3 Jul 2012

Keluar angin dari qubul

Assalamualaikum..

Salam sejahtera semua..


Pagi-pagi lagi ada seorang kawan bertanya tentang masalah ini. Satu benda baru bagi saya tetapi saya rasa saya patut share dengan kawan-kawan walaupun saya agak segan nak publishkan.

"Nak tanya kalau kita ada wudhu', tetapi keluar angin dari faraj...batal tak wudhu' kita?"

Huwa...terkezut jugak...sebab tak pernah mengalaminya..Tapi saya fikir..bagus soalan ni sebab as a Muslim..kita kena ambil tahu kerana ini melibatkan Ibadah..

Saya puas jugak google untuk mencari info yang sesuai dan mudah untuk difahami.. Rupanya...batal wudhu' walaupun angin tu keluar dari depan bukan dari belakang..Rasa dulu pernah dengar..maklumlah..dulukan sekolah agama..Tapi..bila benda tu tak berlaku kat kita..kita pun macam tak ambil tahu je benda-benda penting macam nie..

Perbahasan mengenai keluarnya angin melalui faraj atau vagina atau qubul ada disentuh oleh ulama. Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana, bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik dan menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Keadaan ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada usus besar yang mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas mengeluarkan gas yang dikenali sebagai kentut. Maka dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.

Kebanyakkan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj. Fenomena ini sering di salah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj. Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka. Air yang terperangkap di celah-celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut. Lebih menyulitkan lagi, bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Namun begitu, keluar masuk angin melalui vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas). Bagi memastikan angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan berdehem selepas membuang air sebagaiman dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan mempraktikkan senaman kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.

Hukum dan Implikasinya

Hukum wanita yang mengeluarkan angin/kentut melalui faraj (qubul) adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut: 

'Abbad bin Tamim melaporkan dari Nabi s.a.w yang berkata, "Jangan seseorang iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya"
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari 

Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh itu wanita yang mempunyai masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut: 

1. Berdehem selepas membuang air kecil 

2. Membasuh kemaluan dengan sempurna 

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih 

4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat. 

Sikap berhati-hati dalam menunaikan ibadah solat amat penting agar solat sah dan diterima Allah.

Wallahua'lam..Saya harap info nie membantu kawan-kawan kat luar sana..
Terima kasih sudi membaca dan memberi komen...Dari komen kawan-kawan kita lebih mengenali di antara satu sama lain..Alhamdulillah..








10 comments:

  1. assalamualaikum azlina.

    nice sgt..
    ada juga terbaca,dan tya juga kat suami..mmg batal.kena ikutlah tip2 tu..maklum saja perempuan ni,lps bersalin..byk masaalahnya..elakkan makan yg berangin.tapi yg berangin tu lah yg sedapppp...

    setakat ni alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam k.Nor..Tu lah k.nor..lynn pun tak pernah dengar tapi alhamdulillah pertanyaan seorang teman nie..menambah ilmu lynn..

      Delete
  2. tak sangka kan ada jugak angin depan. hikhik.

    ReplyDelete
  3. ooo ada jugak camtu yer... sy xpnh blaku plak n xpnh terpikir pun..

    apa2 pun thanks tau kongsi info :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ell Dan Intan Berlian...Tu la..memang tak pernah tahu..mungkin sebab perkara sensitif jadi sukar untuk dibincangkan..

      Delete
  4. Ilmu yg berguna...Semoga bermanfaat utk kita semua..

    ReplyDelete
  5. tq, perkongsian yang amat berguna

    ReplyDelete
  6. sgt bagus info dan ilmu.. thanx for sharing

    ReplyDelete
  7. KESEMPURNAAN dalam ibadah itu hadir dengan ilmu kan...

    ReplyDelete
  8. name pun angin kan. tak kire kuar depan atau blkg. ;)

    ReplyDelete