15 Aug 2011

Cerita hujung minggu

Dua hari bercuti rasa macam seronok sangat.Tambahan a.chaq yang stay kat S.alam pon balik hujung minggu lepas untuk berkumpul bersama berbuka puasa.Yang takde cuma adik bongsu dan hubby je.

Seronok kan bila berkumpul nie.Macam-macam cerita yang melucukan,menggembirakan dapat mengeratkan silaturrahim antara kita sekeluarga.Mak masak macam-macam menu untuk juadah berbuka.Yang pastinya semua juadah tu sedap sangat dan takde pembaziran selepas berbuka tu.

Zahin langsung tak bersuara mengadu penat ke..letih ke..Yelah sebab ramai sepupu yang sebaya dengan dia.Dan dorang semua berpuasa.Makan pun tak lah lambat sangat macam selalu..Cuma Sahur tadi bila semua sepupu dia takde barulah dia buat perangai balik..Tak lalulah..tak sedaplah..tapi kira ok gakla..sebab da15 hari dia berpuasa..Dasyatla bagi saya ngan hubby sebab tahun lepas cuma dapat 15 hari je.

Sabtu lepas juga saya diuji dengan sedikit dugaan..Keta hubby terbabas sebab kerosakan teknikal pada keta.Tapi Alhamdulillah dia selamat dan keta mengalami kerosakan kecil tapi memerlukan belanja yang agak banyak.Tapi saya bersyukur sekurangnya dia selamat.Wah..memang sendu gile lah masa dapat tau kejadian tu..Macam2 saya fikir..hmm..pompuan kan..memang suka fikir yang bukan-bukan. Harap sangat takde lah kejadian yang buruk lagi..Tapi kita yang merancang..Allah jua yang menentukan..

No comments:

Post a Comment