Assalamualaikum..
Petang semalam ketika nak balik rumah dengan Asni, kami berborak tentang insuran.
Dan secara merendah diri Asni memberikan pendapat supaya setiap kata laluan untuk email, pasword ATM, kad insuran atau apa sahaja kod rahsia ditulis dan disimpan rapi dan diamanahkan kepada sesiapa yang mampu menjaga amanah supaya apabila kita tak ada lagi dah kat dunia ni, ada waris kita yang tak perlu bersusah payah mencarinya atau mengabaikannya macam tu saja.
Saya tiba-tiba teringat tentang itu. Yelah, mungkin hubby tahu tentang beberapa pasword, tapi mungkin juga dia tak tahu tentang beberapa perkara.. Sementelah saya dan dia berjauhan sekarang.
Saya terfikirkan juga tentang wasiat yang perlu untuk ditinggalkan terhadap putera dan puteri saya. Supaya apabila saya tak ada lagi di dunia ini, mereka dapat mengenali saya dan memahami isihati saya melalui apa yang saya tulis. Mungkin saya boleh menulis dalam bentuk buku...Tapi mungkin cukup juga melalui blog nie...
Saya terfikir juga supaya saya sempat mengingati samada mungkin saya pernah berhutang dengan sesiapa. (tak termasuk bank ok). Mungkin perlu kepada catatan nama supaya tak terlepas pandang. Risau jika meninggal tapi masih meninggalkan hutang lapuk yang diri sendiri tak perasan,
Saya terfikir juga tentang penghargaan yang perlu saya buat ke atas orang-orang yang saya sayang. Bimbang jika tak sempat meluahkan sayang...saya pergi tanpa sepatah kata.
Pelik juga...sejak akhir-akhir ini rasa risau menguasai diri...Mungkinkah saya sudah berasakan sudah sampai masanya..............????

janganlah cakap cam tu lynn, anak-anak ngan suami lynn masih perlukan lynn.Jangan terlalu memikir masa depan lynn, , nanti hdiup kita rasa tertekan . Apa saja rintangan harap lynn tabah menghadapinya ye.
ReplyDeletelynn...tabah ye menghadapi liku2 hidup ni..
ReplyDelete