5 Jul 2011

Kubersyukur..

Lagi 15minit saya da nak balik..da hampir 4.30 ni saya da settle semua keje saya..terus termenung..terduduk..Entah kenapa hari ni saya banyak berfikir sehingga sakit kepala saya..Banyak benda sebenarnya yang saya fikir..sehingga terasa tak cukup dah jari nak kira berapa benda yang saya tengah fikirkan..



Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup saya sebenarnya..Diam tak diam da 7 bulan saya di sini..Di Jabatan ini..Banyak benda yang saya dah tempuh..Banyak yang menduga saya..Tapi sekurang-kurangnya..saya bersyukur..Bersyukur seadanya dengan apa yang saya miliki..Pahit dan manis itu tentu akan bertukar menjadi sesuatu yang terindah dalam hidup saya sebenarnya..Dan semua tu adalah asam garam dalam hidup saya..


Korang tahu..ada sesuatu yang saya selindungkan dari semua orang.Saya tak tahu samaada ada yang mengetahui apa yang saya lalui ini sebagai sesuatu yang perit atau sesuatu yang manis.Setahun yang lalu saya diduga dengan dugaan yang amat hebat.Tapi setahun kemudian,saya di sini.Sekurangnya bila saya memikirkan keadaan saya ketika itu,saya tak sangka saya akan teguh berdiri kat sini.Saya sungguh tak sangka.Dugaan itu terlalu hebat.Sehinggakan saya hampir terduduk.Tapi saya bersyukur..ketika saya diduga seperti itu..Hubby tetap di sisi saya..dia yang menguatkan saya..dia yang menyapu airmata ini yang mengalir..Sungguh..saya tak mahu mengenangkan saat kejatuhan saya itu..Saya mahu lupakannya..sebagaimana air yang diserap oleh span..hehehe..boleh ke guna pepatah tu..hentam aje lah..


Hari ni..saya dapat kembali apa yang saya pernah kehilangan dulu.Saya dan adik-beradik juga membuatkan abah dan mak saya tersenyum hari ni kerana kami bersama-sama berkongsi duit untuk membina sebuah rumah di atas tanah yang abah beli.Hari ini juga hubby mendapat sesuatu yang membuatkan dia tersengeh..Oh..hari ini adalah hari yang saya syukuri..Kubersyukur seadanya....



No comments:

Post a Comment