9 Jan 2013

Note RM baru menyusahkan saya

Assalamualaikum.


Pagi-pagi ni saya terasa sangat hangit. Bukan nak mempertikaikan tentang sesiapa pun tapi saya rasa tak puas hati dengan kehadiran duit baru sekarang nie. Bukan setakat duit kertas termasuk duit syiling sekali. Saya tak faham kenapa tak ada orang yang mengambil berat tentang hal ini. Kita orang biasa nie memanglah tak ada kuasa nak buat perubahan. Tapi orang yang bertanggungjawab tu pernah tak terfikir betapa duit baru nie mengelirukan ramai orang?


Semalam saya keluarkan duit dari bank. Dekat mesin ATM lah. Kat situ tertulis duit yang boleh ATM tu keluarkan cuma RM50, RM10 sahaja. Tapi masa saya keluarkan tu..ada dua keping duit RM50..yang selebihnya RM20 dan RM10. Tak ke pelik? Tapi takpe lah.Asalkan duit tu mencukupi saya tak lah kisah sangat.


Malangnya masa berbelanja tu tanpa sedar bila membayar tu saya terlupa yang saya ada RM20. Saya ingat saya bayar RM10. So bayangkan kerugian yang saya tanggung. Bila nak minta balik kat Cashier, dia berkeras yang saya bayar guna duit RM10 tanpa mahu membuka balik peti simpanan duit tu. Geram betul saya. Tapi saya pujuk la hati nak buat macammana bukan rezeki saya.


Macam tu jugak dengan syiling. Ada ke buat syiling 50 sen tu kecil..bentuk seakan-akan sama dengan syiling 20 sen. Saya tak tahulah kalau saya seorang je yang rasa geram. Mungkin orang lain tak rasa. Dah lah warna RM20 seakan-akan sama RM10. Nipis pulak tu. Bila tertarik duit tu dari purse...Ingatkan tarik sehelai..rupanya dua helai..Hati-hatilah ye..(pesanan lebih kepada diri sendiri)

Wassalamualaikum W.b.t..

4 comments:

  1. betul lynn, saya pon tak suka dgn duit baru ni,....menyusahkn,,,,

    ReplyDelete
  2. ya..saya setuju..saya sendiri pernah terguna not RM20 yg saya sangkakan not RM10...dan saiz duit syiling baru mmg mengelirukan...50 sen macam 20 sen...tapi at least warna lain...kalau 10 sen baru & 5 sen baru, dah mmg hampir2 serupa betul!

    ReplyDelete
  3. bila note rm20 tu mmg kena berhati-hati.. begitu juga syiling 50sen dan 20sen sebab saiz lebh kurg sama je.. sblm byr kena tgk betul2 jumlah note atau syiling yg kita bg pada cashier...

    ReplyDelete
  4. Betullah tu. Duit sekarang ni menyusahkan. Duit kertas dah la nipis melayang. Melekat lekat pulak tu. Yg duit syilingnya pulak kecik dan mengkonpius kan...klw nak byr kena tgk betul betul. Yang note 20 pulak sya suka simpan sbb ssh nak dapat...

    ReplyDelete