8 Dec 2011

Tanpa tajuk

Tak sabar saya nak balik S.Alam esok malam.Bas saya bertolak jam 12.30 malam.agak lewat kerana saya ada program selepas waktu ofis.Saya tak sabar nak tengok wajah hubby.Ntah macammana lah agaknya muka dia selepas menghadapi saat-saat sukar dianiaya.Malam tadi saya sempat pesan supaya dia bercukur untuk mengelakkan ofismate mengetahui yang dia bersedih dengan kejadian tersebut.Dah tentulah orang tersebut akan bertepuk tangan..

Saya rasa saya bersedia dengan segala kemungkinan.Walaupun gerak hati saya menyatakan bahawa saya tak kuat untuk menempuh dugaan berat.Tapi saya kena kuat kerana saya dikelilingi ahli keluarga yang sangat menyayangi saya.jika hubby benar-benar ingin berhenti kerja di sana..Saya terima dia untuk bekerja di sini..Meskipun saya tahu gaji yang ditawarkan nanti dah tentulah rendah kan..Maklumlah..S.Alam dan Penang atau kedah..Dah tentu gaji rendah.Takpe..saya kan ada gaji sendiri..saya akan cuba memujuk hati sendiri.

Tak sabar nak dengar cerita sebenar dari mulut hubby...

No comments:

Post a Comment