28 May 2012

Angin Meroyan

Assalamualaikum..

Pernah dengar tak orang duk sebut gila meroyan..?
Masa saya kecik-kecik dulu..ada seorang jiran kat area rumah nenek saya kat Kedah nu..Orang panggil dia Tuk Meriyan..Ingatkan nama dia Mariam..Rupanya..tekaanku salah belaka..
Orang panggil dia Tuk Meriyan sebab dia kena penyakit "gila meroyan"..

Masa tu kecik lagi..Bila lalu sebelah umah dia..Selalu rasa takut..Sebab dia memang garang. Pas tu orang kata dia tak berapa betul sangat..Kalau dia nampak kitorang lalu sebelah rumah dia..Nanti mesti dia akan jerit menghalau sampai kitorang sepupu sepapat lari lintang pukang..
Tapi..dia tak ada dah la..dah meninggal..

Eh..bukan nak cerita pasal Tuk Meriyan..Tapi nak cerita pasal penyakit nie..
Secara peribadi..saya memang tak pernah lah ambil tahu sangat..Ta[i bila berlaku ke atas salah seorang ahli keluarga terdekat...Barulah saya buka mata..Sebenarnya penyakit ni bahaya tau..Janganla duk buat main-main..

Ciri-ciri penyakit angin meroyan yang harus di kenalpasti oleh mereka disekeliling wanita tersebut adalah :

~wanita tersebut nampak murung dan kelihatan terlalu tertekan
~sentiada keletihan dan kelihatan tidak bermaya
~bersikap rendah diri dan sering memencilkan diri
~sentiasa berasa runsing dan terlalu pendiam
~hilang semangat dan tidak ceria, sebaliknya sentiasa bersedih
~sensitif, cepat tegang dan cepat marah
~tidak memperdulikan penampilan diri dan kelihatan tidak terurus
~sukar tidur walaupun pada waktu malam
~putus asa
~hilang selera makan
~mempunyai perasaan hipokondria iaitu perasaan terlalu risau tentang kesihatan walaupun tidak sakit
~bersikap dingin sama ada terhadap bayi, suami dan ahli keluarga
~menunjukkan perlakuan seperti orang hilang akal.

Antara punca berlakunya penyakit meroyan adalah seperti :

~perubahan hormon di dalam badan wanita tersebut
~menghadapi tekanan hebat ketika melahirkan anak dan tekanan itu berterusan sehingga selepas melahirkan anak
~faktor persekitaran yang mengganggu emosi seperti tidak bersedia menjadi ibu atau terpaksa menerima kelahiran bayi secara terpaksa
~tiada sokongan insan tersayang seperti suami dan keluarga
~terlalu tertekan fizikalnya seperti penat menjaga bayi kecil dan anak-anaknya yang lain dan tidak cukup berehat kerana terpaksa berjaga malam
~keadaan menjadi bertambah rumit jika terpaksa menguruskan rumahtangga tanpa mendapat bantuan dari suami dan ahli keluarga yang lain
~sikap suami yang tidak memahami situasi wanita dalam pantang dan selalu mendesak serta enggan membantu dalam hal menguruskan anak-anak dan rumahtangga
~fikiran yang selalu berserabut dan tertekan

Kalau orang tua-tua dulu diorang kata punca terkena penyakit ni sebab tak jaga diri sebaik-baiknya ketika dalam pantang.
Sebab tu orang-orang tua dulu menekankan pantang-larang ketika selepas bersalin.
Kesian tau saya tengok sendiri keadaan saudara terdekat saya tu.
Boleh dikatakan semua jari anaknya yang masih baby tu digigit-gigit.
Kadang-kadang dia seakan terdengar bisikan supaya mencederakan anaknya..


13 comments:

  1. salam Lynn..semoga sedara Lynn dapat diubati..takboleh biarkan lynn..semoga dia cepat baik dari penyakitnya..

    ReplyDelete
  2. jauhkan la penyakit ni...

    selalu dengar gila meroyan ni gila orang ilang anak...heee..betui ke...dengar2 la...munkin la kot sebab tertekan kan...

    ReplyDelete
  3. kat opis saya ni boleh dikatakan semuanya meroyan. tambah2 bila hari isnin + bila bos pun meroyan, habis lintang pukang. hehe

    ReplyDelete
  4. pnh dgr psl ni... bahaya gak yer...

    ReplyDelete
  5. biasa tkena pd y dlm pntang..sbb tu..time pntang kna jaga betul2.. drp smua sudut..emosi n jasmani.. n bantuan org sekeliling pon amat pnting dlm mjaga emosi ibu y mlahirkan ank ni

    ReplyDelete
  6. As salam Lynn,

    Marya pun ada experience kwn2 yg kena penyakit ni... Nnt Marya sharekan kisahnya buat panduan bersama... Insya'ALLAH...

    Meroyan ni ada byk jenis... Biasanya yg disebabkan masalah tertekan selepas melahirkan... Ada jg yg lain2 jenis... Nauzubillah... Sb itu bila org tua suruh kita berpantang mcm2... Dlm dunia perubatan di panggil 'Postpartum Blues'... Sedih bila tgk ada dikalangan kwn & saudara yg kena tp Alhamdullillah mereka skrg dah sembuh & makin pulih :)

    ReplyDelete
  7. Moga saudara terdekat Lynn tu cepat sembuh... Kena byk bagi sokongan pada saudara Lynn tu... Bahaya sebab pernah dgr ada yg maut... Wallahualam...

    ReplyDelete
  8. huuhu takut
    biasanya terjadi dlm pantang kan
    tu lah adakalanya kena ikut pantang larang org tua2 .. dia takut meroyan lah tuu huhuh

    ReplyDelete
  9. Kakak belum pernah jumpa tapi selalu dengar org kata sakit meroyan. Apa yg kakak tahu kalau tak pantang selepas bersalin boleh kena Lynn...

    Hishh... jauhkanlah hendaknya. Kesian macam yg Lynn katakan itu.

    ReplyDelete
  10. dulu masa kt kg ada sorang jiran tu kena angin meroyan ni..takut sgt tau lynn sebab asal maghrib jer kan mesti dia akan hempas pintu umah dia ..tak tau nape..pastu dia mengilai..sekarang ok dah sembuh.

    ReplyDelete
  11. bahaye nyeeee. macam dirasuk setan pun ade, smpai nak cederakan baby sendiri kan.

    ReplyDelete
  12. Hi, tjumpa blog ni masa research pasal meroyan. Saya sedang mengalami benda ni start dari bayi dekat 2 bulan hingga sekarang, bayi dah dekat 5 bulan. Menyesal x pantang baik2 dulu, emosi x stabil semasa pregnen dan lepas pregnen. Sintom memang dekat2 sama, dengar bunyi aneh terutama malam sampai nak dekat siang, geram sampai nak cubit anak, cepat marah dan cepat lupa. Elakkan lah kena benda ni, cuba tenangkan diri baik2

    ReplyDelete