28 Feb 2013

Sekadar Menegur

Assalamualaikum.
 
Orang kata biar muka kita tak cantik, tapi ada budi bahasa.
Tapi lebih cantik kalau ada kombinasi keduanya.
 
Lumrah kalau bekerja dengan orang berpangkat Dato'...PA dia pun dah setaraf Dato'.
 
Serba-serba kita ni salah..Kerdil dibuatnya.
Hakikatnya kita semua kerdil pada pandangan DIA sahaja.
 
Kalau jawatan kita melangit sekalipun..Janganlah pandang orang bawahan tu kecil.
Padahal yang buat kerja tu orang bawah. Yang atas cuma beri arahan dan dapat pujian.
 
Yang lebih pelik..Jawatan dia macamla tinggi sangat..Tinggi lagi jawatan kita.
Tapi dah dia ada dekat dengan yang berkuasa...Dia pun macam kera dapat bunga.
 
P/S : Saya memang tak puas ati dengan orang macam ni.
 
 

27 Feb 2013

Geramnya tengok



Assalamualaikum. 


Gambar ni kawan saya email. Saya tak pasti sumbernya.
 
Geram tak tengok? Saya memang marah dengan bapa atau ibu yang cuai.  Tak reti nak fikir..Lain kali berhati-heti..Fikir dulu sebelum buat apa-apa tindakan.

Romantika

Assalamualaikum.
 
 
Macam yang kawan-kawan tau..saya sekarang stay dengan mak abah. Alhamdulillah, bila duduk dengan mak abah ni banyak perkara yang saya sangat-sangat bersyukur. Maklumla bila dah jauh dengan hubby ni, mak abahlah yang banyak membantu terutama dalam penjagaan dan pengurusan anak-anak.
 
 
Ummi Zahin dan Najah ni umur je dah tua..tapi bila hubby takde...bukannya pandai sangat nak urus banyak benda. Jadi, tulang belakang yang menyokong kuat ialah mak dan abah..Ops..terlupa..kakak pun ada..Nasib baik kakak dan abang serta adik lelaki ada dekat-dekat jer.
 
 
Syukur mak abah masih kuat. Abah saya dah berumur 72 tahun nie. Mak pula 67 tahun. Abah saya pesara guru. Selepas bersara dia berkhidmat sebagai kaunselor keluarga pula. Baru 5 tahun lepas dia bersara terus. Mak pun sama. Bekas guru.
 
 
Bila dah jauh dengan hubby...Hidup saya kat rumah tu dah macam "ANAK" dan "UMMI" sahaja. "ISTERI" tinggalkan sekejap. Bila hubby takde..saya pun apalagi..dapatlah bermanja dengan mak abah. Lepas SPM dolu-dolu...saya terus sambung belajar. Dah habis belajar baru nak keje dah kahwin. Hmm pantas sungguh masa berlalu. Tapi alhamdulillah Allah beri peluang saya bersama mak abah dua tahun kebelakangan ni. Dapatlah saya makan air tangan mak puas-puas.
 
 
Saya perhatikan mak dan abah sangat istimewa. Bayangkan di usia emas, mereka berkongsi setiap detik gembira bersama. Banyak perkara yang mak abah selalu buat bersama. Kadang-kadang ada jugak abah mengusik dan mak merajuk. Hmm sweet je. Tapi paling best...Mak abah selalu berjemaah bersama. Sangat syahdu bila melihat situasi mereka sembahyang berjemaah dan mengaji bersama. Saya harap saya dan hubby pun macam tu bila dah tua nanti. Tapi kalau saya still duk Penang nie..camna la pulak kan?hik hik hik..
 
 
Lepas Subuh abah selalu pusing-pusing berjalan menghirup udara segar di sekitar rumah. Mak pulak siapkan sarapan. Pastu diorang akan bersarapan berdua kat depan rumah. Amboi romantik sungguh.Saya nak join pun segan. Huhuhu..
 
 
Mak kata..dulu abah garang. ha..memang pun. Abah memang garang.Sampai kami adik-beradik takut dengan dia. Bila dah bercucu barulah kurang sikit. Sikit je la..tapi tetap garang jugak.
 
 
Tapi satu lagi yang saya suka tentang abah...
Bila dia keluar daerah dulu-dulu...Dia mesti akan belikan sesuatu buah tangan untuk mak. Untuk kami takde pun. Tapi adala jugak sekali dua dia belikan untuk kami. Bayangkan sampai sekarang pun mak masih menerima hadiah harijadi dari abah. Hehe..so jeles....
 
 
Abah ni kadang-kadang angin dia baik..dia suka lah jugak melawak dengan mak tu. Hehe mesti mak suka kan? Saya tak dapat bayangkan kalau salah seorang dari mereka ditinggalkan..Bayang berapa lama mereka berkahwin..? Saya yang baru nak mencecah 9 tahun perkahwinan ni pun terasa bahangnya bila berpisah ngan hubby inikan pulak diorang..


Masa mula-mula pakai handphone..(tak ingat tahun bile dah lama dah la..)..saya sakat abah dengan set kan nama mak dalam handphone dia sebagai.." my darling"..Saya ingat abah dah tukar nama tu tapi sampai hari ni masih lagi menggunakan nama tu..hik hik hik..lawak pulak..kalau orang lain tengok mesti kata abah gediks..tapi yang gedik..anak-anak dia..hehehe..

 
 
 
 
 
 


25 Feb 2013

Pertukaran

Assalamualaikum.
 
Alhamdulillah. 3 hari demam selsema. Hari ni baru terasa segar sedikit. Syukur time demam jatuh time cuti. Sekurangnya saya dapat berehat, tak perlu bawa kereta menempuh jalanraya sesak dan stress memandu.
 
 
Alhamdulillah juga, Ketua Penolong Pengarah membenarkan saya bercuti walaupun hakikatnya arahan pembekuan cuti dikeluarkan oleh Dato' Pengarah. Syukur Tuan terima rayuan saya, saya siap keluarkan resit pembayaran dan dokumen berkaitan. Masa mula-mula memang nampak dia agak berat tapi alhamdulillah dia consider.


TERIMA KASIH kawan-kawan yang sudi beri komen...
 
 
Hari Jumaat lepas, saya terima panggilan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor (SPAN). Sebelum ni memang saya ada memohon pertukaran ke Selangor dan perlu melalui mereka. Tapi saya difahamkan oleh kerani SPAN permohonan saya ditolak secara tak langsung sebab saya tak memenuhi kriteria 1. Bukan anak Selangor. 2. Ibubapa bukan berasal dari Selangor. Walaupun sebelum ni saya berkhidmat di Negeri Selangor, tu pun bukan alasan kukuh untuk saya diterima di sana sebab jawatan yang saya pohon tu jawatan State. Jadi saya faham yang permohonan saya tetap reject walaupun mereka tak keluarkan surat menyatakan saya direject. Cuma permohonan saya akan menjalani proses yang panjang kerana ikut prosedur yang surat permohonan saya tetap perlu diproses. (faham tak ayat saya yang pening sikit nie?)
 
 
So bila SPAN call Jumaat tu kerani dia mohon saya hantar surat pelepasan SPA. Saya pulak call ke SPA tetapi SPA bagitau kalau surat pelepasan dikeluarkan oleh SPA adakah SPAN benar-benar nak ambik saya untuk berkhidmat di negeri sana? Saya pulak takde jawapan untuk soalan tu sebab setahu saya SPAN memang takkan ambil saya.
 
 
So...akhirnya saya pening seorang..
 
 
Saya tak tau nak cakap apa. Tu pertukaran ke Selangor.
Yang satu masalah lagi pertukaran ke Federal. Pun masih takde jawapan.
Special betul jawatan LS ni kan. Eh terharu pulak.hehehe..
Ye la..nak bertukar pun susah.
Takpelah..orang lain lagi susah nak dapat keje..Ni baru sedikit ujian..
 
 
Hmm..saya okay je..(Kat luar)..(Dalam hati) Allah sahaja yang tahu.


 
 


21 Feb 2013

CUTI dibekukan?


Assalamualaikum.
 
 



Hmm..terkedu...saya ngan hubby kan nak ikut my cousin g Hatyai 2hb sampai 4hb Mac..
Hmm risau...camna nie..?

18 Feb 2013

Pandangan seorang suami..

Assalamualaikum.
 
Terbaca status saifulnang di Fb tadi..
 
"Dah 34 tahun umur isteri saya hari ni. Kenapa saya rasa beliau tidak pernah berubah menjadi lebih tua sejak pertama kali saya berjumpa 7 tahun dahulu. Dia masih cantik dan semakin cantik hingga hari ini."
 
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
 
Wow.....
 
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Mesti isterinya sangat terharu.....So sweet...
 
 
 

Persoalan?????

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
Assalamualaikum.
 
 
Sejak akhir-akhir nie line Internet lembap sangat. Saya tak taulah kalau hanya kami di Pulau Pinang mengalaminya ataupun di seluruh negeri.
 
Dah beberapa hari dapat Berita Harian secara percuma. Hmm tak menarik sangat Berita Harian kalau Metro okaylah jugak.
 
Dah beberapa hari jugak Kampung mak abah saya meriah dengan pelbagai aktiviti, tapi saya tak pegi pun...
 
Hmm..dekat dah dengan PRU....Mengundi di mana? Saya di sini..Hubby di sana...
Calon... Alhamdulillah...masih orang yang beragama Islam. Alhamdulillah.
 
Kat kampung saya...Klinik, Masjid, Jalanraya, Balai Polis dalam proses pembangunan semula dan hampir siap. Dan tak lama lagi Sekolah Kebangsaan pun akan dibangunkan dalam jangka masa terdekat.
 
Dengar berita pagi tadi, duit Brim untuk remaja akan ditambah dari RM500 ke RM1000...Hmm yang ni saya tak berapa setuju sebab mua la remaja-ramaja nie. Lebih elok jika diberikan kepada keluarga yang tak berkemampuan dan mempunyai sakit kronik. Pendapat peribadi saya lah..
 
Mood saya...........................................................................???
 
Tanda tanya...............Perasaan bercampur baur.........................!!!!!!
 
 
 
 

15 Feb 2013

Pulau Langkawi

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
Assalamualaikum.

Percutian kat Pulau Langkawi baru-baru nie sangat meninggalkan kesan manis di hati. Kalau boleh saya nak pergi lagi bercuti di sana..kali ni nak bawa anak-anak pula. Padahal bukannya tak pernah bawa anak-anak ke sana. Mungkin masa tu anak-anak kecil lagi..pastu pergi pulak ramai-ramai dengan keluarga mertua. Jadi pergerakan agak terbatas sikit.

Saya pergi dengan 3 orang sahabat bersama pasangan masing-masing. Tapi kat Langkawi kami banyak buat hal masing-masing. Cuma masa naik bot ke Pulau Dayang Bunting kami pergi ramai-ramai. Tu pun ada seorang kawan saya yang mengandung 7 bulan tak dapat join sebab ada anak kecil.

Tapi sebelum nak mengecap kemanisan tu adalah sedikit dugaan. Saya dan hubby terlepas flight. Saya pun tak tahu macammana boleh terlepas flight tu. Kalau nak diikutkan kami dah gerak awal dari rumah, tapi sebab kesesakan jalanraya, kami sampai kat airport terlewat 5 minit.
Masa mula-mula stress gile tak tau nak cakap. Tapi hubby kata bukan rezeki. Hmm bergenang airmata jugakla..Sedih wei..frusted.

Bila dah terlepas flight, hubby try jugak tengok tiket kot ada flight lain petang tu tapi esok petangnya baru ada. So kami buat keputusan untuk bermalam di pulau pas tu pagi esoknya baru ambik fery untuk ke Langkawi.

Esoknya pagi-pagi dah check out hotel dan terus ke jeti. Alhamdulillah ada tiket feri kul 8.15pg dan dijangka perjalanan dari Penang ke Langkawi ialah 2jam 45minit. Seronokla kawan-kawan yang dah sampai petang semalam lagi. Tapi takpe dah takde rezeki kan. Sekurangnya dapat pegi juga. Hehe..pujuk hati.

Kat Langkawi kami stay kat Holiday Villa. Kalau untuk kakitangan kerajaan dapatlah harga yang special sikit kan tapi kena booking awal. Asyik full je.

Kat Langkawi sepatutnya percutian tu 4hari 3 malam tapi sebab dah terlepas flight maka jadilah 3hari 2malam. Hmm jadilah..Lain kali nak datang lagi tak kira nak datang jugak.

Masa mula-mula sampai kat sana hubby kata nak sewa motor je. Tapi sesampainya kat sana fuh panas terik so hubby kata takpelah kita sewa kereta je la..Dia tahu memang isteri dia tak tahan panas. So bila dah berdua ambil kereta kecik jela..Sewa RM80 untuk 24 jam. Mungkin sebab nak dekat raya cina so diorang up jadi RM80..patutnya RM60 je..Eleh macam kita tak tau kan..?huhu..Minyak kereta untuk pusing satu Pulau Langkawi dari hujung ke hujung hanyalah RM30 untuk 3hari 2malam. Jimatkan?

Masa balik dari Langkawi pun saya dan hubby naik feri jugak sebab memang dah plan dengan Fiza..pegi naik flight dan balik naik Feri..Tak sangka pulak pegi naik feri..dan balik pun naik feri...huhu..

Jom layan gambar-gambar ni. Sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak larat nak tunggu nak upload lembap sangat line tenet ni kan.
 
Kat pantai beras basah, cantik sangat pantai ni pastu sejuknya mandi kat situ wlaupun matahari tegak kat atas kepala. Orang Kedah kata panas lit lit.
 
Kat bilik kami.


Ups..gambar candid la ni tengah bergayut macam Tarzan di Pantai Basah. Hubby kata saya tak matured..Biarla..jelesla tu..hehe
 
Kat Pantai di belakang Holiday Villa. Seram nak ambil gambar lebih-lebih sebab sotong putih tengah berjemur dengan banyak sekali..Seksi you..hehe


Kat area Pantai Cenang. Dulu takde pun board tu.

 Kat atas bot trip ke Tasik Dayang Bunting. Ni la sahabat saya Fiza. Sayang dia sebab dia baik.
 
Ni Cik Di dan somi kesayangan dia..Mak menakan (mak sedara) Fiza. Last minute dia join kitorang ke Langkawi.


Yang baju kuning kak sal dan husband dia. Eh Fiza dan husband dia abg Faizal kat belakang tu dah macam nak menari tarian Sarawak jer..


Kami bertiga. Oh kenapa saya tersepit di belakang?

Me and my Hubby.. Abaikan warna baju saya yang tak sedondon dengan seluar dan baju. Tula akibat bila bawa baju tak cukup..huwa..


Comey je Fiza ngan abg Faizal kat Tasik Dayang Bunting.


Oh cantiknya Pantai di langkawi nie kan.

 
Pasar Malam di Pekan Kuah. Macam-macam ada tapi yang paling ketara makanannya tak sesedap mana pun. Soryla..terpaksa berterus terang.


Atas bot.


Matahari terbenam di atas Feri ketika perjalanan balik dari Langkawi.


Patutnya kami duduk kat dalam Feri. Tapi hubby kata dia pening duduk kat dalam so kami keluar dan duduk di luar. Angin tak yah cakap..memang kuat giler. Rasa nak tercabut tudung saya tau.


Kat Telaga air hangat. Geli sikit tengok berlumut je tapi setakat rendam kaki ok lah..jangan minum sudah ek. ehehe


Dengan k.sal dan husband dia di rumah Mahsuri


Rumah Mahsuri


Di Lobby Holiday Villa


Underwater World. Kami tak masuk sebab kalau masuk nanti teringat kat anak-anak pulakkan..hehe..(Ni suasana waktu malam)


Pantai Cenang di waktu malam.



Pantai Cenang jugak..tapi ni kat area depan..Banyak kedai-kedai..Boleh shopping..


Harbour apa ntah sory tak ingat pulak. Kat sini kapal-kapal mewah berlabuh.
 
Ni gambar atas Feri masa on d way pegi..Muka takde mood sebab terlepas flight..Mood tak sampai lagi..hehe
 
Kereta kelisa...kecik je kan kalau nak compare dengan hubby yang tinggi lampai tu. Tapi muat je..
 
Kat Tasik Dayang Bunting boleh naik ape ntah yang kena kayuh tu...Tapi saya tak kayuh..mengelat biar hubby kayuh seorang saya berehat..huwa...
 
Lepas balik dari Tasik Dayang Bunting kami dibawa untuk melihat Pulau apa saya tak ingat tapi kat sini banyak sangat burung helang yang terbang rendah. So driver bot tu akan bagi kulit ikan ayam lagilah berebut-rebut burung tu turun. Banyak giler..
 
Ops..Interframe lagi..Ni masa dalam Feri nak balik ke Penang.
 
Kat atas Feri jugak..ha yang ni la yang kat tingkat atas Feri tapi di luar. Abaikan tudung saya tu sebab dia kalut sangat nak terbang..
 
Dengan Kak Sal..
 
Percutian kali ni memang saya dan hubby tak pegi banyak tempat kat Langkawi macam Cabel Car, Bird Paradise, Zoo Buaya..dan banyak lagi..sebab tujuan cuma nak berehat tempat-tempat yang tak membuatkan kami terkenangkan anak-anak kat rumah.  baikkan hati kami..hehehe..konon...
 
Aangkah indahnya kalau dapat ke Pulau Langkawi lagi..Ha..baru perasan gambar coklat dan souvenier takde kat sini. Tapi kalau saya upload mesti kawan-kawan terliur..kan kan..hehehe...




















 

 


 

 
 

14 Feb 2013

14hb Februari 2013

 
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
Assalamualaikum.
 
Selamat Hari Ulangtahun kelahiran ke 8 tahun, buat anak kesayangan saya dan hubby..
MUHAMMAD ZAHIN AFNAN BIN SHAHRIZAN.
 
Pada 14hb Februari 2013.
 
Ummi dan abah doakan abang sihat, panjang umur dan dimurahkan rezeki. Doa ummi dan abah semoga Allah melindungi abang di dunia dan di akhirat.Amin Ya Rabbal Alamin.
 
Saya dan hubby bersyukur yang teramat. Zahin memang seorang anak yang sangat berdikari dan bijak. Syukur Ya Allah.
 
Saya dan suami memang menolak keras perayaan valentine day. Tak kisahla walaupun perayaan tu disambut bersama suami sendiri. Sebab memang dah jelas dalam Islam kita tak digalakkan langsung untuk merayakan perayaan tersebut.
 
Sabda Rasulullah S.A.W : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum berkenaan."
{Riwayat Abu Daud}
 
Tapi..kami memang menyambut ulangtahun kelahiran Zahin..Walaupun caranya amat sederhana.
 
Teringat masa saya mengandungkan Zahin. Saya memang alah teruk sampaikan terpaksa berhenti keje. Entahla kalau dikenang-kenang tak sanggup rasanya nak ingat balik semua tu. Tapi syukur hikmahnya saya dihadiahkan dengan kelancaran dan dipermudahkan ketika melahirkan dia. Alhamdulillah.
 
Patutnya due ketika Awal Muharam, tapi lima hari kemudian baru saya bersalin.
 
Saya dan hubby sepakat memilih nama Zahin yang bermaksud cerdik, manakala Afnan bermaksud pepohon yang berbuah/berhasil.
 
Ternyata Zahin memang seorang anak yang sangat cerdik. Alhamdulillah.

6 Feb 2013

Happy Chinese New Year 2013

Assalamualaikum.
 
 
 
 
Selamat Bercuti semua...Esok saya dah start bercuti..Luangkan masa dengan hubby..Dan keluarga.
Saya berpendapat adakala usia perkahwinan yang "jauh" macam saya ni...Perlu dibaja dengan kasih sayang kembali untuk merapatkan balik hubungan yang mungkin hambar atau kureng..Tapi tak semestinya kalau duduk jauh akan wujud "perasaan" tu. Cuma kita kena pandai untuk sama-sama mencantikkan rumahtangga kita. Jarak yang memisahkan kami nie walaupun adakalanya kita rasa ada pelbagai alat telekomunikasi moden yang canggih manggih..Tapi sedikit sebanyak kita kena sedar..tak sama jika kita tinggal sebumbung...
So..kena selalu luangkan masa bersama...Kan Encik Shahrizan kan...?
 
(Tq.....being my husband...Syukur seadanya dengan rumahtangga ini. Alhamdulillah..)
 
 
Doakan saya dan dia baik-baik di sana....
Jaga diri kawan-kawan elok-elok. Walau kat mana kita berada...
 
Happy Chinese New Year to all chinese friends..
Selamat Bercuti ye...
 
 
 


5 Feb 2013

Kesian kat anak-anak nie

Assalamualaikum..

Sedih tengok dalam METRO hari nie..Macammanalah agaknya anak-anak ni membesar? kesiannya..dahla tempat ni kotor, berselerak..Nauzubillah...

pix_topright

Tawaran Hebat Ke Hat yai

Assalamualaikum..

Ni gambar senario kat Hat Yai saya Google je
 
Balik keje Jumaat hari tu cousin saya NANI called. Dia tanya samada nak join dia ngan husband dia p Hat yai ke tak nak?  Sorang RM250 je ikut Staff Ofis dia. Bayaran pengangkutan dan penginapan. Biar betul..murahnya..Pas tu suruh bagi jawapan immediately..


Saya nak ke Langkawi 7-10hb februari..Pas tu 1-3 Mac ke Hat yai..? Pas tu kena tinggalkan anak-anak lagi?


Jenuh jugak nak wat keputusan. Akhirnya hubby kata nak join so saya fikir-fikir ok la..Mula-mula ingat nak bawa anak-anak tapi mak abah tak benarkan pulak. Harap-harap dipermudahkan jalan..Hmm takut saya menangis sendu la bila tinggalkan anak-anak ni..



So seharian saya kat Jabatan Imegresen semalam..Punyalah ramai orang. Prosedurnya saya menunggu 3 jam untuk proses buat passport lepas tu saya menunggu pula 4 jam untuk mengambil passport yang dah siap tu. Hmm lama kan. So semalam boleh dikatakan macam saya ponteng keje la pulak. Huwa..



Bila saya post kat FB gambar pemandangan yang sesak di Imegresen tu, ramai kawan-kawan saya ingat saya kat Klinik Ibu dan Anak. Sebab terlampau ramai..Sama macam kat kilinik Ibu dan Anak..Sesiapa yang pernah mengalaminya sahaja yang faham kan betapa sesaknya Klinik Ibu dan Anak tu. Tapi mungkin tak semua tempat macam tu kot..



Okay berbalik pada kisah nak ke Hat yai tu..camna lah tempat tu ye? Maklumlah tak pernah sampai. Orang lain dah serata pelusok Negara dah pegi saya baru pusing sekitar Malaysia. Tapi tu pun dah syukur Alhamdulillah. Ada orang lain langsung tak berjalan. Hmm...


 
 
Ops..saya dah beli sunblock dah. Harganya selepas diskaun RM33.00. Beli kat Farmasi tepi jalan je.  Nanti kita tengok ye samaada sunblock ni betul-betul berkesan ke tak..Wassalam..

1 Feb 2013

Sunblock

Dengan nama ALLAH...

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik sekejap je masa dah berlalu kan? Tengok-tengok hari ni dah pun hari Jumaat. Padahal macam je baru Jumaat 2,3 hari lepas. Zaman akhir zaman...masa tu bergerak pantas dan meninggalkan hambaNya yang lalai dan alpa..Subhanallah..


Saya tengah menghitung hari untuk bercuti berdua dengan hubby ke Langkawi. Hari Khamis depan sehinggalah hari ahad. Lepas tu balik dari Langkawi baru plan nak bawa anak-anak ke Bukit Merah Lake Town Resort pulak..Qada balik masa yang saya tinggalkan diorang untuk ke Langkawi nanti.


Bukan tak nak bawa diorang ke Langkawi. Tapi setahun sekali saya rasa perlu untuk saya dan hubby bercuti berdua. Lagipun perkahwinan jarak jauh nie banyak membuatkan saya dan hubby kehilangan masa-masa berharga berdua. Serba salah sangat nak tinggalkan budak comey dua orang tu.


Semalam pun saya dah berkias kat Zahin dan Najah...Zahin macam okay..Najah je lah macam susah sikit. Kena la umpan diorang dengan apa-apa..Tinggalkan tab dengan diorang mungkin diorang okay sikit. Selalunya saya tak bagi diorang usik tab hari sekolah.


Hmm mesti Langkawi tengah panas kan....? Dah lama tak ke sana....Last pegi masa Najah kecik lagi tahun 2009 kot.Yang penting kena cari sunblock. Saya memang takut panas. Kulit pulak senang sunburn. Ada gak google cari sunblock yang okay..Yang biasa saya pakai sebelum nie jenama apa ntah dah tak ingat..Sebab jarang pakai kan. Yang tu tak berapa okay. Tetap ada sunburn. Kadang-kadang tengok macam pakai topeng je.


Yang saya rasa menarik sekarang ni sunblock sunplay spf 130++

Gambar ehsan google..kalau sempat tengahari ni nak grab kat Watsons.
 
 
Tapi saya nak tanyalah jugak kat kawan-kawan yang mungkin boleh bagi cadangan yang sesuai. Mungkin kita mengalami masalah sama..Terima kasih.