30 Nov 2012

Handphone hilang sekejap

Bismillahirrahmanirrahim.
 
 
Saya baru je mengalami kejutan kali kedua minggu nie. Pagi tadi lepas bersarapan baru saya perasan handphone saya takde kat meja. Puas saya cari..tak jumpa..Cari kat toilet..tak jumpa jugak..Cari kat surau..pun tak jumpa jugak..Dalam peti besi..pun tak ada..Ya Allah kenapa jadi macam nie..?Manalah saya letak phone nie?
 
 
Okay..Relaks dulu..fikir balik tadi letak kat mana..?Puas fikir..Rupanya memang kat meja. Tak letak kat mana-mana lagi dah..Saya pun takde pegi mana-mana pun lepas sarapan kat meja tadi. Saya terus hint kat Pembantu. Cari lagi..pun tak jumpa. Try call tapi tak dapat dihubungi. Hmm mesti dah kena curi. Lama-lama jadi heboh satu ofis. handphone saya kena curi. Kebetulan masa kejadian ialah dalam lingkungan 9.00 pagi ke 10.30 pagi. Suspek utama kawan-kawan ialah staff atau cleaner yang berada dalam jangkaan masa tersebut.
 
 
Selepas sport check dengan bersungguh-sungguh di dalam bahagian saya nie..Masih tak jumpa juga..So Big Bos saya suruh sport check kat Bahagian sebelah. Cari-cari punya cari pun tak jumpa jugak. Tapi tak tau kenapa hati saya terdetik yang suspek tu saya tahu orangnya..dan saya tau handphone saya tu akan dijumpai. Masa dah nak give up saya buka kali terakhir peti besi yang mengandungi barang-barang lama bahagian tersebut. Fuh..tetiba nampak handphone saya kat situ. Dah la terkeluar dari casing..memory card pun hampir nak terkeluar. Syukur akhirnya jumpa handphone kesayangan saya tu. Walupun simcard dah tak de. Nasib baik sempat call celcom batalkan sim tersebut. Alhamdulillah.
 
Saya tak nak tuduh dia. Tapi sungguh kelakuan dia sebelum, semasa dan selepas kehilangan handphone tu sangat mencurigakan. Saya tak nak kata apa-apa. Yang pasti lepas jumpa handphone saya tu (masa jumpa handphone dia dah keluar nak pegi sembahyang jumaat) dia tak masuk ofis balik..
 
Takpe..saya maafkan segalanya. Mungkin dia terkhilaf. Semoga Allah memberkati dia..Insyaallah.


3 comments:

  1. bukti belum terbukti..

    tapi kekadang suara hati tu adakalanya betul..

    selalu berhadapan pulak..dgn si fulan dah peel pelik..lglah..

    alhamdulillah udah jumpakan..

    ReplyDelete
  2. as salam

    eh eh..sama2 tempat keje pun boleh buat tebiat macam tu..mujur lah jumpa..alhamdulillah:)

    ReplyDelete