26 Feb 2012

Penat...tapi...Puashati..

Penat sangat....semalam balik dari Festival Simponi Mahabbah...dah jam 12 malam....
Terus balik Seri Malaysia..
Orang lain nyenyak tidur...saya terkebil-kebil...(penat sampai susah nak lelap)
Dan hari nie....badan rasa lesu....
Tapi saya puashati...team kami bekerja-keras mengikut schedule yang ditetapkan..
semua orang saling bantu-membantu..
Tak berkira..
Tahniah untuk team nie...happy sangat..

Tapi...paling menyampah...ada unsur politik...
Orang lain buat kerja..orang lain dapat nama...

P/S: Bila kita manusia biasa...yang tak ada kepentingan..maka kita just duduk diam ok..

23 Feb 2012

Allahuakbar...

Saya terkedu...bila membaca blog bersama mazidul..
Saya tak sempat mengenali anak kecil ini dan meyelami kisah hidupnya..
Dan hari ini saya merasai kehilangan adik kecil ini..yang hampir seusia Zahin anak saya....
Salam takziah untuk Encik  Shamrulismawi Ismail  isteri serta ahli keluarga yang lain..
Allahuakbar....Saya tak tahu nak menulis apa lagi...boleh try buka blog seperti tertera di atas..


Ketika masih sihat..



Semoga Arwah tenang di sana....Semoga ibubapanya diberikan kekuatan dan semangat...amin Ya Allah..

22 Feb 2012

"Hati"

Malam tadi semasa saya terkebil-kebil memandang syiling.....(Susah nak lelap mata)
Najah memeluk dan bertanya....

"Ummi...kenapa Ummi tak tidur lagi...?"
"Ummi teringat abah..."
"Kan abah dah balik...kenapa hati Ummi teringat abah lagi.........?"

Dalam termangu-mangu dengar perkataan "hati" tu saya menjawab...
"Entahlah.....hati Ummi rindu abah jugak-jugak....."
"Ummi pujuklah hati Ummi tu.....nanti abah balik lagi, abah bawak Ummi jalan-jalan yea..........."
(Saya terus peluk dan cium Najah............hati kecil tersentuh.............anak berusia 4 tahun petah berkata-kata tentang perasaan...........)


P/S:
Mama Ema....Tq..sudi singgah....memang banyak penyakit sekarang nie...
Mixed-family in da house........Alhamdulillah..zahin makin beransur sembuh..insyaallah...(saya malu sebab selalu sangat emosional..hehe)

Salam Pagi ..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari nie saya masuk ofis dengan perasaan yang sukar nak dilafazkan.
Walaupun Zahin berada dalam keadaan yang tak berapa sihat, tapi sekurangnya dia semakin beransur pulih dari cirit-birit dan muntah (RotaVirus).
Saya turut rasa tenang, dan lega sebab hubby dapat luangkan masa selama 4 hari bersama-sama.
Tak pe lah walaupun singkat tapi saya cuba untuk berkata "puas hati" kerana masa yang kami luangkan bersama tu cukup berkualiti.

Kami pun dah selamat pindah dan tidur di rumah baru.
Rasa berlainan.......
2 malam di rumah baru dan bilik baru saya tak boleh lelapkan mata.
Malam tadi hubby bertolak balik ke S.Alam..
Dan malam tadi saya tidur bertemankan Najah dan Zahin..
sungguh sunyi malam tadi...dan saya hanya terkebil-kebil memandang syiling....

Cukup payah untuk meluahkan kata....Tapi itulah hakikat dalam kehidupan nie.
Apa-apa yang kita tempuh dalam kehidupan..walaupun perit...kita kena akui ada insan lain yang melalui kehidupan yang lebih perit.
Saya tak menyesal ditakdirkan hidup saya sebegini...kerana saya tahu setiap sesuatu itu ada hikmah besar yang menanti.
(hakikatnya saya lebih beruntung jika nak dibandingkan dengan mereka yang lain)
Biarlah orang fikir saya menutup kekurangan diri....tapi hanya Allah yang tahu kelebihan diri....


P/s.........
Saya cuba untuk memuhasabahkan diri untuk menerima seadanya setiap ketentuan Allah ke atas diri saya.
Tak ada niat untuk menyakitkan hati sesiapa.


18 Feb 2012

Rota Virus

Assalamualaikum..

Pagi nie Zahin terlibat dengan Perarakan Maulidur Rasul di sekolah. Ibubapa tak dijemput kerana program tertutup untuk student sahaja.
Malam tadi memang Zahin dah mengadu sakit perut.
Saya pun dah bagi ubat dan terus suruh dia tidur.
Pagi nie dia ok-ok je.
So alang-alang kakak nak hantar Izzati..saya pun post Zahin sekali.
Tapi tiba-tiba masa dia nak pergi tu saya tergerak hati nak tuliskan no phone saya dan hubby, manalah tahu..kot-kot apa-apa hal nanti dia boleh minta tolong cikgu telefonkan..

Dalam pukul 9.00 pagi...
tetiba je phone berbunyi.
Cikgu Zahin yang telefon.
dia minta saya datang ke sekolah, Zahin demam dan muntah katanya.
Berderau darah saya.

Terus bersiap dan terus pergi sekolah.
Najah saya tinggalkan kat rumah dengan mak.
Nasib baik Najah tak mengamuk nak ikut.
kalau dia mengamuk.......teruklah saya...........nak siapkan dia lagi..... Huhu..

Sampai kat sekolah.....rasa nak menitik airmata tengok Zahin...
Teruk sangat keadaan dia...lembik...
Cikgu dia bagitau masa nak balik ketika perarakan tu....3 kali Zahin muntah....
Cikgu temankan dia berjalan perlahan-lahan.
Siannya......Tak sampai hati saya tengok...(hati seorang ibu..)

Saya terus bawa dia balik....Sebelum sampai rumah sempatla singgah klinik...Tapi klinik pula tutup...
Tak pe lah...Balik rumah dulu....lagipun ubat dia banyak lagi kat rumah...

Saya rasa Zahin belum sembuh sepenuhnya dari Rota Virus yang dia kena bulan 12 hari tu..
Saya agak risau.....Malam tadi dan malam semalam memang Zahin ada mengadu terberak dalam seluar.Saya ingat biasa-biasa je.
Hubby pun masih dalam perjalanan balik ke sini...
hubby cadangkan supaya bawa ke hospital..
Tapi saya rasa biar dia makan ubat dulu...kalau teruk sangat baru bawa ke hospital..



 Gambar masa Zahin admitted bulan 12 hari tu.

Kat bawah ada info tentang Rota Virus..Saya tak ingat darimana saya dapat..Dah lama ada tersimpan dalam lappy saya...saya search masa Zahin dan Najah admit kat DeMC hari tu (Bulan 12)

ROTAVIRUS
Rotavirus adalah sejenis virus yang mula ditemui di Melbourne, Australia kira-kira 26 tahun lalu dan ia disahkan antara virus yang sangat mudah berjangkit.
Virus itu boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit dan mampu bertahan beberapa hari pada permukaan keras.
 Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Lee Way Seah, berkata rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit terukatau (gastroentiritis akut) di kalangan kanak-kanak di negara maju dan negara membangun.

"Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami cirit-birit teruk dan ia pembunuh kedua tertinggi di kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun selepas pneumonia.
 "Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 2 juta pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana rotavirus manakala seramai 440,000 pesakit menemui maut akibat cirit-birit teruk dan dehidrasi atau kehilangan banyak air," katanya.

Bagaimana mengenali jangkitan rotavirus?
Cirit-birit biasanya berlaku selama tiga hingga sembilan hari dan ia boleh berlanjutan sehingga tiga minggu. Dalam tempoh ini pesakit kanak-kanak boleh mengalami gejala demam, cirit-birit, sakit perut dan muntahpada bila-bila masa.
Lee berkata, ramai ibu bapa menganggap masalah cirit-birit akibat jangkitan rotavirus sebagai sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh membawa maut.

"Di Malaysia, seramai 15,000 pesakit berusia kurang lima tahun yang datang mendapatkan rawatan dikesan dijangkiti rotavirus.
 Daripada jumlah itu, 9,000 dimasukkan ke hospital manakala 34 kanak-kanak maut hanya selepas disahkan positif rotavirus," katanya. Penyebab utama berlakunya rotavirus adalah tahap kebersihan yang kurang baik. 
Namun, jangan silap kerana negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai jumlah jangkitan rotavirus yang tinggi. 
Bagaimanapun, jumlah jangkitan akan menjadi lebih tinggi di negara membangun terutama jika tiada kemudahan perubatan yang baik serta tahap kesihatan yang kurang memuaskan. 

Rotavirus tersebar dengan mudah terutama melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut, air tercemar atau alatan permainan disentuh pesakit. 
Virus itu juga mampu hidup di permukaan keras seperti tombol pintu, lantai dan udara. 
Simptom atau gejala biasa yang dialami kanak-kanak terutama bayi apabila dijangkiti rotavirus adalah demam disusuli muntah dan cirit-cirit menyebabkan kehilangan air dalam badan yang terlalu banyak sehingga boleh membawa maut.

 "Jarang kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengalami hanya satu daripada simptom jelas iaitu demam, muntah dan ciri-birit.
 Selalunya mereka akan mengalami ketiga-tiga simptom berkenaan atau paling kurang, hanya dua kesan jelas sebagai petunjuk dijangkiti rotavirus. "Cara untuk melihat sama ada anak anda kehilangan banyak air di dalam badan adalah dengan mencubit sedikit kulit di bahagian abdomen dan jika dilepaskan cubitan, bahagian kulit tidak kelihatan lembik atau jatuh," katanya.
 Jika cirit-birit dan muntah berlarutan tanpa rawatan di antara tiga hingga tujuh hari, pesakit boleh mengalami kekurangan nutrisi, kejutan serta degupan jantung yang tidak normal, tekanan darah rendah, penurunan kadar darah sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian.

 Rawatan Setakat ini, tiada rawatan khusus yang boleh merawat rotavirus kerana ia adalah sejenis virus. Walaupun ia tersebar akibat persekitaran yang tercemar, membasuh tangan mampu mencegah tapi ia tidak boleh dihapuskan sepenuhnya kerana rotavirus sangat kebal serta mudah berjangkit. 
Kesedaran perlu ada di kalangan ibu bapa sebelum rotavirus menyerang dan menyebabkan tubuh kecil bayi anda merasai derita. 
Rotavirus boleh dikawal melalui pengambilan vaksin seawal bayi berusia enam minggu dan berakhir sebelum bulan ketujuh. 
WHO mengakui pembangunan vaksin rotavirus banyak membantu mengurangkan jangkitan dan kadar kemasukan ke hospital akibat virus itu. 
Vaksin yang mampu melindungi sehingga tempoh tiga tahun berfungsi merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi secara semula jadi terhadap jangkitan rotavirus.

So...kawan-kawan semua....Make sure air yang diminum adalah air tapi yang dimasak..(Kalau tapis je tak ada jaminan jugak kata doktor yang merawat Zahin)


P/S : 
  • Cinnamon.com...haah..just share kitab lama..hehe..
  • Cik Violet Sofia...welcome back my dear..
  • Marya Yusof.....Thanks a lot dear...tinggi sangat kata-kata tu...(saya biasa2 saja..tapi saya appreciate sangat2...memang nampak ikhlas tau...)nice to meet u too..
  • Zie.....impian tu dah tercapai dan dah berkubur pun..hik hik..
  • Cik Ina Do Do cheng....Tugas Lynn untuk menggubal Enakmen Undang2...kami cuba untuk membantu Mualaf dengan peruntukan Undang2 yang baru di Penang...

@@@Terima Kasih sudi membaca....Dan saya tak berniat menyakitkan hati sesiapa..@@@

17 Feb 2012

Tabiat Wanita Mengikut Hari

Assalamualaikum...

Tengah google-google saya terjumpa blog nie..Terkejut jugak..Tapi apa salahnya kita membaca summarize kitab-kitab lama tentang tabiat wanita mengikut hari dilahirkan.
Nak tahu samaada benar atau tak tabiat kita dengan petikan yang ada dalam kitab Tajul Muluk tu jom kita check ye..

SUMBER: Tafsiran dari Kitab Tajul Muluk  Copy dari blog http://www.epetua.com

Jika dilahirkan pada hari ISNIN:
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dalam pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

Jika dilahirkan pada hari SELASA:
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

Jika dilahirkan pada hari RABU:
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.

Jika dilahirkan pada hari KHAMIS:
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tidak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Jika dilahirkan pada hari JUMAAT:
Wanita yang lahir pada hari Jumaat, tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tidak suka dipaksa.

Jika dilahirkan pada hari SABTU:
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.

Jika dilahirkan pada hari AHAD:
Wanita yang lahir pada hari Ahad, kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Taat pada suaminya, namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hatinya sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan, dia akan cari jalan lain.

Impian Yang Terpendam

Assalamualaikum...

Masa kecil-kecil dulu...saya teringin sangat nak ada bilik sendiri.Yang cantik.....
Yang warna pink....Ada bear banyak sangat atas katil.....
ada gambar masa kecil-kecil dulu....
ada almari gambar kartun...wah...sweet je kan..
langsir nak warna pink lembut campur putih...dinding warna pink lembut jugak..ala-ala dalam gambar-gambar kat bawah ni..



Tapi...memang saya tak ada semua tu...saya sempat share bilik dengan kakak saya yang umurnya tua 12 tahun dari saya..
Dah tentu lah bilik tu menjadi bilik wanita dewasa...
Cuma yang saya ingat....saya cuma ada bear besar yang kakak saya buat sendiri dan juga patung apa ntah..(yang bila kita baringkan dia..mata dia terpejam sendiri)

Tapi, bila kakak saya kahwin...saya pun tinggallah seorang dalam bilik yang feminin tu. Tapi ye lah kan...budak kecik...mana nak reti nak decorate bilik pelbagai..
So bilik saya menjadi sekadar bilik yang ala kadar...
Ada katil...ada almari...
Bear seekor yang kakak saya bagi tu...dan anak patung mata terbeliak tu je...

So...bila saya kahwin...hubby beli rumah...
Saya sangat-sangat berhajat nak rumah yang kami beli tu ada bilik bertema untuk anak lelaki dan untuk anak perempuan.

Hubby sempat cat bilik Zahin dengan warna biru.
Siap ada gambar-gambar angkasawan.
Siapkan gambar-gambar yang dah diframekan gambar Zahin masa kecil-kecil dulu.
Siapkan cadar yang berwarna biru bermotifkan kereta.
Hajat nak belikan katil kereta tak kesampaian sebab ingat nak decorate perlahan-lahan.
Ye lah..orang baru pindah.


Bilik Zahin agak cantik bila dah siap.
Bila bilik tu dah cantik, baru zahin nak tidur seorang diri time malam.
Kalau dulu dia memang penakut tak mahu tidur seorang....mesti nak tidur dengan kitorang...

Bilik Najah tak sempat disiapkan apa-apa pun.
hajat hati nak cat warna pink lembut.
Ada feature wall warna pink terang.
Ada bear-bear yang banyak (koleksi Najah) atas katil dia.
Ada gambar-gambar masa dia kecil dulu.
Ada bidai kartun yang berwarna pink.
Tapi hubby tak sempat buat.
Langsung tak sempat.
Cuma sempat belikan katil untu dia.
Itu je.

Semuanya sebab saya kena transfer ke Penang................
Sempat tinggal setahun je...

Kat rumah mak dan abah sekarang...
Memang ada bilik untuk saya..Zahin...dan Najah...
Tapi kelengkapan cuma alakadar..
Ye lah...
Lepas kahwin saya dan hubby terus bina hidup sendiri di Selangor.
Hampir 7 tahun kami hidup sendiri.
Segala keperluan ada kat sana.
Bila balik sini cuma bawa apa yang penting dan apa yang muat kat bonet kereta je.hehehe
Jadi...perasaan saya....(Rindunya kat rumah sana...rindu bangat...)

Tapi tak apa...(mood pujuk hati sendiri..hehe)
Manalah tahu.....nanti dapat balik ke sana balik..
Tak pun dapat rezeki besar lagi...kot dapat beli rumah sendiri yang lebih privacy..
Rumah baru yang di sebelah rumah mak dan abah sekarang...
Bukan hak mutlak saya seorang.
Itu ialah dedikasi saya untu mak dan abah bersama anggota keluarga yang lain.
Saya tak betah dengan rumah sebesar tu.
Saya tak reti..

Kalau pun hubby dapat bertukar ke sini.
Saya cuma harap kami cuma menumpang sementara kat rumah tu.
Lepas tu dapat masuk rumah lain.(kot ada rezeki lah kan..)

Tapi...buat masa sekarang..biarlah impian tu tersemat dalam hati.
buat masa sekarang tak ada yang lebih penting kecuali saya dan hubby dapat tinggal bersama...
bersama anak-anak kami....
Susah senang bersama......

P/S : Saya tak berniat nak kecilkan hati sesiapa...

16 Feb 2012

Rasa nak terbang..

Assalamualaikum..Selamat Pagi..

Alhamdulillah...beban di atas kepala saya telah diangkat dan dibuang ketepi...Sekarang ni rasa ringan je kepala saya, rasa nak terbang pun ada..hahahha..


Dua minggu saya bergelut dengan Deraf Enakmen Berkaitan Mualaf..Dua minggu makan dan minum saya tak terurus...Tidur tak cukup...mata sembab...fikiran kacau...ditambah tekanan dari seorang staff yang ada masalah "mental"...wah..stress betul...


Semalam...balik je dari kerja...saya terus pengsan.Mentang-mentanglah off tak boleh sembahyang,saya terus bagitau Najah supaya tak kacau saya. Sampai pukul 7.45 saya pengsan..Hahahaha...Nasib baik Najah faham.. Dia pun dah makin bijak sejak masuk umur 4 tahun nie.. nak mandi sendiri...pakai baju sendiri.... sikat rambut sendiri... Cuma time makan nasi...masih lagi nak bersuap..Nak susu pun berkias-kias...tak macam dulu..asyik menangis je bila minta susu...nak susu pula...terketar-ketar...(nak cepat aje)...

Zahin pun makin berdikari...
Dah pandai susun buku sekolah sendiri...ikut schedule..
Setiap malam saya selalu ajak dia bercerita tentang aktiviti yang dia lakukan setiap hari..
Dia pun senang nak share anything dengan saya time malam..Mungkin mood saya masa tu dah stabil..dah tak penat...

Kadang-kadang rasa kasihan meyelinap dalam diri...
Hubby dah terlepas melihat tumbesaran anak-anak kami...Walaupun kerap berhubung dan berjumpa seminggu atau dua minggu sekali...
Tapi masih banyak perkara yang dia terlepas...Tapi tak apa...tak lama lagi mungkin Allah akan aturkan yang terbaik untuk kami sekeluarga..Amin..

Minggu nie Zahin akan menghadiri Perarakan sempena Maulidur Rasul.
Hubby pun akan balik jumaat nie.
Biarlah abah dia jauh...tapi untuk program yang melibatkan ibu dan bapa....kami berdua suami dan isteri akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa untuk anak..
Saya perasan..Zahin memang seorang anak yang bijak..saya dan hubby tak nak..jarak jauh antara dia dan hubby boleh menyebabkan "kebijakkan" dia terjejas..








14 Feb 2012

Birthday / Velentine

Selamat Hari Lahir untuk Muhammad Zahin Afnan Bin Shahrizan..

Yang Ke-7 tahun.

Pada 14 Februari 2012 bersamaan 22 Rabiulawal 1433H





(Gambar bersama Kak cik Izzati dan adik Najah Safiyya)


Ummi dan Abah doakan semoga abang menjadi anak yang soleh serta berjaya dunia dan akhirat..
Bukan sahaja berjaya dalam pelajaran..tapi mampu menjadi muslim yang baik.
Menjadi abang yang sangat sayangkan adik-adik..
Menjadi ketua keluarga yang bijak dan adil.
Ummi dan Abah bangga mempunyai seorang anak lelaki yang hebat...bijak...cerdik....
Semoga hidup anak Ummi dan Abah nie dilindungi Allah selalu dari segala keburukan.
Amin Ya Rabbal Alamin..Kabulkanlah Ya Allah...

Tak dapat nak celebrate birthday anak Ummi dan Abah nie..Kena tunggu Abah balik baru dapat celebrate ok..

9 Feb 2012

Pil Perancang


Wah..takut tak baca entry kali nie..?



Nie lah pil perancang yang saya makan sekarang nie......Namanya Marvelon....
Saya memang makan marvelon sejak anak yang pertama lagi.Setakat nie alhamdulillah tak ada apa-apa yang tak elok tentang marvelon nie.
Cuma dulu-dulu masa mula-mula makan...memang ada rasa pening........meloya.............lepas makan...lepas tu dah ok.........

Saya rasa saya memang confident dengan pil nie (yang dah kahwin sahaja ye....yang belum tak digalakkan ambil....(kalau nak buat perkara tak elok la......)

Salah satu sebab saya mengambil pil perancang nie sebab masa saya lahirkan anak pertama........Zahin Afnan 7 tahun yang lalu....
Saya mengalami complication akibat tumpah darah.
Saya dimasukkan ke ICU dan tak sedarkan diri selama 2 hari.
Jadi doktor nasihatkan agar saya menjarakkan kehamilan sekurangnya 4 tahun jika boleh.
Lepas tu dia bekalkan saya dengan beberapa cadangan supaya saya menjarakkan kehamilan..(sory malu la tulis entry nie..)hik hik...
Bila saya google...dan tanya pendapat beberapa rakan serta ahli keluarga....saya rasa jalan terbaik ialah saya makan pil perancang berbanding menggunakan kaedah lain.

Dan Alhamdulillah....walaupun saya tak jarakkan kehamilan selama 4 tahun seperti yang disyorkan doktor....Dan selepas lahirkan Najah Safiyya....sekarang saya masih lagi mengamalkan pil nie.
Tapi saya ada berjumpa doktor berhubung dengan makan pil nie terlalu lama.Doktor tak galakkan mengambil pil ini dalam tempoh masa yang terlalu lama...
Tapi jika hasil pap smear kita ok...barulah doktok tak kisah nak amalkan berapa lama pun..

Saya tanya jugak kawan-kawan yang kerja nurse......siapa yang diorang galakkan ambil pil perancang nie......So..member saya kata....mereka yang mengalami........

1) poor economic status. anak puya ramai, tp miskin, bini surirumah, laki pemandu. anak dah 6. sume bantut-bantut x cukup zat. agak-agak patut ke mengandung lagi. setiap kali mengandung ada darah tinggi, anaemia.

2) lepas operation caesarean section. disyaratkan x boleh pregnant utk 2 tahun sebab luka kat rahim tu belum baik lagi. kalo mengandung masa tu ada can untuk uterine rupture ( RAHIM PECAH KETIKA BERSALIN). Tp ramai pesakit yg dah tahu tp x nak merancang. Bila dah cek kat doktor baru senyum sengih padahal dah dibgtau.

3) Pesakit yg mempunyai masalah kesihatan spt patient renal failure on dialysis, sakit jantung seperti mitral stenosis. kalo mengandung susah nafas sehingga boleh menyebabkan kematian.

(Kawan saya nie macam emosi pulak time dia cakap.....mungkin dia stress jadi jururawat desa kot..hahahahahaha....sory NIS...)


P/S:
Thanks untuk cinnamon.com sebab sudi ziarah..tu la..dulu semua husband buat..sekarang dah kena mintak abang LA la pulak..hehehe

Zie...mesti la seronok...hehehe...(time ni je la dapat manja-manja)

Cik Ina Do Do Cheng....Salam Maulidurrasul kak...(time ada bangla..bolehla dia tolong..risau time kita sorang-sorang kat situ..camna tu..?hehe)

3 Feb 2012

Pameran Batal..Yes..Yes...

Semalam saya dapat inform menyatakan Pameran sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2012M/1433H bertemakan "Pembaharuan dan Inovasi" yang dianjurkan Jabatan telah dibatalkan.

Aduhai...seronoknya saya dengar berita gembira tu...sebab:-

  • Saya tak payah bekerja dengan orang yang saya tak suka (wah wah)
  • Boleh balik S.Alam dan jumpa Hubby (ngeh ngeh)
Sukanya hati saya..so malam nie lepas maghrib saya akan drive ke S.Alam..Saya bawa mak dan abah sebagai peneman...Selain budak cerdik dua orang tu...(Zahin dan Najah)...Lalalalalalalala..doakan perjalanan saya ke sana dipermudahkan dan semuanya baik-baik ok..amin..

Ok tukar cerita lain pulak..Semalam time balik kerja saya rasa macam kereta rasa lain macam je.........Rasa macam tak ada angin......So saya memang dah tau......Memang kena berhenti kat stesen minyak..dan berdoa semoga ada yang dapat membantu saya mengisi angin...hehe...

Sampai kat sana.....toleh kiri.....toleh kanan.........alamak,tak ada sesapa la pulak...kawan saya yang dua orang tu (Nurul dan Asni) pun tanya....."pandai ke nak isi angin?"
Saya kata " tak pandai..." Tapi saya keluar dari kereta dalam keadaan confident gila lah....
Diorang pun turun sekali.....dalam keadaan hujan renyai-renyai gitu...


Saya pun teleklah kat situ.............baca apa yang patut...............cara nak mengisi angin tayar..............
Pas tu..baru teringat....Hubby kata boleh tengok kat pintu berapa kiraan(eh betul ke ayat nie) nak isi angin tayar..
Pas tu pegi balik ke mesin angin tu (ayat apa nie?)hehe


Ok kena baca kat situ..instruction ada kat situ..(bertiga membaca bersama-sama)Har har har...


Saya pun peganglah wayar tu...Nurul pun standby kat situ dengan Asni...Diorang pun confident lah dengan saya...hehe..

Saya pun try lah pam tayar..."eh...tak bunyi apa pun..."
Nurul kata.."kak lyn..tak penuh lagi kot.."
Saya pam lagi....dalam hati rasa berdebar dah nie....
"Eh...takut pulak tayar nie meletup.." kata saya..
Nuruk jerit.."k.lyn..stop nanti tayar keras boleh pecah."
Asni kata.."jap..ada mat bangla tengok kita..asni panggil dia ye..?"

Asni pun panggil mat bangla tu....
Dan akhirnya.............

Mat bangla nie jugak yang kena pam tayar saya..hahahhaahhahaha..bila la nak pandai pam sendiri nie...

Baru saya tau...rupanya masa saya pam angin tadi..saya tak tekan butang start..so memang angin tak masuk langsung......beriya takut tayar pecah sebab angin penuh.......

2 Feb 2012

Hasilnya jahitan manik saya

Nie lah manik yang saya beli hari tu.(Gambar di waktu malam AJL)

Dan ini lah hasil jahitan saya...hehe...saya buat simple-simple je..malu tau kalau crowded sangat..hehe..(berkilat gila manik nie...tapi gambar malam kan..tak clear sangat pulak)


Saya jahit manik nie sambil layan AJL..mula ingat nak tambah lagi manik..tapi biarlah kali nie buat kelainan sikit..so namanya jahitan manik yang simple..senang je tau..

Bila toleh belakang...(Sebab tak dengar suara Zahin dan Najah)
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
La...Zahin dan terlelap rupanya....eh Najah...buat apa tu...?
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
La..Najah buat apa pulak tu...?
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"Ummi...Tweety adik demam..."




Rasa Stress Bila..


Assalamualaikum dan selamat pagi..

Dulu-dulu masa saya dapat lesen kereta..Rasa macam seronok sangat driving.Pegi kedai dekat pun (belakang umah) boleh pulak naik kereta berbanding naik motor.Hubby kata saya tengah gila stereng.Tapi memang betul..rasa best sangat bila dapat stereng kereta..DAN....kereta sekali la..

Tapi,sejak transfer ka Penang nie...Drive untuk ke tempat kerja pun kadang-kadang makan masa lebih dari satu jam jika jammed..,kereta banyak..,accident ke..Buat saya rasa penat sangat..Rasa stress..
(Stress jugak jika asyik menunggu orang..sedangkan kita keluar awal)




Sampai kat ofis..dapat pulak parking yang jauh dari pintu ofis..Hah..lagila stress..hahahaha...Bila punch...Ups....Merah kau..hehehe..Stress..sebab kita dah keluar awal tapi "sebab-sebab tertentu"..kita jadi LAMBAT...

Saya rasa semua yang memandu memang tahu dan rasa stress bila..:-
  • Jalan jammed kerana perkara-perkara yang remeh 
  • Pemandu kat depan bawa kereta slow sebab tengah "bercinta" atau tengah cakap phone.
  • Bila sampai kat tol tak nak beratur..terus potong dari tepi dan masuk
  • Orang yang nak tumpang kereta kita..lambat..(kalau sekali-sekala ok la juga)
  • Orang yang suka sangat bagi lampu kat belakang sebab nak potong kereta kita..padahal..kat depan kita pun kereta berderet-deret.
  • Orang yang menumpang..tidur kat sebelah..sedangkan kita penat drive(ala..sembangla bukan apa..boring tau bila jammed..mengantuk pun ada)
  • Pemandu yang suka brek..padahal kereta depan dia jauh berbatu-batu..
  • Pemandu yang suka bawa kereta macam orang gila...(rasa melayang bila dia potong kereta )
Sebenarnya..boleh sampai awal tanpa punch card merah..Tapi kalau ada masalah yang seperti di atas yang membuatkan kita lambat..lagi la kita akan rasa stress.Tambah stress bila yang menumpang kita tu tak faham erti stress memandu..(ayat apa nie?)...Hehe...Fikir-fikirkan...Jangan terasa...


P/S:..
Mixed-family in da house...Saya kursus 5S jugak..hehe..makan kat situ sedapkan DiNi...

Thanks untuk LYAfrina yang sudi jenguk blog saya nie..Semalam saya jenguk blog dia..tapi tak sempat nak tinggalkan jejak...Hari nie..dia datang melawat..TQ..salam kenal..Saya pun da follow blog awak..


1 Feb 2012

Kursus pertama tahun 2012

assalamualaikum..


Semalam saya berkursus selama sehari di MPC,Kepala Batas...



Dan hari saya adalah seorang pekerja yang sangat SIBUK...Mungkin selama seminggu nie akan sibuk....