4 Sept 2012

Ziarah Raya 2012

Assalamualaikum

Selamat pagi dan salam sejahtera semua. Hari nie baru masuk ofis, semalam anak2 tak sihat so perancangan untuk bertolak dari Shah Alam ke Butterworth terpaksa ditangguhkan. Baru malam tadi saya bertolak balik ke Butterworth selepas 4 hari di Shah Alam.

Kat sana ramai jiran-jiran yang buat open house. Rumah saya buat pertama kali memang takde sambutan raya langsung. Takde mood lah nak buat open house bila jauh-jauh macam nie. Serbi-serbi barang dapur tak complete. Ada juga jiran yang bercadang nak datang rumah, tapi saya ngan hubby yang tak lekat kat rumah.

Just nak share tentang perasaan saya bila tiba time berpisah dengan hubby semalam.Bangun pagi-pagi saya dah rasa mood tak menentu. Ye lah..mood nak berpisah. Macam tu lah hakikatnya sejak kami PJJ nie. Bila time nak balik je hati saya gundah. Serba serbi tak kena. Itu tak kena, ini tak kena. Maklumlah...bukannya dekat Shah Alam ke Butterworth. Makan rasa tak kenyang, mandi rasa tak basah bila tiba hari nak balik ke Penang.. Dah tu...bila bercakap dengan hubby..airmata cepat sangat nak menitik.

Kuasa Allah mengatasi segalanya. Tiap kali berpisah, hubby akan hantar ke atas bas..tiap kali itulah juga saya akan melelehkan airmata. Memang pun..saya memang cepat melelehkan airmata..huhuhu. Pas tu hubby akan bersalam dengan kitorang berkali-kali..Entah dia perasan ke tak.. Saya kesiankan dia kat sana. Dalam masa yang sama kesian jugak kat diri sendiri. Tapi alhamdulillah..masih waras..masih mampu memujuk hati. Cuma rasa terseksa tiap kali berpisah. Najah pun dah pandai buat perangai tiap kali nak balik. Ada macam-macam perangai dia tunjuk kat hubby. Zahin pun sama. Tapi alhamdulillah..setiap sesuatu pasti ada hikmah besar yang menanti. Insyaallah.

Hari Sabtu dan Ahad, ada open house sekitar rumah sana. Ada je soalan terpacul dari mulut jiran. " Sampai bila nak duduk macam nie? , Tak kesiankan suami ke? Kenapa tak berhenti kerja?"
Ish rasa macam tak nak je jawab soalan semua tu. Boleh tak tanya soalan yang cerdik dan menjaga hati sikit? Paling pelik bila keluar soalan.."Anak-anak dengan sape? dengan lynn ke? Kenapa suami tak jaga?"
La...janganlah tanya soalan macam tu. Dah tentu anak-anak lebih sesuai dengan ibunya. Lagipun saya kat sini ada family dan kakak yang selalu membantu menjaga anak-anak. Kalau dengan suami dah tentu menyusahkan dia nak hantar anak ke baby sitter dan sekolah. Ke..saya yang sensitif sangat padahal soalan tu normal je..?

Dah..sudah-sudah lah tu..

Tukar topik pulak ye.

Sabtu..saya pegi beraya kat rumah sepupu hubby kat KL. Kat area Setiawangsa. Seronok sangat. Tapi sayang tak sempat nak bergambar sebab seronok bercerita sakan. Malam tu pulak..terus runner ke Pelabuhan Klang. Rumah baby sitter anak-anak saya. Memang rumah dorang tu dah jadi kewajipan tiap kali cuti sekolah pun mesti anak-anak nak pegi rumah mama ina dorang. Orangnya baik sangat. Pandai memasak. Dah macam ahli keluarga sendiri dah.

Hari Ahad pegi Banting, Selangor. Rumah kawan lama yang sama-sama mengajar. Dia muda lagi tapi seronok berkawan dengan dia. Seronok juga tengok rumah dia yang sangat unik. Suami dia Malik pandai memasak. Ada sup tulang, ayam bakar dan nasi impit kuah kacang. Sangat menyelerakan.

Abaikan benda apa ntah yang kabur tu..(with nashitah..)

7 comments:

  1. Assalam lynn..hanya lyn yang tau bagaimana rasanya berjauhan kan..moga lynn cepat dapat bertukar mengikut suami

    ReplyDelete
  2. Sabar ye lynn, mmg mcm tulah klu hubby berjauhan ni, mcm hubby Aju ni tiap2 mggu ke Perak, dah biasa jaga bebudak ni sendiri, bukan apa terpaksa paham dah kejenya cenggitu, takpe lynn klu ada rezki Utk tukar kerja dan ikut suami, apa salahnya ikut kan, mcm hubby Aju ni kontrak, maybe end of this year projek kat Perak habis, pastu xtau pegi mana pulak ;(

    ReplyDelete
  3. Ujian dalam mengharungi hidup tetap ada Lynn. Mana ada yg terus smooth sepanjang hayat. Tabahkan hati...

    ReplyDelete
  4. As salam Lynn yg manis,

    Jgn susah2 hati ek... sabar byk2 sb pasti kesudahannya nanti sgt2 cantik & indah:)) Siapa yg cakap2 mcm tu? mmg nak kena babab mulut dia tu... sedap je teliti masalah org ye... busy body betulkan... yg penting Lynn kena kuat demi anak2... Marya tgk Lynn dah cukup tabah dah... kalau kena kat Marya tak tahulah ek sb spjg kawin xpernah lagi pisah dgn hubby... Take care ye Lynn..

    ReplyDelete
  5. sedey lak bc entry nie....kala saya pun tak sanggup.....

    ReplyDelete
  6. yelah lynn...kena byk2 sabar dgn situasi yg lynn lalui skrg nih. insyaAllah... byk2 kan berdoa selalu.

    ReplyDelete