9 Dec 2011

Sekadar mencoret

Korang buat apa tu?Kat ofis nie sunyi sepi.Ramai yang menghabiskan cuti hujung tahun.Tinggallah beberapa orang jer..Bila sunyi macam ni mulalah rasa macam tak best je kan.Keje pun saya dah siapkan awal-awal lagi..Hehe maklumlah saya nak cuti isnin ni.Hubby kata nak balik kampung dia kebetulan kawan baik dia baru nak kawin..Ish siannya dah tua baru nak kawin.Hehe..nampaknya nie lah masa yang terbaik untuk saya jemput Zahin untuk balik.Dah rindu sangat kat anak bujang saya tu.Ntah apa khabarlah dia kan?Saya segan nak call berulang kali.Tak sabar nak peluk anak lelaki sorang tu.

Kat umah mak abah,anak a.chaq pun dah sampai petang semalam.Hmm biasalah budak bandar.Bila cuti sekolah dorang kena pos ke kampung.So umah mak tersangatlah meriahnya.jam dah menunjukkan 11.45.Lagi 1/2 jam boleh la rest.nak pegi mana ye hari nie.Ingat nak pegi KOMTAR jenjalan.Nak cuci mata..Nak makan apa ye?Tak pe lah ikut je Fiza ngan Nurul nak makan apa..

Najah makin rindukan Zahin.Bila semalam Adli (anak a.chaq) sampai..Najah terus tak nampak saya lagi dah.Asyik sangat dia main dengan Adli.mungkin dia gantikan Zahin dengan Adli.Nak makan dengan Adli..Minum..Tidur..Hatta nak mandi pun dengan Adli..Ops..yang tu tak boleh.Adli dah darjah 3.Najah baru 3 tahun.Budak sekarang nie bukannya boleh sangat.Kena asingkan ok.Kalau nak mandi sesama..make sure pakai baju ke..pakai seluar..Teringat masa Zahin mula-mula dapat Najah dulu..Zahin tanya..

"Ummi..sape potong bird adik?"
Zupp..terkejut beruk..Budak sekarang..berfikir dengan sangat pantas.




No comments:

Post a Comment