31 Oct 2011

Story..

Korang penah dengar tak tentang cerita nie?Sebenarnya saya da try banyak kali untuk cari sumber sahih tentang cerita nie..tapi saya tak jumpa.Saya tak ingat langsung kisah nie berlaku pada zaman Nabi yang mana..Memang tak ingat..cuma inat sikit-sikit je mungkin masa tu Ustaz saya cerita..tak pun saya yang membaca riwayat Sahabat-Sahabat Nabi.Sungguh saya tak ingat.Tapi saya nak jugak share cerita nie.Mungkin kalau korang pernah dengar korang boleh betulkan cerita saya..

Ceritanya macam nie..tentang seorang bapa dan anak yang berjalan jauh dengan membawa seekor keldai bersama mereka.Si bapa kerana kasihankan anaknya telah meminta anaknya menaiki keldai tu dan dia berjalan di bawah sambil memegang tali.Sampai di satu kampung..Dia terdengar orang kampung di situ mempersoalkan tentang anaknya yang sihat tetapi menaiki keldai.Sedangkan si bapa yang tua berjalan kaki..

Si bapa terus meminta anaknya turun dari keldai..Dan si bapa yang tua tadi menaiki keldai tersebut dengan harapan dia melakukan perkara yang betul.Tapi sampai kat kampung yang lain pulak..dia terdengar pula orang kampung tersebut mempersoalkan tentang ketidakpuasan hati si bapa menaiki keldai..manakala anaknya pula berjalan di bawah.Si bapa terus mengajak si anak menaiki keldai itu bersama-samanya.

Sampai di satu kampung yang lain pulak..Terdengar pulak orang kampung tersebut memperkatakan tentang mereka yang tidak mengasihani keldai yang kecil tersebut sehingga kedua-duanya menunggang keldai tersebut.Si bapa lantas turun dan menurunkan anaknya dari keldai tersebut.Mereka berdua terus berjalan bersama keldai tersebut tanpa mengambil kira apa yang semua orang kampung tersebut katakan..

MORAL OF THE STORY

Tak payah dengar apa orang nak cakap..Saya bukannya apa..teringat tentang cerita nie..bila saya sedar..orang di sekeliling saya suka mempertikaikan apa yang saya buat.

Saya balik ke S.Alam seorang diri..ada orang kata sian anak-anak yang saya tinggalkan..

Saya bawa Najah..dorang kata siankan Zahin tak dapat jumpa abah dia.

Bila saya bawa keduanya..dorang cakap siannya kat saya kena bawak anak2 balik ke S.Alam..naik bas pulak tu..

Tapi dorang tau tak..Ingat senang ke..bawak 2 orang anak yang kecil..Terpaksa tukar bas bila sampai di KL (ikut suka hati driver)..Nak pegi toilet..nak tinggal anak kat luar toilet (dalam toilet jugak)takut orang culik..

Tambas bas kalau dah 3 orang dah tiga kali ganda sebab takde diskaun untuk budak..nak pulak tiap weekend balik..Cuti hubby dah habis..

Nak drive keta mana nak larat..Penang ke S.Alam dengan saya yang amnemia nie..cepat penat..kos lagi...Takkan nak usung mak abah tiap minggu mintak temankan..

Susah nak cakap..sekarang nie..saya nak tutup telinga..sebab saya sendiri pon dah stress sangat berulang alik..Kalau tak balik orang suka buat lawak bodoh cakap jangan tinggalkan suami lama-lama..Nanti dia cari lain..So tutup telinga..senyum,tak payah kata apa2..sebab da stress....stressssssssssssssssss...............sory..


No comments:

Post a Comment