1 Aug 2011

Airmata seorang ayah..

Pagi tadi seorang pak cik datang ke ofis untuk memohon rayuan bagi pihak anaknya yang telah disyaki berkhalwat dan kes telah dibawa ke Mahkamah untuk mention case..Pak cik ni nak memohon agar anak dia tak dibawa ke Mahkamah memandangkan anaknya baru sahaja menikah dengan seorang lelaki lain.Tapi malangnya peraturan telah menetapkan bahawa anaknya perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan tanpa boleh menggugurkan kes tersebut.


Kat atas ni adalah satu kes yang boleh kita jadikan teladan memandangkan ramai orang yang melakukan kesilapan.Saya tak kata saya sendiri tak pernah melakukan kesilapan,tapi sebagai seorang anak kita perlu menjaga batas-batas pergaulan supaya airmata ibubapa kita tak mengalir sebab kita.Saya terharu dan rasa sebak sikit la sebab anak pak cik tu tak seperti orang yang kesal dengan kesilapan yang dia penah buat.Pak cik tersebut hanya mampu mengalirkan airmata kerana anak yang dirasakan baik itu sebenarnya dah menconteng arang kat muka dia..


Korang rasa berapa ramai ibubapa yang sayangkan anak-anak..?Da tentu ramai kan?Tapi berapa ramai pulak anak yang mengecewakan hati ibubapa dorang..??????Hmm..sebenarnya lagi ramai..Nauzubillah..(ni sekadar perkongsian ok..becoz sharing is caring)

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS. An Nuur : 2)

No comments:

Post a Comment