18 Feb 2012

Rota Virus

Assalamualaikum..

Pagi nie Zahin terlibat dengan Perarakan Maulidur Rasul di sekolah. Ibubapa tak dijemput kerana program tertutup untuk student sahaja.
Malam tadi memang Zahin dah mengadu sakit perut.
Saya pun dah bagi ubat dan terus suruh dia tidur.
Pagi nie dia ok-ok je.
So alang-alang kakak nak hantar Izzati..saya pun post Zahin sekali.
Tapi tiba-tiba masa dia nak pergi tu saya tergerak hati nak tuliskan no phone saya dan hubby, manalah tahu..kot-kot apa-apa hal nanti dia boleh minta tolong cikgu telefonkan..

Dalam pukul 9.00 pagi...
tetiba je phone berbunyi.
Cikgu Zahin yang telefon.
dia minta saya datang ke sekolah, Zahin demam dan muntah katanya.
Berderau darah saya.

Terus bersiap dan terus pergi sekolah.
Najah saya tinggalkan kat rumah dengan mak.
Nasib baik Najah tak mengamuk nak ikut.
kalau dia mengamuk.......teruklah saya...........nak siapkan dia lagi..... Huhu..

Sampai kat sekolah.....rasa nak menitik airmata tengok Zahin...
Teruk sangat keadaan dia...lembik...
Cikgu dia bagitau masa nak balik ketika perarakan tu....3 kali Zahin muntah....
Cikgu temankan dia berjalan perlahan-lahan.
Siannya......Tak sampai hati saya tengok...(hati seorang ibu..)

Saya terus bawa dia balik....Sebelum sampai rumah sempatla singgah klinik...Tapi klinik pula tutup...
Tak pe lah...Balik rumah dulu....lagipun ubat dia banyak lagi kat rumah...

Saya rasa Zahin belum sembuh sepenuhnya dari Rota Virus yang dia kena bulan 12 hari tu..
Saya agak risau.....Malam tadi dan malam semalam memang Zahin ada mengadu terberak dalam seluar.Saya ingat biasa-biasa je.
Hubby pun masih dalam perjalanan balik ke sini...
hubby cadangkan supaya bawa ke hospital..
Tapi saya rasa biar dia makan ubat dulu...kalau teruk sangat baru bawa ke hospital..



 Gambar masa Zahin admitted bulan 12 hari tu.

Kat bawah ada info tentang Rota Virus..Saya tak ingat darimana saya dapat..Dah lama ada tersimpan dalam lappy saya...saya search masa Zahin dan Najah admit kat DeMC hari tu (Bulan 12)

ROTAVIRUS
Rotavirus adalah sejenis virus yang mula ditemui di Melbourne, Australia kira-kira 26 tahun lalu dan ia disahkan antara virus yang sangat mudah berjangkit.
Virus itu boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit dan mampu bertahan beberapa hari pada permukaan keras.
 Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Lee Way Seah, berkata rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit terukatau (gastroentiritis akut) di kalangan kanak-kanak di negara maju dan negara membangun.

"Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami cirit-birit teruk dan ia pembunuh kedua tertinggi di kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun selepas pneumonia.
 "Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 2 juta pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana rotavirus manakala seramai 440,000 pesakit menemui maut akibat cirit-birit teruk dan dehidrasi atau kehilangan banyak air," katanya.

Bagaimana mengenali jangkitan rotavirus?
Cirit-birit biasanya berlaku selama tiga hingga sembilan hari dan ia boleh berlanjutan sehingga tiga minggu. Dalam tempoh ini pesakit kanak-kanak boleh mengalami gejala demam, cirit-birit, sakit perut dan muntahpada bila-bila masa.
Lee berkata, ramai ibu bapa menganggap masalah cirit-birit akibat jangkitan rotavirus sebagai sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh membawa maut.

"Di Malaysia, seramai 15,000 pesakit berusia kurang lima tahun yang datang mendapatkan rawatan dikesan dijangkiti rotavirus.
 Daripada jumlah itu, 9,000 dimasukkan ke hospital manakala 34 kanak-kanak maut hanya selepas disahkan positif rotavirus," katanya. Penyebab utama berlakunya rotavirus adalah tahap kebersihan yang kurang baik. 
Namun, jangan silap kerana negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai jumlah jangkitan rotavirus yang tinggi. 
Bagaimanapun, jumlah jangkitan akan menjadi lebih tinggi di negara membangun terutama jika tiada kemudahan perubatan yang baik serta tahap kesihatan yang kurang memuaskan. 

Rotavirus tersebar dengan mudah terutama melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut, air tercemar atau alatan permainan disentuh pesakit. 
Virus itu juga mampu hidup di permukaan keras seperti tombol pintu, lantai dan udara. 
Simptom atau gejala biasa yang dialami kanak-kanak terutama bayi apabila dijangkiti rotavirus adalah demam disusuli muntah dan cirit-cirit menyebabkan kehilangan air dalam badan yang terlalu banyak sehingga boleh membawa maut.

 "Jarang kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengalami hanya satu daripada simptom jelas iaitu demam, muntah dan ciri-birit.
 Selalunya mereka akan mengalami ketiga-tiga simptom berkenaan atau paling kurang, hanya dua kesan jelas sebagai petunjuk dijangkiti rotavirus. "Cara untuk melihat sama ada anak anda kehilangan banyak air di dalam badan adalah dengan mencubit sedikit kulit di bahagian abdomen dan jika dilepaskan cubitan, bahagian kulit tidak kelihatan lembik atau jatuh," katanya.
 Jika cirit-birit dan muntah berlarutan tanpa rawatan di antara tiga hingga tujuh hari, pesakit boleh mengalami kekurangan nutrisi, kejutan serta degupan jantung yang tidak normal, tekanan darah rendah, penurunan kadar darah sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian.

 Rawatan Setakat ini, tiada rawatan khusus yang boleh merawat rotavirus kerana ia adalah sejenis virus. Walaupun ia tersebar akibat persekitaran yang tercemar, membasuh tangan mampu mencegah tapi ia tidak boleh dihapuskan sepenuhnya kerana rotavirus sangat kebal serta mudah berjangkit. 
Kesedaran perlu ada di kalangan ibu bapa sebelum rotavirus menyerang dan menyebabkan tubuh kecil bayi anda merasai derita. 
Rotavirus boleh dikawal melalui pengambilan vaksin seawal bayi berusia enam minggu dan berakhir sebelum bulan ketujuh. 
WHO mengakui pembangunan vaksin rotavirus banyak membantu mengurangkan jangkitan dan kadar kemasukan ke hospital akibat virus itu. 
Vaksin yang mampu melindungi sehingga tempoh tiga tahun berfungsi merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi secara semula jadi terhadap jangkitan rotavirus.

So...kawan-kawan semua....Make sure air yang diminum adalah air tapi yang dimasak..(Kalau tapis je tak ada jaminan jugak kata doktor yang merawat Zahin)


P/S : 
  • Cinnamon.com...haah..just share kitab lama..hehe..
  • Cik Violet Sofia...welcome back my dear..
  • Marya Yusof.....Thanks a lot dear...tinggi sangat kata-kata tu...(saya biasa2 saja..tapi saya appreciate sangat2...memang nampak ikhlas tau...)nice to meet u too..
  • Zie.....impian tu dah tercapai dan dah berkubur pun..hik hik..
  • Cik Ina Do Do cheng....Tugas Lynn untuk menggubal Enakmen Undang2...kami cuba untuk membantu Mualaf dengan peruntukan Undang2 yang baru di Penang...

@@@Terima Kasih sudi membaca....Dan saya tak berniat menyakitkan hati sesiapa..@@@

2 comments:

  1. ciannya zahin, semoga dia cepat sembuh ye.banyakkan dia minum air masak ye lynn.risaukan kalau nakal kita sakit.

    hari tu cik ina gurau je cakap pasal suami cik ina, saje nak usik lynn.dia dah lama masuk islam thn80an.

    ReplyDelete
  2. macam-macam penyakit sekarang ni kan..muga cepat smbuh yer

    ReplyDelete