18 Dec 2012

Sekenit


Ehsan Google (Sekenit)

Assalamualaikum.
 
Hah..besarnya gambar kat atas tu. Biar gempak sikit sebab dia kami sekeluarga kacau bilau kelmarin.Alkisahnya begini...

Pagi semalam saya terasa sakit kat belakang betis. Pegi check kat surau nampak darah sikit..pas tu nampak hitam..sebesar tahi lalat. Saya ingatkan kuping luka terkena apa-apa. Bila sentuh sakit terus saya tak berani sentuh. Bila petang rasa lagi sakit. Badan dah mula rasa nak demam tapi saya gagahkan lagi drive balik ke rumah.
 
Sampai rumah tengok mak saya demam. Berselimut. Lepas bagi mak makan ubat saya terus duduk depan TV. Tapi dah mula rasa badan saya makin panas dan belakang betis makin terasa sakit. Saya terus bagitau abah yang kaki saya sakit sehingga ke tulang.
 
Abah datang tengok betis saya, terus dia cakap " la...ni sekenit nie.."
Terkejut saya..First time kena gigit sekenit dah tu sakit gila..Abah terus ambil penyepit kuku dan buang sekenit tu..Sakitnya genggaman sekenit tu kat betis saya sampai saya terjerit kuat. Terkejut bila abah letak atas kertas putih sekenit tu terus berjalan.
 
Habis semua orang gelakkan saya. Dalam sibuk-sibuk adik lelaki nak bawa mak ke klinik, mak mengeluh belakang badan dia rasa sakit sangat. Kakak terus check tengok-tengok ada dua ekor sekenit kat belakang badan mak. Lagilah gemuk gedempol sekenit tu berbanding kat belakang betis saya. Lepas buang dua-dua ekor tu abah kata mak demam sebab gigitan sekenit tu.
 
Ish sungguh saya tak sangka entah dari mana datangnya binatang tu sampai kami berdua kena gigit. Nak kata saya masuk hutan tak ada pulak. Cuma belakang rumah mak memang ada banyak jenis tumbuh-tumbuhan. Agaknya kat situ dia duduk. Seriknya sampaikan ke hari ni saya terus demam tau penangan sekenit tu. Tapi bila cerita kat hubby dia kata dia tak pernah dengar nama "SEKENIT"..aik..ops..mungkin orang Negeri Sembilan panggil dengan nama lain agaknya..hehe..memang dasyat sungguh..rupanya sekenit ni kecil je tapi lepas dia makan darah orang terus dia jadi obessiti..

17 Dec 2012

JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Buat renungan suami isteri

Assalamualaikum...

Tertarik dengan penulisan dari sini ...

“Abang rasa dah makin kuranglah dengan kari..” luah suami sebaik selesai makan tengahari. Saya berpaling mendengar kata-katanya. Entah mengapa, tiada angin, ribut jauh sekali, tiba-tiba sahaja suami berbicara tentang makanan. Saya pula yang tertanya-tanya kehairanan.


“Karipap pun sama…”suami menambah bicara tanpa sempat saya menjawab sepatah dua.


“Alamak, susahlah As.” Saya membalas spontan. Buat-buat cemas sambil menggaru kepala yang tidak beralas.

Anak mata saya tepat memandang ke wajah suami. Cuba menelek-nelek keseriusan di sebalik patah katanya. Mana tahu, luahannya itu sekadar gurauan semata.


Namun, sebaik pandang bertemu pandang, dari sinar mata suami, saya seakan mengerti. Dia tidak berjenaka dengan kata-katanya tadi.


‘Patutlah abang kurang berselera,’saya berbisik. Tidak terucap, sekadar terdengar di dalam diri sendiri sahaja. Terbayang kembali suapan suami yang tidak selaju biasa sewaktu menjamah nasi berlaukkan kari ayam tengahari ini.

PERCERAIAN

Buat kesekian kalinya, usai membaca satu berita dari laman Berita Harian Online bertarikh 6 Oktober 2010 semalam, saya melepaskan satu keluhan yang cukup berat dan dalam. Membaca tajuk berita sahaja sudah cukup meresahkan jiwa. Masakan tidak, kandungan yang dipapar menggambarkan betapa gawat dan runcingnya institusi perkahwinan di kalangan masyarakat Islam dewasa kini.


Walaupun latar tempat dan negara di mana kes perceraian tersebut dilaporkan, bukan berlaku di Malaysia, namun, oleh kerana ia juga merupakan salah sebuah negara umat Islam, saya tetap merasa bimbang dan tidak senang. Berita tersebut melaporkan :

“Kadar perceraian tinggi di Kuwait dilaporkan berterusan
selepas pihak berkuasa mendakwa 3,153 kes perceraian dicatatkan sepanjang enam
bulan pertama tahun ini.

Jumlah keseluruhan perceraian dicatatkan 5,965
kes, tahun lalu. Sementara itu, bilangan perkahwinan pula menurun selepas pihak
berkuasa mencatatkan 6,914 perkahwinan pada enam bulan pertama tahun ini
berbanding 14,155 pada 2009.

Bilangan perkahwinan dan kes perceraian menjadikan
kadar perceraian 42 peratus, antara yang tertinggi di dunia. ”


Keadaan ini mengingatkan saya kepada emel-emel yang menceritakan masalah rumahtangga yang sedang dialami oleh kebanyakan pasangan suami isteri di Malaysia hari ini. Rata-rata emel yang saya terima datangnya dari kaum hawa. Ada yang mengadu suami bertemu cinta yang baru, tidak kurang juga yang merintih bila suami yang disayangi, tiba-tiba beralih kasih.


Demikian juga paparan di dada-dada akhbar yang mengenengahkan berita/kes perceraian terutama di kalangan artis, selebriti dan golongan kenamaan. Hampir saban hari.


Sungguhpun mereka menyatakan, mahligai rumahtangga yang mereka dirikan bermula dengan rasa cinta dan suka, bahkan banyak juga pasangan yang mengakui amat menyintai pasangan masing-masing malahan sebahagiannya sudah memasuki gerbang seabad hidup bersama sebagai suami isteri, tetapi rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini tetap roboh bila berlaku sedikit sahaja perubahan seiring usia dan peredaran masa.

Mengapa?

SALING MENGENALI

Saya yakin, mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta bukanlah segalanya di dalam rumahtangga.

Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.


Tempoh hidup bersama memungkinkan suami dan isteri untuk masing-masing lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan, dari sehari ke sehari semakin banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.


Semua itu merupakan satu proses di dalam rumahtangga. Andai sebelum berkahwin, peratusannya mungkin hanya sekitar 30%, namun sebaik melangkah ke alam rumahtangga, peratusan itu pasti meningkat dari semasa ke semasa.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Justeru itu, ramai pasangan suami atau isteri hari ini yang mendakwa sudah cukup masak dengan sikap dan perangai pasangan masing-masing.

“Luar dalam, semua dah tahu.” Demikian ungkapan yang selalu diwarwarkan.


PERUBAHAN

Sikap ‘beranggapan’, mengagak atau menyangka bahawa suami atau isteri sudah mengenali pasangan masing-masing di depan mata adalah umpama racun yang boleh menghakis sedikit demi sedikit keharmonian dan keutuhan rumahtangga.


Hal ini kerana setelah proses mengenali mulai sampai ke tahap kemuncak, kesilapan mula terjadi. sesudah masing-masing mulai merasakan mereka telah saling mengenali, telah mencerna erti faham memahami di antara suami dan isteri, mereka bagaikan berhenti dari terus mengenali.


Sedangkan, di fasa pertengahan perkahwinan, ia merupakan satu tahap yang memerlukan suami dan isteri untuk lebih aktif dan pro-aktif mengenali dan memahami pasangan. Ini kerana ujian kehidupan dengan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan semakin besar dan mencabar. Dan inilah salah satu punca yang mencetus perbalahan suami isteri setelah sekian lama melayari bahtera bahagia.


Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah bersifat ‘kosmetik’ dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.

Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.


MANUSIA BERUBAH

Hakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.

Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa ‘up-to-date’ terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.

Oleh itu, sebelum meletakkan 'orang ketiga' sebagai punca perbalahan, sudah takdir dan tiada jodoh menjadi alasan, lakukan muhasabah diri terlebih dahulu. Andai diimbal balik sebab dan punca sebenar masalah yang berlaku kemungkinan ia bermula dari kelekaan untuk mengenali dan memahami pasangan.

Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling mengenal ) di antara mereka. Firman ALLAH SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ


Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

Seiring berlalunya waktu, kehidupan di dalam perkahwinan akan beransur menjadi suatu rutin yang biasa, dengan suami atau isteri merasa bahawa seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masing-masing.

Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.


JANGAN BERHENTI BERKENALAN

“Hmm, nampaknya kena cari resepi baru ni. Alamak…alamak..” gurau saya masih bernada cemas. Sengaja. Perkataan ‘alamak’ itu saya sebut kuat-kuat. Biar jelas menerobos ke corong telinga.


Selepas 11 tahun berumahtangga dan mengetahui menu kegemaran suami ialah kari, kali ini, saya akur sendiri. Di dalam hati, saya mulai berkira-kira untuk meninjau-ninjau resepi terkini dari laman-laman resepi yang sering menjadi rujukan saya memasak terutama ketika ketandusan idea.

Sayang dan menghargai suami, seleranya perlu dijaga. Itu pegangan saya.

“Tapi abang masih minat dengan soto. Daging masak hitam pun sama,” jelas suami tanpa dipinta. Seakan memahami gelodak rasa yang bermain di jiwa saya.

Saya melirik ke arah suami. Melihat senyumannya yang melebar tatkala menatap wajah saya yang agak berkerut, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan ke kaca TV. Namun di dalam hati, saya tersenyum lega.

Alhamdulillah…

Sangat menarik penulisan di atas dan saya sangat setuju dengan pandangan yang dilontarkan.
Saya sendiri merasakan perkahwinan saya dan hubby yang mencecah usia 9 tahun ini lebih berseri-seri bila kami ditakdirkan berpisah. Alhamdulillah..Mungkin dulu bila bersama hampir 6 tahun lebih membuatkan saya dan suami merasakan bahawa kami memahami diantara satu sama lain..Rupanya bila ditakdirkan berpisah..saya lebih berusaha belajar untuk memahami dan berkenalan dengan hubby macam tu jugak dengan dia.

Saya lebih menghargai dia dalam pelbagai aspek. Terasa takut akan kehilangan dia. Nauzubillah. Cukuplah saya ditakdirkan untuk dia dan begita jugak dia..sepanjang hayat kami..amin Ya Allah..

Hubby selalu bertanya..jika dia tak ditakdirkan untuk saya..siapakah yang akan menjadi pilihan saya? Saya tak ada pilihan jawapan sebab saya memang tak ada pilihan lain. Saya tak nak fikirkan siapa yang akan menjadi pilihan saya sebelum saya. Bagi saya..saya akan berusaha sedaya upaya menjaga dia..Harta yang tak ternilai untuk saya pelihara. Saya nak buat yang terbaik selagi saya mampu. Insyaallah..Manalah kita tahu peluang yang kita ada dengannya tak lama..Nauzubillah..

13 Dec 2012

Unik Wanita Islam

Assalamualaikum.

Pagi tadi saya dapat email dari seorang kawan. Saya copy dan saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan betapa indahnya Islam ini kerana meletakkan wanita Islam di tempat yang tinggi. Terasa bangga dan terharu. Alhamdulillah jika kita belum berjabat tangan dengan orang yang bukan muhrim. Tapi jika anda pernah melakukankannya..belajarlah untuk menolak dengan baik selepas ini. Insyaallah..orang akan memandang anda dengan pandangan yang lebih mulia. Wallahu'lam.


 Begini kisahnya................................................


Seorang lelaki Inggris datang kepada seorang Sheikh dan bertanya:

“Mengapa dalam Islam tidak diperbolehkan bagi perempuan berjabat tangan dengan seorang lelaki?”
Sheikh menjawab: “Dapatkah Anda berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?”
Orang Inggeris berkata: “Tentu saja tidak, hanya ada orang-orang tertentu yang boleh berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth.”
Sheikh menjawab: “Wanita kami adalah ratu dan ratu tidak berjabat tangan dengan lelaki asing.”
Kemudian lelaki Inggris bertanya lagi: “Mengapa gadis-gadis Muslim harus menutupi tubuh mereka dan rambutnya?”

Sheikh tadi tersenyum dan mengambil dua gula-gula, ia membuka yang pertama dan satunya lagi dibiarkan terbungkus. Dia melemparkan keduanya ke lantai berdebu dan bertanya pada orang itu:

“Jika saya meminta Anda untuk mengambil salah satu gula-gula tersebut, mana yang akan Anda pilih?”

Orang Inggeris menjawab: “Tentu saja yang tertutup.”

Sheikh mengatakan: “Itulah cara kami melihat wanita dalam Islam.”

12 Dec 2012

Ayat Seribu Dinar

Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum.

Pagi-pagi masuk ofis ni saya terus buka HRMIS, untuk siapkan SKT. Biasalah..bila dah ramai yang berlumba-lumba nak buka..dah tentu sistem pun slow. Sambil tunggu sambil saya BW.

Pagi-pagi buka Hot FM baru perasan tarikh hari ni 12/12/12..satu tarikh yang sangat unik. Tapi tak semestinya bila tarikh tu unik, kenangan yang akan dilalui pun akan unik jugak kan? Terpulang apa yang kita rancang untuk hari ni atau just lalui je hari ni dengan tenang dan normal. Macam saya..saya just lalui je. Cuma saya teringat, tarikh hari ni saya lapor diri di penang dua tahun yang lalu.Fuh..Satu tarikh yang mengandungi cerita pahit dan manis. Manis sebab bertukar ke tempat baru. Pahit sebab saya mengorak langkah berjauhan dengan hubby.NOKTAH.

Lepas subuh tadi selepas saya baca ayat seribu dinar, saya teringat nak share dengan kawan-kawan kelebihan ayat tersebut jika diamalkan.


Maksud ayat seribu dinar

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)

Seingat saya, masa mula-mula saya amalkan membaca ayat seribu dinar ni 3x selepas selesai solat Fardhu ialah masa saya tingkatan 3. Ustaz pesan sangat-sangat supaya amalkan ayat ni sebab Insyaallah akan murah rezeki dan mendapat keberkatan dalam hidup. Amin.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.

Rujukan http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/20/kelebihan-dan-hikmat-ayat-seribu-dinar/

Jom kita sama-sama amalkan..Apa yang baik dari Allah..





10 Dec 2012

Ibu Kolagen

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum semua..

Hah..?Ada yang dah tahu rahsia Ibu Kolagen ni ya..?Saya pun secara ikhlasnya...memang duk sibuk makan kolagen yang berada di pasaran sekarang..Dah macam-macam jugak yang saya try..Duit pon dah berabis banyak..Tapi macam tak nampak perubahan sangat pun..Macam gitu-gitu je..Mungkin saya tak sesuai..Nak kata saya tak konsisten..tak jugak..Memang konsisten sesangat.. Tapi Bila diperkenalkan dengan ibu kolagen nie ha oleh MIL saya...Fuh..malasnya..leceh sebab nak kena rebus benda alah nie..Pas tu sejukkan..Masuk dalam peti ais..pas tu baru makan.. Hmm..risau pun ada sebab tak pernah google tentang benda alah nie..

Nilah rupanya Ibu Kolagen.(Ehsan Google)
 
Tapi..Last Friday..saya try google..Wah wah..macam menarik je..Boleh buat masker pulak tu..Lepas tu kesannya boleh nampak dalam seminggu. Hmm macam menarik nie. So hari Jumaat tu jugak saya rendamkan Ibu Kolagen nie semalaman..Pas tu rebus..Pas tu sejukkan..Baru masuk dalam peti ais..Bila dah sejuk..pagi Sabtu saya pakai buat masker..Sabtu malam Ahad pun saya sibuk duk tempek kat muka..Punyalah bersemangat..Saya tak makan sebab saya tengah makan produk Glutacol. Taknak lah campur macam-macam benda kan.

So hari ni..Baru hari Isnin..Dua tiga orang dah mula tegur..Tapi saya diamkan dulu..Biarkan dulu..Berdebar nie...Tapi seriously..Pori-pori kat muka macam mengecil..Jerawat saya dah kecut...Muka rasa gebu..Ya Allah..syukurnya..Saya terus call MIL minta dia pos terus dua kilo lagi..Saya taktau nak jual kat kawan-kawan ke ape?Tapi saya rasa saya try dulu...kalau ada orang nak..baru saya bagilah..Semalam saya dah bagi sebekas kat Kakak dan kakak ipar..Nanti kita tengok camna ye resultnya.. Saya tak nak bisnes..Tapi just nak share tentang kebaikan Ibu Kolagen nie. mak saya kata...Arwah nenek selalu buat kerabu..Fuh dasat nie..Saya sorang yang tak tahu tentang khasiatnya rupanya..


Sebenarnya dulu mungkin muka saya tak bermasalah..Tapi lepas makan LD Estem..(mungkin saya tak sesuai dengan produk ni..saya tak salahkan produk ni) Terus muka saya berjerawat..Besar-besar pulak tu jerawat tu naik kat pipi. Tak ada mata..tapi boleh nampak macam bernanah. Pastu saya terus ke Klinik Dr Haseenah.Boleh baca kat sini jerawatjeragat..Produk Dr Haseenah nie bagus sangat. Tapi saya tak larat nak berulang alik ke Shah Alam..Tu yang saya stop.

So sekarang...saya fokus Ibu Kolagen nie buat masker. Just masker okay. Kita nantikan perubahannya kalau ada. kalau tak ada...pun saya akan bagitau..

Selamat mencuba..