10 Feb 2014

20 minggu sudah..

Assalamualaikum


Happy Monday.. Happy ke? Boleh la kan..Alhamdulillah kandungan dah mencecah usia 20 minggu. So masuk 5 bulan sudah..


Alhamdulillah, segala syukur padaMu Ya Allah. Kandungan ini selamat sehingga usia 20 minggu. Doktor kata usia sebelum 20 minggu berisiko besar untuk gugur, sama seperti kandungan yang lalu. Tapi syukur sekurangnya masih ada harapan yang DIA beri pada kami. Syukran Ya Allah.


Yang paling best, dah tak alahan lagi. Dah boleh bau minyak, dapur dan sebagainya. Alhamdulillah. Berat badan pun dah naik sedikit. Lost 5 kg bukan satu benda yang menarik hahaha...Tak sanggup rasanya nak kenang semua alahan tu. Alhamdulillah dah boleh makan walaupun selera tu kejap on kejap off.


Tapi masih ada sesuatu yang perlu dirisaukan. Cyst Endometriosis ni. Makin hari semakin tak selesa. Walaupun dia tak membesar just static je, tapi kehadirannya sangatlah tidak menyelesakan. Kadang-kadang terasa seperti kejang diperut, tak pasti samaada sebab cyst atau bukan. Kerap kencing jugak satu dari masalah yang buat rasa tak selesa. Kaki pun dah mula pandai kebas-kebas, tapi tak bengkak besar pun.


Perut masih kecik tak nampak lagi walaupun hakikatnya dah tak leh pakai mini kurung. So fokus pada baju kurung buat masa ni.Huhuhu. Tapi dah start beli sikit-sikit baju maternity. Semangat la pulak hehe.


Seriously...Saya teruja dengan kehamilan ni. Walaupun suami masih belum bertukar ke sini, tapi saya tetap semangat berjuang habis-habisan. Saya nak buktikan kat doktor hospital yang selalu saya pergi check tu bahawa saya buat keputusan yang tepat untuk teruskan kandungan ni. Huish apahal pulak ni?kikiki





2 comments:

  1. semoga dipermudahkan dan selamat..membesar dengan juara ye baby.... cyst tu moga dia tak menjejas kan kandungan ...

    ReplyDelete
  2. Dah start rasa baby movement? Saya doakan dipermudahkan sepanjang urusan pregnancy awak

    ReplyDelete