14 Dec 2011

Al-Jabbar

Assalamualaikum..

Hari ni baru masuk ofis.Hari Isnin saya Cuti Rehat..dan semalam saya EL..
Malam tadi saya sampai ke Butterworth dalam pukul 8.30malam.Sampai rumah jenguk dapur mak masak gulai ketam campur nenas..fuh sedap sangat...memang sedaplah..terangkat tau..

Elok2 habis makan..mak bagitau nak gi try rawatan Al-Jabbar..thrapyjism nama rawatan tu.Alah yang sekarang nie agak famous tu..Saya pun tak sure sangat pasal rawatan nie..Bila mak ajak..terus saya agree nak ikut.Kat sana kita kena duduk atas kerusi then duduk selama 1jam..
Ni info yang saya dapat tentang thrapy tu ye..

"Dr Jism bukanlah nama asing. Produk yang telah berada lebih sepuluh tahun ini sebenarnya telah banyak membantu masyarakat Malaysia dalam menjaga kesihatan kita. Keupayaannya melancarkan peredaran darah melalui getaran elektrostatik yang memperbetulkan kembali saluran darah dalam badan kita dan membersihkannya agar tiada lagi darah tersumbat didalam saraf. Antara penyakit yang mampu disembuhkan melalui penggunaan Dr Jism ialah darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain. Oleh itu, anda tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan bagi merawat penyakit anda yang mencecah ribuan ringgit sebulan. Pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh mesin terapi ini membantu anda dengan menjalani rawatan dirumah sahaja."

Fungsi:
High Voltage
Bagi menggalakkan penyembuhan tulang dan mengurangkan hakisan kalsium tulang serta meningkatkan ion kalsium dalam badan.


Negative Voltage
Membantu menambahkan ion negatif dan juga tenaga biologi dalam badan serta membuang mambran sel yang tidak sihat.


Low Voltage
Berfungsi melancarkan korteks celeral, sistem saraf dan juga fungsi endokrin, mengurangkan ketegangan stress serta mempercepatkan pemecahan gula dalam darah.


Negative Ionizer
Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga meningkatkan potassium dalam darah.


Light Wave Energy
Membantu memecahkan lemak dalam badan dan mengurangkan berat badan

Sekali rawatan (duduk atas kerusi sambil tengok TV) kena bayar RM5.
Setakat nie saya cam tak rasa apa-apa je..Mungkin sebab baru kali pertamaTapi mak ngan kakak bagitau banyak kebaikan yang dorang rasa.Mak kata mak rasa badan dia ringan dan mudah lelapkan mata selepas 3 hari pegi situ..Kakak pulak bagitau dia rasa lawas bila membuang air besar dan rasa sakit tengkuk berkurangan..Hmm..saya mungkin baru lagi kot..tu pasal tak rasa apa-apa kan..

So..tunggu ye nanti saya update pasa entry nie..

No comments:

Post a Comment