23 Aug 2011

Rancangan Raya

Eh baru saya perasan..tahun ni takde gaduh2 pon pasal raya ngan hubby.Selalu mesti ade gaduh manja sikit kan..Barula sweet kalo gaduh.Kalo tak gaduh bukan mesra lah namanya.Selalunya bukan gaduh sebab ape.Tapi more pada berapa hari kat Penang,berapa hari kat K.Pilah.Tahun nie da plan awal2 so macam tak bertembung lah plan saya ngan plan hubby.

Tahun ni turn beraya di Penang.Then raya kedua malam tu akan bertolak ke K.Pilah.Selalunya memang kitorang beraya macam tu.Dua-dua nak balik.Walaupun kadang2 terasa jauh.Tapi biarlah dua-dua rasa beraya di kampung masing2.

Biasanya macam2 menu mak saya masak tau.Macam2 ada.Lemang,ketupat,rendang ayam,rendang daging..bihun sup.kadang2 ada nasi daging,nasi ayam..oh macam2 ada..Tapi siap atur menu la.Takde la raya pertama semua ada.

Tema baju raya tahun ni..serba biru.Tak lah semuanya serba biru.Ada kombinasi lain warna juga.Ada purple..hijau dan oren.Raya kelima saya akan menghadiri kenduri kawan sekuliah..Hehe..akhirnya Rahimah Ishak bertemu jugak dengan jodohnya.Tak sabar nak tengok dia bersanding atas pelamin.

Tahun jugak buat pertama kali dalam hidup saya selama bekerja,saya bercuti panjang selama 2 minggu.Yelah..nak bahagi dari Penang,K.Pilah..then S.Alam..pas tu balik ke Penang balik.Petang sebelum raya,saya memang tak ambil cuti..Masih lagi ada kat ofis. Yelah..bagi chan dorang cuti.Tahun depan saya pulak yang cuti ok.

Setakat ni persiapan tuk saya masih belom settle.Biarlah..tunggu hubby balik baru runner g shopping.Tuk anak-anak macam da settle.Untuk hubby je kena cari shirt warna oren.Yang lain da settle kot.Kuah raya tuk mak kedua-dua pihak pon ada yang da dapat.Ada yang belum.Takpe lah..Alamak,baru perasan..langsir umah mak belum bertukar lagi..Owh..sempat lagi rasanya nih.Bukan ape tension time nak cucuk besi je.Maklumlah..banyak sangat tingkap umah mak abah saya tu..

Rumah saya kat S.Alam tak lah prepare apa sangat.Sebab baru setahun lebih pindah.Banyak barang dan perabot yang baru lagi.Takkan nak tukar semua perabot ye tak?Jenuh la kalau nak tukar semua..Membazir je.Pakai je langsir tu dulu.Cuma rasanya kalau lah boleh..kalau lah...

Tapi..boleh ke???

Kalau boleh...kalau boleh la...

Minggu kedua raya tu..macam tak nak terima tetamu je..hahahahahha..boleh ke?Yelah..nak spend time ngan hubby dan anak2 je.Kalau boleh nak beraya umah orang je..atau tak nak orang datang beraya umah saya.Sebab..hahahahha..

ish boleh ke macam nih?

hehe sebab saya malas la buang masa saya ngan hubby..

Eh..boleh ke..macam keterlaluan je..Ops sory..tapi tu lah penangan PJJ(perkahwinan jarak jauh)..

No comments:

Post a Comment