19 Dec 2011

2011 VS 2012

19/12/11...Lagi 12 hari akan menginjak ke tahun baru 2012..

Kenapa entry nie yang menjadi pilihan?Kerana sudah satahun dan 5 hari saya di Penang...Dan kerana terlau banyak kenangan pahit manis di tahun 2011 yang saya akan kenang dan saya tak ingin untuk mengingatnya langsung..

Harap-harap tahun 2012 akan lebih membahagiakan..Kerana 2011 terlalu banyak perkara yang tak berapa manis yang dialami..

Oh..saya dah dapat buyer untuk rumah di Kota Kemuning yang akan dijual.Cuma belum lagi berurusan secara rasmi memandangkan belum ada masa yang sesuai lagi..Saya dah mula rasa berat hati.Tapi saya kena kuatkan semangat.Kalau boleh rumah di Penang nie pun saya nak designkan kabinet dapur sebiji macam kabinet dapur di Shah Alam sana.Kalau la boleh...Saya sayangkan rumah tu..Saya mesti akan rindukan rakan,jiran saya di situ..SOFEA..anak2 dia..ICHA..RAIHANA...hubby kata separuh barang-barang akan disedekahkan kat sesapa yang berminat..

Pasal keje hubby..saya dan hubby dah mula edarkan resume.Tapi hubby kata dia tak kisah keje apapun sementara dia dapat keje yang sesuai.Takpelah..gaji saya insyaallah cukup untuk menampung dua kereta..lagipun menumpang rumah abah sementara rumah baru siap jadi tak ada kos untuk rumah kira ok la...hehe..kenala berjimat cermat.Tapi harap-harap hubby dapatlah keje dengan G**** tu..amin..

Saya juga dah malas nak berhubung dengan rakan saya H****...Walaupun selalu je dia mesej bagitahu perkembangan tentang dirinya..familynya...saya tak mahu disakiti lagi..Saya pun dah dapat menerima kenyataan apa yang dia perkatakan,cuma belum masanya untuk saya dan dia macam dulu balik..Terkesan tau dengan apa yang dia perkatakan..bukan dendam..saya dah maafkan..tapi untuk baik macam dulu..susah..(eh apahal macam budak kecik pulak nie?)

Kalau boleh...tahun depan 2012..

Saya harap..

1)Hubby dapat KERJA YANG SESUAI dengan dia di sini..dekat dengan rumah..senang dia nak berulang alik..gaji yang sesuai..sabtu dan ahad off tak payah kerja macam sekarang..

2)Kerja saya di Jabatan nie jugak makin baik..Tak mahu ada GANGGUAN-GANGGUAN PERASAAAN yang mengganggu..Saya nak tunujukkan prestasi terbaik dalam hidup..Saya nak jadi wanita yang berkerjaya yang berjaya...

3)RUMAHTANGGA SAYA DAN HUBBY BAHAGIA..Saya harap setahun yang hilang tu diganti dengan tahun-tahun yang bahagia.saya cuma nak bahagia dengan hubby dan anak-anak saya yang comel tu..Saya juga harap prestasi pelajaran Zahin bertambah baik dan cemerlang.Saya harap hubby,saya,anak-anak dan mak abah sihat selalu..amin..

4)kalau boleh saya nak SAMBUNG BELAJAR lagi..mungkin hujung-hujung tahun lah kot..harap saya kuat semangat..hehe..boleh lah..insyaalah..

5)Saya nak cepat-cepat SETTLEKAN HUTANG PIUTANG..walaupun sikit-sikit..semua hutang..termasuk hutang BELAJAR..ouch..

6)DISAHKAN dalam jawatan

7)Saya nak kehidupan yang STABIL DARI SEMUA ASPEK..amin.
EH..apahal macam azam tahun baru pulak nie?Takpe lah..bolehlah tu..saya tak nak minta banyak..biarlah bersederhana..sebab saya memang seorang yang sangat bersederhana...(ops..termasuk dalam bakul dan terangkat sendiri pulak..)


1 comment:

  1. Insya Allah.....semoga tahun 2012 melimpahkan kebaikan dan kebahagian untuk kita sumua......Amin.....

    ReplyDelete