16 May 2012

21 Cara Berkesan Memotivasikan Diri Anda


Assalamualaikum semua...

Terbaca tentang satu artikel motivasi. Artikel motivasi ini memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak berdaya, atau putus asa melanda diri anda!
  1. Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya. (Ingatlah bahawa orang-orang yang berjaya pernah melalui suasana kemurungan dan kebuntuan sebelum mereka mencapai kejayaan.)
  2. Tulis artikel motivasi.
  3. Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
  4. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
  5. Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
  6. Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
  7. Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
  8. Tatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
  9. Meditasi.
  10. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan mendapat semula tenaga anda. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
  11. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.
  12. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
  13. Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  14. Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
  15. Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
  16. Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
  17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
  18. Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga - satu tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit - exercise, elakkan daripada terlalu meneliti barangan-barangan yang dijual - takut nanti tambah penat otak.
  19. Ikuti seminar motivasi.
  20. Adakan kenduri doa selamat.
  21. Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.
Pilihlah mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, semangat dan mood diri anda akan berkembang dan segar kuat semula.

P/S  : Kalau tak sesuai...cari cara lain..hehe
Maaf kawan-kawan..saya baru masuk ofis hari nie..keje bertimbun..nanti saya ziarah kawan-kawan semua ye...

2 comments: