29 Sept 2011

Ubah pemikiran

Semalam masa course Perintah Am..saya berkenalan dengan seorang lecturer course kat sini..Nama dia Puan Ct Hajar..Baik sangat orang dia walaupun pada mulanya saya rasa dia sangat tegas dalam menyampaikan ceramah..

Tapi kebetulan saya jadi MC semalam so saya ditugaskan untuk menemani Puan Ct Hajar sarapan,makan tengahari..Saya tak sangka rupanya kami mengalami situasi yang sama..PJJ..suami dia kat Kedah..dan dia di sini menetap bersama keluarga mertua serta anak.

Saya try tanya macammana dia mengubat kerinduan dan macammana dia menyesuaikan diri.Dia kata kesibukan kerja adalah satu kunci untuk mengelakkan diri dari dibuai emosi..Hmm..terpaku..Kalau difikirkan saya setuju dengan pendapat dia..Tapi mungkin situasi dia dari awal perkahwinan dah berasingan dengan suami..berbeza dengan saya yang bersama selama 6tahun lebih dan kemudian tinggal berasingan.Tapi saya kutip setiap pengalaman yang dia keluarkan.

Petang tu saya bersembang lama dengan hubby..saya tanya dia apa perasaan dia terhadap situasi kami?Dan bagaimana dia menangani situasi tu..Sungguh saya terkedu sangat..Dia luahkan sekurangnya saya bersama keluarga sedangkan dia sorang kat sana.Tapi dia sibukkan diri dengan setiap keje.Dia letakkan kepercayaan yang tinggi terhadap saya.Dia sendiri tak sanggup kami berjauhan lama tapi dia terima kerana mungkin ada hikmah yang besar di sebalik..

So..saya rasa saya akan cuba berubah..Ubah dari segi pemikiran supaya tak terlalu bersedih dengan situasi keadaan kami..Banyak yang saya kutip hari ini..Sebenarnya..ada orang yang lebih susah dari saya..

No comments:

Post a Comment