24 Aug 2011

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul

Petang semalam tgh sibuk2 nak balik..saya sempat menggodek2 blog kengkawan yang lain.Satu berita yang membuatkan saya tersentak..naluri keibuan rasa sungguh menyentap hati dan kalbu..Sungguh saya rasa sungguh kerdil diberikan ujian yang tak seberapa pon berbanding seorang insan ini..Kehilangan anak kecil yang berusia 2 tahun 7 bulan akibat leukimia.

Ya Allah..beratnya rasa mata ni memandang..tentulah berat lagi bahunya yang memikul.Saya cuba meletakkan diri untuk berada di tempatnya.Tapi sungguh saya takkan mampu berada di tempat dia yang penuh ketabahan tu.Kuat sungguh dia..macam2 dugaan yang dia alami.Dahla suami dia main kayu 3.Diceraikan..Pas tu anak perempuannya juga baru mengadap Ilahi petang Isnin lepas.

Kalau difikirkan secara waras memangla terasa azab sangat.Tapi saya yakin Allah memang sayangkan dia dan beri dia kekuatan yang kuat untuk dia tempuh hidup yang mendatang.Walaupun saya tak kenal dia..secara detail mahupun secara rawak sekalipon..Tapi saya bersedia untuk mendoakan supaya dia kuat dan tabah dengan dugaan hidup yang dia tempuh.

Bila saya termenung sejenak..saya rasa teringat sangat kat Zahin dan Najah.Sesungguhnya saya bersyukur dengan kurniaan Allah memberikan saya 2 zuriat yang sangat comel.Saya selalu mendoakan semoga zuriat kurniaan Ilahi ini sentiasa sihat sempurna fizikal dan mental.Semoga dorang menjadi orang yang berguna kelak.Saya harap sangat anak2 saya menjadi anak yang baik.Semua ibu mengharap perkara yang sama kan???

Buat Leen(kawan yang saya baru nak kenal) saya harap sangat awan mendung yang berada di atas langit yang awak dongak..akan berlalu pergi.Semoga pelangi yang berwarna warni akan menghiasi kehidupan awak di masa akan datang.Buat arwah Dania...semoga tenang di sana..menanti kehadiran ibu kelak.Dekat dengan Pencipta yang sangat penyayang.tenanglah di sana sayang...

No comments:

Post a Comment