maju
11.05pm

10 May 2012

Beri aku kekuatan

Assalamualaikum...

Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari,
DIA datangkan hujan petir. 
Kita bersedih dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari ,
 rupa-rupanya, ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. 
ALLAH berikan kita kesusahan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha. 


8 May 2012

Manusia biasa je kita nie

Assalamualaikum..


Rindu tu satu anugerah yang Allah beri kepada setiap manusia..
Rindu pada Allah...Pada Nabi kita..Pada mak..abah..kucing..rumah...boyfriend..girlfriend..
apa sahaja....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dulu...masa baru kahwin..saya akan pulang ke Penang setiap 2 minggu sekali...
sebab rindukan mak..abah..rumah..kakak..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lama-lama...baru dapat biasakan diri...
So bila dah biasakan diri dari 2 minggu ke 3 minggu sekali.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pas tu..sebulan sekali...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pas tu bila sambung study...baru balik tiap cuti semester je..Tu pun time weekend jer..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekarang nie...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bila dah ada depan mak abah,kakak,rumah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan berjauhan dari dia....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rindu yang dulu pada mak, abah, kakak dan rumah dah beralih arah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya rindukan dia pula.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rindu sangat-sangat....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Salah ke rasa rindu nie..?
Salah jugak ke saya melayan rasa yang datang nie..?
Saya rindu nak duduk sekali....
Rindu nak tengok dan sentuh wajah suami sendiri..
Rindu nak tengok satu keluarga bahagia..
Rasa nak masak untuk dia dan anak-anak..
Rasa nak menjalani kehidupan normal..
Macam dulu...
Setahun setengah yang lalu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ha...nak muntah..?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Takpe....
Saya memang rindu...
Tapi saya tak nak orang lain tahu rahsia dalam hati saya..
Bukan mak atau abah...
Bukan kawan-kawan kat ofis nie...
Bukan boss saya..
Bukan kakak saya..
Cuma korang semua....


Saya tak nak kecilkan hati sesiapa kat luar sana...
Saya tahu ada yang lebih terseksa dari saya...
Saya tahu ini qada' dan qadar dari Allah..
Ada hikmah tersembunyi di sebalik semua ni..
Tapi sebagai manusia biasa...
Apalah ada pada insan bernama "saya" ini...
Cuma wanita biasa..
bukan wanita besi pun...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya tahu........ramai yang kata saya sepatutnya bersyukur..
Sekurangnya Allah beri masa hampir 7 tahun  bersama suami..
Kemudian Allah pisahkan kami buat sementara waktu...
Ada yang sejak awal perkahwinan dah terpisah...
Ada yang suaminya telah diambil Allah..
Ye..
Saya tumpang bersedih untuk itu...
Mungkin kisah kita tak sama...
Mungkin hidup mereka lebih derita..
Tapi ini cerita saya..
Bukan cerita mereka..
Tapi saya ada alasan saya sendiri...
Kalau kita tak berada kat tempat orang..
janganlah kita menilai dari sudut pandangan sendiri..
Kita cuma manusia biasa..
Manusia biasa...
Manusia biasa...
Saya tegaskan lagi....
Kita manusia biasa....

P/S : Tipu bila saya kata saya tak tersentuh bila lihat seorang isteri bersalam dengan suaminya, dan suami mencium dahi isteri sebelum ke tempat kerja..Saya rindu suasana dan perasaan tu..



Lebih baik @ tidak?

Assalamualaikum...

Sesungguhnya Allah telah berfirman,

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."

Surah An-Nahl : 97

7 May 2012

Audit ISO

Assalamualaikum..

Pagi nie rasa berdebar-debar...Start hari nie sehinggalah hari Rabu akan diaudit oleh SIRIM.Semoga berjaya semuanya..Amin..Janganlah ada yang tak kena..biarlah lancar semuanya..Takut..Risau..

4 May 2012

Lapang

Assalamualaikum...

{Maaf, entry tentang Kelantan nanti saya publishkan sebab saya tak sempat nak kumpulkan semua gambar-gambar kat sana.}

Semalam Alhamdulillah, Zahin dah mula membaca Al-Quran. Saya rasa lega..bangga..terharu sangat. Kalau nak ikutkan sepatutnya dah lama dia naik Al-Quran..tapi kekangan homework yang banyak buat dia penat dan selalu merungut tak nak pegi mengaji. Kadang-kadang geram jugak bila dia beri macam-macam alasan tapi bila tengok dia sampai tertidur kat meja study..siannya anak ummi..penat sangat..

Masa mula-mula daftarkan ke Kafa, hubby bersuara jugak risaukan Zahin yang mungkin akan penat dan tak biasa dengan rutin baru yang pack dengan aktiviti harian. Tapi saya kuatkan juga semangat. memang sedih bila tengok dia terkejar-kejar dengan kafa, then balik kadang-kadang tak sempat makan van dah datang untuk ke sekolah Kebangsaan pulak. Petang balik rumah terus siap pegi mengaji, malam mengadap pulak homework.

Semalam bila dia bagitau dia dah baca Al-Quran terus terpacul "bagus anak ummi dengan abah nie..bijak sangat.." dan dia tersenyum lebar..terus saya cium dahi dan kepala dia. Tak pelah..mungkin agak lewat berbanding anak orang lain, tapi syukur Alhamdulillah sekurangnya dia tak tercicir seperti budak lain yang mungkin tak berpeluang untuk menerokai ilmu.

Teringat masa kecil-kecil dulu. Saya mengaji dengan parents je. Kadang-kadang dengan mak..kadang-kadang dengan abah. paling takut kalau kena mengaji dengan abah. Awal-awal lagi airmata dah meluncur laju. takut...kalau salah baca..suara tak kuat..tajwid tak betul..abah tak buat apa pun. Cuma suara garaunya yang tinggi menggetarkan saya. 

Zahin start mengaji Qiraati masa umur 4 tahun. Tapi tak bersungguh-sungguh. Mungkin sebab mengaji dengan saya yang penat dengan tugas sebagai guru dan student sekaligus membataskan masa. Kalau suruh mengaji dengan hubby lagilah dia mengelak. Entah apa yang dia takut pun tak tahulah. nak kata hubby tu segarang abah saya dulu..tak juga..

Najah pun dah nak habis Qiraati 2..Akan masuk Qiraati 3. Kalau boleh biarlah dia lebih cepat dari abangnya.Hehe..harapan biar tinggi.. 


Sesungguhnya dengan membaca Al-Quranlah hati kita menjadi lebih tenang. Walaupun merangkak-rangkak..tak tahu tajwid betul atau salah..tapi sekurangnya meluangkan membaca sedikit masa membaca Al-Quran sangatlah menenangkan hati. 

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Saya teringat juga, masa kat sekolah dulu seorang ustaz saya pernah berpesan jika lapang luangkan masa sekurangnya sehari sekali membaca sehelai atau satu mukasurat al-Quran. Tapi jika masih tak sempat juga, peganglah Al-Quran itu sekurangnya dengan cara tu kita masih mengingatinya. Wallahua'lam..

Sekurangnya bila saya dah tak ada nanti..anak-anak akan menghiasi kubur saya dengan alunan indah ayat suci Al-Quran. Amin..


3 May 2012

Kelantan yang manis

Tuk Tuk..(bunyi ketuk kat pintu)

Assalamualaikum...

Salam sayang semua..selamat pagi..hari pertama masuk ofis..rasa macam masih bau angin Kelantan..hehehe..Alhamdulillah..selamat pergi dan selamat pulang dari Kelantan. Satu percutian yang sangat menyeronokkan. Berbaloi sangat-sangat.

Semua yang saya idamkan..semuanya saya dapat. Memang makanan kat sana terbaek..tak dapatlah nak rasa yang terbaek kalau beli kat pasar malam..Bukan apa..kalau beli kat pasar malam tu..target peniaga cuma satu..keuntungan. Tapi bila makan kat Kelantan, bukan setakat murah..kepuasan tu yang penting.

Paling best kalau makan kat Medan Selera Kota Bharu. Tapi buka time petang sampai malam je tau. Boleh beli makanan kat gerai mana-mana yang kita suka pas tu boleh tumpang meja kat gerai lain pulak.Kalau kat tempat lain dah tentu kena halau sebab tak order makanan. Peh nasi kerabu,nasi dagang, laksam, somtam mangga dan betik yang paling best. Tapi hik hik... Orang suka sangat buang sampah merata-rata. Nasib baik makan kat sana time malam.. yang penting orang yang masak dan sediakan makanan  tu pembersih okay.

Image Detail
Medan selera MPKB
Somtam mangga

Laksam

Sira pisang

Sedap sangat..memang banyak makanan yang saya rasa. Tapi tu lah..kenapa ntah macam tak banyak gambar. Seronok bershopping sampai lupa nak keluarkan kamera.

Kalau ikutkan macam-macam saya nak cerita. Tapi kesuntukan masa ye lah 1st day masuk ofis kan..Paling saya tak lupa teh o ais harganya 50sen. nak pengsan dengar. Tapi tu lah realitinya. Makanan dah la sedap-sedap..murah pulak tu..air tu pun sedap. wah dah boleh jadi duta Kelantan nie..hehehe..


Bersambung nanti ye......