27 Nov 2012

Tsunami Hidup

Assalamualaikum.
 
Dalam hidup kita seharian..siapalah yang akan menyangka kita akan diuji dengan musibah besar yang akan membuatkan kita terduduk atau kita akan diuji dengan segala kabahagiaan, kekayaan atau kesenangan sehingga kita lupa dari mana asalnya kita datang..?
 
 
Adakala kita kuat menongkah arus hidup yang penuh bermacam ragam..adakala kita perlukan tongkat untuk menampung kaki berjalan.
 
 
Mungkin kita selalu beranggapan orang yang memohon sedeqah dan simpati ialah orang yang sangat malas untuk berusaha. Tapi pernahkah kita terfikir mungkin juga sebelum ini dia adalah seorang yang sangat kaya tetapi telah ditarik segala kekayaannya kerana ujianNya.
 
 
Mungkin juga kita selalu berasa irihati melihat mereka yang sentiasa senang dan tak pernah dilanda malang..tapi siapalah yang sangka setiap kemewahan mereka tida pewaris yang akan mewarisi.Kita selalu melihat dari satu sudut perspektif sahaja. Apakata kita bongkah segala kemelut yang ada dengan melihat dari pelbagai sudut persepsi.
 
 
Orang Islam dilahirkan dengan Islam, Iman dan Ehsan. Apapun yang mereka lalui dengan Iman itulah mereka jadikan sebagai kekuatan. Sujudlah pada Dia....mengadu padaNya...Dia akan sentiasa di sisi...
 
 
Saya masih mengumpul kekuatan untuk terus berdiri....Dugaan yang Allah beri pada saya baru-baru ini amatlah berat namun saya tak bercadang untuk berkongsi..Biarlah ia reda dan akhirnya hilang begitu sahaja. Saya tahu Dia sentiasa di sisi saya. Buruk manapun saya...sesungguhnya ia mengajar saya erti syukur apabila diuji sebegini..
 
 
Akhirnya saya kenal siapakah lawan...siapakah kawan...
 
Siapa yang akan jatuhkan kita....dan siapa yang akan memaut bahu kita...
 
Berhati-hatilah apabila mengorak langkah.
 
Jika kita jatuh.................................Kita akan bangun juga nanti.............................

 
Inilah dugaan yang paling besar....Siapapun tak mungkin terfikir ia akan melanda saya ibarat Tsunami yang telah menghancurkan segala......Mungkin saya akan bangun seperti Acheh...atau mungkin tidak bangun langsung...Allahuakbar..............

7 comments:

  1. Bertabahlah dan mengadulah kepada Yang Empunya diri kita ini. Semoga segalanya akan selesai dengan baik.

    ReplyDelete
  2. sabda Rasulullah ada lima musuh sentiasa bersama orang Islam iaitu oarang mukmin yg hasad, orang munafik yg marah,orang kafir yg memerangi nafsu yg berganjak kpd kejahatan dan syaitan yg menyesatkan.'

    bg orang mukmin yg benar2 beriman maka lima musuh itu sentiasa menjadi penghalang bg mendekatkan diri dgn Tuhan.

    walau apa pun yg berlaku tabahkan hati dekatkan diri dgn Tuhan.

    ReplyDelete
  3. baru berkesempatan jenguk blog kak lyn ...
    sangat cantek!!!!
    maria tak tau pun yang kak siti dah dpt tukar ke sarawak ...
    insyaAllah kita sama-sama doa permohonan kak lyn jugak diterima nanti ...
    jgn sedey2 tau ...chilll ya :)

    ReplyDelete
  4. semoga ALLAH permudahkan segala urusan lynn.. aminn.. sedih ye dapat ct rasa tp tak sama dengan jiwa yang menanggung... be strong lynn :)

    ReplyDelete
  5. As salam wbt Lynn,

    Meremang bulu roma baca nukilan Lynn ni... Moga jangan roboh terus, bangkit ye kawan! *Hugssss*

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya baik baik saja. Bersabar ye. Berdoa dan berusaha moga segalanya dipermudahkan. Ros memang tak tahu apa yang berlaku pada awak. Tapi, ros jugak pernah rasa sedih dan hampir rebah tatkala diuji. Namun kita sebagai hambaNya, teruskan berdoa kepada Allah dan jangn ssesekali putus asa. :-)

    ReplyDelete