31 Jan 2013

Travel di hujung minggu

Dengan Nama Allah..

Assalamualaikum.

Sempena cuti umum Maulidur Rasul dan Thaipusam baru-baru ni saya direct bercuti selama 5 hari. Alhamdulillah ada cuti berkapit dapatlah saya berlama-lama sikit berehat di rumah Shah Alam. Saya cuma apply cuti rehat untuk hari Jumaat sahaja. Anak-anak..saya tolong cutikan sekali dari sekolah.


Zahin kata..  "Ummi tak yah tulis surat untuk cikgu sebab cikgu kata kalau tak datang sehari takpe jangan tak datang sampai dua hari.."


Oh boleh pulak macam tu ye. Tapi saya tulis surat jugak maklumkan perkara sebenar lagipun hari Jumaat tu sekolah Zahin ada Perarakan Maulidur Rasul. Lebih baik kita maklumkan lagipun saya pun bukannya tak pernah mengajar sebelum ni. Macam tak faham pulak senang-senang je pontengkan anak-anak dari sekolah.


Plan asal nak bawa mak abah sekali untuk pergi ke Shah Alam. Biasanya kalau saya bawa mak abah, saya akan drive dan drop diorang kat umah abang chaq. Tapi sebab abah tak berapa sihat diorang tak jadi ikut. Dan disebabkan tiket bas dan tiket keretaapi saya tak sempat beli, saya gagahkan jugak drive sampai ke Ipoh (umah adik ipar) dengan anak-anak je.


Jangan kata saya tak gementar drive sejauh tu seorang diri. Risau sangat. Tambah-tambah pengalaman saya awal tahu hari tu radiotor kereta bocor dan temperature kereta naik mendadak sampai berasap kereta.. Tapi saya kuatkan semangat sebab nak jumpa hubby.


Hubby pulak dari Shah Alam naik bas sampai ke Ipoh. So bila saya sampai kat Ipoh dia dah sampai dulu. Then kitorang singgah sekejap je kat umah adik ipar dan teruskan perjalanan ke Shah Alam.....


Hmm...macam kartun?  Macam orang gila...?


Memang itulah yang berlaku. Saya tak sekuat mana nak drive seorang diri ke Shah Alam tanpa abah yang selalu meneman. Kiranya dari Butterworth tu ke Ipoh tu kira dah terror sangat dah tu..hehe..masuk bakul angkat sendiri..


Cuma kesiankan hubby yang bersusah payah. Hari Isnin sempena Thaipusam tu pulak hubby drive terus dari Shah Alam ke Penang. Sampai pun dah malam. Sok paginya Hubby ambil bas dari Penang ke Shah Alam. Hmm..kartun sekali lagi.


Jiran saya kata..."Ish hangpa ni buat Penang-Shah Alam macam dari kampung ni ke kampung sebelah.."


Itulah hakikatnya. Penat..Membazir duit memang tak payah cakap la. Tapi cuti 5 hari dirumah sendiri...punyalah seronok tak terhingga. Habis rumah tu saya susun atur balik semula. Yang paling best..Buah mangga yang saya tanam 2 tahun setengah yang lalu dah berbuah..Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah ya Allah..selama nie saya tak pernah menanam pokok yang berbuah tapi hari ini saya dapat rasa sendiri hasil pokok yang saya tanam.. Sroot....sebak sangat...
 


7 comments:

  1. salam lynn..lama tak singgah sini...
    terpaksa la berkorban kan demi hubby..

    ReplyDelete
  2. tak berpa paham citer ni. skrg ni tinggal kat mana? kat shah alam tu rumah sape pulak???

    ReplyDelete
  3. Ai! makan mangga pun sebak! aduhhh....

    ReplyDelete
  4. wah, memang best kak kalau dapat makan hasil tanaman sendiri. rasa puas sangat kan :)

    Ros pun pernah alami jugak, ulang alik kl-kedah dan kl-jb macam dekat je. nak buat macam mana kan. BIla berjauhan perlu ada pengorbanan :)

    ReplyDelete
  5. As salam Lynn,

    Marya baca pun rasa penat, letih & rasa mcm kartun gak! Mmg tak dpt nak bayangkan jd long-distance & weekend-hubby-wifey ni...dgn anak2 lagi... Marya doa Lynn sekeluarga terus bertahan & jgn putus asa ye... Allah akan tolong juga satu hari nanti... Marya ingat nak balik for good next year sb nak kerja... Tak sanggup nak pisah dgn hubby & kitorang pun dah decide, susah mcmana pun kami taknak tinggal berjauhan... Akan usaha juga utk balik bersama kecuali atas kehendak Allah... Kita hanya mampu merancang kan... take care Lynn..

    ReplyDelete
  6. fuh! memenatkan tp memuaskan.... jika itu boleh membuatkan lynn bahagia, its ok. orang lain yg x biasa mestilah agak pelik...

    ReplyDelete
  7. Orang yang melihat mungkin tak faham, kan? Tapi kualiti utk berhimpun sesama keluarga itu sangat tinggi nilainya.

    Apapun berhati hati selalu ya.

    ReplyDelete