6 Jun 2012

Perbuatan di awal pagi..?

Assalamualaikum..

Terngiang-ngiang soalan seorang staff saya semalam.."Bangun-bangun pagi tu buat apa dulu..?" Saya terdiam dan terus ingatkan balik apa yang saya buat. 

Saya terus jawab. " Bangun dan terus duduk. Sebut Alhamdulillah sebab saya masih bernafas. Terus meraup muka dan bersalawat. Terus berkata pada diri sendiri. Kuatkan hati aku Ya Allah..Sesungguhnya aku perlukan kekuatan untuk terus menempuh semua nie. Cium najah dan Zahin. bangun dan terus mandi." (Ye...Itulah yang saya buat sejak setahun tujuh bulan yang lalu.)

Pagi nie pun masih rutin yang sama. Sungguh...saya kadang-kadang menjadi seorang wanita yang cukup kuat. Tapi, kadang-kadang saya menjadi sangat lemah. Saya mungkin ketawa..Tapi dalam hati masih bertanya..."Salah kah keputusan saya memilih untuk ke sini dan meninggalkan suami di sana. Tapi..siapalah yang faham kenapa saya memilih begini kecuali suami dah ahli keluarga terdekat. Ye..mungkin saya emosi. Emosi di pagi hari lah nie kot..hehehehe...

Nasib masing-masing tak sama. Jika bernasib baik....Ingatlah mereka yang susah dan tak bernasib baik seperti kita. Sekurangnya saya masih bersyukur...masih bersuami biarpun jauh..

Abang...saya pegang kata-kata abang.. Jika berterusan sebegini sehingga hujung tahun ini...kita perlu buat keputusan drastik. Seseorang harus berkorban..Saya akan kuatkan hati dan semangat sehingga hujung tahun ini. Jika tak..mungkin saya harus lupakan kerjaya ni. Abang dan anak-anak lebih penting dari segalanya.

Kenapalah saya begitu emosi pagi2 nie..???

Rasa dia hampir..tapi tangan saya tak tercapai untuk menyentuh dia..Dia begitu dekat...Tapi sebenarnya terlalu jauh...Jauh berkilometer....




11 comments:

  1. akak, saya pun jauh dengan suami. lagi-lagi suami saya sakit dan tidak mampu bekerja (MC lebih 200 hari sehingga hari ini). Dengan kudratnya yang tidak seperti dulu, dengan keinginannya yang mahu melihat saya hamil, namun apakan daya Allah belum memberikan kami rezeki utk bersama. Lelah dan iri melihat org2 yang mendahului kami dalam segala hal namun saya percaya itu adalah atas Izin Allah SWT belaka.

    Jika perkara ini berterusan dan saya masih bergelut kepayahan memohon tukar yang tak dapat-dapat, saya akan berkorban, berhenti kerja walaupun sayangnya nak quit (kerja gov).

    Jadi Kak, ada hikmah dan sabarlah. Paling payah dan tertekan sekalipun saya hanya tetap menangis dan berdoa semoga Allah kasih pada saya dengan dugaan yang Dia berikan ini,

    :D

    ReplyDelete
  2. akak pjj jugak ye...

    betul la nasib orang semua tak sama...
    saya Pjj juga...memang agak payah sikit tp,kena kuatkan hati...InsyaAllah ada hikmahnye...:)

    ReplyDelete
  3. percaya satu sama lain rindu merindu..perlu memerlu..itulah yang saya amal kan hingga kini insyaallah kita akan semakin kuat..walaupun kadang2 dugaan itu mengatsi perasaan kita ingat sesungguhnya mengadulah padaNYA yg maha ESA segala perasaan yg negatif akan hilang insyaallah...

    ReplyDelete
  4. salam..

    saya bukan pakar dalam hal ini, tapi saya melihat dari sudut yang berbeza.

    jiran saya setiap 4 bulan suami beliau akan keluar berdakwah ke luar negara, raya pun kadang-kadang tidak bersama, malam pun bersama anak-anak, boleh kata setahun hanya 2 atau 3 bulan dapat lihat suami depan mata.

    mula2 mereka sedih, tapi lama-lama mereka sedar, berjauhan dengan suami hanyalah ujian kecil, sebab ujian yang paling besar ialah bila Allah ambil agama dari kita.

    dan pada saya , kesakitan y lebih sakit ialah, bila kita x mampu jumpa org yang ada dekat dgn kita, tp kita tak mampu lihat wajahnya, sebabnya beliau dalam kubur dan rumah kita hanya berada di tepi kubur sahaja.

    ReplyDelete
  5. Emm nasib kita semua tak sama...
    Cuma kita perlukan lebih ketabshan hati.. dan buatkn yg terbaik untuk keluarga...
    Mudhn kptsan dpt dibuat...
    Sayang ina kalau hg lpaskan pkerjaan skarang... tapi kataorang kalau rezrki tk kmana... mudhn ada rezeki lain... apapun lkukn yg terbaik utuk keluarga dan masa dpn ank2 .

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kawan-kawan...
    Sekurangnya kata-kata kawan2 menguatkan hati dan smgt saya...mungkin ni cuma ujian dunia...saya memang kena kuat..Luv u all..

    ReplyDelete
  7. salam lynn...

    betul kata org, bila suami isteri berjauhan menjadikan tautan hati dan kasih sayang makin kuat. ujian dan dugaan tu mmg tak boleh nak lari... banyakkan sabar ye dan berdoa moga2 Allah pelihara hubungan kalian sentiasa...

    ReplyDelete
  8. Saat kita sakit kerana luka yang kecil, ada orang yang menderita patah riuk kerana kemalangan demi sesuap nasi. Tabahlah. Allah sentiasa bersama kita.

    ReplyDelete
  9. Harap Lynn tabah dan sentiasa berdoa yg terbaik buat family Lynn.

    ReplyDelete
  10. awk kira kuat sbb sanggup berjauhan dgn suami.. emmm betoi tu, andaikata, smpai akhir thn ni msh xda kptsn, rsnya, jika awk korbankan kerjaya demi keluarga adlh yg terbaik :-)

    ReplyDelete
  11. pasti ade hikmah yg kite tak nmpk. insha Allah. percaya pada perancangan Allah. ;)

    ReplyDelete