28 Aug 2012

Raya 2012

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum.

Hai kawan-kawan semua. Sebenarnya semalam saya dah mula bekerja. Tapi masuk je ofis, berderet-deret keje menanti kat atas meja.Tak sempat saya nak publish cerita langsung. Tapi sempat jugaklah saya jenguk beberapa orang rakan maya yang lain cuma mungkin tak sempat nak tinggalkan komen je.

Macam-macam cerita kawan-kawan yang saya baca. Seronok je tengok semua orang happy beraya. Raya saya biasa-biasa je. Tahun ni first time kitorang tangkap gambar kat kedai. Tapi sayang cina tu kata seminggu baru siap, so saya tak bolehla nak tayang gambar tu kat kawan-kawan. Mungkin FIL dah ambil gambar tu kat kedai kot. Harap-harap gambar tu cantik. Tak sabar nak tengok pas tu nak gantungkan kat rumah Shah Alam.

Raya kali ni memang penat sangat. Kan saya jadi cinderella..hehehehe..Masak rendang Nogori, pas tu nasi impit kuah kacang, bihun sup utara, MIL buat ketupat daun palas. Yang lain-lain semuanya MIL dah sediakan. Huh penat walaupun menu tu tak lah seberapa sangat.

Pas tu  baru beraya umah Wan dan nenek hubby. Meriah sangat sebab keluarga sebelah FIL dan MIL ramai. Semua adik-beradik ada. Maklumlah jugak..diorang semua tak ramai yang berkahwin dengan orang luar. majoriti berkahwin dengan orang nogori juga. Ada tangkap gambar beramai2..tapi saya tak sempat tengok pun lagi.

Dah petang baru perasan takde gambar di pagi raya kecuali kat kedai gambar tu.Ini je lah yang ada.

Zahin suke sangat buat muka bila bergambar.

Kalau diikutkan saya takde mood dengan baju raya tahun nie. Sebab baju hubby ngan zahin tak sama ngan baju saya. Menyesal jugak tak beli awal-awal. Baju najah pun susah sangat nak cari yang sedondon. Last2 saya cari satin yang ala-ala sekaler pas tu jahit manik kat lengan dan leher. Tak pe lah kan. (Pujuk hati nie)

Okay, selamat bekerja. Jumpa lagi nanti ye.


16 Aug 2012

Selamat Jalan Semua

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hubby baru je menjejakkan kaki kat Penang kul 3.00 petang. Kejap lagi saya balik office terus pegi ambil dia kat bus stand Butterworth.

Malam ni semua ahli keluarga saya berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Rasa seronok sangat sebab bukan senang kami nak berkumpul serentak.

Kalau ikut perancangan awal tengah malam ni juga saya, suami dan anak-anak akan bertolak ke rumah kami di Shah Alam sebelum bertolak balik ke kampung suami di Nogori sembilan.

Memang kesiankan suami terkejar ke sana ke sini. Tapi inilah kali kedua pengalaman yang hampir sama kami rasai kerana Perkahwinan Jarak jauh nie.

Saya doakan tahun depan saya tak menyusahkan suami sebegini lagi. Harap-harap dapatlah tinggal bersama kembali.

Sok saya dah bercuti sehinggalah ahad minggu depan. Saya doakan kita berjumpa lagi lepas ni ye..Selamat bercuti semua. Semoga semua kawan-kawan saya kat sini happy-happy selalu..Insyaallah..Amin..

Tata..ma'as salamah..Ilal liqa'...........................

Saya Dapat Duit Raya

Assalamualaikum.



Ha..nampak tak kat atas tu? Memang saya terperanjat sangat tiba-tiba pagi tadi Tuan Saifullah bagi duit raya kat semua orang. Saya pun tak terkecuali.

Saya dapat RM50.oo..Alhamdulilah.
Yang RM5.oo untuk Zahin dan Najah.

Terima Kasih ye. 

15 Aug 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya untuk semua kawan-kawan. 
Maaf jika ada terkasar berbahasa wlaupun di alam maya je kita berjumpa.

Saya doakan semoga Raya nie kawan-kawan semua bergembiralah ye.
Hati-hati ketika memandu.

Samapai saat dan tika ini..eh..jiwang pulak dah..saya pun tak pasti hari apa saya akan bertolak ke Shah Alam.Tengah tunggu hubby beri kata putus.

Yang pasti raya pertama sehingga raya ketiga saya akan beraya di rumah MIL and FIL di Dioh, Kuala Pilah Nogori Sembilan.
Dan yang pasti MIL dah booking saya tuk buat bihun sup utara raya pertama..pastu Nasi ayam raya kedua.
Jadi Cinderella lah sekejap ye. Hehehe

Kalau ade yang berdekatan dengan rumah MIL and FIL saya..moh la kita bertemu untuk mengeratkan silaturrahim..

P/S :Maaf saya memang tak reti nak buat kad raya cantik2 kat kawan-kawan.
Tak jumpa gambar raya tahun lepas dalam lappy nie..Pelik..

Yea yea...sok pagi hubby balik sini pastu khamis malam terus balik Shah Alam....Jumaat ialah hari last untuk shopping.Gembiranya last-last baru dapat kata putus. Alhamdulillah.


13 Aug 2012

Jerawat/Jeragat

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ingat tak saya pernah publish pasal jerawat saya yang tiba-tiba naik mendadak? Ha..hari nie nak story mory pasal jerawat tu balik.

Hujung bulan Jun ari tu muka saya yang gebu..kuning langsat ala-ala duku langsat..mulus tulus ni tetiba je dinaiki jerawat yang besar-besar.Dah la besar, merah dan bengkak pulak tu. Saya memang takut sangat sebab dah lama sangat tak berjerawat, kalau naik satu takpe..Ini naik banyak sangat. Lepas satu..satu dia naik.Panik Ya Allah memang saya tak reti nak gambarkan camana dah.

Hampir dua bulan jerawat tu masih lagi ada. Meninggalkan parut hitam yang amat menyedihkan. Tapi takpe lah..Mungkin Allah nak ingatkan saya balik apa yang saya tak syukuri. walau hakikatnya sangat sedih sehingga kadang-kadang perasan jugak self-confident tu dah hilang, tapi saya usahakan jugak untuk merawat jerawat ni. 

Najah selalu tegur kenapa muka ummi dah tak macam dulu?Kenapa jerawat ummi makin banyak?
Ummi takde jawapan untuk semua tu la sayang. Ummi pun tak tau produk apa yang ummi guna, pakai atau makan or minum sehingga mengakibatkan jerawat teruk macam ni. Ramai kawan-kawan yang terkejut. Rasanya takde perubahan pada barang-barang yang saya guna pun.

Sebelum ni saya memang tak ade rasa rendah diri atau down.(Maksud saya ketika bekerja sahaja ye..janganla kata saya bongkak pulak.hehe). Tapi bila ada masalah jerawat nie memang rasa lain sangat. Nak berdepan dengan orang ramai malu. Nak melawa pun dah takde mood. Hubby pun selalu perasan semua tu.

Saya ingat nak share dengan kawan-kawan gambar saya sebelum dan selepas "kejadian" . Tapi sejak dapat PC baru nie..banyak maklumat dan gambar ade kat laptop kat rumah.Nanti kalau sempat saya upload kat rumah ye. Mesti kawan-kawan terkejut dalam tempoh 2 bulan je muka saya berubah.HUHUHU...sedihnye..

Last week saya nekad jumpa dengan pakar jerawat dan jeragat di Shah Alam. Tu pun sebab hubby sian kot tengok saya murung je.So dia suggest saya pegi dapatkan rawatan lanjut terus dari pakar. Saya okay je yang penting kena bayar tong-tong ye..Tolong meringankan beban.

Puas jugak saya google nak mencari kat mana lah agaknya pakar jerawat ni. Puas google rupanya saya terjumpa seorang pakar yang fokus pada jerawat dan jeragat sahaja. Rupanya  Dr.Haseenah yang saya pernah kenal nie..(dia dulu panel di klinik company hubby) dah buka klinik sendiri. Tengok alamat...eh eh..kat area rumah saya kat Shah Alam. Hah lagi la senang..Terus je saya ajak hubby pegi sana.

Kali pertama ke sana..Memang klinik tu nampak lain dari klinik yang lain. Nampak bersih, menarik dan high class jugaklah. Orang tak payah cakap la..memang ramai sangat. Semuanya bermasalah jerawat. Saya sampai pukul 10.00 pagi. Keluar dari situ pukul 2.00 petang. nasib baik rumah saya dekat situ je. Lepas hantar saya hubby sempat balik rehat kat rumah dulu.

 
Klinik Dr Haseenah di Kota Kemuning.Shah Alam.

Doktor kata mungkin saya stress dan mungkin juga perubahan hormon. oh..mana boleh tak stres, hubby dah la jauh. Saya pulak drive dalam suasana sesak dan amat tak selesa. Selain bebanan kerja yang perlukan saya berfikir. Of course stress. Tipulah kalau surirumah pun mesti stress kan?

Charge untuk kali pertama ialah RM350. Dibekalkan dengan ubat makan sebanyak 3 jenis. memang gedabak sangat ubat tu. Ubat tu cukup-cukup untuk 3 minggu. Then ada acne serum, Krim jerawat, sunblock (kalau korang tak nak tak yah ambil sebab harganya RM90.00) pastu dia ada jel jerawat. Masa mula pakai memang seminggu tu jerawat saya yang merah dan bengkak tu dah tak bengkak. Surut dan kecut.

Tapi masuk minggu kedua nie...
Jerawat muncul lagi. Tapi tadi dah call kat Dr memang dia kata jerawat akan keluar sebab dia memang dah menunggu masa nak keluar. So jangan tinggalkan ubat dan follow je rawatan seperti yang disyorkan.

Harap-harap jerawat ni cepat sembuh. Insyaallah.


10 Aug 2012

Seorang Diri

Assalamualaikum.

Saya seorang diri kat ofis nie. Dari 12.30 tadi sehinggalah sekarang..

9 Aug 2012

Takde Tajuk

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

Seronok tengok kueh-kueh raya yang kawan-kawan ofis order dah sampai..Macam-macam jenis..warna..rasa yang ada. Semua orang berseronok bercakap tentang raya.Ada yang sibuk mengedarkan sampul raya..Ada juga yang bawa baju raya (wow..ambik upah jahit baju raya lagi) Kat PC masing-masing dah ade dah lagu raya..Hmm..seronok je tengok..tumpang seronok..

Entah saya tak rasa lagi feel tu..Kueh raya pun tak tempah..Cuma tempah kacang tanah yang goreng tu je..Tapi kacang tanah ni lain dari yang selalu kita makan tu..Rasa sedap..Setengah kilo je harganya mencecah RM9.Mahal kan..ke murah..?huhu..selalu buat sendiri,tapi sebab pernah rasa yang sample hari tu..rasa sedap..terus saya beli sekilo..

Mood saya terbang entah ke mana...
Tahun ni memang turn raya kat Nogori..Tapi saya tak tau nak balik sana macammana?..hari ape..?
Tadi hubby call bagitau sabtu malam tu dia masih keje..So raya dah hari Ahad.Sian pulak kalau dia balik sini lepas keje malam Sabtu tu..then ambik kitorang dan bertolak ke Nogori..
Kalau saya drive ke Shah alam sorang-sorang..bawa anak-anak..mampu ke saya..Jumaat tu saya keje lagi..Hmm jauh juga dari umah abah ke Shah Alam..Saya tak tau larat ke tak..perjalanan dengan kereta mesti 6 jam sebab saya bukannya sihat sangat.Selalu kalau balik Shah Alam bawa mak abah temankan..

Kalau nak naik bas..alamak..barang-barang mesti banyak...Baju raya anak-anak lagi..Dah tu ade ke tiket..?
Sudahnya..saya diam dulu lah..tunggu idea datang..

lalallalallalallallla...........................

7 Aug 2012

Doa yang tidak tertolak

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

"Jangan kau salahkan, orang merindu dengan kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami jiwanya…"  MUTIARA HATI

Sepanjang perjalanan balik dari Shah Alam petang semalam ke Butterworth..Mata ni langsung tak boleh lelap.Sepanjang jalan saya tak henti-henti berfikir dan bersuara dalam hati.Jauh di sudut hati rasa penat dan lelah dengan perjalanan yang mengambil masa 6 jam tu. Kasihankan Zahin yang berpuasa dan terpaksa berbuka di atas bas. Sayu juga melihat Najah yang terlena kepenatan.

Saya berdoa sejenak..Sebab saya percaya doa orang yang berpuasa dan bermusafir insyaallah akan dimakbulkan..Semoga urusan pertukaran ini dipermudahkan. Entah kenapa rasa "down" yang wujud dalam diri seminggu yang lalu masih ada lagi. Saya tak menyalahkan takdir Allah. Kerana Dialah..sejujurnya doa saya dimakbulkan. Cuma saya berharap..saya diberi kekuatan untuk berdepan dengan semua ni.

Saya tak faham kenapa susahnya untuk memohon pertukaran ini..? Sejujurnya saya terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh staff di sana yang mengakui susah untuk menerima saya di sana sebab saya bukan anak negeri Selangor.Tapi jika ada kekosongan..apalah salahnya jika saya diberikan peluang..Saya nekad hantar surat pertukaran tu walaupun saya mungkin boleh agak jawapan yang akan saya terima kelak.


"ثَلاَثَةٌ لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُوْلُ لَهَا الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ".


“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad


Mungkin betul cakap hubby..usaha saya belum setinggi mana..Saya kena berusaha lebih gigih lagi..Kasihankan anak-anak yang membesar hampir dua tahun tanpa perhatian dari bapa. Betapa sulitnya menjadi seorang ibu yang berdikari tanpa bantuan suami. Tapi sekurangnya saya bersyukur..berjauhan begini lebih mematangkan diri saya sendiri dan mencambahkan kasih kami dalam rumahtangga ini..amin..alhamdulillah..






1 Aug 2012

Hukum Tabur Bunga Di Kubur

Assalamualaikum..

Apa khabar agaknya kawan-kawan semua ye? Harap-harap sihat selalu..
Alhamdulillah hari ke 12 Ramadhan..Zahin masih berpuasa penuh mengalahkan umminye sendri..hehehehe..Ade lah jugak sesekali terdengar keluh kesah..Tapi saya masih menggunakan cara pujukan sambil memberikan semangat..Tahun lepas Zahin hanya berpuasa 18 hari. Mungkin sebab ummi ni baik hati sangat..kesian..
Alhamdulillah..tahun nie dia tak banyak songeh. Najah puasa jugak, tapi puasa tak makan nasi..Roti..susu dan makanan lain dia makan je..

Malam semalam masa tengok drama apa ntah..Mak saya bersuara bila melihat satu adegan dalam drama tu..
Adegan menabur bunga di kubur..Sambil pelakon tu menangis hiba..
Mak kata...." Kalau mak mati nanti..janganlah sesapa pun tabur bunga kat kubur mak..Mak tak mau.."

Saya dan adik-beradik yang lain..seorang pun tak bersuara..Masing-masing diam..

Saya tak pasti hukum menabur bunga di kubur nie..Tapi saya juga tak pernah melakukan perbuatan tersebut..
Cuma rutin kami adik beradik kalau menziarahi kubur arwah Tok Mak,nenek..Tok Wan..cuma akan mencabut rumput dan membaca Yaasin atau sedeqahkan Fatihah serta berdoa. Tapi ada kakak saya tanam pokok bunga melur di kubur arwah Tok Mak saya.. Bila dia berbunga..bunganya akan jatuh di tepi kubur..wangi..

Saya google untuk mencari jawapan di sebaliknya..Tapi saya tetap menghormati amanat mak supaya tidak menaburkan bunga di kuburnya kelak..

Saya jumpa di sini

Soalan: APAKAH pandangan ustaz mengenai adab menziarahi pusara? Bagaimana dengan perbuatan menabur bunga dan daun pandan di pusara dan bagaimana dengan bacaan ayat suci yang sepatutnya? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak tahu di mana pusara ibu atau bapa kerana kematian berlaku ketika anak masih kecil? Apakah memadai dengan sedekahkan ayat suci al-Quran?

MD RADYUWAN, Kuala Lumpur.

Jawapan: Imam al-Bukhari meriwayatkan, daripada Ibn Abbas, bahawa Nabi Muhammad SAW melalui dua kubur. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-duanya sedang di azab dan tidaklah kedua-duanya di azab kerana dosa besar. Adapun yang ini di azab kerana tidak menjaga (kebersihan) daripada kencing manakala yang ini pula kerana suka mengadu domba.” Lalu Nabi SAW meminta pelepah dan mematahkannya (menjadi) dua bahagian. Kemudian Baginda memacakkan di atas (kubur) ini satu dan di atas (kubur) ini satu.

Kalangan sahabat Nabi bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan hal ini?” Baginda menjawab: “Mudah-mudahan diringankan azab itu daripada kedua-duanya selama pelepah kurma itu belum kering.”

Hadis kedua pula riwayat Muslim daripada Jabir, Rasulullah SAW melalui dua kubur dan Baginda dengan mukjizatnya berkata, kedua-duanya penghuni kubur ini sedang diseksa…lalu Baginda meminta pelepah tamar yang masih basah dan mematahkan menjadi dua bahagian dan memacakkan pada setiap kubur, lalu bersabda,” Aku berharap syafaatku dapat meringankan azab kedua-duanya, selama pelepahnya masih basah.”

Daripada kisah hadis itu, sebenarnya kalangan ulama berselisih pendapat atau pandangan mengenai hukum meletakkan pelepah di atas kubur. Pandangan segolongan ulama yang menegah menyatakan perbuatan itu disyariatkan khusus untuk Nabi Muhammad SAW.

Keberkatan ada pada Nabi SAW saja. Syaikh Ahmad Syakir (dalam syarah Sunan al-Tirmizi) berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian.

Pandangan ulama yang mengharuskan pula mengatakan perbuatan itu diharuskan kepada semua orang Islam. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar) berkata: “Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT.

Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.

Selain itu ketika menziarahi pusara, anda juga harus membaca al-Fatihah dan surah Yasin. Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca surah Yasin bagi masyarakat Muslimin (yang akan atau sudah) meninggal dunia. Wallahua’lam.