20 Mar 2012

‘Lelaki tarik kakak’

Assalamualaikum...

Malam tadi selepas maghrib kakak ada bagitau tentang berita mengenai penculikan seorang remaja perempuan di Kuantan.Pagi nie kat Hot FM pun ada topik mengenainya.Sempatlah juga saya dengar sepintas lalu dan tak banyak info yang diketahui memandangkan perjalanan ke tempat kerja cuma satu jam.

Kalau korang nak tau apa cerita sebenarnya jom kita baca petikan di Harian Metro kat bawah nie.

SEDIH...Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik. 



KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Ish...Rasa seram sejuk bila mendengar tentang kes-kes jenayah sosial sekarang nie.Ntah apa nasib Siti Nur Fatihah Mahadi yang telah diculik semalam tu, sebab sampai sekarang kita masih tak dengar info terkini lagi.

Belum pun reda kes Dirang yang telah dibunuh dan dibakar dengan kejam, ini berlaku pula kes penculikan..

Saya terkenang-kenang tentang nasib Siti Nur Fatihah, risaukan keselamatan dia sebab saya pun ada anak saudara perempuan dan anak kecil perempuan juga. Dah tentu perkara yang paling ditakuti ialah dia dirogol, dilacur, dibunuh dan disiksa.

Bukan nak memburukkan bangsa sendiri..Tapi kalau kita tengok dalam banyak-banyak kes....Jenayah dan masalah sosial kebanyakan melibatkan orang Melayu. Saya pun tak faham kenapa bangsa lain tak lah terlibat sangat.

Kalau tengok kes Rempit, pun sama....masih orang Melayu..dadah...judi.....rogol.......video lucah...........culik............Ntah la, kalau nak disenaraikan memang kita sendiri akan panas telinga. Lagi satu yang dikesalkan ialah sikap tak nak bersatu padu. Tengok..tak pasal-pasal saya dah teremosional.

Saya harap sekarang nie kita kena lebih berhati-hati...lebih bersatu padu..Tengok balik sebelah rumah, siapa jiran kita. Jangan tanpa kita sedar rupanya orang yang diculik tu sebenarnya dikurung di sebelah rumah kita sendiri..

Semoga Siti Nur Fateha dapat diselamatkan secepat mungkin tanpa sebarang kecederaan. Semoga Allah melindungi gadis yang tak bersalah tu.. Semoga Allah kuatkan semangat setiap ahli keluarganya..Amin Ya Rabbal Alamin..




P/S:..
Berita tentang kemalangan yang saya dan keluarga saksikan di Gerik tu ada dalam Harian Metro semalam dibelakang mukasurat depan. Cuma semalam saya tak sempat tengok dalam metro, rupanya ada berita tentang kejadian tersebut. Pembetulan, anak arwah rupanya berada dalam kereta suaminya, bukan dalam kereta si ibu..


3 comments:

  1. muga adik fatihah dijumpai dalam keadaan selamat...sekarang jaga tepi kain orang sangat perlu.

    ReplyDelete
  2. As salam Lynn,

    Kdg kala sy terfikir, Msia mcm dah xaman lg... Kes Dirang yg bakar-membakar tu bkn budaya org Melayu, tp segalanya kini possible... Takut sgt kan... Doakan semoga budak yg diculik tu selamat... Sedih :(

    ReplyDelete
  3. kesiannya.... wei hang mengengkn aku kat arwah pk non... huk huk

    ReplyDelete