Assalamualaikum.
Alhamdulillah..Kandungan telah masuk usia 7 minggu. Sehari selepas hubby balik ( 13/04/2013) Saya telah admitted di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang kerana bleeding yang berterusan.
Pada mulanya kami ke Klinik Bersatu Tasek Gelugor then doc yang bertugas telah scan dan memaklumkan tiada kesan kantung janin ditemui. Jujur akui saya hampa sekejap tapi bila hubby ada di sisi dan berikan kekuatan supaya berserah pada Allah, saya redha dengan ketentuan tu.
Doc menulis surat bagi tujuan rujukan di Bahagian Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan keesokan harinya saya sempat hantar anak-anak ke sekolah dengan hubby. Dalam keadaan yang tak berapa nak kuat, tekanan darah rendah, lenguh kaki dan sakit di bahagian ari-ari saya dan hubby terus ke Bahagian Kecemasan.
Di sana saya dinasihatkan supaya ditahan di wad dengan alasan mereka perlu melakukan scan secara ultrasound (betul ke ni?). Dan ketika scan itulah seorang doktor perempuan terus rujuk saya ke pakar 1 di HSJ dengan memaklumkan bahawa dia tidak pasti dengan hasil scan yang telah dilakukan ke atas saya.
Selepas dirujuk ke pakar 1 barulah doc pakar tersebut menerangkan bahawa di dalam rahim saya memang terdapat kantung janin yang masih kecil dan disebelahnya terdapat cyst sebesar tapak tangan. Bayangkan perasaan saya...Dunia perubatan bukanlah satu dunia yang dekat dengan saya, tapi bila dia sebut cyst saya terus terfikir tentang kandungan yang masih kecil tu. Bohonglah jika airmata tak menitik. Terasa betapa daifnya sebab saya tak pernah membaca lanjut tentang cyst.
Doktor nasihatkan saya tidak banyak bergerak, tidak stress kerana ada dua kemungkinan yang akan berlaku kepada saya samaada saya gugur atau cyst tersebut mebesar bertukar menjadi kanser.
Dan hari ni...saya masih lagi bleeding walaupun berehat panjang selama seminggu di hospital dan di rumah.
Tapi bezanya, kekuatan yang saya ada lebih kuat berbanding minggu lepas. Jika Allah lebih menyayanginya..saya redha..Tapi jika takdirkan dia milik saya di dunia..Saya bersyukur dan berdoa semoga dia baik-baik..sempurna tubuh badan dan akal fikiran. Insyaallah.
Saya bersyukur walaupun hubby jauh dari saya sekurangnya saya ada ramai kawan-kawan yang mengambil berat tentang saya. Dan saya hargainya. Semoga kawan-kawan semua berada dalam lindungan Allah. Tak kira di mana sahaja berada.
Paling saya syukuri..alah dan mabuk tak lah seteruk ketika mengandungkan Zahin dan Najah. Tapi ada la muntah-muntah dan pening. Bezanya saya lebih kuat berbanding dulu. Mungkin Allah kasihankan saya yang jauh dari hubby dan perlu drive sejam untuk ke tempat kerja.
Keputusan tentang cyst dan scan untuk tentukan samaada kandungan masih ada atau tak pada hujung bulan ni. Setakat ni saya selalu amalkan surah Al-Fatihah, Surah Luqman, Surah Al-Hijr ayar 97-99 untuk mengelakkan gugur. Serta zikir yang diberikan Nurul (kawan saya) iaitu Ya Mubdi Ya Jalil yang bermaksud..Maha memulai dan Maha Luhur iaitu yang memberi nywa dan mencipta sesuatu yang tidak ada sambil memegang perut. Insyaallah..
Showing posts with label Doa dan Panduan. Show all posts
Showing posts with label Doa dan Panduan. Show all posts
22 Apr 2013
12 Dec 2012
Ayat Seribu Dinar
Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum.
Pagi-pagi masuk ofis ni saya terus buka HRMIS, untuk siapkan SKT. Biasalah..bila dah ramai yang berlumba-lumba nak buka..dah tentu sistem pun slow. Sambil tunggu sambil saya BW.
Pagi-pagi buka Hot FM baru perasan tarikh hari ni 12/12/12..satu tarikh yang sangat unik. Tapi tak semestinya bila tarikh tu unik, kenangan yang akan dilalui pun akan unik jugak kan? Terpulang apa yang kita rancang untuk hari ni atau just lalui je hari ni dengan tenang dan normal. Macam saya..saya just lalui je. Cuma saya teringat, tarikh hari ni saya lapor diri di penang dua tahun yang lalu.Fuh..Satu tarikh yang mengandungi cerita pahit dan manis. Manis sebab bertukar ke tempat baru. Pahit sebab saya mengorak langkah berjauhan dengan hubby.NOKTAH.
Lepas subuh tadi selepas saya baca ayat seribu dinar, saya teringat nak share dengan kawan-kawan kelebihan ayat tersebut jika diamalkan.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)
Seingat saya, masa mula-mula saya amalkan membaca ayat seribu dinar ni 3x selepas selesai solat Fardhu ialah masa saya tingkatan 3. Ustaz pesan sangat-sangat supaya amalkan ayat ni sebab Insyaallah akan murah rezeki dan mendapat keberkatan dalam hidup. Amin.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Rujukan http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/20/kelebihan-dan-hikmat-ayat-seribu-dinar/
Jom kita sama-sama amalkan..Apa yang baik dari Allah..

Maksud ayat seribu dinar
Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)
Seingat saya, masa mula-mula saya amalkan membaca ayat seribu dinar ni 3x selepas selesai solat Fardhu ialah masa saya tingkatan 3. Ustaz pesan sangat-sangat supaya amalkan ayat ni sebab Insyaallah akan murah rezeki dan mendapat keberkatan dalam hidup. Amin.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
Rujukan http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/20/kelebihan-dan-hikmat-ayat-seribu-dinar/
Jom kita sama-sama amalkan..Apa yang baik dari Allah..
25 May 2012
Doa mohon petunjuk di saat sulit
Assalamualaikum..
Kadang-kadang kita akan rasa buntu bila berdepan dengan sesuatu masalah kan. Kadang-kadang kita rasa masalah tu kecik je..Tapi orang nampak masalah tu besar dan berat untuk kita hadapi..Tapi, adakalanya jugak kita rasa masalah tu besar sangat..Tapi orang nampak masalah tu remeh..biasa-biasa jer..
So kalau kita ada masalah..Janganlah lupakan DIA..Dekatkan diri kita dengan dia. Selain tu kita berdoa dengan harapan DIA akan membantu kita walaupun kita tak pasti pertolongan tu akan datang dalam masa terdekat atau tak. Yang penting kena yakin yang DIA akan membantu..
Doa nie boleh dibaca di kala kita berada dalam kesulitan..
Ya Allah..aku memohon kepadaMu, curahkanlah Rahmat dari sisiMu, yang dengannya hati mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat segala yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek..Amin..
P/S : Walau dalam apa bahasa pun yang kita lafaz...Allah pasti mendengar setiap doa yang kita tuturkan..
Terima Kasih yang sudi membaca dan memberi komen..
Subscribe to:
Posts (Atom)