Nuffnang

22 Apr 2013

Cyst dalam Rahim

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..Kandungan telah masuk usia 7 minggu. Sehari selepas hubby balik ( 13/04/2013) Saya telah admitted di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang kerana bleeding yang berterusan.

Pada mulanya kami ke Klinik Bersatu Tasek Gelugor then doc yang bertugas telah scan dan memaklumkan tiada kesan kantung janin ditemui. Jujur akui saya hampa sekejap tapi bila hubby ada di sisi dan berikan kekuatan supaya berserah pada Allah, saya redha dengan ketentuan tu.

Doc menulis surat bagi tujuan rujukan di Bahagian Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan keesokan harinya saya sempat hantar anak-anak ke sekolah dengan hubby. Dalam keadaan yang tak berapa nak kuat, tekanan darah rendah, lenguh kaki dan sakit di bahagian ari-ari saya dan hubby terus ke Bahagian Kecemasan.

Di sana saya dinasihatkan supaya ditahan di wad dengan alasan mereka perlu melakukan scan secara ultrasound (betul ke ni?). Dan ketika scan itulah seorang doktor perempuan terus rujuk saya ke pakar 1 di HSJ dengan memaklumkan bahawa dia tidak pasti dengan hasil scan yang telah dilakukan ke atas saya.

Selepas dirujuk ke pakar 1 barulah doc pakar tersebut menerangkan bahawa di dalam rahim saya memang terdapat kantung janin yang masih kecil dan disebelahnya terdapat cyst sebesar tapak tangan. Bayangkan perasaan saya...Dunia perubatan bukanlah satu dunia yang dekat dengan saya, tapi bila dia sebut cyst saya terus terfikir tentang kandungan yang masih kecil tu. Bohonglah jika airmata tak menitik. Terasa betapa daifnya sebab saya tak pernah membaca lanjut tentang cyst.

Doktor nasihatkan saya tidak banyak bergerak, tidak stress kerana ada dua kemungkinan yang akan berlaku kepada saya samaada saya gugur atau cyst tersebut mebesar bertukar menjadi kanser.

Dan hari ni...saya masih lagi bleeding walaupun berehat panjang selama seminggu di hospital dan di rumah.

Tapi bezanya, kekuatan yang saya ada lebih kuat berbanding minggu lepas. Jika Allah lebih menyayanginya..saya redha..Tapi jika takdirkan dia milik saya di dunia..Saya bersyukur dan berdoa semoga dia baik-baik..sempurna tubuh badan dan akal fikiran. Insyaallah.

Saya bersyukur walaupun hubby jauh dari saya sekurangnya saya ada ramai kawan-kawan yang mengambil berat tentang saya. Dan saya hargainya. Semoga kawan-kawan semua berada dalam lindungan Allah. Tak kira di mana sahaja berada.

Paling saya syukuri..alah dan mabuk tak lah seteruk ketika mengandungkan Zahin dan Najah. Tapi ada la muntah-muntah dan pening. Bezanya saya lebih kuat berbanding dulu. Mungkin Allah kasihankan saya yang jauh dari hubby dan perlu drive sejam untuk ke tempat kerja.

Keputusan tentang cyst dan scan untuk tentukan samaada kandungan masih ada atau tak pada hujung bulan ni. Setakat ni saya selalu amalkan surah Al-Fatihah, Surah Luqman, Surah Al-Hijr ayar 97-99 untuk mengelakkan gugur. Serta zikir yang diberikan Nurul (kawan saya) iaitu Ya Mubdi Ya Jalil yang bermaksud..Maha memulai dan Maha Luhur iaitu yang memberi nywa dan mencipta sesuatu yang tidak ada sambil memegang perut. Insyaallah..

12 Apr 2013

Hamil dan bleeding

Assalamualaikum.

Kandungan saya baru disahkan mencecah usia 6 minggu. Alhamdulillah. Pening dan loya pun dah datang bagi salam dah tu. Tapi kalau nak dibandingkan dengan pengalaman lalu rasanya kira okay lagi yang ni, tak lah teruk lagi. Tapi tak tau la kot masih baru lagi kan. Harap-harap Allah permudahkan sebab bukan senang untuk melaluinya tanpa suami di sisi.

Alhamdulillah, hubby seronok sangat. Zahin dan Najah pun nampak memahami. Zahin makin rajin membantu kalau saya perlukan apa-apa pertolongan. Nampak sangat dia bertanggungjawab memikul tugas sebagai seorang abang.

Najah pun dah kurang buat perangai. Ada la lagi sikit-sikit perangai mengada-ngada tu. Tapi tak lah teruk sampai saya tak boleh handle.

Awal pagi, memang terasa susah sangat nak bangun pagi seawal 5.45 pagi macam biasa. Berat sangat rasa badan, kaki, kepala. Bila nak gosok gigi tu dah mula rasa cam rasa tak best je nak gosok. Tapi takkan la nak pegi keje tak gosok gigi kan..hehehe..ade ke yang tak gosok gigi pegi keje?

Macam sekarang saya banyakkan mengunyah biskut, makan gula-gula. Pengalaman lalu banyak buat saya belajar untuk mengelakkan mabuk yang teruk. Tapi orang kata kalau dah nak mabuk/alah tu nak buat macammana kan..? Cuma mungkin kita dapat kurangkan sikit rasa mabuk/alah tu.

Hmm lupa pulak nak cerita.

Hari Jumaat lepas, ketika bangun dari tidor tu saya dah rasa lain macam. Rupanya saya bleeding. Malam sebelum tu memang saya rasa sakit perut macam nak senggugut, tapi saya buat tak tahu je la ingatkan sebab badan penat. Pagi esok tu, rasa macam ada sesuatu keluar. Bila check terkejut saya sebab ada darah merah diiringi rasa sakit.

Saya gagahkan diri ke ofis, perjalanan memakan masa 1 jam dengan lalulintas sesak sangat pagi tu. Sampai kat parking, nak keluar dari kereta tak boleh. Rasa sakit sangat kat bawah perut tapi gagahkan diri jugak. Lepas punch card terus naik atas dan ke toilet dulu. Tengok bleeding. Terus saya nangis tak tau kenapa rasa takut, sedih, risau semua ada...


Pagi tu jugak terus ke klinik, doktor terus injection dan beri ubat untuk kuatkan rahim. Sehingga hari ni saya masih bleeding tapi tak banyak dah macam hari tu.


Saya pun tak tau nak kata apa, mungkin masih baru. hari ni hubby balik so esok baru nak ke klinik. Doakan kandungan ni baik-baik ye.. Insyaallah..amenn..

4 Apr 2013

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum.

Nie entry semalam..saya tak sempat publish sebab line buat hal.

Hari ni genap 9 tahun perkahwinan saya dan suami. Alhamdulillah.
Tanggal 3hb April 2004 tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup.
Saat-saat dikelilingi teman rapat dan keluarga amatlah membahagiakan dan meninggalkan kesan manis dalam hidup saya..( ZIE... hang ingat dak hari bersejarah aku tu..Hang ada tepi aku..)


Saat lafaz diijabkabulkan, saat disarung cincin pertunangan dan rantai tangan membatalkan akad nikah masih terkesan di hati..Dia mengucup di dahi dan saya tertunduk malu..cewah..malu giler masa tu..hehe..Flash camera pulak zap zap merelit merelap sampai berpinau mata ni.


Hmm..kenangan mengusik jiwa sungguh..


Dikurniakan sepasang cahayamata membuatkan saya terasa kehidupan begitu lengkap. Sungguh cantik percaturan yang Allah tentukan terhadap hidup saya. Walau adakala pahit dan masam menjentik..Tapi sesungguhnya saya percaya setiap ketentuan yang Allah berikan tersembunyi pelbagai hikmah besar terselindung...


Dan ditakdirkan Allah..saya terima khabar yang menyatakan saya hamil anak ketiga sehari sebelum menjelang Anniversary saya yang ke-9 tahun..Subhanallah..Syukur...Saya menangis mengenangkan apa yang Allah berikan kepada saya..tersedu-sedu..


Sungguh saya tak jangka saya akan hamil. Saya cuma fokus nak bertukar ke sana untuk bersama dengan suami tercinta. Tapi Allah belum maqbulkannya lagi. Doa saya, semoga kandungan yang ada di dalam rahim ini akan membuka peluang cerah dan dipermudahkan untuk saya bertukar ke sana walaupun jalannya masih samar-samar..


Dan sehingga saat ini hubby belum tahu kehamilan ketiga ni. Saya cuba nak buat suprise kat dia. Pagi semalam saya buat pos laju hantar preggy test kat dia. Biar dia terkejut.Hehe..Harap-harap inilah hadiah paling bermakna untuk Ulangtahun Perkahwinan kami.

"Abang, semoga zuriat ketiga ini mengeratkan lagi hubungan dan rumahtangga kita..Saya sayang keluarga kita. Saya harap saya dapat balik dan tinggal bersama abang dan anak-anak kita di rumah yang abang beli untuk keluarga kita.  Selamat Hari Ulangtahun ke-9 untuk kita berdua..Semoga kekal hingga ke SYURGA..Ameen.."

Saya nak share sesuatu yang saya petik dari blog seorang teman. Tapi saya tak ingat link dia sebab dah lama kata-kata ini tersimpan dalam folder. Saya minta maaf pada pengkarya..semoga dia menghalalkannya.



I asked for STRENGTH...
and ALLAH gave me
DIFFICULTIES to make me strong

I asked for
WISDOM...
and ALLAH gave me
PROBLEMS to solve

I asked for
COURAGE...
and ALLAH gave me
OBSTACLES to overcome

I asked for
LOVE...
and ALLAH gave me
TROUBLED PEOPLE to help

I asked for
FAVORS...
and ALLAH gave me
OPPORTUNITIES

"Maybe I received
NOTHING I wanted...
but I received
EVERYTHING I needed"

2 Apr 2013

Bertanya Khabar

Assalamualaikum.


Lamanya saya tak menjenguk..pelbagai berita yang mengejutkan datang satu persatu dalam hidup saya. Alhamdulillah, hidup kena diteruskan jugak. Sejak ketiadaan Ustaz Ridzuan kat ofis ni, dah sunyi sangat tingkat 2 ofis saya nie. memang dia bukan dari Bahagian saya, tapi selalu sangat dia datang menyakat kami semua. Yang tinggal kenangan dengan dia je lah..tak lupa barang-barang/ cenderahati yang dia selalu belikan untuk kami semua tiap kali dia keluar outstation.


Semalam ada berita mengejutkan jugak.Tapi biarlah rahsia dulu kejutan tu ye. Insyaallah..saya akan share jugak kejutan tu nanti. Insyaallah..


Eh,tiba-tiba tak reti nak keluarkan buah fikiran pulak. Kenapa ntah..Lama sangat kot duk biar membeku dalam kepala. Takpe, saya pegi ziarah kawan2 saya dulu..nanti baru saya datang balik k..


Saya doakan kawan-kawan semua baik-baik sahaja...Doakan saya di sini...baik-baik juga. Semoga Allah merahmati kita semua..Amin Insyaallah..

20 Mar 2013

Bila Ajal Datang Menjemput

Assalamualaikum.

Bila ajal datang menjemput...Tak siapa dapat menolak segala ketentuanNya.

Masih terkejut dengan pelbagai kejutan seminggu dua ini.

1- Bermula dengan pertunangan adik lelaki yang berlangsung minggu lepas..Dan kemudian dia accident petang kelmarin.

2- Dikhabarkan tentang Pegawai yang sama Bahagian, sedang sakit dan tenat di Hospital akibat kanser.

3- Dan malam tadi seorang lagi Pegawai yang saya rasa sihat...sempat bergurau senda lagi minggu lepas...Tiba-tiba kembali ke Rahmatullah pukul 7.00 malam tadi.
Dan Alhamdulillah selamat dikebumikan pukul 11 pagi tadi.

Salam Takziah Al-Fadhil Ustaz Redzuawan Bin Abdul Wahab. Al-Fatihah.
Saya masih lagi terkejut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang