18 Apr 2012

Mari Berkongsi..

Assalamualaikum...

Terima Kasih lelamaisara...Kalau Jabatan sendiri yang anjurkan kira okayla sebab tak la jadi macam kera masuk kampung..hehe..LYAfrina..agak best nanti saya share sikit kay..Kak Fieda...Tq..ye ke kak..cam biasa je..kadang tak sempat nak belek2...Acik Erna..Haah semalam memang ramai jugakla staff dari Jabatan lynn...Cik Ina Do Do Cheng...Mama Ema...tak ngantuk cik Ina, Mama Ema sebab penceramah best jugak,pandai dia handle program....Zie..oh Tok Wan meninggal..Salam Takziah...

Untuk yang mendoakan saya dalam entry "Hadir Tanpa Diduga"..Acik Erna : Izan mama Mia : Kakcik : Lelamaisara : Marya : Tihara : Mama Akid : Prettywrite : Cinnamon.com : Eeiyss :Zie : Cik Ina do do cheng :  MamaEma : Syira Qahira : terima kasih..Insyaallah saya kuat..Mungkin sebab baru..jadi tak terasa sangat..Tapi kadang-kadang memang ada rasa suatu kehilangan. tapi saya sibukkan diri jugak-jugak..Berita yang baru diterima semalam..adik ipar saya juga gugur..Tapi dia kena cuci sebab kandungan dah berusia 3 bulan..Innalillah...

Saya nak share sikit tentang apa yang saya dapat masa Program Syarahan Perdana semalam. Tajuknya ialah Qurratul Ain yang ku cari..

Qurratul Ain nie maksudnya penyejuk mata (dari kalangan Isteri dan Zuriat). Penceramah tu pulak dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Masa mula-mula tengok tajuk..macam biasa-biasa je. Tapi bila dia dah start mengupas tentang topik nie..Saya rasa sangat menarik..Bagi yang berumahtangga atau yang masih belum.

Antara yang ditegaskan semalam ialah...

  • Bagi yang belum berumahtangga perlu berdoa untuk mendapat jodoh yang baik.
  • Bagi yang telah berumahtangga, jagalah rumahtangga dengan baik
  • Jangan sesekali bergaduh diantara suami dan isteri dihadapan anak-anak
  • Selalulah bersentuhan diantara Suami dan Isteri sebab sentuhan akan menghilangkan stress(cam saya nie sentuh sekali sekala je..huhu)
  • Sebelum tidur pastikan memohon maaf terhadap pasangan masing-masing.
  • Jangan sesekali jatuhkan air muka suami atau isteri
  • Bila bercakap dengan pasangan atau anak-anak pastikan memandang anak mata dan muka mereka
  • Peluka anak setiap hari dan usaplah ubun-ubun anak sebab Nabi selalu berbuat demikian untuk menunjukkan kasih sayang
  • Untuk suami jangan sesekali menunjukkan contoh tauladan yang tak baik terhadap anak-anak termasuk menghisap rokok di hadapan mereka.
  • Persekolahan anak perlulah dititikberatkan jangan biarkan isteri sahaja yang memantau persekolahan anak
  • Jangan berlaku zalim terhadap isteri dengan melakukan kekerasan kerana isteri dijadikan dari tulung rusuk suami untuk dijadikan teman.
  • Isteri perlu mengambil berat tentang layanan terhadap suami ( faham-faham lah ye)
  • Bertolak ansurlah selalu dengan pasangan, jangan simpan di dalam hati jika ada perkara yang membuatkan hati terluka..Jika ingin sampaikan pada suami..perlulah berterus terang dengan cara yang berhemah
  • Jangan mengungkit tentang duit dengan pasangan.
  • Panggil suami atau isteri dengan panggilan yang hormat..Jika suami tak kisah isteri memanggil dengan gelaran nama..tak apa..tapi jika suami tak redha...hmm..tak aman rumahtangga..hehe..macam lawak pulak bila teringat memek muka penceramah tu semalam..

Dalam apa yang dikupas semalam, beliau ada juga meyertakan statistik mengenai penceraian yang berlaku di Malaysia.Jangan tak tahu berlaku penceraian setiap 18 minit sekali di Malaysia nie. Tapi kata beliau..kalau dah dapat suami yang tak sepatutnya..adalah lebih baik juga berpisah. Tak la kena sabar je dengan suami yang jahat tu..Tapi beliau galakkan juga sebagai isteri..kena tahu sedikit sebanyak tentang hah-hak sebagai seorang isteri samaada yang masih bergelar isteri atau bekas isteri.

Sebenarnya banyak lagi yang disampaikan..Tapi saya cuma share apa yang agak best je tau..Terima Kasih sebab sudi membaca dan saya na share sesuatu yang ditinggalkan oleh penceramah tu semalam..

" Allah akan sentiasa menguji antum pada titik kelemahan antum, orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan pangkat dan wanita, orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah , seseorang yang sentiasa lambat dalam dakwah kerana alasan isteri mertua, tetamu akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu , mentua datang, tetamu datang bersilih ganti, yang akan terus menundakannya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya"
- K.H Rahmat Abdullah (Cinta Sang Murabbi)

6 comments:

  1. Bagus ni ...

    Mekasih kongsi ye...Nk share boleh kan...

    ReplyDelete
  2. cerai setiap 18minit sekali?dasyatnya..huhuh..mintak jauh la dari kita smua..

    ReplyDelete
  3. mesti adik ipar sedihkan.. dah 3 bln,.. dh nk lps 1st trimestr... mg awk n adik ipar tabah yer...

    slm kenal jugak :-)

    ReplyDelete
  4. huhu..bmakna..setiap hari ada j kes pnceraian.. apa2 pon..tenkiu for sharing...

    ** moga lynn tabah yer.. Dia ambil kerana Dia maha mgetahui mana y tbaik buat lynn.. mungkin ada hkmat y tsembunyi,,, percayalah..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Lynn,
    harap-harap bila dah ada pasangan semakin hari semakin sayang... he he heh salam kenal dari Kak Amie, follow sini ye.

    ReplyDelete
  6. As salam Lynn,

    Seronok klau dpt pergi ceramah mcm ni... Suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain... Tetiba teringat lagu P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri! hew3 ;)))

    ReplyDelete