Korang masih ingat lagi tak yang saya pernah nak share ngan korang tentang cerita nie..Saya dah jumpa kisah nie..so korang ambiklah manfaat supaya kisah nie menjadi tauladan untuk kita semua k..
Kisah yang saya suka untuk
berkongsi kali ini adalah kisah Luqman al Hakim, anaknya dan keldai. Ia
adalah kisah yang sangat mengesankan saya dalam bertindak dan menghadapi
pandangan manusia.
Dalam mendidik anaknya untuk berhadapan dengan pandangan manusia,
Luqman al Hakim telah membawa anaknya dan keldai ke pasar tempat orang
ramai. Mulanya, Luqman al Hakim telah menaiki keldai itu, anaknya pula
yang mengendalikan keldai itu sambil berjalan kaki, maka orang ramai
berkata :
” Inilah orang tua yang tidak mengasihani anaknya, dia bersenang lenang di atas keldai, anaknya pula berjalan kaki! ”
Berikutnya, Luqman al Hakim menaikkan anaknya ke atas keldai dan
beliau sendiri pula yang mengendalikan Keldai dengan berjalan kaki, maka
orang ramai berkata :
” Sungguh biadap anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang lenang di atas keldai! ”
Seterusnya, Luqman al Hakim bersama anaknya menaiki keldai itu bersama sama, maka berkata pula orang ramai :
” Lihat!, seekor keldai membawa dua orang!, alangkah siksanya keldai itu membawa beban berganda! ”
Akhirnya, Luqman al Hakim dan anaknya tidak menaiki keldai itu dan membiarkan ia kosong saja, orang ramai berkata lagi :
” Alangkah anehnya, keldai dibiarkan kosong tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja!”
Apa kalian dapat dari kisah ini?, saya dapat sangat banyak, dan saya
mohon berkongsi sendikit. ” Ridhannas ghoyatun la tudrak! “, itu kata
pepatah arab yang mampu menerangkan kisah ini, maksudnya ” Kepuasan atau
persetujuan dari SEMUA pihak yaitu manusia adalah sesuatu yang tidak
mungkin dicapai “.
Inilah yang kita katakan pandangan manusia, pandangan yang selalunya
silap, jika dibandingkan dengan pandangan Allah. Sangat benar, pandangan
manusia itu sering berbeza beza, setiap apa yg dilakukan pasti ada saja
yang kurang bersetuju, mungkin majoriti, mungkin juga minoriti, tapi
hakikatnya pasti ada perbezaan.
Melihatkan kisah ini, saya tidak mengatakan yang orang ramai yang
memberi komen2 itu jahil atau silap, ada benarnya setiap komen itu
bukan?, ya, memang ada benarnya, saya akui itu, tetapi setiap komen itu
datangnya dari pandangan manusia yang pastinya banyak kekurangan,
saya mahu tanya, jika orang ramai itu
tahu kenapa Luqman al Hakim berbuat demikian, yaitu utk mendidik
anaknya, adakah komen yang sebegitu akan diberikan?, pasti tidak
bukan?…begitulah manusia, ia tidak mengetahui apa yang terselindung, apa
yang tersembunyi.
Apabila berhadapan dengan pandangan manusia dalam menilai sesuatu,
apa yang dikatakan mungkin sangat jujur, namun hakikatnya, manusia akan
berkata dengan apa yg dia tahu dan lihat sahaja, sedangkan mungkin masih
banyak perkara yang tersembunyi yang tidak ia ketahui dan fahami, ia
mungkin satu bentuk kejujuran, namun jujurnya pendapat itu bukanlah
boleh menafikan pandangan Allah.
Kerna inilah kita perlu sentiasa memohon untuk melihat dengan
pandangan Allah yang sentiasa benar, namun seringkali pandangan Allah
itu akan diganggu gugat syaitan laknatullah, kerna itu sumpah setia
syaitan, memalingkan manusia dari kebenaran, ia bukan silap manusia
lain,
bukan silap siapa2, tetapi silap kita sendiri jika masih mahu melihat
dengan pandangan manusia yg serba kurang. Kitalah yg lebih tahu situasi
yang sebenar, dan Allah lah yang lebih2 lagi Maha Mengetahui.
Kejujuran perlu datang dengan pakej hikmah, ikhlas, dan benar. Tidak
bijak jika jujur datang tanpa tiga perkara itu. Malah kejujuran yang
sebenar adalah kejujuran yang membuat diri lebih dekat dengan pencipta,
apakah boleh dikatakan kejujuran itu membawa manfaat kirannya seorang
Kristian datang berdakwah kepada kita, seterusnya dengan jujur
mengatakan bahawa agamanya lah yang benar,
kerna itu yang dia ‘iktiqadkan, adakah itu bentuk kejujuran yang kita
mahu mempercayainya dan terus memeluk agama kristian?, itu contohnya,
namun pokoknya, pandangan manusia seringkali tersilap, pandangan Allah
adalah yang haq, jadi pandangan mana kita mahu ikuti?. Lihatlah dengan
hati yang dipandu Allah.
Berkata Luqman al Hakim kepada anakandanya selepas kisah keldai di atas :
” Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia.
Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan
kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang
menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu ”
Maksud sabda Rasulullah SAW :
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu, katanya: Pada suatu hari aku
berada dibelakang Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam (boncengan),
lalu baginda bersabda: “Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan
memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan
kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika
engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan
ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul
(bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka
tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah
ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul
(bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka
tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah
ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan
telah kering segala buku.”
HR : Imam Tirmidzi
Berhadapan dengan kehidupan, kita sememangnya dituntut untuk saling
mengingati antara satu sama lain. Inilah fitrah kejadian manusia yang
jika kita lari daripadanya, maka ia akan merosakkan kehidupan. Lengkap
melengkapi antara satu sama lain, menampungi kelemahan yang lain dengan
kelebihan kita, dan mengizinkan untuk kelemahan kita ditampungi oleh
kelebihan insan yang lain.
Manusia tidak dijadikan Allah berbilion bilion ramainya untuk hidup
sendiri tanpa mengendahkan yang lain. Namun, dalam berkata dan
menzahirkan pendapat, ia perlu datang dengan pengetahuan yang benar,
barulah ia bakal membantu, jika bicara tanpa ilmu yang cukup, tidak
memahami situasi dengan sebenar benarnya, maka apa yg diperkatakan
mungkin tidak membantu bahkan merosakkan.
Maksud sabda Rasulullah SAW:
” Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah perkara yang baik, atau lebih baik ia diam sahaja ”
HR : Bukhari & Muslim
Saya memohon untuk sentiasa dibimbing Allah, dan bimbingan itu
disekalikan dengan kemudahan untuk melaksanakannya, saya berusaha untuk
itu. Saya juga pohonkan agar bimbingan, panduan, dan kemudahan dari
Allah untuk sahabat sekalian, doakan saya juga.
Semoga kita sentiasa melihat dengan pandangan Allah, dan semoga
syaitan tidak mampu mengganggu gugat apa yang datang dariNya.
Sesungguhnnya yakin itu dari Tuhan, keraguan itu dari syaitan, maka
pilihlah apa yang datang dari Tuhan. Tetapkan hati saya, tetapkan hati
kami, dan tetapkan sahabat seluruhnya dengan keyakinan dariMu, Allahumma
ameen!
Maksud firman Allah SWT :
” Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang
dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada
engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu ”
Yunus : 107.
No comments:
Post a Comment