12 Apr 2013

Hamil dan bleeding

Assalamualaikum.

Kandungan saya baru disahkan mencecah usia 6 minggu. Alhamdulillah. Pening dan loya pun dah datang bagi salam dah tu. Tapi kalau nak dibandingkan dengan pengalaman lalu rasanya kira okay lagi yang ni, tak lah teruk lagi. Tapi tak tau la kot masih baru lagi kan. Harap-harap Allah permudahkan sebab bukan senang untuk melaluinya tanpa suami di sisi.

Alhamdulillah, hubby seronok sangat. Zahin dan Najah pun nampak memahami. Zahin makin rajin membantu kalau saya perlukan apa-apa pertolongan. Nampak sangat dia bertanggungjawab memikul tugas sebagai seorang abang.

Najah pun dah kurang buat perangai. Ada la lagi sikit-sikit perangai mengada-ngada tu. Tapi tak lah teruk sampai saya tak boleh handle.

Awal pagi, memang terasa susah sangat nak bangun pagi seawal 5.45 pagi macam biasa. Berat sangat rasa badan, kaki, kepala. Bila nak gosok gigi tu dah mula rasa cam rasa tak best je nak gosok. Tapi takkan la nak pegi keje tak gosok gigi kan..hehehe..ade ke yang tak gosok gigi pegi keje?

Macam sekarang saya banyakkan mengunyah biskut, makan gula-gula. Pengalaman lalu banyak buat saya belajar untuk mengelakkan mabuk yang teruk. Tapi orang kata kalau dah nak mabuk/alah tu nak buat macammana kan..? Cuma mungkin kita dapat kurangkan sikit rasa mabuk/alah tu.

Hmm lupa pulak nak cerita.

Hari Jumaat lepas, ketika bangun dari tidor tu saya dah rasa lain macam. Rupanya saya bleeding. Malam sebelum tu memang saya rasa sakit perut macam nak senggugut, tapi saya buat tak tahu je la ingatkan sebab badan penat. Pagi esok tu, rasa macam ada sesuatu keluar. Bila check terkejut saya sebab ada darah merah diiringi rasa sakit.

Saya gagahkan diri ke ofis, perjalanan memakan masa 1 jam dengan lalulintas sesak sangat pagi tu. Sampai kat parking, nak keluar dari kereta tak boleh. Rasa sakit sangat kat bawah perut tapi gagahkan diri jugak. Lepas punch card terus naik atas dan ke toilet dulu. Tengok bleeding. Terus saya nangis tak tau kenapa rasa takut, sedih, risau semua ada...


Pagi tu jugak terus ke klinik, doktor terus injection dan beri ubat untuk kuatkan rahim. Sehingga hari ni saya masih bleeding tapi tak banyak dah macam hari tu.


Saya pun tak tau nak kata apa, mungkin masih baru. hari ni hubby balik so esok baru nak ke klinik. Doakan kandungan ni baik-baik ye.. Insyaallah..amenn..

9 comments:

  1. take care sis seriau gak bca entry akk, smga bb sht n slmt hingga deliver

    ReplyDelete
  2. lynn, bykkan berehat. semoga semuanya selamat.

    ReplyDelete
  3. awak, jangan banyak gerak eh..
    dulu masa anak sulung pon sama bleeding ms 6minggu pregnnat.. Allah ja tau..asal tringat asyik nangih, alhamdulillah lepas amik ubat kuatkan rahim, lepas 3 mnggu cek dh ada heartbeat baby. Insyaallah, doa banyak2..

    ReplyDelete
  4. Ina Tahniah... moga kandungan baik-baik sahaja... memang mabuk teruk ka?

    ReplyDelete
  5. SEMUGA AWAK KUAT HADAPI TEMPOH PREGNANT NI..TAKE CARE LIN :)

    ReplyDelete
  6. salam akak. sama ngn saya di kandungan 6 bulan saya bleeding tapi tak inject pun. alhamdulillah kandungan selamat sampai sekarang, insya allah

    ReplyDelete
  7. jaga diri baik2 lyn.. sy plk yang teruja dgn kehamilan awak.. ada rezeki nak merasa lagi.. seronok.. take care lyn.. :))

    ReplyDelete
  8. Tahniah dear... Semoga you n baby dalam keadaan baik selalu...

    ReplyDelete