Assalamualaikum..
Dah lama tak makan kek sempena anniversary..kita celebrate kat Gambang nanti nak..?
Allahuakbar...Allah itu Maha Besar..
Hari ini saya terlupa tentang satu tarikh yang sangat memberi erti dalam hidup saya dan hubby..Sehinggalah subuh tadi hubby call dan ucapkan "Happy Anniversary sayang..Yang ke-8".Rupanya hari ini ialah Hari Ulangtahun yang ke-8 pernikahan kami..Macammana saya boleh terlupa sedangkan saya beriya-iya menunggu tarikh nie..
Mungkin semalam sampai dari Shah Alam..terus melayan kerenah Zahin dan Najah sampai kami bertiga tertidur bertiga atas katil. Selalunya Zahin tidur atas katil yang lain.
Bila teringat tarikh ini 8 tahun yang lalu..Mana mungkin (apsal cam word Indo nie) saya lupa saat-saat kami diijabkabulkan.
Saya dan hubby tak pernah sangka kami akan berkahwin dalam usia yang sangat muda bagi kami....Masa hubby datang merisik, keluarga dia ada membawa sebentuk cincin..tapi bukan cincin belah rotan..cincin tak belah pun..hik hik..Masa tu abah cuma ambil cincin tu dan suruh mak simpan selama 4bulan tanpa memberikan kata putus tentang keputusan yang dicapai..Samaada setuju atau tak di atas perhubungan kami. Saya pun tak fikir sangat sebab saya tahu abah tak berapa setuju perhubungan kami diteruskan memandangkan jarak yang jauh..utara ke selatan. Tapi hubby masih bersabar sehinggalah dia bawa keluarga dia ke Penang..(Eh..kenapa bahasa ni jadi formal ni..?)
Saya ingat lagi hubby bagitau, kalau berterusan macam ni tanpa sebarang kata putus..hubby nak bawa sendiri keluarga dia ke Penang untuk bertanya dan dapat kata putus. Masa tu saya memang risau dan takut sangat..Ye lah,,macam cinta terhalang pun ada. Tapi masa tu saya tak lah mengharap sangat..sebab saya tau keputusan abah adalah muktamad. jadi saya dah bersedia..kalau dia bukan jodoh saya..maka bukanlah..
Awal bulan 12 tahun 2003, Hubby dan family dia ke Penang.. Hajat Hubby dia nak buat tarikh pertunangan 7/12/2003 sempena 7hb tu jatuh birthday saya..dan bulan 12hb tu jatuh birthday hubby..
Tapi..petang tu hubby call saya yang masa tu ada kat Shah Alam..Dia bagitau abah tak setuju kami bertunang..sebaliknya abah tetapkan tarikh pernikahan dan sekaligus kenduri kahwin pada 3/4/2004.
Rasa terkejut beruk lah masa tu..Beruk pun tak terkejut macam saya tau..hahahaha..Biar betul..Masa tu baru saya fikir..Betul ke ni saya nak kahwin dengan Shahrizan Bin Addenan..?Betul ke saya akan bergelar isteri pada 3/4/2004..? Saya tak buat Degree pun lagi..Alahai..bersedia ke saya nak hidup dengan orang yang saya tak kenal sangat..?
Tapi hubby seorang yang kuat semangat..dan semangat dia lah yang saya tumpang sehingga ke hari ni..Alhamdulillah..walaupun saya kahwin tak segah orang lain..Tapi saya bangga sebab kawan-kawan saya ramai yang datang..Kenduri saya sangat meriah..
Malam sebelum bernikah..saya sempat juga mesej hubby bagitau saya tak sedia nak kahwin lagi..Tapi hubby kata dia dah on the way ke Penang..so..kalau rasa tak sedia..bagitahu sendiri kat abah saya..(Nak mati kalau nak bagitau macam tu..Tak mau lah..saya nak dia yang bagitau). Tapi dia tak nak bagitau..Esok pagi selepas kami dinikahkan..Masa dia datang ke arah saya untuk memakaikan rantai tangan dan sebentuk cincin sebagai tanda (pertunangan).. Tiba-tiba dia cakap kat saya.."Kita dah nikah pun..apsal tak bagitau abah tak nak kahwin..?) Terus kitorang tergelak..hehehe....
Sekarang dah hampir 8 tahun..orang kata masih mentah..ada juga yang kata selamat ujian pertama (6 tahun pertama rumahtangga akan bergolak)..
Walau tak sebanyak mana pengalaman hidup bersama selama 8 tahun ni..Tapi saya bersyukur dikurniakan insan sebaik Hubby.. Saya terima segala kelebihan dan segala kekurangan dia..Sesungguhnya kelebihan dan kekurangan dia yang banyak melengkapkan hidup saya.
Untuk Abang..Suamiku..( hik..cam gedik pulak)
" Terima kasih sebab menjadi seorang sahabat..kawan..abang..suami...bapa..musuh..hehe..Abang sangat baik..sebab tu abang ditakdirkan untuk lynn (seorang yang baik juga..hahahahha)..
Semoga rumahtangga kita kekal bahagia sehingga ke akhir hayat kita..dikurniakan anak-anak yang bijak..baik..dan sihat sempurna tubuh dan akal fikiran...
Semoga setiap ujian yang kita hadapi..membuatkan kita lebih menghargai diantara satu sama lain..Terima kasih juga sebab sudi melayan kerenah isteri abang yang tak matang nie..yang kuat merajuk..sensitif....tapi manja dan baik hati..(Eh ter..puji diri sendiri pulak..)
Happy Anniversary yang ke-8 tahun..I luv u soooooooooo much..muah..
{Tolong jangan muntah atau pengsan.. Bukan selalu saya jadi seorang yang romantik ok...}
Anak-anak yang menjadi amanah dan tanggungjawab bersama...
Jauh lagi perjalan kita.......
Dah lama tak makan kek sempena anniversary..kita celebrate kat Gambang nanti nak..?
Jauh lagi perjalanan kita....................Nampak tak bengkang bengkok tu..
Mama Ema...Ye..tak semua bernasib baik dalam hidup nie..
Marya...(Marya suka memuji..dalam gambar tu banyak yang terselindung..hehe..pasal jamu tu..saya ikut kakak je..tapi bila dah meningkat umur nie risau jugak kalau tak jaga..hehe)..asam garam rumahtangga nie ada yang manis..masin..masam..pahit..hehehe
Zie..syukur ada suami..hehe
Cik Ina..betul cik ina..sama-sama melengkapkan rumahtangga..tambah mana yang kurang..kena belajar dengan cik ina nie..
Lya..Betul Lya..apa Lya tulis tu..
Acik Erna..Banyak lynn kena belajar dengan acik nie...rugi,mesti acik banyak ilmu..
Cinnamon..betul kak..kadang-kadang kita pun kena muhasabah diri sendiri jugakkan..
Tihara...haah..ramai jugak yang nama Lynn nie..jangan tertukar..pening dan pengsan ye..
Terima kasih sebab sudi membaca...Jumpa lagi di lain rancangan..hehe
hEPPY HEPPY ANIVERSARY... TAHNIAH KEPADA SAHABATKU, SEMOGA DIRIMU DAN SUAMI BERTAMBAH SAYANG DAN MAKIN MENYENYANGI ANTARA SATU SAMA LAIN...
ReplyDeleteCongratulation for 8th anniversary. Semoga hubungan itu akan bertambah erat dan sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat.Amin.....
ReplyDeleteassalam lynn..selamat menyambyut ulang tahun perkahwenan..betul kata lynn..memang baru sangat 8 tahun..tapi tu le..kita hadapinya..dan kita tak sedar pun masa belalu..macam acik ni..tau2 dah tua dan anak2 dah besar..tahun ni tahun yang ke 30 usia perkahwenan acik
ReplyDeleteselamat ulangtahun..semoga tabah menjalani liku2 hidup...dan bahagia hingga ke syurga...
ReplyDeletealahamdulillah...
ReplyDeleteselamat ulangtahun ke 8.. smoga ikatan ni akan trus kekal hingga ke akhir hayat.. amin...
sesunguhnya..setiap ujian y berlaku dlm kehiduan itu ada hikmah di sebaliknya...
salam lyn,
ReplyDeletehepi aniversery..tarikh tu sangat bermakna dalam hidup akak..:)
As salam Lynn,
ReplyDeleteSo touched... Mcm baca novel lak... Awak kata sy suka memuji?? Ok nak kritik sikit ni...hik2 ade kesilapan di situ 3/4/2012? Cuba cari...hehee Happy Anniversary!!! Barakalahulakuma.... Pak pak pong! (bunyi kompang) ;)
selamat ulangtahun yg ke8...wow...semoga diberi kehidupan yg berbahagia selamanya..
ReplyDeleteHappy anibesary yg ke 8 tahun semoga perkahwinan lynn kekal hingga kehujung nyawa. Dalam melayari alam rumah tangga kasih sayang, percaya mempercayai , bertolak ansur semuanya indah.
ReplyDelete