16 Jan 2012

Kisah Rumahtangga

Kisah 1

Ketika Isteri  mengandungkan anak sulung setelah setahun berumahtangga..
Isteri dikejutkan dengan penangkapan si suami menagih dadah.
Suami dihantar ke pusat serenti selama setahun.
Isteri masih bersabar dan menunggu.
Setelah setahun bersabar dan menunggu..
Si suami keluar pusat dan menagih lagi.
Kali ini lebih teruk,dan si suami langsung tidak hiraukan isteri malahan anak.
Isteri memfailkan penceraian setelah lima tahun berlalu... tetapi suami tidak memberikan kerjasama.


Kisah 2

Suami dan Isteri berumahtangga selama 22 tahun.
Berkahwin pada usia yang masih muda.
Rumahtangga bergoyang kerana suami masih bersosial.
Suami menyediakan kelengkapan rumahtangga yang mencukupi.Isteri surirumahtangga sepenuh masa.
Isteri menghadapi tekanan kerana adakalanya isteri dipukul hanya disebabkan perkara kecil.

P/S : Saya tak terlibat langsung dalam proses undang-undang keluarga Islam..
Tapi,bila abah saya menjadi kauselor keluarga Islam secara tak langsung kami mempunyai pendedahan yang tinggi tentang pelbagai masalah rumahtangga.
Ada banyak lagi yang boleh dijadikan iktibar..Tapi kes di atas adalah kes benar yang berlaku hujung minggu lalu dan abah dirujuk untuk memberikan kaunseling kepada pasangan terbabit.
(Kalau korang kat tempat diorang..apa yang korang buat?)
Nauzubillah..

1 comment:

  1. Entahlah ye, berat mata memandang berat lg bahu yg memikul... syukur Ya Allah, dengan apa yg ade kini ;)))

    ReplyDelete