31 Jan 2013

Travel di hujung minggu

Dengan Nama Allah..

Assalamualaikum.

Sempena cuti umum Maulidur Rasul dan Thaipusam baru-baru ni saya direct bercuti selama 5 hari. Alhamdulillah ada cuti berkapit dapatlah saya berlama-lama sikit berehat di rumah Shah Alam. Saya cuma apply cuti rehat untuk hari Jumaat sahaja. Anak-anak..saya tolong cutikan sekali dari sekolah.


Zahin kata..  "Ummi tak yah tulis surat untuk cikgu sebab cikgu kata kalau tak datang sehari takpe jangan tak datang sampai dua hari.."


Oh boleh pulak macam tu ye. Tapi saya tulis surat jugak maklumkan perkara sebenar lagipun hari Jumaat tu sekolah Zahin ada Perarakan Maulidur Rasul. Lebih baik kita maklumkan lagipun saya pun bukannya tak pernah mengajar sebelum ni. Macam tak faham pulak senang-senang je pontengkan anak-anak dari sekolah.


Plan asal nak bawa mak abah sekali untuk pergi ke Shah Alam. Biasanya kalau saya bawa mak abah, saya akan drive dan drop diorang kat umah abang chaq. Tapi sebab abah tak berapa sihat diorang tak jadi ikut. Dan disebabkan tiket bas dan tiket keretaapi saya tak sempat beli, saya gagahkan jugak drive sampai ke Ipoh (umah adik ipar) dengan anak-anak je.


Jangan kata saya tak gementar drive sejauh tu seorang diri. Risau sangat. Tambah-tambah pengalaman saya awal tahu hari tu radiotor kereta bocor dan temperature kereta naik mendadak sampai berasap kereta.. Tapi saya kuatkan semangat sebab nak jumpa hubby.


Hubby pulak dari Shah Alam naik bas sampai ke Ipoh. So bila saya sampai kat Ipoh dia dah sampai dulu. Then kitorang singgah sekejap je kat umah adik ipar dan teruskan perjalanan ke Shah Alam.....


Hmm...macam kartun?  Macam orang gila...?


Memang itulah yang berlaku. Saya tak sekuat mana nak drive seorang diri ke Shah Alam tanpa abah yang selalu meneman. Kiranya dari Butterworth tu ke Ipoh tu kira dah terror sangat dah tu..hehe..masuk bakul angkat sendiri..


Cuma kesiankan hubby yang bersusah payah. Hari Isnin sempena Thaipusam tu pulak hubby drive terus dari Shah Alam ke Penang. Sampai pun dah malam. Sok paginya Hubby ambil bas dari Penang ke Shah Alam. Hmm..kartun sekali lagi.


Jiran saya kata..."Ish hangpa ni buat Penang-Shah Alam macam dari kampung ni ke kampung sebelah.."


Itulah hakikatnya. Penat..Membazir duit memang tak payah cakap la. Tapi cuti 5 hari dirumah sendiri...punyalah seronok tak terhingga. Habis rumah tu saya susun atur balik semula. Yang paling best..Buah mangga yang saya tanam 2 tahun setengah yang lalu dah berbuah..Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah ya Allah..selama nie saya tak pernah menanam pokok yang berbuah tapi hari ini saya dapat rasa sendiri hasil pokok yang saya tanam.. Sroot....sebak sangat...
 


Zaman sekolah dulu best kan?

Assalamualaikum.

Orang kata sahabat ni ialah teman yang selalu ada dengan kita tak kira time kita senang atau susah kan? Teman yang selalu menegur bila kita buat salah. Teman yang yang selalu menyokong bila kita down. Teman time gelak besaq. Time gelak kecik.


Bila dah besar panjang macam nie..Bila kadang-kadang rasa sunyi sepi kat ofis..walhal fail dah menimbun atas meja. Tapi masih sunyi..Sebab baru perasan...Masa kita sekolah dulu seronok ja kan..? Ada ja kawan-kawan yang buat kita tergelak. Tapi bila dah keje nie, tengok kanan...semua orang serius buat keje..Tengok kiri...pun serius tengah menaip. Aduhai...boringnya.. Kan best kalau dapat kembali ke zaman sekolah dulu. Tapi..bila dah kembali ke zaman sekolah..stress dengan cikgu-cikgu garang..exam..Hmm pulak dah..


Hai...rindunya kat kawan-kawan zaman sekolah dulu..
Zie..Abidah..Ani..Faizah..Ana..Ija...Anaz..Linda..Fairuz..Elliyana...Nadrah..Oh ramainya kawan-kawan..nanti jenuh nak taip pulak..


Orang kata...kawan sejati ialah kawan yang masih lagi baik dengan kita walaupun kita dah meningkat usia. Tambah-tambah kawan masa kecik-kecik. Masa sekolah. Sebab diorang ni yang berada lama dengan kita. Hmm..memang pun. Tapi kesibukan dengan keje..dengan family yang membuatkan kita jauh..Tapi jauh kat sudut hati tu..masih teringat. Tambah-tambah kenangan manis masa bersama dulu kan.


Kalau dikenang-kenang zaman kenakalan masa sekolah dulu...hehe..tersengih kan..Nakal sangat ke kita dulu?

11 Jan 2013

RENOVATION

SEDANG RENOVATE...SEDANG RENOVATE....SEDANG RENOVATE....

HMM...LETIH DAH RENOVATE...DAH LA TAK MAHIR....SABAR YE.....MAKLUMLAH....

Lagi Kanak-kanak didera

Foto

Assalamualaikum.

Berita yang dilihat di Buletin Utama malam tadi amat menyakitkan hati saya.

Lagi kanak-kanak didera oleh teman lelaki si ibu.Dicucuh rokok, diikat kaki


Foto

Kuala Lumpur: Tiga kes penderaan membabitkan seorang bayi dan tiga kanak-kanak berusia enam bulan hingga dua tahun dilaporkan berlaku di tiga lokasi berasingan, kelmarin.
Dua kes dilaporkan berlaku di Selangor iaitu Puchong dan Gombak manakala satu lagi kes di Kepong, di sini.
Bagi kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun didera teman lelaki ibunya di Desa Jaya, Gombak, jam 10 malam kelmarin.

Teman lelaki ibunya yang berusia lewat 20-an dikatakan mencucuh puntung rokok di kedua-dua tangan mangsa manakala kakinya diikat sejak seminggu lalu.


Ibu mangsa berusia 27 tahun yang tidak tahan melihat anaknya diperlakukan seperti haiwan menghubungi rakannya yang juga ibu angkat kepada anaknya bagi mendapatkan pertolongan sebelum mendapat rawatan di Hospital Selayang.

Petikan My Metro

Sepatutnya kes-kes sebelum ini dijadikan ikhtibar semua pihak. Bukan sekali dua kes kanak-kanak didera teman lelaki si ibu.

Masyarakat sepatutnya lebih peka dengan situasi ibu muda yang bersekedudukan dengan lelaki bukan mahram. Sebelum melihat kes-kes sebegini berleluasa. Bukannya melihat tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Dalam kes ini si ibu juga patut diambil tindakan sekiranya dia 'rela paksa' membenarkan penganiayaan terhadap anaknya oleh teman lelaki tersebut. Dia sepatutnya bertanggungjawab kerana membenarkan teman lelakinya melakukan perbuatan yang saya rasa bukan kali pertama.

Yang paling saya geram masyarakat Melayu yang banyak terlibat dalam kes-kes sebegini. Sedangkan masyarakat lain jarang sangat berlaku kes sebeegini.

Cetek sungguh pengetahuan agama orang Melayu. Jika dia seorang yang Islam...Dia takkan melakukan perkara sedemikian. Semoga Allah membalas jasa "buruk" dia..Insyaallah..




10 Jan 2013

Ketakutan saya berkurangan..Alhamdulillah

Polis sahkan identiti dua suspek lolos ditembak mati


BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang mengesahkan dua suspek yang ditembak mati di Padang Ibu, tengahari ini adalah Joe Mafia atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Adam, 31, dan Mohd Noor Mohd Mustaffa,28, atau "Boy".

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapat maklumat pada jam 12.30 tengahari mengatakan kenderaan dinaiki suspek dilihat di kawasan Kubang Semang, kira-kira jam 12.45 tengahari.
Alhamdulillah..Saya bersyukur dengan berita yang saya baca di Berita Harian..
 
Sejak kejadian mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth, dan akhirnya van yang mereka naiki dijumpai di kampung saya..Saya dan keluarga berada dalam ketakutan. Saya selalu pesan dekat mak supaya kunci pintu rumah dan jangan biarkan tingkap terbuka selagi mereka semua tak dijumpai.
 
 
Risau dalam hati bertambah bila terkenangkan mak dan abah yang kat rumah tu..Di samping keselamatan anak-anak di sekolah. Walaupun masih berbaki 5 orang penjenayah sekurangnya yang paling merbahaya tu dah tertangkap. Harap-harap yang 5 lagi tu dapat ditahan secepat mungkin. Amin
 

9 Jan 2013

Note RM baru menyusahkan saya

Assalamualaikum.


Pagi-pagi ni saya terasa sangat hangit. Bukan nak mempertikaikan tentang sesiapa pun tapi saya rasa tak puas hati dengan kehadiran duit baru sekarang nie. Bukan setakat duit kertas termasuk duit syiling sekali. Saya tak faham kenapa tak ada orang yang mengambil berat tentang hal ini. Kita orang biasa nie memanglah tak ada kuasa nak buat perubahan. Tapi orang yang bertanggungjawab tu pernah tak terfikir betapa duit baru nie mengelirukan ramai orang?


Semalam saya keluarkan duit dari bank. Dekat mesin ATM lah. Kat situ tertulis duit yang boleh ATM tu keluarkan cuma RM50, RM10 sahaja. Tapi masa saya keluarkan tu..ada dua keping duit RM50..yang selebihnya RM20 dan RM10. Tak ke pelik? Tapi takpe lah.Asalkan duit tu mencukupi saya tak lah kisah sangat.


Malangnya masa berbelanja tu tanpa sedar bila membayar tu saya terlupa yang saya ada RM20. Saya ingat saya bayar RM10. So bayangkan kerugian yang saya tanggung. Bila nak minta balik kat Cashier, dia berkeras yang saya bayar guna duit RM10 tanpa mahu membuka balik peti simpanan duit tu. Geram betul saya. Tapi saya pujuk la hati nak buat macammana bukan rezeki saya.


Macam tu jugak dengan syiling. Ada ke buat syiling 50 sen tu kecil..bentuk seakan-akan sama dengan syiling 20 sen. Saya tak tahulah kalau saya seorang je yang rasa geram. Mungkin orang lain tak rasa. Dah lah warna RM20 seakan-akan sama RM10. Nipis pulak tu. Bila tertarik duit tu dari purse...Ingatkan tarik sehelai..rupanya dua helai..Hati-hatilah ye..(pesanan lebih kepada diri sendiri)

Wassalamualaikum W.b.t..

7 Jan 2013

Fuh sedapnya Ikan Patin Masak Tempoyak resepi dari Pahang

Assalamualaikum.

Amboi amboi..lamanya tak BW ye..

SELAMAT TAHUN BARU 2013 KAWAN-KAWAN..

Hujung tahun 2012 saya bercuti seminggu di Pahang. Puas jugak melawat Pahang maklumlah betapa besarnya Negeri Pahang tu..dari satu tempat ke satu tempat memakan masa yang agak lama. Hebatnya Pahang kerana terkenal dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Fuh memang terangkat.

Nasib baik ada bapa saudara (Pak Tam adik mak) kat Temerloh. Beli Ikan dekat tepi sungai Temerloh tu pas tu balik rumah Mak Tam (adik ipar mak) masakkan masakan yang sangat sedap ni.


(Maaflah ye..pinjam kat Pak cik Google sebab masa tengah sibuk memasak dengan mak tam tak sempat nak snap gambar, sibuk duk menghafal resepi)

Selalunya kita dengar Ikan patin nie akan rasa hanyir..rasa tanah atau berpasir kan..?Tapi yang ini tak rasa pun..Diorang ternak dalam sungai siap ada macam kolam lagi tepi sungai tu. Pas tu kita boleh pilih ikan mana yang kita nak sebab dari kolam tu diorang angkat dan masukkan ke dalam akuarium.

Resepinya saya tak berani nak beri secara detail sukatan sebenar sebab Mak tam pun letak ikut dan je sebab dia dah pro dia pun tak reti nak sukat-sukat.

Caranya, basuh ikan patin dengan limau nipis..biarkan sekejap.
Blender cili api, kunyit hidup pastu masuk dalam periuk. Masukkan air, tempoyak dan daun kesum, asam keping dan masukkan ikan yang telah dibersihkan tadi.

Jerang atas api yang biasa-biasa je. Bila dah mendidih, masukkan garam dan berhati-hatilah ye ketika mengacau tu takut ikan tu hancur pulak.

Dah rasa secukupnya bolehlah dihidangkan. Mak Tam kata terpulang kalau nak tambah serai yang dititik ataupun tambah daun kantan. Tapi Mak Tam memang tak letak.

Memang sedap kawan-kawan. kalau makan kat kedai entah berapa ringgitlah yang kena. Tambahan dulu pernah baca dalam paper ada yang kena cas sehingga puluhan ribu. Fuh..memang dasyat kan..Selamat mencuba lah ye..


P/S : Hari ni Hari Ulangtahun Najah Safiyya yang ke 5 tahun..Tapi saya tak sambut pun lagi sebab Jumaat ni baru Hubby balik. Last week tak sempat nak belikan kek sebab terlampau sibuk dengan urusan persekolahan Zahin dan Najah..Najah...Ummi sayang sangat dekat Najah...Najahlah kekuatan Ummi selama Ummi di sini selain Abang Zahin dan Abah..Ummi doakan Najah baik-baik je seumur hidup di dunia dan akhirat..Sroooooooooooooot......Sedih pulak dah...HUuuuuuuuuUUUuuuuuu....