22 Feb 2012

Salam Pagi ..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari nie saya masuk ofis dengan perasaan yang sukar nak dilafazkan.
Walaupun Zahin berada dalam keadaan yang tak berapa sihat, tapi sekurangnya dia semakin beransur pulih dari cirit-birit dan muntah (RotaVirus).
Saya turut rasa tenang, dan lega sebab hubby dapat luangkan masa selama 4 hari bersama-sama.
Tak pe lah walaupun singkat tapi saya cuba untuk berkata "puas hati" kerana masa yang kami luangkan bersama tu cukup berkualiti.

Kami pun dah selamat pindah dan tidur di rumah baru.
Rasa berlainan.......
2 malam di rumah baru dan bilik baru saya tak boleh lelapkan mata.
Malam tadi hubby bertolak balik ke S.Alam..
Dan malam tadi saya tidur bertemankan Najah dan Zahin..
sungguh sunyi malam tadi...dan saya hanya terkebil-kebil memandang syiling....

Cukup payah untuk meluahkan kata....Tapi itulah hakikat dalam kehidupan nie.
Apa-apa yang kita tempuh dalam kehidupan..walaupun perit...kita kena akui ada insan lain yang melalui kehidupan yang lebih perit.
Saya tak menyesal ditakdirkan hidup saya sebegini...kerana saya tahu setiap sesuatu itu ada hikmah besar yang menanti.
(hakikatnya saya lebih beruntung jika nak dibandingkan dengan mereka yang lain)
Biarlah orang fikir saya menutup kekurangan diri....tapi hanya Allah yang tahu kelebihan diri....


P/s.........
Saya cuba untuk memuhasabahkan diri untuk menerima seadanya setiap ketentuan Allah ke atas diri saya.
Tak ada niat untuk menyakitkan hati sesiapa.


1 comment:

  1. Lynn...

    dari haritu sy nk tnya kbr zahin tp asyik takleh publish...huhuhuhu

    insyaallah zahin kuat, boleh lawan rotavirus tu....

    sekarang musim demam/sakit kott ekk, Ajwad pon asyik demam jer since January...semalam dan harini pon demam, tp apakan daya kita kena juga mai keje kan....saya paham perasaan awak.....

    tabahkn hati lynn....

    ReplyDelete