23 Jun 2011

PJJ..

Kalau semua orang dengar PJJ tentu semua orang akan teringatkan Pengajian Jarak Jauh...Bukan senang PJJ nih..yelah..semua tu saya da rasa selama 3 tahun sebelum ni...memang suatu tugas yang amat berat..memandangkan saya terpaksa membahagikan tugas sebagai seorang pekerja,pelajar,anak,ibu,kakak,adik..dan macam2 lagi gelaran...Bolehla kalau sesapa nak panggil Super Woman..saya ok jer....heheheh



Tapi..kat sini saya bukan nak menulis tentang Pengajian Jarak Jauh..Saya nak menggambarkan Perkahwinan Jarak Jauh....Hmm sesuatu yang saya baru dengar sementelah bekerja di Jabatan baru nih...saya mengistilahkan sebagai 'Ibu Tunggal Sementara'..tapi bila kat ofis ramai yang sebut PJJ so..senang cite..tukar jelah tagline baru nih....





Tiba2 fokus kat ofis pagi ni mengisahkan tentang PJJ nih...hmm...pelbagai versi yang didengar...seorang ofismate cerita tentang suami yang berada di Pahang..seorang lagi di K.L..dan seorang lagi yang berada di umah sendiri..tapi jarang bertemu...hmm...pelbagai benda yang kami borakkan..ada yang kelakar..sedih..lucu..semuanya dalam versi yang pelbagai...




Dan saya....macam ni lah...siapalah yang faham jika tak diri sendiri yang tak memahaminya..sebab apa yang saya alami takkan sama dengan apa yang orang lain alami..setiap orang ada versi yang berbeza...



Pengalaman jauh dari suami..membesarkan anak2 seorang diri meskipun ada bantuan kedua ibubapa..kakak..abang...takkan sama membesarkan mereka disamping suami..siapalah yang tahu apa yang anak2 saya rasakan ketika merindui abah mereka...kadang2 terasa jenuh untuk menjawab setiap persoalan yang anak2 lontarkan...

'Ummi..adik rindu abah..kenapa abah tak balik?abah tak sayang adik ke?'


"kawan abangkan..nanti kalau abang cakap ummi jangan marah tau.."


"Takdelah..mana ada ummi marah..cakaplah.."


"Kawan abang..semua kawan2 abang ada abah..."


"Abang kena faham..nanti ummi dapat tukar balik..kita kan balik ke umah kita..tinggal dengan abah..."




Walaupun kadang2 terasa remeh je benda yang diutarakan..tapi sekuat manapun hati seorang ibu...betapa berat untuk menjawabnya..supaya setiap jawapan yang diutarakan..diberi dengan jawapan yang memuaskan hati kecil mereka...



Bukan sedikit wang yang digunakan untuk perbelanjaan berulang alik dari Butterworth ke Shah Alam..Tapi saya pejamkan mata juga setiap minggu..sungguh rasa bersalah,rindu yang menebal terhadap suami..kalaulah dia ikhlas memahami apa yang saya rasa tanpa perlu saya menceritakannya...Itu sudah mencukupi..



Tak terlintas untuk mengeluh..tapi sekuat mana pun seorang insan..adakalanya dia akan terduduk juga...Sokongan dari seorang suami amatlah diperlukan...Suami perlu bijak untuk mengambil hati seorang isteri yang jauh dari sisi..Adakala pernah saya terkesima mendengar tutur yang keluar dari mulut seorang teman.."tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya...".."Berhenti keje..selesai masalah.."
Perlukah seorang teman melafazkan kata2 tu..hmm sungguh kurang sopan..tak sesuwei rasanya..kalau keje kat kedai makan yela..bolehla benti keje or so on..tapi...ni keje gomen..saya da belajar penat2..saya nak rasa duit sendiri..mana sama dengan duit suami yang diberi kepada isteri..tak puas lorr...rasa duit sendiri barulah best..tol tak..???????


Saya...saya bersyukur...suami banyak memberi moral support..bohonglah kalau saya tak menangis dan bercerita kesulitan yang saya alami selama dia tiada di sisi...sakit kaki akibat lenguh berulang alik..terkejar2 turun dan naik bas...dan dialah yang sabar mendengarnya...walaupun hanya melalui telefon...saya bersyukur...tak pernah sekalipun dia suruh saya berhenti keje..sebab dia tahu apa yang saya mahukan dalam karier nih..



Paling saya tersentap bila anak2 tercedera..demam..saya kelam kabut seorang diri..tapi syukur saya mempunyai seorang kakak yang menemani ke mana saya patut pegi..ke klinik..ke sukan sekolah anak..Baru2 nie..Najah tercedera akibat ketidaksengajaan Zahin...Kakaklah yang menemani..saya buntu dan terus menangis telefon hubby..padahal sepatutnya saya bertenang dan menghadapinya...mujurlah cedera sedikit jer..saya yang menggelabah sendiri..



PJJ..saya tak sabar untuk bertukar..tak sabar nak balik ke rumah yang suami saya sediakan untuk perkahwinan kami..tak sabar melihat anak2 ketawa dengan abah mereka....tapi..siapalah yang tahu..kerana itu nanti..saya terpaksa pula meninggalkan mak abah di kampung....yang meniti usia senja..betapa beratnya hati ni bila memikirkannya...apa yang patut saya pilih..menamatkan PJJ ni..atau teruskan PJJ nih..kerana setiap sesuatu disebaliknya..ada cerita tersendiri...



Siapalah yang tahu.........??






No comments:

Post a Comment