20 Nov 2011

Khabar Gembira Itu..

Jumaat lepas..saya dapat tau Sue telah mendapat khabar gembira yang suaminya akan bertukar sekolah dari Sabah ke Penang..Maka berakhirlah PJJ sue dan suaminya selama setahun..

Begitu juga Aiza yang mendapat khabar gembira suaminya bertukar dari Langkawi ke Penang..

Sesungguhnya..saya cuba untuk tersenyum dan berkongsi khabar gembira itu..Walaupun saya tau..empangan mata saya mulai pecah..dan gugur bila saya balik ke bilik..

Ya Allah..Kuatkan hati saya..sebab saya tau..Mawar kehilangan suaminya untuk selamanya..dan saya cuma berpisah hanya untuk seketika...Tapi siapalah saya yang hanya menyandang title insan biasa...saya kena kuat..

No comments:

Post a Comment