6 Jan 2012

Jumpa lagi ROZILAH

Hari nie mood pagi yang agak sedih bagi kami warga JHEAIPP..Kami terutamanya rakan-rakan rapat akan kehilangan seorang rakan sekerja yang boleh dikatakan agak rapat.

Pagi ni telah diadakan satu jamuan perpisahan untuk seorang rakan saya yang berhenti kerja di sini untuk mengikuti suaminya yang bekerja di Pahang.Agak sukar sebenarnya untuk menceritakan situasi di sini yang pasti ianya sesuatu yang amat meninggalkan kesan buat kami rakan-rakan rapatnya.

Ilah terpaksa membuat keputusan yang sangat drastik iaitu berhenti kerja memandangkan pertukaran kerja ke Pahang tidak mendapat respons yang baik dari semua pihak memandangkan dia di bawah State dan permohonan pertukaran akan melalui proses yang sangat rumit memandangkan Pahang ialah di bawah Federal dan suaminya telah memberi tempoh yang sangat singkat untuk dia bertukar secara permohonan biasa ke Pahang.

Saya rasa biarpun agak sukar untuk Ilah membuat keputusan namun hasil solat Isthikarah dia menguatkan semangat untuk membuat keputusan itu.Mungkin suaminya tidak dapat membendung perasaan lagi setelah melalui proses PJJ(Perkahwinan Jarak Jauh) yang secara peribadi amat merumitkan.

Pengarah Jabatan dalam ucapan ringkas pagi tadi memaklumkan ini adalah kes ketiga selama tempoh dia berkhidmat di sini.Hmm..saya pun terkelu sebab memang saya masih teringat masa mula-mula lapor diri dulu,Pengarah mengingatkan saya supaya bersabar dengan dugaan PJJ.Patutlah Pengarah bagi nasihat macam tu.

Saya harap Ilah baik-baik kat sana.Saya tau Ilah kuat..Dia dah melalui banyak perkara yang mendukacitakan sepanjang tahun 2010 dulu..Insyaallah dia akan dijaga oleh suaminya dengan baik ok..

Ilah..k.lyn sayang Ilah..Jangan lupa kami kat sini ok..

No comments:

Post a Comment