26 Jan 2012

Perkahwinan Jarak Jauh

Saya copy dari blog SAIFULISLAM.COM




Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!

Mashitah Abdul Moin
Teringat apek driver teksi pernah sembang, kalau kahwin… duduk satu rumah, jangan duduk jauh-jauh, susah duduk jauh-jauh… banyak masalah. Dan apa pandangan ustaz, pasangan yang bermasalah dalam hubungan mereka mencari penyelesaian dengan tindakan tinggal di rumah berasingan dengan alasan tempoh menenangkan diri?

Abdul Muiz Abdul Wahab
Hmm.. saya antara yang masih PJJ. Nikah Januari lepas. Takut jugak apa yang ustaz katakan tu berlaku.. ‘Keselesaan’ yang bakal membinasakan.. Nauzubillah.

Hasrizal Abdul Jamil
Berkahwin tetapi berjauhan daripada pasangan, boleh memberikan ‘nikmat’ yang tidak dikecapi sama ada oleh orang bujang mahu pun yang telah berumahtangga iaitu hidup macam orang bujang tetapi tiada tekanan untuk berkahwin sebab sudah berkahwin.

Mohd Yusry Mohd Yusopp
Ya. Saya sedang melalui perkahwinan jarak jauh. Bukan mudah buat masa ini. Setakat mendapat support emosi dan psikologi dari jarak jauh. Sedang berusaha untuk tinggal bersama.

Ahmad Azri
Bagaimana pula dengan perkahwinan jarak dekat, tapi dirasakan jauh? Walau pun tidur setilam, namun dirasakan jauh sebatu.

Rahimah Rahim
Hmmm… saya dikelilingi rakan-rakan yang berstatus weekend wife/husband. Saya nampak masih boleh survive hingga ada perkahwinan yang dah berlangsung selama lebih 5 tahun. Yang paling penting pasangan harus sangat memahami dan sangat bertoleransi. Malahan,housemate saya juga weekend wife. Kalau saya juga tiada pilihan, saya juga tak kisah untuk menjadi weekend wife kerana saya tahu tuntutan kerja akan membuatkan saya berada di tempat sekarang lebih lama. Bukankah teknologi sangat canggih sekarang? Banyak cara untuk kita maintain effective communication. Yang penting juga COMMUNICATION dan tak jealoustak tentu pasal. Itu pandangan saya sahaja based on what i see in my environment. Wallahua’lam.

Omar Elbaritii
Komunikasi hanya mengenyangkan satu aspek dalam tubuh seorang manusia. Weekend hubby biasanya untuk isteri kedua, ketiga atau empat. Mungkin juga yang pertama. Tapi, jika yang di hujung minggu itu hanya seorang isteri, mungkin dia dimadukan diam-diam? Dan apakah ia halal atau haram? Iman di dada seorang suami mesti kental dengan situasi begini.

Rahimah Rahim
Iye, agree. Communication is only part of it.Tapi itulah kata pepatah kut, sayang bini tinggal-tinggalkan ( Saya pun tak berapa faham sebab saya tak jadi isteri lagi), tapi iman memang harus kental especially bila dah beranak pinak. Cuma yang saya nampak, mereka menggunakan ‘masa lapang’ jauh dari wife/husband sebagai bujang yang masih terbatas, contohnya bersukan. Mungkin kebaikannya di kawasan saya very less entertainment kecuali futsal. Tapi mungkin kita boleh tengok environment juga kerana environment saya di sini, dah terlalu ramai yang PJJ. Jadi semua org boleh compromise tentang PJJ ni. Cuma kalau ikut pengalaman sendiri, memang pernah calon suami saya batalkan perkahwinan kerana tak sanggup PJJ. So, saya anggap bukan jodoh saya yang terbaik. Wallahua’lam.

Hasrizal Abdul Jamil
PJJ menjadi sebab yang signifikan untuk sesetengah pasangan susah mendapat anak sebab hubungan kelamin dibuat pada waktu bertemu yang isteri masa tu tak subur. Itu satu bab. Dah ada anak, anak perlukan dua figure untuk mendidiknya ialah ibu dan bapa. Apabila bapa tak dapat berperanan dengan baik, akan ada cacatnya pada proses tumbesaran itu, hingga ke tahap, anak lelaki yang kurang spend masa dengan figure bapa boleh mengalami kesongsangan jantina (gay). Dan sudah tentu bila isteri atau suami spend waktu lunch dan dinner dengan kawan-kawan setiap hari, ada kesan jangka pendek dan panjang yang tidak baik…. Kekangan kerja memang susah. Yang penting jangan mengalah!

Atie Zam
Totally agree!

Ahmad Kamal Hafiz Kamarulzamil
Masalah ‘Touch n Go’ juga akan terjadi dalam PJJ. Kesannya.. ramai juga tahu malapetakanya…

Omar Elbaritii
Sekarang dah banyak dalam industri berkerjaya, unofficial partner. Pergi meeting, lunch, dinner dengan teman sesyarikat, tapi bukan isteri.

Mohd Hamzah Abdullah
PJJ dalam bidang pelajaran juga jadi kemudahan kepada para siswa namun banyak komen umum terhadap kualiti para siswa apalagi dengan keluarga PJJ, bagus untuk menghalalkan hubungan tetapi masih akan berhadapan dengan pelbagai masalah lain.

Aiman San
” Apabila bapa tak dapat berperanan dengan baik, akan ada cacatnya pada proses tumbesaran itu, hingga ke tahap, anak lelaki yang kurang spend masa dengan figure bapa boleh mengalami kesongsangan jantina (gay).” Boleh ustaz huraikan sikit tak? Mungkin adastatistical figure or experience ustaz dengan client yang macam ini..

Anas Rosedi
Macam permasalahan sikap jugak ustaz, kalau dunia yang dicari sebelum kahwin, dunia juga yang akan dikejar lagi selepas kahwin, umpama minum air laut, makin banyak makindehydrated, makin haus.. moga-moga niat itu ikhlas kerana Allah.

Mohd Azimin Elias
Bukan dunia semata-mata, tetapi menunaikan tanggungjawab dan amanah kerjaya seperti kerjaya yang memerlukan seseorang itu kerap bekerja di luar kawasan.T api pasangan perlu sentiasa bersikap positif menempuh perkahwinan jarak jauh ini.

Hasrizal Abdul Jamil
Kenyataan asal saya tidak meletakkan sebarang judgement terhadap mereka yang duduk jauh antara suami dan isteri. Ada banyak sebab. Ada sebab yang baik. Ada sebab yang tidak baik. Tetapi yang dibincangkan ialah, sama ada sebabnya baik atau tidak baik, kesan-kesan sampingan duduk berjauhan itu mesti diambil kira. Maka kedua-dua mesti ada cita-cita dan usaha untuk duduk bersama sebab itu FITRAHNYA. Melanggar fitrah akan mengundang banyak kesan sampingan yang tidak baik.


RENUNGAN

Perkahwinan jarak jauh jarang berlaku atas kehendak pasangan yang berumahtangga. Lazimnya ia berpunca daripada komitmen kepada kerja seperti doktor, jurutera carigali, guru malah mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kita perlu ingat, manusia dikurniakan oleh Allah kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hatta dalam situasi yang paling sukar. Justeru, kemampuan seorang suami dan isteri menyesuaikan diri dengan jarak yang memisahkan mereka, tidak harus menjadi satu-satunya penentu kepada baik atau tidaknya PJJ itu.

Perkahwinan ada tujuan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Room 30: 21]

Rumahtangga adalah tempat manusia mengecap damai. Sakinah dikurniakan Allah apabila seorang suami berada di sisi isteri, dan demikian juga sebaliknya. Inilah faktor terbesar mengapa di zaman Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, beliau membuat polisi tidak membenarkan tentera keluar berperang meninggalkan isterinya lebih daripada empat bulan, atau enam menurut pendapat lain.

Suatu malam, Umar mendengar seorang wanita menyanyikan sebuah syair yang menimbulkan rasa takut yang luar biasa kepada Amir al-Mu’minin:

Malam ini terasa panjang,

Aku dibalut kegelapannya,

Mataku enggan lena,

Tiada teman untuk bersenda,

Demi Allah, jika tidak kerana takutku kepada-Nya,

Bergoncanglah katil ini dari sisi ke sisi!

Umar memanggil wanita itu dan bertanyakan perihal dirinya. Beliau menceritakan keadaan dirinya yang ditinggalkan suami atas misi ketenteraan untuk satu tempoh yang panjang. Mendengar akan hal itu, Umar bertanya kepada anak beliau, Hafsah radhiyallahu ‘anha, yang ketika itu adalah balu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Soal beliau “berapakah tempoh seorang wanita mampu berpisah dengan suaminya?

Hafsah menjawab, “empat bulan!”

Lalu Umar menetapkan polisi agar tenteranya tidak pergi menyertai misi ketenteraan lebih daripada empat bulan.

Seorang suami yang meninggalkan isteri kerana kekangan kerja, harus untuk meninggalkannya lebih daripada tempoh itu jika isteri memberi restu. Hak yang terbabit adalah hak isteri untuk digauli oleh suaminya. Namun apakah kita secara mudah mengambil pilihan yang paling berisiko itu? Apakah harga yang mampu dibayar atas kehilangan masa-masa yang berharga, tambahan pula jika anak-anak turut terbabit sama.

Isteri mempunyai hak ke atas suami.

Suami mempunyai hak ke atas isteri.

Anak-anak, mudah-mudahan dikurniakan rezeki beroleh anak, juga ada hak ke atas ibu dan bapa.

Kesempurnaan fizikal, mental, emosional, spiritual, memerlukan didikan dengan kombinasi ayah dan ibu. Andai berpisah nyawa, atau talaq sudah membataskannya, tiadalah banyak yang boleh dikata. Namun dengan sengaja membiarkan jarak memisahkan suami dan isteri ketika pilihan yang lebih baik itu ada, falaa yalumanna illa nafsah, yakni janganlah disalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri!

Berusahalah untuk segera kembali bersama.

Di satu sudut yang unik di Malaysia, jururawat yang mahu bekerja di negara Arab, mesti berbincang dengan baik bersama suami. Tempoh kerja mestilah mematuhi perjanjian yang disepakati. Jangan sewenang-wenangnya membiarkan suami di tanah air. Jangan biarkan dirimu selesa dengan perpisahan itu.

Antara keelokan Islam, ia bukan sahaja memuliakan pernikahan, malah tegas menutup pintu-pintu fitnah dan kemusnahan.

Mukhriz says:

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua,

Saya kira masing-masing mempunyai pendapat tetapi pada saya apa yang ustaz cuba sampaikan adalah terus berusaha untuk memendekkan tempoh masa PJJ itu. Terlalu lama nanti takut-takut akan membawa masalah lain pula. Saya sendiri sedang menghadapi situasi PJJ ini dan insyaALLAH dengan bantuan daripada tulisan dan nasihat ustaz, kami berdua sedang berusaha sebaik mungkin untuk mencari jalan yang boleh memendekkan tempoh masa tersebut. Saya rasa “usaha” adalah kata kuncinya. InsyaALLAH.

nazmeen says:

Salam,
Ibu dan ayah saya juga berada dalam situasi ini selama hampir dua belas tahun. Ketika saya dan adik-adik membesar dari fasa kanak-kanak menuju fasa remaja, ternyata impak kurang kasih sayang ayah sangat terasa kerana kami semua (enam beradik) tinggal bersama ibu. Ayah akan pulang (KL-TGANU) setiap 2 minggu. Bagi saya seorang suami/ayah perlu bijak berkomunikasi dengan anak-anak. Ada di antara adik lelaki saya bermasalah di sekolah, dan apa yang saya lihat, antara sebabnya adalah kerana kurang komunikasi antara adik lelaki dan ayah. PJJ ada baik, buruk, dan kesannya-boleh jadi positif atau negatif, bergantung kepada tempoh dan kemampuan pasangan mengendalikan keluarga. Kesannya, terutama kepada anak-anak perlu dilihat semula. Ada pasangan mampu bertahan, ada yang tidak mampu. Masalah sentiasa wujud dalam setiap keluarga, setiap keputusan yang dibuat, perlaksanaan, dan kesan perlu mengambil kira juga psikologi anak-anak.

anna says:

Saya tertarik dengan psikologi anak-anak sebagai faktor yang MESTI diambil kira. Saya antara produk anak PJJ. Faktor ekonomi menjadi faktor PJJ dalam keluarga kami. Meskipun sempurna dari segi material, hidup saya sebagai anak semasa membesar teramat kosong. Tiada komunikasi antara anak-ibubapa. Ibu yang juga bekerja terkontang-kanting menjaga anak-anak seorang diri tanpa suami di sisi lalu situasi di rumah menjadi sangat tegang. Ibu jadi amat mudah marah. Anak-anak hidup dalam ketakutan dan depressed. Bapa pula bekerja keras menampung ekonomi keluarga di negeri lain dan pulang di hujung minggu dalam keadaan yang amat letih. Saya tak salahkan ibubapa dek faktor ekonomi tapi ini bukanlah suasana yang kondusif untuk psikologi anak-anak yang sedang membesar, apatah lagi baru memasuki usia remaja yang sangat mencabar. Kesannya, prsetasi saya jatuh merudum dan saya bermasalah di sekolah tapi tiada siapa mengerti. Hingga pernah saya bencikan ekonomi/wang kerana ia telah mengambil kesejahteraan keluarga saya. Walaupun sudah dewasa, saya masih terkesan dengan penangan PJJ ini. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana melindungi kami adik-beradik dari terjebak dengan masalah sosial walaupun semua terhidang di depan mata.

P/S:Entry di atas amat berharga.....

1 comment:

  1. Salam Lynn,

    Semoga Lynn dikurniakan kekuatan & kesabaran untuk melalui dugaan ini... Berusahalah untuk tinggal sebumbung semula, kerana itu lebih baik... tempat isteri di sisi suami, sy juga terpaksa korbankan kerjaya saya demi suami dan anak-anak... berbincang dengan suami dari hati-kehati mungkin boleh meringankan masalah ini... Insya'Allah, semuanya akan menjadi lebih baik :)
    Saya mendoakan, berat mata memandang berat lagi bahu kamu yg memikul...la tahzan...

    Saya ade tag kamu, sudi2 boleh jawab :)

    http://my-mindofmine.blogspot.com/2012/01/game-tag-versi-2012-siaplah-siapa-yang.html

    ReplyDelete