24 Sept 2012

Masih Bekerja

Assalamualaikum.

Agak jarang kalau saya bekerja lebih masa di hari bekerja. Selalunya kalau paling lambat pun setengah jam je. tapi hari nie jam dah menunjukkan pukul 7.15 malam. Saya masih lagi kat sini..huhuhuhu..Sedihnya..

Esok saya ada program kat luar sebenarnya..Program Gerak Remaja 2012. Anjuran Bahagian Pendakwaan dan kerjasama Bahagian Undang-Undang. Program ni salah satu program yang mendekatkan kami dengan para pelajar yang mungkin ada masalah di sekolah.

Program nie akan berlangsung selama 3 hari iaitu 25-27 september. So hari nie saya dan beberapa rakan masih bertungkus-lumus menyiapkan apa yang patut. Jangan marah ye kalau saya tak update blog nie. last week pun saya kat luar sibuk dengan Kursus Kepeguaman Efektif bersama Jabatan Peguam Negara. Pun tak sempat update gambar.

Dua hari lepas sempatlah balik Shah Alam jenguk hubby sekejap. Dia tak sihat sangat. Walaupun sibuk macammana pun kena jugak ambik berat hubby. Risau, dah la duduk jauh-jauh..takut juga yang ambik kesempatan..Nauzubillah. Tapi Insyaallah..Allah akan melindungi rumahtangga ini. Amin..

Paling saya tak sangka..pokok mangga saya yang ditanam 2 tahun lepas, dah berbuah. sebelum ni berbunga tapi tak berbuah. Saya tak sempat nak baja pun. Lupa juge nak ambil gambar. Oh banyak sangat yang saya lupa..Saya stop dulu..Insyaallah..jumpa lagi next week..

Kesibukan bekerja adalah terapi yang paling baik untuk melupakan dugaan hidup.

(Kawan-kawan..tolong doakan saya..doakan saya diterima bertukar..Amin Ya Allah)

11 Sept 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!

                               Jom Naikkan Trafik Blog!


Hah..Tak pernah try pun..Tapi masa melawat blog Mama Mia tadi terjumpa pula Blog http://www.bicaramakdara.com/2012/09/jom-naikkan-trafik-blog.html..Nak try sebab seronok juga kalau dapat kenal ramai kawan-kawan kan.Kalau kawan-kawan nak join klik kat Banner kat atas tu ye..

Blog saya nie memang tak lah istimewa seperti blog kawan-kawan. Saya menulis dalam blog nie pun sejak saya mengalami kejutan akibat dari PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)

Saya selalu sibukkan diri dengan blog nie..kadang-kadang saya tak sempat publish apa-apa pun..sekadar menyinggah di blog kawan-kawan..

Dengan kehadiran saya dan kawan-kawan yang sudi menziarahi dan mengenali saya..dengan cara tu lah saya mendapat kekuatan dan semangat..Terima kasih kawan-kawan semua..Luv u all..

P/S: Ops..Tarikh tutup segmen ialah jam 6 petang tau.

Anak lelaki

Assalamualaikum.

##Entry semalam sepatutnya##

Selamat petang semua.

Rasa petang yang sangat segaq hari ni. mungkin kesan hujung minggu yang sangat best...tambah2 kat luar sana hujan lebat sedang turun dengan lebatnya. Tak tau la apa habaq kereta saya kat bawah nu sebab pagi tadi gatai sangat pi bukak cermin tingkap. Konon takut petang nak balik sat gi panas lit-lit..

Hahahaha..terkeluaq dah ayat Penang. Baru lepas cakap phone ngan hubby. Dia bantai cakap nogori, saya bantai speaking Utara no..

Weekend hubby balik sini..(haah..lepas raya tiap minggu kami bertemu..bahagianya..)

Bila hubby balik, dah tentu saya macam burung keluar sangkaq..asyik nak keluar je..Nak pegi Kailan, Kepala Batas la..Nak pegi makan pasembor kat Teluk Air Tawaq la..Tesco..Pasific..Uish..Jadual ketat no..

Masa pegi Tesco Seberang Jaya tu..Zahin ngan Najah punyalah seronok..Sakan betul..Tak tau ape yang depa seronok sangat..Lari sana..lari sini..Penat saya duk pesan jangan lari..nanti jatuh..Tapi depa buat derk je la..maklumla..Ummi pun kena cover, kang orang kat Tesco kata Ummi ni Harimau Malaya pulak..

Hubby cam biasa..Dia kalau sabar..memang penyabar habis..Dia tengok je anak2 dia berlarian berkejaran..Tapi saya rasa, dia pun tengah geram jugak tu.

Dalam duk pesan..Tiba2 Zahin menjerit..Masa dia lari tu lengan dia tersangkut kat besi baju. Dia terus menjerit (takla kuat sangat,dia cover jugak tu)..

Kitorang check tangan dia tengok2 dah berdarah 2 inci. Memang sakit sangat lah tu. Sambil saya check hubby pot pet pot pet..bla bla bla...

Hahahaha..dia memang dah geram agaknya tu yang dia marah tu. Tapi suara masih under control la. Zahin memang dah lain macam. Nanges la budak boy tu sambil pegang lengan. Ummi pun sambil pujuk dia, sambil bla bla bla..Tapi dalam nada menasihati la..

Hubby memang jarang marah. Tak macam Ummi..Ummi suka marah anak-anak. Tapi Ummi tau Hubby memang sayang kat Zahin dan Najah. Sebab lepas hubby dah cool down, hubby terus pegang tangan Zahin dan suh Ummi check kat dalam handbag kot ada minyak gamat nak sapu kat lengan Zahin yang berdarah tu.


5 Sept 2012

Kurus

Assalamualaikum.

Teringat pagi tadi Ayu (my friend) tanya, saya memang kurus dari dulu lagi ke? Makan apa untuk kurus? (Ayu pun kurus jugak, tapi dia kata dia berisi..)

Oh..Entahlah macammana nak jawab soalan tu.  Tapi saya jawab jugaklah.

Yang saya perasan ketinggian saya 163cm nie memang terbantut sejak dari form 3. Masa tu saya tak perasan berat saya berapa, tapi yang paling ketara ramai sangat suka menegur pipi saya tembam macam donut. Muka saya pulak bulat, lagilah nampak macam bola je. Mungkin jugak berat 60kg kot. Entah-entah 70 kg. Tak pasti. Tapi saya nampak berisi berbanding sekarang, berbanding juga dengan ahli keluarga saya yang lain. Masa tu semua orang dalam family, kurus kering jer. Tapi saya seorang je yang berisi.

Bila dapat kakak ipar..pun kurus jugak. Lagilah saya tension. Abang-abang saya selalu menyakat tayar kereta kempis sebab saya yang naik kereta tu. Kalau kakak saya naik, tak pulak dorang cakap apa-apa. So saya pegang cakap dorang yang saya nie memang berat dan tembam. Padahal saya rasa tak lah berisi mana sangat pun. Tapi dah ramai yang sakat cam tu..saya jadi takut la..

Gambar hiasan semata-mata..

Saya ingat lagi masa form 4 saya try sliming tea.
 Tapi memang kerap ke toilet sampai badan pun lembik. Mak saya marah giler so saya tukar plan..malam2 tak yah makan..makan setakat jam 7 malam sahaja. Pun berat badan tak turun jugak..Haish..pelik sungguh..

Akhirnya berat badan sebegitu kekal sehinggalah saya hadir ke hari konvokesyen.
Kawan-kawan menegur tentang saya yang kurus sangat berbanding dulu.
Pelik sangat. Time beriya-iya turunkan berat badan..dia tak nak turun. Tapi bila buat tak tahu..dia turun pulak.

Saya rasa mungkin sepanjang bercuti sebelum hari konvo tu  saya bekerja di KL. Tinggal lak kat rumah flat tingkat 4. Takde lif. Jadi turun naik melalui tangga. Kat ofis tu pulak takde kawan nak diajak makan. Housemate pulak dah bertunang, jadi dia selalu keluar makan dengan tunang dia. Tinggallah saya seorang diri. Bila dah seorang, jauh lak dari family..memang makan minum terabai. Tu yang jadi kurus.
Sehinggalah sekarang.

Sebenarnya..secara peribadi..saya pun runsing bila kurus macam nie. Bukan takde yang bising sebab saya kurus nie. Ramai sangat yang bising. mak, abah..hubby..sedara mara..
Semua orang suruh saya makan lebih sikit. Runsing sebab diorang bising tu la..
Saya yang tak risau jadi risau. Kat ofis nie pun ada jugak yang simpati kat saya sebab diorang kata saya kurus sangat. Tapi..saya rasa..Takpe lah..saya dah pernah lalui zaman berisi dan tembam dulu.
Tak nak dah fikir-fikir nak bagi badan berisi balik. Tak yahla simpati-simpati kay..

Yang penting kita sihat..Bahagia..Tak kisahla badan kita berisi ke kurus ke.
.

P/S: Sory..ent3 nie bukan untuk menyakitkan hati sesiapa. Tapi lebih kepada nak ubati hati saya. Harap maaf jika ada yang terasa. Sebab saya pun terasa bila orang kata saya terlebih kurus..Huwa.........




4 Sept 2012

Ziarah Raya 2012

Assalamualaikum

Selamat pagi dan salam sejahtera semua. Hari nie baru masuk ofis, semalam anak2 tak sihat so perancangan untuk bertolak dari Shah Alam ke Butterworth terpaksa ditangguhkan. Baru malam tadi saya bertolak balik ke Butterworth selepas 4 hari di Shah Alam.

Kat sana ramai jiran-jiran yang buat open house. Rumah saya buat pertama kali memang takde sambutan raya langsung. Takde mood lah nak buat open house bila jauh-jauh macam nie. Serbi-serbi barang dapur tak complete. Ada juga jiran yang bercadang nak datang rumah, tapi saya ngan hubby yang tak lekat kat rumah.

Just nak share tentang perasaan saya bila tiba time berpisah dengan hubby semalam.Bangun pagi-pagi saya dah rasa mood tak menentu. Ye lah..mood nak berpisah. Macam tu lah hakikatnya sejak kami PJJ nie. Bila time nak balik je hati saya gundah. Serba serbi tak kena. Itu tak kena, ini tak kena. Maklumlah...bukannya dekat Shah Alam ke Butterworth. Makan rasa tak kenyang, mandi rasa tak basah bila tiba hari nak balik ke Penang.. Dah tu...bila bercakap dengan hubby..airmata cepat sangat nak menitik.

Kuasa Allah mengatasi segalanya. Tiap kali berpisah, hubby akan hantar ke atas bas..tiap kali itulah juga saya akan melelehkan airmata. Memang pun..saya memang cepat melelehkan airmata..huhuhu. Pas tu hubby akan bersalam dengan kitorang berkali-kali..Entah dia perasan ke tak.. Saya kesiankan dia kat sana. Dalam masa yang sama kesian jugak kat diri sendiri. Tapi alhamdulillah..masih waras..masih mampu memujuk hati. Cuma rasa terseksa tiap kali berpisah. Najah pun dah pandai buat perangai tiap kali nak balik. Ada macam-macam perangai dia tunjuk kat hubby. Zahin pun sama. Tapi alhamdulillah..setiap sesuatu pasti ada hikmah besar yang menanti. Insyaallah.

Hari Sabtu dan Ahad, ada open house sekitar rumah sana. Ada je soalan terpacul dari mulut jiran. " Sampai bila nak duduk macam nie? , Tak kesiankan suami ke? Kenapa tak berhenti kerja?"
Ish rasa macam tak nak je jawab soalan semua tu. Boleh tak tanya soalan yang cerdik dan menjaga hati sikit? Paling pelik bila keluar soalan.."Anak-anak dengan sape? dengan lynn ke? Kenapa suami tak jaga?"
La...janganlah tanya soalan macam tu. Dah tentu anak-anak lebih sesuai dengan ibunya. Lagipun saya kat sini ada family dan kakak yang selalu membantu menjaga anak-anak. Kalau dengan suami dah tentu menyusahkan dia nak hantar anak ke baby sitter dan sekolah. Ke..saya yang sensitif sangat padahal soalan tu normal je..?

Dah..sudah-sudah lah tu..

Tukar topik pulak ye.

Sabtu..saya pegi beraya kat rumah sepupu hubby kat KL. Kat area Setiawangsa. Seronok sangat. Tapi sayang tak sempat nak bergambar sebab seronok bercerita sakan. Malam tu pulak..terus runner ke Pelabuhan Klang. Rumah baby sitter anak-anak saya. Memang rumah dorang tu dah jadi kewajipan tiap kali cuti sekolah pun mesti anak-anak nak pegi rumah mama ina dorang. Orangnya baik sangat. Pandai memasak. Dah macam ahli keluarga sendiri dah.

Hari Ahad pegi Banting, Selangor. Rumah kawan lama yang sama-sama mengajar. Dia muda lagi tapi seronok berkawan dengan dia. Seronok juga tengok rumah dia yang sangat unik. Suami dia Malik pandai memasak. Ada sup tulang, ayam bakar dan nasi impit kuah kacang. Sangat menyelerakan.

Abaikan benda apa ntah yang kabur tu..(with nashitah..)