6 Jun 2013

Saya GUGUR..

Assalamualaikum.

Lama saya tak menjengah di sini. Mungkin mencari kekuatan untuk berada dan bercerita di sini..Atau mungkin saya mahu melupakan semua yang berlaku..Mungkin..

Hari ni hari kedua saya bekerja..Selepas MC selama 22 hari. Ye..saya gugur ketika usia kandungan 10 minggu. Hampir 3 bulan kandungan di dalam Rahim.

Sempat juga merasa alah, mabuk. Betapa saya bersyukur dikurniakan semua rasa dalam hidup ini. Pada mulanya saya agak tertekan. Entah..taktau kenapa perasaan tu ada. Saya tak pernah lalui keguguran sebelum ini, dan saya tak pernah merasai perasaan itu sehinggalah saya mengalaminya sendiri.

Ketika doktor mengkhabarkan berita tersebut..saya cukup emosi. dengan keadaan yang berada jauh dari suami, saya gugup bila diberitahu bahawa dia telah tiada. padahal saya masih merasa mabuk, pening, muntah.

Saya menangis di hadapan doktor. Bukan kerana semata-mata sedih dengan perkhabaran tu..Tapi sejak kebelakangan ni banyak yang saya lalui dalam perjalanan hidup.

Cyst saya juga makin membesar. Doktor mencadangkan operation dillakukan hujung Julai. Saya masih berusaha menggunakan kaedah tradisional, Islam agar cyst tersebut kecut sendiri. Insyaallah..

Cerita PJJ saya masih sama..Cuma saya mohon doa dari kawan-kawan supaya saya dan hubby diberikan kekuatan untuk mengubah hidup kami yang sedia ada ini. Saya harap kami dapat bersama kembali..

Untuk hubby..

Terima kasih kerana di sisi saya ketika saya lalui keadaan tersebut.. Terima kasih kerana sabar dan menyabarkan saya. Terima kasih kerana berkorban segalanya..Terima kasih kerana menyuap makanan ke mulut saya..Saya sayangkan abang seperti saya sayangkan diri saya. Untuk anak ummi yang tak sempat lahir..Ummi sayang sangat..Ummi takkan lupa setiap saat awak berada dalam kandungan ummi.. Ummi harap dapat berjumpa dengan awak di sana...Insyaallah..amin..

12 comments:

  1. salam

    semoga tabah, pedih itu memang sukar untuk dilupakan. kehilangannya kerana Allah ingin sediakan satu tempat untuk ibunya di syurga. amin.

    ReplyDelete
  2. Sedihnya... sy pun prnah gugur, jadi fobia bila dgr org gugur... bkn rezeki lagi kali ni... Kuatkan smngt... Allah tahu yg terbaik... Allah uji sebab dia sayang... :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah bakal ada pengganti masa akan datang...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum lyn..sudah bukan rezeki kita..harap lynn tabah ye..

    ReplyDelete
  5. assalam lynn..semoga lynn tabah..insyaallah..ada lagi rezeki lynn untuk mengandung lagi nanti.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,..
    saya turut bersimpati,..sedih baca...tapi apakan daya,..takdir Allah tak dapat kita duga,...moga segalanya akan kembali pulih....dan tabah hadapi ujian Allah....

    ReplyDelete
  7. salam kak,
    insya allah dia akan tunggu akak di pintu syurga utk pimpin tangan akak masuk jannah sama-sama. sabar ye kak.

    semoga berjalan lancar semuanya. insya allah.

    ReplyDelete
  8. Ujian itu dtg pasti ada hikmahnya Lynn. Bayangkan kalau cyst itu membesar mengikut perkembangan kandungan pasti bahaya buat baby dan Lynn juga. Lalui dulu operation atau apa juga cara utk buang cyst itu dulu Lynn. Insya-Allah masih ada peluang utk dapat baby lagi... banyakkan sabar dik...

    ReplyDelete
  9. saba sis... walaupun sy x mengerti ttg sakit puan tp sy memahami perasaan sedih sis tuu...

    ReplyDelete
  10. akak doakan moga lynn sentiasa tabah dan sihat selalu, insha Allah..take care ye lynn

    ReplyDelete
  11. Innalillah..semoga tabah insyallah..cuba lagi...still young. Ada hikmah kan..

    ReplyDelete
  12. Assalam & salam kenal,
    sedih akk baca coretan adik...tp akk dpt merasainya sbb akk pun pernah mengalami perkara yg sama, mmg sgt sedih apalg ketika itu suami tiada disisi. setiap yg berlaku ada hikmahNya. sabar, pasrah & redha, lebih menenangkan hidup kita. InshaAllah kita akan berjumpa dgn dia yg menanti ibunya di alam sana, inshaAllah....janji Allah itu pasti.

    ReplyDelete