5 Jan 2012

Salam Semua Kawan-Kawan

Salam semua..

Minta maaf jika ada yang sudi mencari-cari saya(walaupun saya tak rasa ramai yang membaca blog dhaif ini)..Saya rasakan hidup saya serba-serbi kalut sejak akhir tahun yang lalu..Namun saya bersyukur seadanya kerana kekalutan itu yang menagajar saya erti sebuah syukur..

Sebelum Terlambat..Selamat Tahun Baru 2012..semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik dalam diri kita masing-masing.Sungguh..saya tak sempat menyediakan azam baru langsung disebabkan berada dalam kekalutan yang teramat sangat..Bagi saya Maal Hijrah yang lalu telah mengukirkan sebuah azam baru yang masih kami sekeluarga gunakan sebagai azam baru keluarga kami..Iaitu saya harap akan berlaku sebuah penghijrahan yang besar dalam keluarga ini..amin..Ya..saya harap suami benar-benar berHIJRAH ke Penang..Menetap bersama saya dan anak-anak.Memulakan kehidupan baru di sini.

Seperti yang saya maklumkan..Anak-anak saya admitted baru-baru nie kerana Virus Rota.Zahin dan Najah mengalami dehydrated yang teruk disebabkan muntah berterusan setiap 15minit ke 1/2 jam sekali..dan kemudian mengalami cirit-birit berterusan sekaligus demam panas dengan suhu hampir 40 darjah celcius.Saya terasa amat letih kerana berjaga seharian di Hospital sehinggakan saya tak sempat makan,minum..Letih mengelap,membasuh kain-baju yang terkena muntahdan cirit,berada dalam keadaan takut kerana risaukan anak-anak sehinggakan saya dan huby tak sempat nak bergelak ketawa..Sian hubby yang bersusah-payah menjaga saya dan anak-anak..Saban malam dia tidur kat Hospital.Terima kasih abang..terima kasih yang tak terhingga...Luv U..Sian juga kat anak-anak kerana percutian kami hanya di Darul Ehsan Medical Ehsan..Hehe




No comments:

Post a Comment