Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Ingat tak saya pernah publish pasal jerawat saya yang tiba-tiba naik mendadak? Ha..hari nie nak story mory pasal jerawat tu balik.
Hujung bulan Jun ari tu muka saya yang gebu..kuning langsat ala-ala duku langsat..mulus tulus ni tetiba je dinaiki jerawat yang besar-besar.Dah la besar, merah dan bengkak pulak tu. Saya memang takut sangat sebab dah lama sangat tak berjerawat, kalau naik satu takpe..Ini naik banyak sangat. Lepas satu..satu dia naik.Panik Ya Allah memang saya tak reti nak gambarkan camana dah.
Hampir dua bulan jerawat tu masih lagi ada. Meninggalkan parut hitam yang amat menyedihkan. Tapi takpe lah..Mungkin Allah nak ingatkan saya balik apa yang saya tak syukuri. walau hakikatnya sangat sedih sehingga kadang-kadang perasan jugak self-confident tu dah hilang, tapi saya usahakan jugak untuk merawat jerawat ni.
Najah selalu tegur kenapa muka ummi dah tak macam dulu?Kenapa jerawat ummi makin banyak?
Ummi takde jawapan untuk semua tu la sayang. Ummi pun tak tau produk apa yang ummi guna, pakai atau makan or minum sehingga mengakibatkan jerawat teruk macam ni. Ramai kawan-kawan yang terkejut. Rasanya takde perubahan pada barang-barang yang saya guna pun.
Sebelum ni saya memang tak ade rasa rendah diri atau down.(Maksud saya ketika bekerja sahaja ye..janganla kata saya bongkak pulak.hehe). Tapi bila ada masalah jerawat nie memang rasa lain sangat. Nak berdepan dengan orang ramai malu. Nak melawa pun dah takde mood. Hubby pun selalu perasan semua tu.
Saya ingat nak share dengan kawan-kawan gambar saya sebelum dan selepas "kejadian" . Tapi sejak dapat PC baru nie..banyak maklumat dan gambar ade kat laptop kat rumah.Nanti kalau sempat saya upload kat rumah ye. Mesti kawan-kawan terkejut dalam tempoh 2 bulan je muka saya berubah.HUHUHU...sedihnye..
Last week saya nekad jumpa dengan pakar jerawat dan jeragat di Shah Alam. Tu pun sebab hubby sian kot tengok saya murung je.So dia suggest saya pegi dapatkan rawatan lanjut terus dari pakar. Saya okay je yang penting kena bayar tong-tong ye..Tolong meringankan beban.
Puas jugak saya google nak mencari kat mana lah agaknya pakar jerawat ni. Puas google rupanya saya terjumpa seorang pakar yang fokus pada jerawat dan jeragat sahaja. Rupanya
Dr.Haseenah yang saya pernah kenal nie..(dia dulu panel di klinik company hubby) dah buka klinik sendiri. Tengok alamat...eh eh..kat area rumah saya kat Shah Alam. Hah lagi la senang..Terus je saya ajak hubby pegi sana.
Kali pertama ke sana..Memang klinik tu nampak lain dari klinik yang lain. Nampak bersih, menarik dan high class jugaklah. Orang tak payah cakap la..memang ramai sangat. Semuanya bermasalah jerawat. Saya sampai pukul 10.00 pagi. Keluar dari situ pukul 2.00 petang. nasib baik rumah saya dekat situ je. Lepas hantar saya hubby sempat balik rehat kat rumah dulu.
Klinik Dr Haseenah di Kota Kemuning.Shah Alam.
Doktor kata mungkin saya stress dan mungkin juga perubahan hormon. oh..mana boleh tak stres, hubby dah la jauh. Saya pulak drive dalam suasana sesak dan amat tak selesa. Selain bebanan kerja yang perlukan saya berfikir. Of course stress. Tipulah kalau surirumah pun mesti stress kan?
Charge untuk kali pertama ialah RM350. Dibekalkan dengan ubat makan sebanyak 3 jenis. memang gedabak sangat ubat tu. Ubat tu cukup-cukup untuk 3 minggu. Then ada acne serum, Krim jerawat, sunblock (kalau korang tak nak tak yah ambil sebab harganya RM90.00) pastu dia ada jel jerawat. Masa mula pakai memang seminggu tu jerawat saya yang merah dan bengkak tu dah tak bengkak. Surut dan kecut.
Tapi masuk minggu kedua nie...
Jerawat muncul lagi. Tapi tadi dah call kat Dr memang dia kata jerawat akan keluar sebab dia memang dah menunggu masa nak keluar. So jangan tinggalkan ubat dan follow je rawatan seperti yang disyorkan.
Harap-harap jerawat ni cepat sembuh. Insyaallah.