30 Oct 2012

Renung-renungkan..

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Assalamualaikum.
 
 
Lama sangat dah tak menjenguk blog nie. Blog kawan-kawan pun saya tak sempat singgah. Penat dengan keje seharian. Penat memandu sejauh hmm..berapa kilometer ntah dari ofis ke rumah. Tak perasan pulak.hehe.. Stress sebab selalu sangat terperangkap dengan jammed dan kereta yang banyak sangat. Kalaulah ada LRT dari rumah saya terus ke depan pintu ofis nie, oh alangkah bahagianya..hahaha beranganlah wahai lynn..
 
2,3 minggu lepas saya berkesempatan melawat seorang kenalan yang kehilangan ayah sebab sakit tua. Masuk ke dalam rumah dia menimbulkan keinsafan sebab keadaan rumahnya yang biasa-biasa sahaja. Tak ada perabot mewah, tak ada aircond..Kipas angin pun cuma satu. Tapi peliknya rumah dia tak panas langsung. Walhal kalau nak diikutkan rumah dia beratapkan zink. Mula-mula saya tak berapa nak kisah sangat. Tapi bila seorang demi seorang tetamu yang datang berziarah tu memuji tentang arwah yang sangat baik dan selalu beramal ibadat buat saya terfikir sejenak. Mungkin Allah nak tunjukkan bahawa arwah seorang yang banyak membuat amal ibadat. Itu yang rumah dia sejuk je, tak panas langsung. Padahal keadaan kat luar rumah memang panas terik. Wajah arwah pun sangat tenang. Macam orang yang tidur. Subhanallah.
 
Seronokkan macam tu. Kita nie tak tahulah lagi kemanakah hala tuju. Syurga atau Neraka. Saya ada terbaca sebuah buku. Kalau kita fikir mati ialah jalan penyelesaian bagi semua masalah...kita silap sebab di alam kubur kita masih bermasalah. Yelah dalam kubur tu nanti keadaan sempit, dengan azab kubur lagi, mesti kita fikir bilalah kita akan dibangunkan semula untuk ke hari perhitungan. Hmm tak sanggup nak kenang-kenangkan semua tu. Kalau Syurga tempat kita barulah segala masalah hilang. kalau Neraka...? pun masalah juga...Nauzubillah...
 
 
Sama-sama kita renungkan...Teringin nak masuk Syurga, tapi layakkah saya?
 
 


11 Oct 2012

Mata kiri berkerdip[

Bismillahirahmanirrahim.



Hampir dua minggu mata kiri saya nie asyik berkerdip. Bila saya tengok kat cermin tak nampak pulak dia bergerak. kalau ikut cakap orang tua-tua kalau mata kiri berkerdip maksudnya nak nanges..Hmm kadang-kadang tak nak percaya, tapi risau jugakkan.

Saya pun sebenarnya tengah berdebar tunggu result pertukaran saya. Bila-bila masa je surat hitam putih tu akan sampai. Taktaulah..Tapi memang kadang-kadang rasa berdebar. Tambah-tambah pulak mata kiri nie asyik berkelip-kelip.

Kuasa Allah tak ada siapa yang tahu. Kalau ada rezeki saya..Alhamdulillah. Kalau tak ada..ish..nauzubillah..minta simpang berita buruk tu. Buat masa nie saya berserah segalanya pada Dia. Dia yang akan tentukan segala-galanya dalam hidup kita. Saya dah berusaha sedaya yang ada. Saya cuma hanya mampu berdoa dan berserah. Ramai kawan-kawan yang baik hati ada di sisi saya. Saya tahu doa mereka juga di samping saya.

Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada perasaan sedih dan berdukacita, Aku berlindung kepadaMu daripada lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu daripada Bakhil dan Penakut, Dan aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan tekanan perasaan..

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pinti-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

10 Oct 2012

Sahabat

Bismillahirahmanirrahim..

"siapa saya utk menyuruh kamu agar tabah, kerana kamu sudah terlalu tabah dgn setiap ujian-Nya..

siapa saya untuk menyuruh kamu agar bersabar, sedangkan tiada kesabaran lain yg dapat sy hitungkan selain besarnya kesabaran kamu..

siapa saya untuk menyuruh kamu tersenyum, krn dalam senyuman yg kamu ukir di bibirmu, luluh di hatimu hanya Dia saja yg tahu..
Terus lah hidup seperti yg dulu2. bersama kenangan dan semangat yg pernah kamu ada.."


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 45)


Terima kasih sahabat...Insyaallah...Dia tak pernah jauh...Dia ada dekat dengan saya...Dia takkan biarkan saya sendirian...Dia akan membantu saya..Dan Dia akan datangkan sinar baru dalam hidup kami..Amin..Insyaallah..Semoga Allah memberkatimu..Insyaallah..(Saya tahu awaklah sahabat saya dunia akhirat..Jika saya susah..awaklah yang paling dekat..)










1 Oct 2012

Gerak Remaja 2012

Assalamualaikum.

Penat dengan Program Gerak Remaja yang tamat hari khamis, saya terus apply cuti rehat Jumaat tu. Memang penat sangat, tak terkata..tak terkira.

Program tahun ni sangat berbeza dengan program tahun lepas. Sangat-sangat berbeza. Kalau tahun lepas fokus utama ialah pelajar yang bermasalah dalam pelajaran. Maksudnya ada kenakalan . Walaupun sebenarnya dorang taklah nakal sangat kalau nak diikutkan. Tapi tahun nie meruntun hati saya dan kawan-kawan. Sangat-sangat membuka hati saya dan kawan-kawan. Kami mendekatkan diri dengan pelajar yang ibubapanya telah bercerai. Sangat membanggakan sebab walaupun dorang masih muda..tapi dengan ujian yang dorang hadapi telah mendewasakan dan mematangkan mereka. Saya sangat teruja dengan ketabahan hati dorang. Semangat diorang yang saya kongsi dan tumpang.

Adik-adik..K.lynn doakan yang terbaik untuk adik-adik..
kekuatan yang adik-adik ada..sangat menonjolkan kematangan adik-adik.
k.lyn menangis..sedih...bila mengenangkan kesulitan yang adik-adik alami..Insyaallah..akan ada sinar yang terang menerangi adik-adik kelak..Sesungguhnya Allah sahaja yang mengetehui hikmah disebaliknya.

Salam Sayang dari kak lynn..